Anda di halaman 1dari 4

Yang Berusaha En.

Mohamad Shah Bin Hashim, Pengetua SMK Kamarul


Ariffin, yang dihormati, En Gan Swee Chong GPK 1, Yang Dihormati, En
Roslan Bin Ishak GPK HEM, Yang Dihormati Tn Hj Hamri Bin Hashim, guruguru serta rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum
wbt
Pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan rahmat dan kurnia Nya, dapatlah kita bersama-sama pada
pagi yang indah ini bagi mendengarkan satu tazkirah ringkas yang bertajuk..
Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar
Hadirin yang dikasihi Allah,
BAGAIMANAKAH cara manusia ke Padang Mahsyar? Bagi menjelaskan
perkara ini, Allah berfirman pada ayat 86, Surah Mariam; ayat 102, Surah
Taha dan ayat 97, Surah al-Isra'. Ayat itu maksudnya menyatakan bahawa
cara manusia ke Padang Mahsyar ada tiga bahagian:
Orang yang pergi dengan berkenderaan iaitu orang bertakwa.

Orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati
masing-masing sebak dengan kedukaan, iaitu orang yang mati dalam
keadaan berdosa.

Orang yang berjalan dengan mukanya, sambil matanya tidak dapat melihat
sesuatu yang menyukakannya. Lidahnya tidak dapat menuturkan hujah atau
alasan yang boleh diterima daripadanya dan telinganya tidak dapat
mendengar perkara yang menyenangkan hatinya.
Mereka ialah orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha
menggunakan matanya, lidahnya dan telinganya untuk mencapai
kebahagiaan akhirat.
Cara itu diterangkan pula oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:
Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:
"Manusia yang dihimpunkan ke Padang Mahsyar pada hari kiamat adalah

tiga golongan.
"Pertama golongan yang berjalan kaki; kedua, golongan berkenderaan dan
ketiga, golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya."
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan
mukanya?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah
menjadikan mereka boleh berjalan dengan kaki, berkuasa menjadikan
mereka berjalan dengan muka mereka." (Hadis riwayat at-Tarmizi).
Hadirin yang saya muliakan,
Bagaimana pula keadaan manusia ketika pergi dan berada di Padang
Mahsyar?

Allah
telah
Kami
tidak
ayat

berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! Kamu sekarang


datang kepada Kami dengan keadaan sebatang kara seperti keadaan
ciptakan kamu keluar dari perut ibu kamu dulu, tidak berkain baju,
berkasut, tidak berkhatan dan tidak berharta benda." (Surah al-An'am,
94).

Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya: "Sebagaimana


Tuhan telah mulakan penciptaan kamu dengan keadaan yang tertentu, maka
demikianlah pula kamu bangkit hidup kembali kepada Tuhan."

Mengenai keadaan yang disebut itu, Rasulullah menerangkan dalam hadis


berikut:
Daripada Ibn Abbas, katanya, Rasulullah berdiri berucap kepada kami,
sabdanya: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya kamu dihimpunkan di
Padang Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup."
(Kemudian Baginda membaca firman Allah bererti: Seperti Kami ciptakan
manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji
yang sesungguhnya Kami akan lakukan) Ketahuilah! Sesungguhnya orang
yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada hari kiamat ialah Ibrahim
al-Khalil." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada Aisyah, bahawa Nabi bersabda: "Dihimpunkan manusia di Padang
Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan
berkulup." Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! adakah orang perempuan dan
lelaki semuanya melihat satu sama lain?" Nabi menjawab: "Wahai Aisyah!
Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada
melihat satu sama lain." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada satu riwayat oleh al-Nasa'i dan al-Haakim daripada Aisyah, katanya:
Aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi
menjawab: "Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal
menjaga
keselamatan
dirinya
saja."
Maksud dua hadis itu ialah Rasulullah menerangkan bahawa manusia akan
ke Padang Mahsyar dengan keadaan sebagaimana Tuhan menjadikan mereka
keluar dari perut ibu dulu - tidak berpakaian, tidak berkasut dan tidak
berkhatan.
Mendengarkan keterangan itu, Saidatina Aisyah bertanya: "Bagaimana hal
aurat masing-masing ya Rasulullah! Adakah orang lelaki dan perempuan
memandang satu sama lain?"
Rasulullah menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan huru-hara kiamat
menghalang manusia dari memandang satu sama lain, usahkan hendak
memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan
hal
menjaga
keselamatan
dirinya
saja.
Nabi Muhammad menerangkan lagi bahawa orang yang mula-mula sekali
diberi memakai pakaian antara makhluk yang ramai itu ialah Nabi Ibrahim.

In shaa Allah, setakat ini sajalah tazkirah yang dapat disampaikan.


Diharapkan semua hadirin dapat menjadikannya peringatan terutamanya
bagi diri saya sendiri kerana yang bercakap itu lebih berat amanahnya.
Segala yang baik datang daripada Allah swt, dan yang kurang dan lemah itu
datang dari diri saya sendiri, hakikatnya kedua-dua adalah dengan izin Allah
swt. Sekian sahaja, assalamualaikum wbt..

Anda mungkin juga menyukai