Anda di halaman 1dari 6

Rabbaniyatud Dakwah

Dakwah kita mengajak manusia untuk menghidupkan iman, menghidupkan jiwa yang mati
dengan hidayah Allah. Menghidupkan manusia yang mati dalam kekufuran, kembali hidup
dalam keimanan kepada Allah. Kehidupan adalah faktor keimanan dan bukan semata-mata
degupan jantung.









Dan adakah orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia semula, dan Kami jadikan
baginya cahaya yang menerangi, ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat
manusi, sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita, yang tidak dapat keluar sama
sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada
orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu
akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis
maksiat).
(Al Anam : 122)
Perumpamaan manusia yang mendapat hidayah adalah mereka yang hidup, dan
mempunyai cahaya petunjuk sehingga mereka dapat melihat jalan kehidupan, mampu
membeza kebenaran dan kebatilan. Sebaliknya mereka yang masih dalam kekufuran,
mereka dalam kegelapan dan kejahilan, seolah-olah kesesatan itu tidak akan berakhir.
Bahkan hanya dengan mengenali Allah dan mengingatiNya sahajalah, hati akan hidup dan
jiwa akan bernafas kembali, sepertimana Rasulullah saw,
Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati
Tuhannya tidak ubah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.
(Al-Bukhari dan Muslim)
Saat manusia kembali mengenali dan mengingati Tuhan mereka, saat itu lah manusia akan
mengenali diri mereka sendiri:
Siapa kita? Dari mana kita datang? Ke mana kita pergi? Kenapa kita di sini?
Allah telah berfirman,





Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah
menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Al Hasyr : 19)

Imam Al-Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menukilkan, Huzaifah r.a. telah ditanya
mengenai takrif mayat hidup, lalu beliau menjawab,
Mayat hidup ialah orang yang tidak menentang kemungkaran samada dengan tangan, lidah
atau hatinya.

Keimanan

Kehidupan

Melaksanakan
Dakwah

Mengenal
Allah

Maka dakwah yang kita ungkapkan dan laungkan adalah mengajak manusia kepada Allah,
mengajak manusia untuk menuju Tuhan mereka.




Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku,
menyeru manusia kepada Allah, berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan
(aku menegaskan): Maha suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
(Yusuf: 108)
Inilah yang disimpulkan oleh Imam Hasan Al-Banna,
Dakwah ini bersifat rabbani kerana asas yang menjadi fokus keseluruhan matlamat kita
ialah mengajak manusia supaya mengenali tuhan mereka. Agar melalui hubungan ini
mereka memperolehi nilai kerohanian murni yang akan memartabatkan jiwa mereka
daripada kekangan materialistik kepada jiwa seorang manusia yang suci dan murni. Dalam
lubuk hati kita para Ikhwan al-Muslimin, kita sentiasa laungkan, Allah matlamat kami. Jadi
matlamat pertama dakwah ini ialah mengajak manusia mengingati semula hubungan
mereka dengan Allah Taala.

(Dakwah Kita di Era Baru)


Langkah pertama dalam memulakan langkah menuju Allah adalah menyucikan hati. Hanya
hati yang tenang dan sejahtera layak bertemu Penciptanya (Al Fajr: 27-30), dan hanya hati
yang sentiasa mengingati Tuhannya akan menjadi tenang (Al Rad: 28).
Ketenangan dan kesejahteraan adalah natijah penyucian hati dari segala noda maksiat dan
kotor karat jahiliyyah (Sayonara Jahiliyyah). Bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri dipelihara Allah
daripada terlibat dengan sebarang perkara yang boleh mengugat kesucian hati (kisah
malaikat membersihkan hati baginda s.a.w., tertidur semasa ke majlis keraian, baginda
s.a.w. selalu beruzlah pada saat akhir sebelum kerasulan).
Dakwah Kita
Mengenal Allah

Mengenal Peranan Manusia


Melaksanakan Tanggung jawab

Ad-Dakwah Ilallah
Maka harus diingat! Dakwah kita adalah dakwah rabaniyyah yang semata-mata mengajak
manusia kepada Allah. Bendera perjuangan kita adalah Lailahaillah dan bukan slogan
nasionalisme, moralisme atau sosialisme (Buku Petunjuk Sepanjang Jalan oleh Sayyid Qutb).
Bukan juga dakwah kita ini menyeru kepada hizbiyyah atau kumpulan-kumpulan tertentu
(Buku Istiab oleh Al-Ustaz Fathi Yakan).
Sesungguhnya manhaj tarbiyyah yang harus diterapkan kepada para pemuda pada tingkat
permulaan adalah manhaj Qurani.
(Manhaj Haraki oleh Muhammad Munir Ghadban)
Awal seruan adalah kepada tauhid dan pembentukan akhlak islamiyyah. Dan jalan
menujunya adalah penumpuan kepada aspek ruhiyyah seperti diceritakan di dalam awal
Surah Al-Mudatstsir dan Al-Muzammil (kewajipan qiyamullail semasa awal dakwah
Rasulullah saw).
Ad-Dakwah Ilallah mengajak manusia membetul Ghayah
Tiang tarbiyyah berdasarkan rabaniyyah adalah hati yang hidup yang berhubungan dengan
Allah swt, meyakini pertemuan denganNya dan hisabNya, mengharapkan rahmatNya dan
taku akan siksaNya.
(Dr Yusuf Al-Qardawi)

Lantas aspek utama yang perlu ditekankan oleh para daie adalah membetulkan matlamat
hidup manusia kembali seluruhnya kepada Allah (Az-Zariyat: 56, Al-Anam: 162 -163) dan
meninggalkan hidup tanpa arah (Al-Jatsiyah: 24) dan kehidupan yang tidak ubah seperti
binatang (Al-Araf: 179, Al-Furqan: 44).
Daie bukanlah sekadar mempromosi sebuah persatuan tetapi adalah perubah dan reformer
yang membimbing manusia kepada matlamat hidup yang benar. Malah motivasi yang akan
mengikat dan menggerakkan usaha para daie adalah keyakinan dan keimanan kepada
tanggung jawab syahadatul haq dan bukan sekadar kontrak pekerjaan.
Imam Hasan Al-Banna menyimpulkannya di dalam Rukun Ikhlas,
Apa yang saya maksudkan dengan ikhlas:
Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan
hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau
kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna
dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan
kepentingan peribadi.
Malah motivasi yang akan mengikat dan menggerakkan adalah keyakinan dan keimanan
para daie kepada janji syurga dan ganjaran-ganjarannya.
Bersabarlah keluarga Yasir, bagi kalian ganjaran syurga
(Al Hadith)
Ad-Dakwah Ilallah mengajak manusia membetulkan manhaj/nizam/jalan hidup
Kerana tiada jalan lain yang akan diterima oleh Allah selain Islam sebagai ad-din (Ali Imran:
19, 85). Islam semata-mata sebagai manhaj hidup, nizam hidup dan jalan hidup. Kerana
dengan Islam sahajalah Allah akan memuliakan kita.
) (
Kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka jika kita mencari kemuliaan dengan selain
Islam, kita akan dihina oleh Allah. )Umar Al-Khattab)
Ini tidak lain dan tidak bukan, memerlukan kepada usaha mengembalikan manusia kepada
panduan hidup yang benar iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah juga mengikuti
jejak para salafussoleh.
:
Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepadanya,
maka tidak akan sesat selepas ketiadaanku, iaitu: Kitab Allah dan sunnahku.

(Al-Hadith)
Lantas menghidupkan jiwa yang mati dan melembutkan hati yang keras (Al Hadid: 16).
Jalan Ad-Dakwah Ilallah adalah Jalan yang Satu
Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya
berpandukan taufik dari Allah s.w.t.
(Jalan Dakwah oleh Al-Ustaz Mustafa Masyhur)
Maka dakwah ini bersumberkan kepada kefahaman dakwah yang telah diterangkan oleh
Allah di dalam Al-Quran melalui kisah para nabi dan rasul, hukum-hakam dan pengajaranpengajarannya.







Dan tiap-tiap berita dari berita rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu untuk menguatkan
hatimu dengannya. dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran
serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Hud: 120)
Juga teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sunnah dan sirah
nabawiyyah. Dakwah kepada Allah adalah satu-satunya jalan Rasulullah dan para
pengikutnya (Yusuf: 108).
Dakwah bukanlah kerja sembarangan hasil pemikiran manusia tanpa panduan dan taufiq
ilahiyyah. Maka para daie perlu memahami fiqh dakwah melalui kaedah-kaedah Islam
seperti yang telah dihuraikan oleh para ulamak daripada kalangan salausoleh, para mujtahid
dan ulamak-ulamak dakwah. Begitu juga mendalami dakwah Rasulullah melalui fiqh sirah.
Dengan itu menjamin kerabbanian dalam sumber (masdar), manhaj dan perancangan
(khuthuwwat) dakwah.

Al Quran dan As Sunnah

Sejarah Hidup Salafussoleh


SUMBER
Analisa para Ulamak
Pengalaman
(Islam dan Dakwah oleh Dr Abdul Karim Zaidan)

Rabbaniyatur Rijal
Usaha dakwah ini hanya boleh dipikul oleh rijal-rijal sepertimana yang diterangkan Allah,











Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab dan hikmat
serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah
kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan
menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang
Rabbaniyin, kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu
mempelajarinya.
(Ali Imran : 79)
Merekalah yang mempelajari Islam dan mengajarkannya kepada manusia.










Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai
orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa
yang telah menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak
pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
(Ali Imran : 146)
Merekalah yang taat kepada Allah, izzah dengan kebenaran, tidak merasa lemah dan
sentiasa dalam kesabaran.

Mempelajari
Islam

Mengajarkan
Islam

Kesabaran

Rabbaniyatur
Rijal

Izzah dengan
kebenaran

Taat kepada
Allah
Tidak
merasa
lemah

Allahu Alam.

Anda mungkin juga menyukai