Anda di halaman 1dari 7

CARA MEMASAK NASI ARAB CHICKEN

MANDY DENGAN PERIUK NOXXA YANG


SEDAP DAN MUDAH
Home Resipi dan Sudut Kreatif SuperMom Cara Memasak Nasi Arab Chicken Mandy Dengan
Periuk Noxxa Yang Sedap Dan Mudah

Hari tu mak saudara singgah sini berikan Rempah Ustazah Nasi Ayam Mandhy untuk
kami. Katanya senang je nak masak Nasi Arab Chicken Mandy dengan menggunakan
periuk Noxxa. Opah dengar ni memang suka bebenorlah kalau periuk Noxxa dia tu boleh
masak macam-macam. Hehehehe!
Bila tengok cara memasak nasi arab chicken mandy memang senang lagi-lagi
menggunakan periuk Noxxa. Hanya perlu masak selama 4 minit sahaja dan resipi ini
boleh cukup untuk 10 orang makan. Nasi arab chicken mandy ni juga dimakan
dengan sos harrah dan salad arab. Amboi semua nak arab kan. Hehehe. Okay, jom
tengok bahan-bahan dan cara penyediaan untuk ketiga-tiga resipi.
Bahan-bahan Nasi Arab Chicken Mandy
4 gelas beras basmathi
4 gelas air
2 sudu minyak zaitun
2 sudu besar garam
1 kiub ayam
4 sudu besar yogurt
4 helai daun pandan
Daun ketumbar
Daun pudina
1 paket rempah ustazah nasi ayam mandhy

Cara-cara Memasak Dengan Periuk Noxxa


1. Masukkan air, minyak zaitun, kiub ayam, garam, daun pandan, yogurt dan rempah
ustazah nasi arab mandhy. Kacau hingga sebati.

2. Masukkan pula beras basmathi, ayam dan kacau sehingga sebati. Setting periuk Noxxa
High Pressure selama 4 minit.

3. Bila dah cukup 4 minit, keluarkan wap dan buka penutup periuk. Bancuh sedikit pewarna
kuning telur dan renjis-renjis atas nasi. Kalau ada saffron lagi baik, tapi cuma ada pewarna
sahaja. Taburkan daun ketumbar, daun pudina dan kalau ada gajus dan kismis pon boleh.

Bahan-bahan Salad Arab


Timun Zuccinni didadu
Daun salad
Tomato cherry didadu
Daun ketumbar
Daun pudina
1 cili merah di hiris
1 botol yogurt

Cara-cara Membuat Salad Arab


1. Potong semua bahan-bahan di atas

2. Letakkan yogurt dalam ni. Terus masukkan dalam peti ais biarkan sejuk. Bila nak makan
nanti baru gaulkan.

Bahan-bahan Sos Harrah


6 cili hidup merah + 1 cili padi
4 biji tomato
1 biji bawang besar bersaiz kecil
Daun pudina sikit
Garam sedikit

Cara-cara Membuatnya
1. Potong semua dan blend. Gambar sos di bawah ni yang warna merah tu.

Inilah hasilnya sepinggan Nasi Arab Chicken Mandy dimasak dengan rempah ustazah
chicken mandydengan menggunakan periuk Noxxa. Senang sangat dan mudah.
Kalau teringin nak makan Nasi Arab Chicken Mandy ni boleh lah buat sendiri pakai periuk
Noxxa ni. Cepat, mudah dan senang. Kalau sesiapa nak dapatkan periuk Noxxa ni boleh
hubungi Mummy =)
Xoxo
Mummy Akmar

Anda mungkin juga menyukai