Anda di halaman 1dari 2

 

5 Resipi Ekspres Jamu


Tetamu Datang Mengejut,
Sekejap Dah Siap Masak!
April 26, 2023
nasiha

  

Home / Resipi / 5 Resipi Ekspres Jamu Tetamu Datang


Mengejut, Sekejap Dah Siap Masak!

5 resepi ekspres ini khas untuk anda.


Sesuai dimasak jika ada tetamu yang
datang rumah secara ‘mengejut’pada
musim Hari Raya ni. Serba salah kalau
nak hidangkan air saja kan, mesti wajib
ada satu makanan berat.

Jom save resipi ni siap-siap, mudah bila


nak masak nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: Nasi Bukhari Dan Kuah


Dalca Cara Mudah, Sesuai Untuk
Jamu Orang Datang Beraya

Advertisement

5 RESEPI EKSPRES HARI


RAYA

1. Laksa Express

Bahan-bahan:

1 tin besar ikan sardin (saya guna


mackerel)
Asam keping
3 sudu cili boh (kuantiti mengikut
tahap kepedasan yang diingini)
Daun kesum
Belacan (jika suka)
Sedikit sos ikan
Garam secukup rasa
Laksa basah

Cara-cara:

1. Lenyekkan ikan sardin bersama


sosnya (guna blender pun boleh).

2. Tumis cili boh dan asam keping.

3. Masukkan ikan sardin yang sudah


dilenyek tadi bersama daun kesum.

4. Sukat air menggunakan tin sardin,


letak dalam 3 atau 4 tin sahaja jika nak
kuah pekat.

5. Masak atas api perlahan selama 20


hingga 25 minit sebab nak bagi rasa
asam keping. Kalau guna api
sederhana, masak selama 5 minit
sahaja.

6. Sedia untuk dihidangkan bersama


telur rebus, potongan cili, bawang,
timun dan limau kasturi. Selamat
mencuba!

Kredit: Sha Sha

2. Resepi Ekspres Nasi Daging


Tin Adabi

Bahan menumis:

2 sdb minyak sapi


2 sdb minyak masak 
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
3 inci halia*
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Buah pelaga
2 sdb rempah kurma
2 helai daun pandan
2 biji tomato
3/4 susu cair 
3/4 sudu penuh garam
Garam
Daun Ketumbar

Mayang halus bahan-bahan bertanda


(*).

Bahan nasi daging:

1 tin kurma daging adabi


Beras basmathi atau beras wangi

Cara-cara:

1. Mula-mul,a tumis kesemua bahan


menumis di atas. 

2. Tumiskan 4 sekawan dan bahan *


yang dimayang sehingga garing.

3. Masukkan daun pandan dan rempah


kurma.

4. Masuk pula isi kurma daging adabi


dan susu cair. Didihkan sekejap dan
masukkan garam, cukup rasa dan
tomato.

5. Toskan beras basmathi ke periuk


nasi dan masukkan tumisan tadi.

6. Akhirsekali bila nasi dah masak, baru


masukkan daun ketumbar. Nasi akan
elok gebu dan wangi.

7. Tips masa nak masak nasi ni, jangan


kacau masa sedang masak untuk
elakkan beras patah. Selamat
mencuba!

Kredit: Hidayah Terbilang

3. Nasi Goreng Cili Flakes

Bahan-bahan:

2 hidangan nasi sejuk


1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar empingan cili
(chili flakes)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Kalau bangun pagi, nak masak


sarapan yang cepat siap, selalunya
saya masak nasi goreng versi ni. Capai
barang dalam peti ais dan pantri, terus
buat. Syaratnya kena ada lebihan nasi
semalamlah.

2. Tumis bawang yang sudah dihiris.

3. Bila bawang dah mula keemasan,


masukkan empingan cili. Kalau tiada
empingan cili, gunakan cili kering yang
ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh.

4. Tumis bawang dan empingan cili


sampai warnanya meriah macam ni.
Bau dia memang menggiurkan.
Gunakan api sederhana, empingan cili
mudah hangus kalau gunakan api
besar.

5. Masukkan nasi. Gaul hingga sebati.

6.  Perasakan dengan kiub ikan bilis


atau ayam. Boleh gantikan dengan
kicap cair. Kemudian kena letak 1 sudu
kecil gula.

7. Letak telur. Ada orang suka letak


awal. Terpulang pada cara masing-
masing. Cuma pastikan telur betul-
betul masak supaya tak kena jangkitan
salmonella (salmonellosis).

8. Siap! Nasi goreng cili kering versi


mudah. Kalau nak letak bawang putih,
ayam atau apa sahaja, silakan.

9. Nasi Goreng Cili Kering ni pedas,


masin, dan sedikit manis. Manis dari
bawang terkaramel dan secubit gula
yang kita yang masukkan tadi.

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan

4. Resepi Ekspres Mee Rebus


Terengganu

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih


½ inci halia
Isi ayam
Isi daging
2 liter air
Lobak merah
Sawi
Fish cake
Fish ball
Garam
Serbuk lada sulah
Telur
Tomato
Chili oil
Garlic oil

Cara-cara:

1. Tumiskan 3 ulas bawang putih Dan


½ inci halia. Kisar halus semua bahan
ni.

2. Bila bahan tumisan dah wangi,


masukkan sumber protein kita, isi
ayam atau daging.

3. Masukkan air secukupnya.

4. Masukkan lobak merah, sawi, fishball


dan fish cake.

5. Bila kuah dah menggelegak,


masukkan mee kuning yang sudah
dibasuh.

6. Perasakan dengan garam dan


serbuk lada sulah.

7. Masukkan telur ayam ikut berapa


orang nak makan.

8. Akhir sekali, masukkan tomato. Siap


untuk dihidangkan!

Kredit: Umi Watie

5. Mi Goreng Stail Mamak

Bahan kisar:

Cili kering
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 sdb udang kering (jika ada)

Bahan A:

2sdb sos tiram


2sdb sos tomato
3sdb sos cili
2sdb kicap pekat manis
Kicap cair manis (letak ikut pada
kehitaman mee yang kita nak)
Garam
1sdb gula (jika tak pedas tak
perlu letak)
Isi ayam
Fish cake

Bahan B:

4-5 biji telur (kalau mee 1kg, guna


9-10 biji telur)
Mee (untuk paket 1/2 kg)
Sawi
Tauge
Hirisan cili merah

Cara-cara:

1. Kisar bahan kisar dan tumis sampai


pecah minyak.

2. Masukkan bahan B satu per satu.


Masak sampai sebati dan cukup rasa.

3. Kemudian baru masukkan telur.


Kocak-kocak sekejap, baru masukkan
mee. Gaulkan sampai semua bersalut
rata.

4. Akhir sekali baru masukkan sayur.


Kacau lagi sehingga rata. Siap! Selamat
mencuba.

Kredit: Ziera Xiera

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Cili


Hijau Pedas ‘Menyengat’, Sangat
Membuka Selera!

Related Posts

5 Idea Menu Bawal Emas


 
‘Potluck’ Yang Masak Sos
Menarik & SUPER Sedap,
Mudah Untuk Rugi Sangat Tak
Jamuan Raya Cuba!

 Cari Resepi

Resipi Popular

Cara Buat Sup Ayam


Siam Masam-Masam
Pedas, Punya Rasa &
Aroma Tersendiri
November 22, 2021

Jom Buat Kek Batik Milo Park


Seo Jun, Hanya Guna 6 Bahan
Ini Saja
February 16, 2023

Ayam Goreng Cili Halia Masam


Manis, Simple Sangat Cara
Buatnya!
April 27, 2023

Resipi Ajaran Mertua. Wanita


Kongsi Selama 35 Tahun Hidup,
Pertama Kali Makan Ikan
Goreng ‘Sesedap’ Ini
May 30, 2022

Cara Buat Pes Ibu Sambal &


Pes Asam Pedas, Buat Sekuali
Terus!
September 19, 2022

Artikel Popular

Daging Akan Jadi


Lebih ‘Empuk’,
Penternak Di
Thailand Guna Ganja
Sebagai Makanan Ayam
Buat Sendiri Apam Balik Nipis
Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan
Ini Nak Lagi Rangup

5 Resipi Sambal Homemade


Sedap & Petua Tahan Lama
Supaya Tidak Berkulat

Roti Mini Shawarma Ayam, Inti


Padat & Sedap, Bekal Berkelah
Dengan Anak-Anak!

Tak Perlu Beli, Jom Cuba Resepi


Cendol Homemade, Sedap &
Kenyal!

Video Terkini

Roti John Special


November 19, 2020

Kuih Koci Kuih Koci


November 19, 2020

Thai Green Tea Latte


November 19, 2020

Banana Mango Smoothie Bowl


November 19, 2020

Agar-Agar Mooncake
November 19, 2020

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe


Menyajikan "world menu",
antaranya sajian Barat, Korea
dan tempatan.

Mari Makan
Menyediakan pelbagai
masakan Barat dan
tempatan.

Restoran Gegey (Shah


Alam)
Mula beroperasi sejak tahun
2016, Restoran Gegey
menawarkan lima jenis
hidangan nasi pada harga
dibawah RM8.00!

 RESTORAN PILIHAN
© Copyright 2020 - 2023 MyResipi by Rev Media Group | All
Rights
Ads byReserved 
Kiosked

Anda mungkin juga menyukai