Anda di halaman 1dari 5

Contoh Peraturan Bilik Darjah :

Pelajar mesti datang sebelum tempoh pengajaran dan pembelajaran bermula iaitu
sebelum pukul 7.00 pagi. Tujuannya untuk proses pembersihan kelas harian.

Pelajar dilarang untuk berada di dalam kelas semasa waktu rehat.

Dilarang bermain atau membuat bising di dalam kelas.

Pelajar hanya boleh keluar kelas dengan izin guru dan memakai pas keluar masuk kelas.

Memberi sepenuh perhatian dan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Dilarang makan dalam kelas.

Contoh Rutin Bilik Darjah :

Pelajar harus membersihkan kelas mengikut jadual pembersihan yang telah disediakan.

Secara bergiliran, setiap kumpulan mestilah menukar informasi dan bahan bacaan tambahan di papan
kenyataan setiap minggu.

Pelajar mestilah beratur masuk ke kelas setiap hari selepas waktu rehat.

Mematikan suis setiap kali meninggalkan kelas.

Menghormati guru iaitu member salam semasa guru masuk dan keluar kelas.

Kepentingan Sarapan Pagi


Senario 1
"Mimi tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya
lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagi pun, tak sempat. Kami keluar
rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan," kata
Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya
sebelum melangkah ke sekolah.
Senario 2
MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan
sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagi pun, dia bukan
dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi
makanan itu. Biar dia gemuk sikit," kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya

yang baru masuk Tahun Satu.


SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah,
segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan
sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian
pengajaran di dalam kelas.
Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi
lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30
pagi.
Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin
bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan
perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk.
Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan
perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan
pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak
memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi
pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar menumpukan sepenuh perhatian, tidak
bermaya dan mengantuk pada awal pagi persekolahan.
Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr
Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan
hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.
Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun
menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan
karbohidrat serta tinggi kandungan, vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk
kanak-kanak sekolah rendah.
"Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur
dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium
yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.
"Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng
kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayursayuran boleh dijadikan hidangan
sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus
juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak
dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,"
katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak kecil yang
mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600


kalsium/ harian (kcal/hari) manakala kanakkanak lelaki memerlukan 1300-1800
kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap
tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak
pada satu-satu masa.
Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr
Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah
yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.
Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana ratarata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan awal pagi bukan
lagi satu yang asing.
"Segelas susu dicampur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin
membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman
berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan pagi hari.
Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersial," katanya.
Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti
peribahasa `alah bisa tegal biasa', namun sebagai ibu bapa kena bijak
menanganinya secara perlahan-lahan.
"Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan
makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil
sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada
makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan
waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga
makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah makan cepat dari dalam bilik,"
katanya.
Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan
untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan
pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk
memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.
Jaga pemakanan kanak-kanak obes
SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami
berat badan berlebihan atau obesiti. Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan
makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya
makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis,
adalah tidak betul sama sekali.

Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting
kepada semua anak-anak ini.
Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan
pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak,
justeru, perlu diberi secara berpatutan.
Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenangwenangnya menjual makanan yang tidak berkhasiat.
"Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain
menggalakkan aktiviti bersukan sekerap mungkin.
"Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting
kualitinya, selain yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka
makan sayur, buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan
yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan
mereka bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain,"
katanya.
Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk
memastikan berat badan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan
kesegaran makanan.
"Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke
sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan
yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan
makanan," katanya.
Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak
faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
* Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral
memberikan tenaga kepada tubuh badan.
* Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas n Lebih tenaga atau
kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
* Membantu merendahkan tahap kolesterol.
* Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng
kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan
sarapan.

* Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga
pilihan yang baik. Kurangkan makanan diproses kerana makanan seperti ini adalah
tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka
tidak cepat bosan.
* Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah berlebihan
akan menyebabkan rasa mengantuk.
Kunci kata:
* SEIMBANG - Terdiri daripada kombinasi pelbagai. Gunakan piramid ini sebagai
rujukan dalam memastikan anak mendapat kuantiti betul daripada setiap kumpulan
makanan.
* SEDERHANA - Keperluan pemakanan anak meningkat apabila membesar. Makan
terlalu banyak atau terlalu sikit boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Justeru,
patuhi bilangan sajian yang disarankan untuk setiap kumpulan makanan di dalam
piramid. Ini akan memastikan anak mendapat jumlah tenaga dan nutrien betul
setiap hari.
* PELBAGAI - Pilih pelbagai daripada setiap kumpulan makanan. Makanan berlainan
memberikan kombinasi dan nutrien berbeza. Penuhi keperluan dengan memberi
pelbagai makanan dalam warna, perisa, tekstur dan sebagainya. Kepelbagaian turut
mengelakkan anak daripada bosan.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/01/sarapan-pagi-kepentingan-danfaedah.html#ixzz3OcexJarl

Anda mungkin juga menyukai