Anda di halaman 1dari 2

Definisi Hands On

Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara, Pembelajaran


secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya dimana ia
dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara
kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's
Elementary School, Sandusky, OH pula mendefiniskan Pembelajaran
secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia
berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir
secara kritikal, berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam
kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran
untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
Beberapa orang tokoh luar Negara juga turut memberikan maksud hand
on mengikut pandangan dan pendapat masing-masing. Karen Worth,
Education Development Center Inc., Newton,
MA mendefinisikanpembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi
alatan. Ia melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena
dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalamanpengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education
Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx,
NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang
menyeronokkan dan jelas serta meningkatkan perasaan ingin tahu,
kompetensi serta kreativiti melalui aktiviti yang dijalankan secara amali.
Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau
apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga
membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup)
yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan
Cara Pelaksanaan Aktiviti Hands On
Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands
on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang
ringkas dan mudah difahami. Tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya
agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih
aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan
mereka memahami apa yang mereka lakukan.
Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru
mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan
konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid
kelainan upaya ini. Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat
mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak


penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan
tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan
konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan
alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan
peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan sepanjang masa

KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON


Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan
upaya. Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid
kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam
pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan
aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang
apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam
tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk
memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya
juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan
pembelajaran.
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan
pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian.
Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti
yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan
dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands
on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu
murid. Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses
sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk
menginterpretasi data.

Anda mungkin juga menyukai