Anda di halaman 1dari 18

ISU MENGURUS ASET ALIH

Posted By : Zainab Binti Mat Min (M20141000243)


Date posted : 19 Oct 2014 02:06:51 PM
(3 read/s)
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..
3 isu dalam pengurusan aset alih :
1. Kehilangan Peralatan ICT seperti laptop dan LCD akibat kecuaian dan pecah
masuk rumah.
Sebab terjadi :

Mengeluarkan laptop dari simpanan sekolah tanpa merujuk borang BPPA 20


iaitu kebenaran Ketua Jabatan untuk membawa keluar peralatan ICT dari
premis sekolah.

Tidak mematuhi peraturan membawa peralatan ICT keluar daripada premis


sekolah berdasarkan Pekeliling Perolehan Dan Pengurusan Aset
Bilangan1/2000, Panduan Penggunaan, Penjagaan, Penyimpanan dan
Membawa Keluar Peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi
Kementerian Pelajaran.

Tidak mematuhi cara penjagaan dirumah iaitu peralatan ICT hendaklah


disimpan didalam almari kabinet yang berkunci.

Cara Mengatasi :
1. Guru perlu melaporkan kepada Ketua Jabatan dengan serta merta dan
hendaklah melaporkan kepada Polis dalam empoh 24 jam dari waktu
kehilangan diketahui.
2. Guru Besar membuat Laporan awal Kew.PA.28 Ketua Jabatan dimana
kehilangan berlaku.
3. Hendaklah dengan segera dalam tempoh 2 hari bekerja menghantar laporan
awal dan salinan Laporan Polis terus kepada Pegawai Pengawal bagi Jabatan
Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit
Negara
4. Menunggun syor Pegawai Pengawal setelah berpuas hati dengan hasil siasatan
di Laporan akhir Kew.PA 30.
5. Antara syor tersebut :

Tindakan menghapus kira aset yang hilang dengan surcaj atau tatatertib atau

kedua-duanya sekali.

Tindakan menhapus kira aset yang hilang tanpa surcaj dan tatatertib.

2. Aset Tidak dilabelkan seperti kerusi, meja murid, peralatan sukan dan peralatan
ICT
Sebab terjadi : Tiada penjagaan yang sistematik, tiada lokasi penggunaan, kehilangan,
kerosakan, kecurian harta kerajaan, tiada tempat penyimpanan dan kerugian kepada
kerajaan.

Cara Mengatasi :

Semua aset perlu diberi tanda perkenalan dengan cara perlabelan, mengecat
dan emboss bagi menunjukkan HAK KERAJAAN MALAYSIA dan di
"tagging" mengikut nombor aset dalam Rekod pendaftaran Inventori atau
Harta Modal aset Alih kerajaan

Pengerakkan aset : pinjaman atau penempatan sementara hendaklah direkod


pada Buku Pengerakkan Harta Modal dan Inventori KEW.PA6.

Senarai aset hendaklah disediakan oleh pegawai aset menggunakan KEW.PA7

Penyimpanan daftar KEW.PA2 dan KEW.PA3 hendaklah disimpan dalam


kabinet berkunci

3. Kurangnya Pengawasan dan Perhatian dan Penyeliaan Oleh Guru Terhadap Harta
Modal dan Inventori.
Sebab Terjadi : Tiada Perancangan Pembelian seperti peralatan pejabat dan peralatan
sukan - Pembelian yang tiada perancangan menyebabkan stok yang berlebihan dan
terpaksa disimpan. Ini menyebabkan pembaziran.
Cara Mengatasi :
Guru Besar perlu mengambil langkah-langkah :

Beri perhatian meningkatkan pengawasan dan penyeliaan

Lantik Pengurus Aset

Pastikan perancangan perolehan

Pastikan wujud penyelarasan di antara perolehan dan penyimpanan

stok/pengurusan aset

Monitor prestasi dan kadar pusingan stok

Pastikan ada jadual penyelenggaraan supaya aset diurus dengan baik

Pastikan baki stok disemak, adakan anggaran realistik sebelum pesanan baru
dibuat

Pastikan pelupusan dan pastikan tindakan pelupusan diambil atas stok yang
tidak bergerak

Pastikan maklumat/ data stok sentiasa dikemaskini

Teliti kelemahan pengurusan aset dan ambil tindakan susulan.

sekian.

Attachment : No File Attach...


| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

Pengurusan Aset Alih


Posted By : Mohamad Azmi Bin Ali (M20141000130)
Date posted : 08 Oct 2014 08:18:14 PM
(9 read/s)
Assamualaikum dan salam sejahtera........
Isu-isu dalam pengurusan Aset Alih Kerajaan
Isu Pertama ;
Penghantaran Bekalan Lebih Tempoh
Punca

Isu ini terjadi disebabkan oleh kelewatan pembekal menerima pesanan dan juga
kelewatan memproses pesanan yang diterima.
Langkah Penyelesaian
Merujuk serta memantau di pihak pembekal selepas pesan hantar untuk mengetahui
tempoh masa penghantaran,cara penghantaran serta menyemak semula samada
pesanan telah terima dan diproses dalam masa yang telah ditetapkan.Bertindak
mengambil langkah tindakan awl sekira pesanan yang dibuat itu terdapat masalah.
Isu Kedua
Barangan yang terdapat dalam Stor tidak direkod
Punca
Kelemahan pegawai yang menjaga unit keluar masuk barang stor seperti masalah
terlepas pandang,kerja bertangguh dan sebagainya
Langkah Penyelesaian
Kemaskini stok dari masa ke semasa (bila berlaku keluar masuk barang) dan
perubahan dalam stok mesti dibuat pada hari dan tarikh keluar masuk barang berlaku
Isu Ketiga
Stok tidak didaftar dan tidak digunakan dah terdapat lebihan stok lama di dalam stor
Punca
bilangan stok dalam stor tidak sama seperti kuantiti dalam buku stok (berlaku
kesilapan dalam mengira atau menulis dalam buku stok)
Cara Penyelesaian
Sentiasa memantau jumlah stok yang ada dalam stor dan habiskan stok sedia ada
dalam tempoh yang ditetapkan serta buat pesanan stok baru berdasarkan keperluan
semasa.

Attachment : No File Attach...


| Reply to This Message | Print Message |

Re : Pengurusan Aset Alih

19 Oct 2014
02:19:39 PM

Posted By

08 Oct 2014
08:18:14 PM

: Zainab Binti Mat Min

Reply To
: Mohamad Azmi Bin Ali
Attachment : No File Attach
Assalamualaikum...
Saya amat bersetuju dengan pernyataan tuan mengenai barang yang tidak
direkod. Isu inventori ini sentiasa terjadi disetiap sekolah terhadap pembekalan
kerajaan seperti kerusi dan meja murid, kerusi banquet dan peralatan perabut
yang tidak direkodkan. Ini disebabkan oleh pengawasan guru besar yang tidak
mengambilberat terhadap pembekalan peralatan sekolah. Apabila peralatan ini
tidak diberi seliaan, ini akan menyebabkan kehilangan dan kerosakan yang tidak
dapat dikesan. Sebaiknya pihak pengurusan sekolah perlu mengambil berat
terhadap pengurusan inventori dengan lebih tegas lagi supaya harta kerajaan
dijaga dengan baik dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
Barang inventori yang dibekalkan disekolah adalah dalam kuantiti yang banyak.
Jika tidak dilabelkan pembekalan tersebut, stok yang dibekalkan tidak dapat
dikenalpasti dan disimpan ditempat yang betul. Ini merupakan kelemahan dalam
pengurusan aset kerajaan dan boleh dikenakan surcaj atau tatatertib jika didapati
kecuaian dalam mengurus harta kerajaan.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

Forum 1
Posted By : Sundi @ Sandi A/P Arumugam (M20141000122)
Date posted : 07 Oct 2014 08:26:28 AM
(15 read/s)

Salam sejahtera,
Antara isu yang wujud dalam menguruskan aset di sekolah ialah:
1. Tiada rekod penerimaan yang sistematik dan tiada data penerimaan yang terkini.
2. Aset yang diperolehi 'hilang' atau pun tidak diketahui kepenggunaannya.
3. Aset lama disimpan di dalam stor dan sekolah tidak perolehi sebarang aset baru.
Masalah pengurusan aset alih kerajaan wujud kerana
1. Kegagalan mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan pengemaskinaian
yang berterusan berdasarkan keperluan sekolah.
2. Kegagalan pemantauan secara berterusan untuk memastikan keperluan aset sekolah
terjaga pada setiap masa.
3. Gagal untuk membuat pelupusan dan penggantian aset secara sistematik.
Menurut pandangan saya, beberapa langkah berupaya untuk mengatasi masalah dan
isu yang telah diketengahkan. Antaranya ialah
1. Membuat Pendaftaran Aset Alih Kerajaan mengikut aliran yang ditetapkan dalam
jangka waktu dua minggu penerimaan untuk memastikoan aset tersebut diurus dan
diguna secekap yang mungkin berdasarkan keperluan sekolah. Pendaftaran ini akan
memudahkan pentadbiran sekolah untuk mengenalpasti inventori aset yang diperolehi
pada tahun semasa dan memantau inventori aset yang telah diperolehi pada tahuntahun sebelumnya.
2. Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori mesti disediakan dan digunapakai
secara berkesan untuk mencegah aset daripada 'hilang' atau tidak tahu status
kepenggunaannya. amatlah penting untuk menjalankan LDP berkesan kepada semua
warga sekolah berkenaan pengurusan aset alih kerajaan berkenaan dengan perkodan
dan pergerakkan aset alih kerajaan yang diperolehi.
3. Sistem pelupusan harus diberi penenkan yang amat tinggi, kerana pelupisan ynag
betul membolehkan sekolah memberitahu kerajaan berkenaan dengan status aset alih
kerajaan berdasarkan peredaran waktu untuk memastikan aset alih yang baru
diperolehi secara mudah berdasarkan prosedur yang telah digariskan. Kegagalan
pelupusan hanya akan merugikan pihak sekolah dalam memperolehi aset alih yang
baru. Pelupusan haruslah dibuat oleh Urus Setia Pelupusan dengan perakuan
pelupusan yang merupakan perkara penting bagi penggantian aset yang baru.
Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |
6

Re : Forum 1

19 Oct 2014
02:31:00 PM

Posted By

07 Oct 2014
08:26:28 AM

: Zainab Binti Mat Min

Reply To
: Sundi @ Sandi A/P Arumugam
Attachment : No File Attach
Salam 1 Malaysia..
Saya menyokong pernyataan saudari..
Pada pendapat saya, pengurusan aset disekolah perlu dilaksanakan dengan
sistematik dan pegawai aset yang dilantik perlu tahu tugasnya sebagai pegawai
aset sekolah. Disini saya senaraikan tugas pengawai aset iaitu :

mengurussetiakan mesyuarat Jawankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


di Sekolah

Mengurus tindakan pelupusan, kehilangan dan hapus kira mengikut


tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

mengurus verifikasi Stor mengikut jadual

Menyediakan laporan tahunan mengenai pengurusan aset

Pegawai aset yang tidak mengetahui tanggungjawabnya menyebabkan


data/maklumat aset yang diperolehi tidak lengkap dan banyak aset-aset kerajaan
tidak diurus dengan baik dan tidak berekod. Tindakan surcaj boleh dikenakan
kepada guru atau sekolah sekiranya aset alih kerajaan hilang. Peranan guru besar
juga penting bagi menyelia dan memantau pengurusan aset yang dibuat supaya
lebih cekap dan tersusun mengikut tatacara yang betul.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

3 ISU DALAM MENGURUSKAN ASET ALIH KERAJAAN


Posted By : Rofidah Binti Mohd Nasir (M20141000167)
Date posted : 05 Oct 2014 06:57:05 PM
(18 read/s)

Attachment : ASET ALIH.docx


| Reply to This Message | Print Message |

Re : 3 ISU DALAM MENGURUSKAN ASET ALIH


KERAJAAN

19 Oct 2014
02:44:51 PM

Posted By

05 Oct 2014
06:57:05 PM

: Zainab Binti Mat Min

Reply To
: Rofidah Binti Mohd Nasir
Attachment : No File Attach
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Saya bersetuju dengan pernyataan saudari mengenai pelupusan. Jika kita melihat
kepada proses membuat pelupusan agak sukar danmemerlukan proses kerja yang
lama. Jadi, Pada pendapat saya, kebanyakan sekolah terdapat banyak peralatan
yang tidak dilupuskan kerana prosedur yang ketat. Terdapat banyak barangan
yang tamat tempoh, rosak dan hilang tetapi tidak dibuat pelupusan oleh pihak
sekolah. Akhirnya barang tersebut disimpan didalam stor tanpa pengantian dan
dibuat tindakan. Contonya barangan ICT.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

ISU KESAMAAN (EQUITY) DAN KECUKUPAN (ADEQUACY)


Posted By : Zainab Binti Mat Min (M20141000243)
Date posted : 19 Oct 2014 01:12:26 PM
(3 read/s)
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..
Pengurusan Kewangan di sekolah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk
mengurus kewangan dengan baik tanpa teguran audit. Pengurus sekolah iaitu Guru
Besar perlu mempunyai akauntabiliti menjalankan tugas mengurus sumber-sumber
wang awam melalui perwakilan kuasa.
Kesamaaan (Equaty)
Merujuk kepada kesamaan, saksama dan adil dalam peruntukan kewangan bagi
perbelanjaan sekolah. Guru besar perlu menguruskan kewangan berpandukan
Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010, kesamaaan dapat di agihkan dengan
sistematik dan teratur.
Kesamaan kepada pengagihan peruntukan yang saksama dan adil bagi perbelanjaan
mengikut jenis bantuan yang terlibat seperti :

Bantuan Geran Perkapita (PCG)

Yuran Khas Sekolah (YKS)

Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)

Bantuan KoKurikulum Sekolah (BKK)

Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP)

Bantuan Makanan Asrama (BMA)

Kepelbagaian bantuan ini perlu kepada satu prosedur yang sistematik dan seragam.
Guru besar perlu mematuhi peraturan kewangan dan mengagihkan kewangan dari segi
tuntutan, penyaluran, kadar, kriteria kelayakan, maksud belanja serta pengurusan
lebihan dan baki yang perlu dikemaskini dengan lebih komprehensif. Jadi, kesamaan
dapat di agihkan dengan berpandukan peraturan kewangan yang ditetapkan. Isu
timbul apabila pengagihan tidak samarata antara satu-satu mata pelajaran
menyebabkan panitia sukar membuat perbelanjaan dan isu peruntukan perbelanjaan
untuk sekolah kecil seperti SKM yang tidak sama dengan sekolah besar. Ini
menjurangkan belanja mengurus bagi tujuan PdP murid menjadi terhad di sekolah
SKM.
Kecukupan (Adequacy)

Merujuk kecukupan perbelanjaan kewangan sekolah. Isu timbul apabila


peruntukan perbelanjaan wang kerajaan tidak mencukupi terutamanya kepada
sekolah luar yang bandar yang enrolmen murid sedikit seperti SKM.
Peruntukan wang kerajaan ini berdasarkan bilangan pelajar iaitu bantua Geran
Perkapita mata pelajaran (PCG). Jad, bagi sekolah kecil, peruntukan ini tidak
mencukupi kerana ada PCG mata pelajaran mendapat peruntukan yang banyak
dan ada yang sedikit, bagi PCG bukan mata pelajaran seperti bimbingan dan
kaunseling pula selalu mengalami kekurangan peruntukan untuk membuat
program bagi tujuan murid. Peruntukan kkas (LPK) selalu tidak mencukupi
seperti pembayaran bil-bil, membeli bahan dan perbekalan sekolah. Hal ini
juga disebabkan oleh harga barang-barang naik dan perkhidmatan meningkat
setiap tahun sedangkan peruntukan kerajaan masih tetap setiap tahun. Guru
besar selaku pengurus kewangan sekolah terpaksa mencari alternatif lain
untuk menampung perbelanjaan mengurus atau menghadkan perbelanjaan
supaya pengurusan kewangan sekolah tidak mengalami masalah.

Sekian, diharapkan kawan-kawan membantu jika tidak menepati ulasan saya ini.

Attachment : No File Attach...

10

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

ISU ISU BERKAITAN KESAMAAN (EQUITY) DAN KECUKUPAN(ADEQUITY)


DALAM KONTEKS KEWANGAN DI SEKOLAH.
Posted By : Noraini Binti Mohd Hashim (M20141000272)
Date posted : 19 Oct 2014 01:56:33 AM
(5 read/s)
Assalamualaikum dan selamt selamat sejahtera.
Pada pendapat saya, pada dasarnya, Pengurusan kewangan yang cekap dan efisien
terhadap bantuan yang diberikan amat penting di sekolah. Ini kerana tanpa bantuan,
semua aktiviti sekolah tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Dalam isu ini, PTJ
mempunyai lebih kuasa autonomi dan lebih berakauntabaliti dalam pengurusan di
sekolah.
- Umumnya, kejayaan dalam melaksanakan pengurusan kewangan sekolah PTJ ini
bergantung juga kepada pihak pentadbir juga sebenarnya di segi kecukupan dan
kesamaan. contohnya seperti sikap dan kefahaman Pengetua, Penbantu Tadbir
kewangan dan juga guru-guru di sekolah yang merupakan sebagai pelaksana yang
11

akan melaksanakan sesuatu aktiviti.


- Terdapat laporan bahawa ada sebilangan Pengurus sekolah yang tidak cekap dan
tidak akur dengan prosedur kewangan yang ditetapkan. ini akan menjadi masalah
terhadap kecukupan wang bantuan kepada sekolah. apabila ini terjadi, pihak sekolah
akan menghadapi masalah dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.
- Di samping itu juga pihak sekolah sendiri boleh mencari Dana tambahan untuk
sekolah dan tidak hanya bergantung pada bantuan modal semata-mata. Sebagaigai
contoh, menyewakan kemudahan yang ada di sekolah seperti dewan, peralatan
eletronik, padang dan sebagainya.
Terima Kasih.

Attachment : No File Attach...


| Reply to This Message | Print Message |

Re : ISU ISU BERKAITAN KESAMAAN (EQUITY)


DAN KECUKUPAN(ADEQUITY) DALAM KONTEKS
KEWANGAN DI SEKOLAH.

19 Oct 2014
03:14:44 PM

Posted By

19 Oct 2014
01:56:33 AM

: Zainab Binti Mat Min

Reply To
: Noraini Binti Mohd Hashim
Attachment : No File Attach
Assalamualaikum...
Saya bersetuju dengan pernyataan saudari mengenai ekuiti kewangan sekolah. Ini
kerana kesamaan dalam peruntukan perbelanjaan kepada sekolah samaada
sekolah besar atau kecil amat penting bagi menjamin kesamarataan pelajar
menikmati faedah yang sama banyak hasil daripada perbelanjaan yang diuruskan.
kememterian juga perlu mengkaji semula peruntukan yang diberikan berdasarkan
tuntutan perbelanjaan semasa bagi mempertingkatkan prestasi sekolah ke arah
kecemerlangan kerana setiap porgram atau aktiviti yang dilaksanakan
memerlukan peruntukan kewangan.
Manakala ketidakcukupan perbelanjaan kewangan sekolah memerlukan
pengurusan kewangan yang cekap bagi memastikan perbelanjaan yang cukup
untuk tujuan PdP murid yang berkesan. Walaupun berlaku ketidakcukupan namun
pihak sekolah perlu mengagihkan, membelanja, mengawal dan mengurus
12

peruntukan dengan lebih cekap.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan


Posted By : Mohamad Azmi Bin Ali (M20141000130)
Date posted : 09 Oct 2014 09:54:06 PM
(17 read/s)
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan isu kesamaan dan
juga kecukupan adalah
1. Dalam isu kesamaan setahu saya sekolah yang bertaraf PTj dan sekolah yang
bukan bertaraf PTj adalah bantuan PCG adalah bantuan berdasarkan jumlah muid
13

disesebuah sekolah dan bantuan ini dalam bentuk PCG mata pelajaran dan PCG
bukan matapelajaran.
2. Dalam isu kecukupan pula dapat dibezakankan dengan sekolah-sekolah yang
bertaraf PTj mendapat bantuan dalam bentuk waran manakala sekolah bukan PTj pula
bantuan diterima dalam bentuk geran
Mohon kawan kawan dapat memberi respon yang membina dengan menambah apa
yang kurang dan membetukan apa silap
Terima Kasih...
Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

Re : Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan

19 Oct 2014
03:38:14 PM

Posted By

09 Oct 2014
09:54:06 PM

: Zainab Binti Mat Min

Reply To
: Mohamad Azmi Bin Ali
Attachment : No File Attach
Assalamualaikum saudara...
Saya menyokong ulasan anda, peruntukan PCG mengikut enrolmen murid jika
sekolah mempunyai PTJ peruntukan yang diberikan mengikut waran yang
diluluskan. Bagi peruntukan sekolah SKM mengikut kadar yang diluluskan.
Sering berlaku ketidakcukupan dalam peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan
mata pelajaran disebabkan peruntukan yang sedikit kepada sekolah kecil.
Biasanya masalah kewangan yang dihadapi oleh sekolah samaada dalam ekuiti
atau adequacy mengikut jeni sekolah dan pengurusan kewangan oleh pentadbir.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |


Bincangkan isu-isu berkaitan kesamaan(equity) dan kecukupan (adequacy) dalam konteks
sekolah
Posted By : Selvanayaki A/P Periakaruppan (M20141000211)
Date posted : 10 Oct 2014 03:13:37 PM
(42 read/s)
14

FORUM 2
Bincangkan isu-isu berkaitan kesamaan(equity) dan kecukupan (adequacy) dalam
konteks sekolah
Kesamaaan
Menurut Collins Cobuild (1999), ekuiti ataupun kesamaan membawa maksud
pemberian dalam jumlah yang sama dan berpatutan dalam menyediakan kemudahan
kepada setiap individu.
Menurut Odden dan Discus (2000) pula berpendapat sesuatu yang adil
sekiranya institusi pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan diberikan jumlah agihan
kewangan yang sama rata kerana sumber kewangan adalah wang awam.
Pada pendapat saya, kesamaan bermakna prinsip kesamarataan yang diamalkan
dalam menguruskan pembiayaan dalam pendidikan tanpa mengambil kira perbezaan
demografi.
Pengurusan ekuiti dengan cekap dan berkesan akan meningkatkan kualiti
pendidikan agar memenuhi piawaian, harapan dan respirasi negara.
Guru besar /ketua jabatan mempunyai akauntibiliti untuk mengurus sumbersumber kerajaan seperti kumpulan wang kerajaan , kumpulan wang SUWA dan
kumpulan wang asrama melalui perwakilan kuasa menggunakan tatacara yang
ditetapkan serta bertanggungjawab untuk merekodkan segala urusan kewangan dengaan
lebih sistematik.
Dalam pada itu, apa yang menjadi isu di sini ialah sumber kewangan yang
diperuntukkan untuk sekolah berstatus Pusat Bertanggungjawab(PTJ ) dan bukan Pusat
Bertanggungjawab jauh berbeza.
-

Sekolah berstatus PTJ diberi privillage seperti:


1. Saluran bagi menyampaikan peruntukan tambahan terus ke sekolah mengikut
keperluan tersebut
2. Ketua jabatan diberi akauntabiliti mengurus kewangan mahupun keperluan
tanpa kekangan dan halangan
3. Mempercepatkan usaha perolehan dan bayaran tanpa melalui Jabatan
Pendidikan Negara(JPN)
4. Pembayaran gaji kepada guru dan kakitangan dengan cepat.
5. Pertambahan penjawatan seorang KPT untuk mengurus rekod kewanganSekolah berstatus PTJ dapat menikmati kelebihan yang tertera seperti di atas
tetapi sekolah bukan berstatus PTJ perlu berdepan dengan pelbagai halangan
15

dan kekangan seperti menunggu peruntukan daripada JPN.


KECUKUPAN
Adequacy atau lebih dikenali kecukupan dalam konteks kewangan sekolah memang
bergantung kepada jumlah murid dan guru, saiz sesebuah sekolah, kakitangan sekolah,
bahan PDP serta program yang dijalankan oleh sesebuah sekolah . Kini, terdapat juga
sekolah sekolah yang masih kekurangan tenaga pengajar seperti guru Bahasa Inggeris.
Bukan itu sahaja, sekolah yang terletak di kawasan pedalaman terpaksa menghadapi
pelbagai masalah kekurangan seperti:
1. Kekurangan bahan BBM dan peralatan seperti computer dan perisian
computer
1. Kekurangan bilik darjah yang kondusif untuk PDP. Kadang-kala makmal Sains
digunakansebagai bilik darjah sementara sepanjang tahun.Sumber kewangan
yang disalurkan tidak mencukupi untuk menjalankan program yang
dirancangkan dan perlu mencari alternative dari pihak luar seperti sumbangan
dan lain-lain lagi.
Wang peruntukan kewangan yang jauh beza kepada sekolah berstatus PTJ
mengakibatkan jurang perbezaan yang ketara antara sekolah PTJ dan Bukan PTJ.
Walau bagaimanapun, sekiranya ketua jabatan yang berakauntabiliti mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dan kemahiran mengurus sumber kewangan dengan lebih efektif
maka sekolah tersebut tidak perlu bergantung kepada sumber kewangan luaran sematamata.
Sekian, Terima Kasih.
Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |
Re : Bincangkan isu-isu berkaitan kesamaan(equity) dan 19 Oct 2014
kecukupan (adequacy) dalam konteks sekolah
03:23:54 PM
Posted By

: Zainab Binti Mat Min

10 Oct 2014
03:13:37 PM

Reply To
: Selvanayaki A/P Periakaruppan
Attachment : No File Attach
Salam Sejahtera...
Saya menyokong ulasan anda yang banyak memberi input. Pada pendapat saya
mengenai kecukupan (adequacy) kewangan dalam pendidikan meliputi banyak
perkara. Contoh yang saya ambil ialah ketidakcukupan dalam akaun wang SUWA
sekolah, ini melibatkan banyak sekolah tidak cukup peruntukan Yuran dari segi
pembelian kertas ujian, yuran perpustakaan, yuran sukan/permainan dan juga
16

pembelian alat kemahiran hidup yang sememangnya berharga mahal,


smestinyalah tidak cukup dengan peruntukan yang diberi. Ini menjadi isu
kewangan pada setiap tahun. Jadi pengetua atau guru besar perlu berbelanja
dengan berhemah mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |


Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan
Posted By : Mohamad Azmi Bin Ali (M20141000130)
Date posted : 09 Oct 2014 09:54:06 PM
(18 read/s)
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Disini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan berkaitan dengan isu kesamaan dan
juga kecukupan adalah
1. Dalam isu kesamaan setahu saya sekolah yang bertaraf PTj dan sekolah yang bukan
bertaraf PTj adalah bantuan PCG adalah bantuan berdasarkan jumlah muid disesebuah
sekolah dan bantuan ini dalam bentuk PCG mata pelajaran dan PCG bukan
matapelajaran.
2. Dalam isu kecukupan pula dapat dibezakankan dengan sekolah-sekolah yang
bertaraf PTj mendapat bantuan dalam bentuk waran manakala sekolah bukan PTj pula
bantuan diterima dalam bentuk geran
Mohon kawan kawan dapat memberi respon yang membina dengan menambah apa
yang kurang dan membetukan apa silap
Terima Kasih...
Attachment : No File Attach...
| Reply to This Message | Print Message |

Re : Perkongsian isu isu kesamaan dan kecukupan

19 Oct 2014
03:38:14 PM

Posted By

09 Oct 2014
09:54:06 PM

: Zainab Binti Mat Min

Reply To
: Mohamad Azmi Bin Ali
Attachment : No File Attach

17

Assalamualaikum saudara...
Saya menyokong ulasan anda, peruntukan PCG mengikut enrolmen murid jika
sekolah mempunyai PTJ peruntukan yang diberikan mengikut waran yang
diluluskan. Bagi peruntukan sekolah SKM mengikut kadar yang diluluskan.
Sering berlaku ketidakcukupan dalam peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan
mata pelajaran disebabkan peruntukan yang sedikit kepada sekolah kecil.
Biasanya masalah kewangan yang dihadapi oleh sekolah samaada dalam ekuiti
atau adequacy mengikut jeni sekolah dan pengurusan kewangan oleh pentadbir.

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

18

Anda mungkin juga menyukai