Anda di halaman 1dari 25

GURU

DAN
ALAM PENDIDIKAN

profesion yang paling mendapat tempat di


kalangan rakyat Malaysia.
tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat
di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang
manakala jumlah pelajar pula ialah 2,897,927
orang.
tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000
orang guru di negara kita

Guru sebagai pengamal ilmu


Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru
mempunyai peranan serta tugas yang amat berat,
rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan
negara terletak di atas pundak kaum guru.
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada
ketika dunia kini menjadi sebuah global village,
tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi
semakin mendadak.
Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa
mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu
pengetahuan masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar


menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu
malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan.
Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan
guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta
tanggungjawab sosial iaitu:
(a)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran;
(b)penyampai ilmu pengetahuan;
(c)pembentuk akhlak;
(d)pembimbing;
(e)contoh teladan atau model.

Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan


para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif
sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah
secara berencana dan berterusan:
(a)mempersiapkan diri dari segi keilmuan;
(b)berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi
ibadah-ibadah asas;
(c)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan
diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan
masyarakat;
(d)melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya;
(e)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam
kehidupan bermasyarakat;
(f) menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah
ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat.

Guru atau para pendidik juga seharusnya


mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap
profesion serta tanggunggungjawab moral
mereka sebagai seorang guru.
Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990)
sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang
guru harus mempunyai tanggungjawab
profesional yang mencukupi asas kebenaran,
kejujuran, tanpa kepentingan langsung,
menyandarkan kekuatan penghujahan,
rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis,
dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat
dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.

Guru sebagai pengamal kemahiran


Guru harus mempunyai kemahiran dan
mempunyai sijil bertauliah daripada latihan
ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang
memperolehi kemahiran profesional adalah
guru
yang
bertauliah
dan
cekap
menjalankan
tugas-tugas
seperti
pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum
berlandaskan teori pendidikan.

(a) Kemahiran belajar


- kebolehan menerima isyarat dengan tepat,
memproses maklumat yang diterima, menyimpannya
dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk
menyelesaikan masalah.
(b) Kemahiran berfikir
- kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan
proses-proses pemikiran seperti banding-beza,
menghuraikan dan lain-lain.
(c) Kemahiran pemudah cara
- fasilitator yang membimbing, memotivasi serta
menggerakkan orang lain.

(d) Kemahiran mengajar


- membentuk aktiviti pengajaran yang
sistematik, menarik dan berkesan.
(e) Kemahiran merancang
- menentukan objektif pelajaran, memilih isi
pengajaran, memilih strategi dan kaedah
pengajaran, merancang aktiviti pengajaran
pembelajaran, memilih dan menyediakan
pelajaran serta menyediakan dan mengurus
kemudahan untuk menjalankan aktiviti
pengajaran.

(f) Kemahiran berkomunikasi


- secara lisan atau bertulis.
(g) Kemahiran mengurus
- mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal,
bahan-bahan pengajaran dan sebagainya.
(h) Kemahiran menilai
- mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
(I) Kemahiran ICT
- menggunakan teknologi maklumat.

Guru sebagai pembentuk nilai


Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan
dalam kehidupan.
Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk
hidup dengan cara yang betul.
Guru harus membentuk murid-murid untuk
memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan
yang mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.
Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu
menjadi rote model yang akan diteladani oleh para
murid serta orang di sekelilingnya.

Guru sebagai pendidik


Tugas guru adalah mendidik iaitu:
(a)Memberi ilmu mengajar, menyampai maklumat,
berbincang, mengendalikan bengkel dan
sebagainya.
(b)Mendedahkan pengalaman guru perlu
mendedahkan murid-murid dengan pengalamanpengalaman tertentu seperti pengembara,
mengelola majlis.
(c)Mendidik murid berakhlak mulia mendidik
termasuk dari segi akhlak, penampilan diri melalui
pembelajaran seperti pendidikan moral.

Guru sebagai agen sosialisasi


Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah
murid-murid yang sempurna selaras
dengan kehendak masyarakat.
Guru mempunyai hubungan yang rapat
dengan masyarakat dan boleh
menggunakan statusnya untuk
menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli
masyarakat.

Guru sebagai agen


perubahan

Mengubah daripada stail pengurusan dan


kepimpinan yang bersifat autokratik kepada
demokratik.
Perlu berasaskan perkara-perkara berikut:
- Mengubah daripada strategi pemusatan
guru kepada pemusatan murid.
- Mengamalkan sifat penyayang terhadap
pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan
dan sekolah.
- Bersikap terbuka secara proaktif dan
bersedia untuk menghadapi perubahan
khususnya dalam bidang pendidikan.

Guru sebagai pembina negara


Insan guru dapat membantu pembentukan
masyarakat dan menjadi kerangka kepada
pembentukan negara.
Guru harus berakhlak mulia, mempunyai
semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan
fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara.
Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi untuk menolong membentuk
masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.

Guru sebagai penyebar ilmu


Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada murid.
Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi
murid-murid mencontohi serta membentuk budaya ilmu
sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka.
Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid
sejajar dengan salah satu pernyataan yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan.

Guru sebagai penyayang


Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga,
memikir dan memberi perhatian terhadap
permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan
dan kebahagiaan murid-muridnya.
Menyukai dan menyayangi kanak-kanak.
Berminat mengajar, berdedikasi dan
melaksanakan
aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh.
Dapat melahirkan murid yang mempunyai
kepimpinan cemerlang melalui pendedahan
hidup masyarakat.

Guru sebagai pakar rujuk


Mempunyai kemahiran ikhtisas dan
menguasai ilmu pengetahuan.
Menunjukkan sikap jujur serta
mewujudkan interaksi positif pelbagai
hala.
Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik
yang memudahkan murid menjalankan
aktiviti pengajaran mereka.

Guru sebagai mentor


Menolong memberikan penyelesaian masalah
kepada murid dengan cepat dan berkesan.
Juga harus mempunyai kemahiran mendengar
dengan baik iaitu memahami situasi atau
keadaan yang dialami murid-muridnya.
Juga perlu mempunyai sifat dan kualiti seperti
bersopan santun, menghormati pandangan
murid, peramah, rendah hati, jujur, semangat
berbakti, prihatin dan sebagainya.

Guru sebagai pengurus


Mengurus rutin bilik darjah.
Mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugasan harian.
Mengurus murid-murid supaya mematuhi
peraturan bilik darjah.
Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
Mengurus aktiviti kumpulan.

Guru sebagai penyelidik


Menyelesaikan masalah yang mungkin
dihadapi oleh murid.
Mengubah dan menyesuaikan strategi P &
P dapat menarik perhatian murid.
Sentiasa membuat dan menjalankan
refleksi kendiri bagi memperbaiki
kelemahan dalam P & P.

Guru sebagai pengamal reflektif


Sentiasa membuat pertimbangan dan
pemikiran yang mendalam sebelum
merancang sesi-sesi pengajaran.
Supaya murid-murid memperolehi
kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang
tinggi dalam semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

Kesimpulan
Pendidikan merupakan pelaburan yang
penting dalam sesebuah Negara.
kualiti generasi di masa hadapan
sebahagian besarnya terletak di tangan
guru-guru.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai