Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 3: PELAPORAN PRAKTIKUM

1.0

PENGENALAN

Matapelajaran Pendidikan Islam merupakan satu subjek teras yang di ajar di setiap
sekolah bagi semua peringkat umur. Isi kandungan yang di ajar Penguasaan murid di
dalam pembelajaran merupakan agenda utama Kementerian Pendidikan di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dengan kurikulum baru yang
diubah suai, pelbagai transformasi di dalam pendidikan perlu dilakukan bagi
mencapai aspirasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, kajian di dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan bagi mencari formula terbaik yang
mampu menghasilkan pelajar yang terbaik dan mampu membawa imej Malaysia ke
peringkat yang lebih tinggi.
2.0

REFELKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan output yang diperolehi daripada pelajar berdasarkan ujian dan


pemeriksaan buku kerja yang telah dijalankan, beberapa kesimpulan boleh dibuat
berkenaan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selama ini
dalam pelaksanaan pengajaran pendidikan islam. Antara rumusan yang boleh dibuat
adalah berdsarkan faktor-faktor yang berikut;
2.1

Faktor Guru

Pengajaran pendidikan Islam selama ini adalah lebih kepada guru yang memberikan
input secara keseluruhan ataupun lebih dikenali sebagai teknik teacher-centered.
Kaedah pengajaran ini sering diamalkan oleh semua guru iaitu guru mengajar
dihadapan dan murid belajar dan menerima input seratus peratus daripada guru
mereka. Ini menyebabkan tidak tercapainya teori konstruktisme dalam sesi pengajaran
yang dijalankan. Ini mengakibatkan sesi pembelajaran menjadi one man show
teaching iaitu hanya guru yang bercakap di dalam kelas dan murid hanya menerima
seadanya. Dalam sesi pengajaran , sesi pembelajaran menjadi one way
communication di mana hanya guru yang menyampaikan ilmu dan bercakap di dalam
kelas. Akhirnya, suasana di dalam kelas menjadi boring dan pelajar kurang
memberikan tumpuan.

2.2

Faktor Murid

Murid-murid yang belajar di dalam kelas mempunyai latarbelakang dan tahap


penguasaan yang berbeza. Oleh yang demikian, tahap penerimaan oleh setiap pelajar
berdasarkan teknik pengajaran sebelum ini adalah berza dan sangat ketara. Murid
yang pandai akan dapat menerima input yangdiberikan oleh guru dengan mudah
kerana mereka mempunyai asas membaca yang baik dan mempunyai kemahiran
mendengar yang baik. Manakalah murid yang lemah hanya sekadar mendengar dan
menerima ilmu yang disampaikan oleh guru yang mengajar seperti masuk telinga
kanan keluar telinga kiri. Ilmu yang disampaikan tidak kekal di dalam ingatan mereka
dan tidak diamalkan sepernuhnya kerana lupa apa yang diajar. Buktinya, apabila
ditanya soalan yang sama pada kelas yang seterusnya, mereka lupa apa yang telah
diajar dan guru terpaksa mengingatkan semula. Natijahnya di sini, hasil kerja murid
adalah di tahap yang sederhana dan keputusan ujian yang diperolehi adalah kurang
memuaskan.

2.3

Faktor Isi Kandungan Pelajaran

Sumber rujukan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah adalah 100 peratus
daripada buku teks yang sedia ada. Buku teks Pendidikan Islam di sekolah rendah
adalah ditulis dalam tulisan jawi. Kalau kita melihat isi kanduangan dalam setiap
topik yang diajar dalam sukatan matapelajaran dan buku teks yang ada, semua nilai
dan isi yang disampaikan di dalamnya adalah sangat kompleks dan bergabung. Oleh
yang demikian, sekadar penerangan daripada guru tidak mampu membantu murid
menguasai dan memahami isi kandungan yang sebenarnya serta nilai-nilai yang
hendak diterapkan. Lebih memburukkan keadaan sekiranya terdapat murid yang tidak
mempunyai asas jawi yang baik yang membolehkannya membaca isi kandungan
dalam buku teks yang disediakan. Oleh yang demikian, perlu ada satu teknik
pengajaran di mana murid dapat mengesktrak sendiri maklumat dan isi kandungan
yang disampaikan dalam setiap topik.

2.4

Faktor Persekitaran

SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan adalah sekolah atas air yang terletak di pesisir Jalan
Sim-Sim Sandakan. Keadaan cuaca sentiasa berubah disamping bayu laut yang
menghembus ke darat. Keadaan bangunan sekolah yang dibina berasaskan kayu pula
dan dilengkapi lampu dan kipas. Namun demikian, jarak yang terlalu dekat dengan
jalan utama menyebabkan keadaan yang tidak kondusi dari segi bunyi. Ini
menyebabkan murid yang berada dibelakang kurang mendengar apa yang
disampaikan oleh guru sekiranya guru mengajar di depan. Ini adalah faktor utama
kepada perlunya satu teknik pengajaran yang baru mengantikan pembelajaran
berpusatkan guru yang menjadi amalan pada hari ini.
2.5 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam memerlukan satu
inovasi dari segi teknik agar mesej yang hendak disampaikan kepada murid sampai
dan dapat digarapa oleh semua murid. Inovasi ini perlu meliputi semua aspek yang
dinyatakan di dalam 4 faktor yang dibincangkan sebelum ini. Kajian ini sedikit
sebanyak akan dapat mengubah senario dan cara pengajaran dan pembelajaran
pendidikan islam khususnya di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan.
3.0

ISU DAN FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah untuk menentukana kesan penggunaan kaedah


pembelajaran i-THINK dalam pengajaran pendidikan islam khususnya di sekolah
rendah. iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif)
yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan
pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi
Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR
dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dapatan
pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan
Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan
Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak

tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK


ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan
yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis

dan inovatif serta

memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu


berdaya saing.

3.1

Tema Kajian

Tema untuk kajian ini ialah pembelajaran menggunakan keadah i-THINK. Kaedah ini
merupakan satu teknik pembelajaran dan pengajaran yang baru diperkenalkan di
semua sekolah di Malaysia. I-THINK ini lebih

ke arah Thinking Tools iaitu

mengandungi 8 peta pemikiran yang digunakan untuk mengajar topik-topik dalam


pembelajaran. Penggunaan peta pemikiran adalah berdasarkan kesesuaian tajuk dan
isu yang cuba disampaikan.
3.2

Isu Kajian / Masalah

Pelaksanaan Kurikukulum Stantard Sekolah Rendah (KSSR) di semua sekolah rendah


di Malaysia adalah bermatlamat untuk meningkatkan tahap kompetensi murid dan
pencapaian akademik. Lantaran daripada itu, pelbagai penambahbaikan dijalankan
dan idea dilaksanakan dalam membantu meningkatkan pencapaian murid-murid.
Salah satu kaedah yang diperkenalkan ialah kaedah pembelajaran i-THINK. Isu yang
cuba diketengahkan di dalam kajian ini ialah adakah kaedah ini sesuai dijalankan dan
digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran
pendidikan islam. Dapatan daripada kajian ini boleh digunapakai dalam merancang
program-program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah.

3.3

Masalah Pengajaran dan Pembelajaran yang lepas

Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di tahun 4A ialah ramai


pelajar tidak fokus dengan apa yang diajar oleh guru dihadapan. Oleh sebab itu,
apabila ditanya semula oleh guru, ada pelajar yang tidak boleh menjawab soalan yang
mudah. Atas sebab itu, beberapa inovasi dibuat di dalam pembelajaran yang
seterusnya iaitu menerapkan penggunaan i-THINK di dalam pengajaran dan
melaksanakan kerja berkumpulan.
4.0

KUMPULAN SASARAN

Untuk kajian kali pertama ini, saya memilih kelas 4 Arif sebagai kumpulan sasaran.
Kelas 4 Arif ini terdiri daripada 21 orang murid. Kebanyakkan pelajara berasal dari
Kg. Sim Sim Sandakan yang rata-ratanya datang dari keluarga yang sederhana dan
miskin. Latarbelakang yang berbeza membawa maksud taraf pendidikan murid juga
adalah berbeza.
Secara keseluruhan, tahap penguasaan murid di dalam pembelajarn adalah sederhana.
Hanya terdapat 2 atau 3 murid yang menonjol iaitu kebanyakkannya adalah pengawas
sekolah. Dengan tahap penguasaan yang berbeza ini, perlu ada satu kaedah
penyampaian yang berkesan agar semua murid dapat mendapat input yang sama.

5.0

PELAKSANAAN INOVASI PdP

Pelaksanaan PdP ini dijalanakan bersama dengan Penyelia iaitu En. Ashrol Bin
Alidaud. Pelaksanaan PdP adalah untuk tajuk kenali jiran di Tahun 4 Arif.
Pelaksanaan PdP adalah berdasarkan rancangan pengajaran harian di bawah.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran
:
Pendidikan Islam
Kelas
:
4 Arif
Tarikh / Masa
:
04 Februari 2015 / 60 minit
Tajuk
:
Kenali Jiran
Standard Kandungan :
Murid dibimbing untuk ;
1. Mengenalpasti adab dengan jiran
Standard Pembelajaran:

EMK
ABM

:
:

Fasa
Persediaan
Pemerhatian dan Analisis
(5 minit)
Imaginasi
Sintesis Idea
(20 minit)

Perkembangan
Penambahbaikan
(25 minit)

Murid berupaya untuk ;


1. Menyenaraikan
adab-adab
disekeliling kita

terhadap

jiran

Adab berjiran
Pen, kad manila, lembaran kerja, peta buih (i-THINK)
Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
1. Guru bertanya kepada murid 1. Siapa nama jiran kamu?
mengenai jiran mereka
2. Jiran kamu mempunyai
2. Murid memberi respon kepada
berapa biji kereta?
soalan yang diberikan oleh guru
3. Bila kamu pergi ke
rumah jiran?
1. Guru menerangkan maksud jiran 1. Apakah
yang
berdasarkan buku teks Tahun 4.
dimaksudkan
dengan
2. Guru membuat peta buih untuk
jiran?
menerangkan maksud jiran kepada 2. Apakah ciri-ciri jiran?
murid-murid.
3. Berapakah bilangan jiran
3. Guru mengadakan sesis bersoal
kita?
jawab
sambil
membuat
penerangan.
4. Murid memberikan respon apabila
ditanya oleh guru.
5. Murid
membantu
guru
melengkapkan peta buih tentang
ciri-ciri jiran kita.
1. Guru meminta murid berkumpul
dalam 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan terdiri daripada 5
orang ahli.

Tindakan
Pelaksanaan
(10 minit)

Pentaksiran
Nilai dan Sikap

6.0

3. Guru meminta murid menulis


adab-adab yang perlu kita lakukan
ke atas jiran dalam bentuk peta
buih (i-THINK).
4. Murid berbincang di dalam
kumpulan dan menulis hasil kerja
di dalam kad manila yang
diberikan.
1. Guru meminta setiap kumpulan
untuk membentangkan hasil kerja
kumpulan masing-masing.
2. Sesi soal jawab dijalankan bagi
meningkatkan kefahaman murid
terhadap tajuk jiran.
1. Guru mentaksir murid dengan
mengedarkan lembaran kerja.
Bertimbang
rasa
dan
hormat
meghormati

LAPORAN PELAKSANAAN INOVASI PDP

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan keadah i-THINK telah berjaya


dilaksanakan mengikut apa yang dirancangkan. Kerjasama yangdiberikan oleh semua
pihak adalah sangat baik dan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
6.1

Aktiviti yang dijalankan

Proses PdP bermula dengan sesi induksi oleh guru iaitu guru membawa murid untuk
membincangkan pengertian jiran. Guru mendapatkan pengetahuan asas murid tentang
jiran masing-masing. Murid memberikan respon dengan menceritakan perhal jiran
masing-masing.

Kemudian guru menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan jiran dan
fungsi-fungsinya. Guru menggunakan kaedah peta buih, iaitu salah satu thinking map
yang terdapat dalam i-THINK. Guru melukis tajuk jiran di tengah dan menerangkn
ciri-ciri jiran menggunakan peta buih. Pada masa yang sama, guru menerangkan

kepada murid bagaimana hendak membuat peta buih dan fungsinya di dalam
pembelajaran.
Kemudian, murid dibahagikan ke dalam 4 kumpulan besar untuk latihan dalam
kumpulan. Tugas yang diberikan kepada murid ialah menyenaraikan adab-adab
terhadap jiran kita. Di dalam kumpulan, murid menyenaraikan adab berjiran di dalam
bentuk peta buih di atas manila kad yang diberikan.
Selepas itu, setiap kumpulan dijemput ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja
kumpulan masing-masing. Sesi inimelibatkan sesi soal jawab dari rakan kumpulan
yang lain. Dengan cara ini, semua murid di dalam kelas tersebut nampak hasil
kumpulan semua murid.
Akhir sekali, guru membuat sedikit rumusan terhadap pembelajaran yang dijalankan
dan membuat latihan berkenaan denga tajuk di kelas yang seterusnya.

6.2

Kebaikan dan kekurangan inovasi PdP

Alhamdulillah, sesi latihan mengajar telah dijalankan dengan jayanya dibawah


penyeliaan En. Ashrol Bin Alidaud. Hasil daripada perbincangan yang di adakan,
beberapa kekuatan dan kelemahan telah dikenalpasti dan cadangan penambahbaikan
telah di buat untuk sesi pengajaran yang akan datang.
Antara kebaikan inovasi PdP yang dijalankan ialah;

Penyampaian isi kandungan lebih jelas dan mudah.

Murid melibatkan diri dengan sesi PdP yang dijalanakan

Murid dapat mengembangkan idea sendiri melalui perbincangan yang


dijalankan.

Murid memberikan respon yang baik terhadap tajuk yang diajar.

Antara kelemahan yang dikenalpasti pula ialah;

Murid perlu lebih jelas dengan kaedah i-THINK

Terdapat murid yang tidak hadir ke sekolah.

Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dibuat seperti di bawah;

Pelajar perlu didedahkan kepada i-THINK sepenuhnya agar output yang


dikehendaki tercapai. Cadangan akan dibuat kepada pasukan i-THINK sekolah
untuk mengadakan sesi penerangan kepada pelajar untuk memantapkan
pelaksanaan i-THINK di sekolah.

Membuat laporan kepada guru disiplin mengenai masalah ketidakhadiran


murid ke sekolah. Sesi lawatan ke rumah dan kaunseling mungkin boleh
mengubah senario murid selalu tidak hadir ke sekolah.

6.3

Pentaksiran Murid dan Pengumpulan Data Kajian

Data mentah bagi kajian yang dijalankan ini diperolehi melalui dua kaedah iaitu
soalan kaji selidik murid dan ujian. Ujian ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu ujian
pra dan ujian pasca. 2 siri ujian ini telah dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan
kaedah i-THINK di dalam PdP. Data akan dianalisis dan dibentangkan di dalam kajian
yang akan dibentangkan nanti.
Soal selidik telah diedarkan kepada murid seperti mana yang diterangkan di dalam
bab 3 Metodologi kajian yang dijalankan. Hasil dapatan daripada kaji selidik ini nanti
akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf di perinatal penulisan kajian ini
nanti.

7.0

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai