Anda di halaman 1dari 10

T

PANDUAN IBU BAPA MENGENDALI


KANAK-KANAK CERDAS

Definisi pintar cerdas


Bahagian ini membincangkan makna istilah-istilah yang sering diguna pakai dalam
penulisan ilmiah berkaitan pintar cerdas berbakat. Antara istilah-istilah berikut ialah
berbakat, pintar cerdas, pintar cerdas dan berbakat, dan kemampuan kognitif.
1) Berbakat: Gifted merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai potensi
untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang
akademik atau dalam bidang bukan akademik. Menurut Gagne (1995) seseorang
itu dianggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menunjukkan
potensinya dalam bidang tersebut.

2) Pintar cerdas: Talented ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya


menempa kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya. Individu pintar
cerdas ialah individu yang berbakat. Seseorang yang berbakat belum tentu akan
menjadi seorang yang pintar cerdas. Pintar cerdas berpunca dari suatu sifat
semula jadi yang ada pada diri seseorang (Piirto 1999).
3) Pintar cerdas berbakat (PCB): Gifted and talented satu kategori umum yang
merangkumi semua jenis bakat atau kecerdasan dalam kalangan individu.
Menurur Renzulli (2002) menyatakan bahawa PCB tidak merujuk kepada satu
sifat yang tetap atau kekal kerana selalu berubah mengikut keadaan dan
persekitaran.
4) Kemampuan kognitif: Merujuk kepada kemahiran dan pemprosesan mental
seseorang untuk menyelesaikan tugasan yang melibatkan pemikiran. Ini
merupakan tahap serta kemahiran pemprosesan maklumat di minda seseorang.
Sekiranya kemampuan kognitif tidak digunakan, kemampuan tersebut akan
terhapus manakala digunakan ia akan bertambah baik.

ISU YANG SERING DIBANGKITKAN DALAM


KALANGAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
1) Mengenal pasti bakat kanak-kanak pintar cerdas.

Mempertimbangkan kemungkinan yang akan berlaku pada kanak-kanak


pintar cerdas.

Kemungkinan dalam memiliki ahli keluarga pintar cerdas yang pintar tetapi
tidak berjaya dan mengalami pengasingan sosial.

Ibu bapa memerlukan pendedahan untuk mengenali bakat dalam diri anak
mereka yang pintar cerdas.

2) Kebimbangan terhadap kanak-kanak pintar cerdas.

Ibu bapa lebih bimbangkan keperluan sosial dan emosi berbanding


keperluan fizikal.

Kebimbangan dalam pendidikan anak-anak mereka.

Kebimbangan dalam pergaulan anak-anak di sekolah.

3) Kurang pengetahuan dan keyakinan tentang pintar cerdas.

Ibu bapa kanak-kanak pintar cerdas perlu sensitive terhadap cabaran


yang mungkin akan dihadapi oleh anak-anak mereka.

Kekeliruan ibu bapa mengenai gelaran pintar cerdas.

Ibu bapa selalu risau dan tidak puas hati berkenaan dengan pendidikan
yang diberi pada masa kini kerana tidak relevan dengan pendidikan pada
masa akan datang.

Kebimbangan ibu bapa dalam memenuhi keperluan anak mereka yang


pintar cerdas.

Ibu bapa merasa orang lain menggaggap mereka terlalu mendesak


sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk anak-anak
mereka yang pintar cerdas.

4) Perubahan hubungan kekeluargaan.

Adik beradik kanak-kanak pintar cerdas yang berbeza perkembangannya


lebih mempunyai perasaan positif terhadap mereka.

Kajian menyatakan bahawa adik beradik lain kanak-kanak pintar cerdas


akan mempunyai keyakinan diri yang rendah, kelemahan pengurusan
emosi dan kebimbangan yang terlampau.

5) Masalah berkaitan pihak ibu bapa dan sekolah.

Ibu bapa sering menggunakan gelaran pintar cerdas terhadap anak


mereka yang pintar untuk mendapat layanan istimewa daripada pihak
sekolah.

Pertelingkahan untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak


mereka yang pintar cerdas.

Ibu bapa memerlukan pendedahan tentang pemilihan sekolah yang


berprestij dan sesuai untuk anak-anak pintar cerdas cerdas.

6) Masalah berkaitan ibu bapa dan masyarakat.

Segelintir ibu bapa mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan


ibu bapa yang tidak mempunyai kanak-kanak pintar cerdas.

Ibu bapa yang tidak memiliki anak pintar cerdas menganggap anak-anak
pintar cerdas dapat menempuh semua halangan.

Ibu bapa cuba memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka


yang pintar cerdas.

Kebanyakan ibu bapa kanak-kanak pintar cerdas terlalu melindungi anakanak mereka dan menginginkan kesempurnaan yang terlampau.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK IBU BAPA DALAM


MENANGANI ANAK-ANAK PINTAR CERDAS
Jangan membandingkan anak-anak dengan kanak-kanak lain.
Memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak.
Kawal atau tegur anak-anak sekiranya anak-anak mengeluarkan kata-kata
seperti saya sungguh bodoh dan membantunya dengan menggunakan
penyataan seperti ini adalah kecuaian diri saya.
Bantu anak-anak belajar mengambil keputusan daripada kejayaan yang telah
diperolehi pada hari ini.
Menggalakkan anak-anak untuk menyatakan perasaan dan emosinya.
Mengajaknya untuk berkongsi harapan, impian, ketakutan dan keselamatan.
Bercakap tentang keadaan gender dan batasan antara lelaki dan perempuan.
Menggalakkannya untuk mengikut minatnya dan merancang masa untuk belajar
tentang perkara yang ingin diketahui.
Membantunya mencari dan mengenal kumpulan yang ingin diikutinya. Sekurangkurangnya biarlah dia mencari kawan baru yang boleh menghargainya dan
menerimanya seadanya.
Menyokong dalam membuat keputusan.

(The Gifted Kids Survival Guide: A Teen Handbook By Judy Galbraith And Jim Delisle.
Minneapolis, Free Spirit Publishing, 1996, page 115. Used with permission of the
publisher).

BENTUK SOKONGAN PSIKO-SOSIAL PROGRAM


PELAJAR PINTAR CERDAS
Dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab menguruskan program
pendidikan pelajar pintar cerdas, bentuk sokongan psiko-sosial yang perlu
disediakan harus merangkumi semua pihak yang terlibat dengan fokus utama
adalah keperluan pelajar itu sendiri.
Prosedur sokongan perlulah dirangka bukan sahaja untuk pelajar pintar cerdas
tetapi juga ahli keluarga mereka dan masyarakat secara umum.
Menurut Rosadah (2004) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas tidak
terlepas daripada menghadapi pelbagai bentuk masalah psikologi, maka
keperluan untuk menyediakan sokongan psiko-sosial yang berkesan secara
menyeluruh dalam sesuatu program pendidikan pintar cerdas adalah sangat
kritikal.
Davis dan Rimm (1998) menyatakan bahawa kebiasaannya semakin tinggi tahap
kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut
diberikan kepadanya.
Di samping itu, Bee (1999) mendapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai
tahap kecerdasan yang tinggi menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding
rakan sebaya yang lain.
Oleh itu, berdasarkan fakta-fakta di atas, sokongan psiko-sosial perlu diwujudkan
dalam persekitaran program pendidikan pelajar pintar cerdas.

SOKONGAN PSIKO-SOSIAL KEPADA IBU BAPA DAN


MASYARAKAT UMUM
Kaufmann dan Castellanos (2000) dalam kajian mereka mendapati bahawa ibu bapa
pelajar pintar cerdas sering mengadu bahawa anak mereka kerap bersendirian
berbanding rakan sebaya mereka, bersikap kurang sabar dan sifat hiperaktif. Oleh itu,
sokongan daripada ibu bapa amat diperlukan oleh kanak-kanak pintar cerdas.

Ibu bapa memerlukan kefahaman tentang hakikat memiliki anak yang berbeza
daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial yang
sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak mereka.

Kebanyakan ibu bapa dan sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa


pelajar pintar cerdas seharusnya cemerlang dalam semua aktiviti terutamanya
yang

berkaitan

dengan

bidang

akademik.

Anggapan

sebegini

akan

menyebabkan tekanan kepada golongan sebegini sehinggakan ada sebilangan


daripada mereka yang gagal di pertengahan jalan.

Pada peringkat awal sesuatu program pendidikan pintar cerdas, ibu bapa dan
masyarakat perlu didedahkan dengan realiti konsep yang ingin diguna pakai agar
sebarang ekspektasi yang mungkin memberi tekanan yang tidak sewajarnya
kepada anak mereka dielakkan

Justeru, langkah-langkah seperti taklimat pendedahan awal berkaitan program,


kaunseling keibubapaan semasa program berlangsung, sesi susulan selepas
program berakhir dan sebagainya harus dirangka untuk dilaksanakan.

SOKONGAN IBU BAPA UNTUK KANAK-KANAK


PINTAR CERDAS

Ibu bapa harus menekankan betapa pentingnya pelajaran kepada anak-anak


pintar cerdas.

Harus menghormati pendapat orang lain dan mesti bertolak- ansur dalam
sesuatu hal.

Ibu bapa perlu melakukan aktiviti riadah dan rekreasi kepada anak-anak mereka
seimbang dengan waktu pelajaran mereka. Jangan desak anak-anak untuk
belajar berterusan.

Beri cabaran dan sokongan dengan selari.

Jika anak-anak berjaya melakukan sesuatu dengan betul, beri pujian, manakala
jika mereka melakukan kesilapan tegur secara baik.

Jangan terlalu memberi keistimewaan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan


bagi dendaan jika mereka melakukan kesilapan.
(eg Bloom, 1985; Walberg, Williams & Zeiser, 2003; Gross, 2004)

SOKONGAN IBU BAPA DARI SEGI EMOSI, SOSIAL


DAN FIZIKAL KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
-

Beri anak anda kasih sayang yang tiada syarat.

Membentuk ikatan emosi yang kuat dengan anak anda.

Memberikan peluang yang aman bagi anak anda untuk 'gagal' dari masa ke
masa. Komitmen berperingkat tetapi terus cuba pengalaman baru (makanan
baru, teman baru, tempat baru untuk melawat atau kemahiran baru).

Mendorong anak anda untuk menjadi seorang yang suka meneroka secara
terus-menerus bagi membantu mereka mencuba sesuatu yang baru dan

menjadikan kesalahan sebagai pengalaman semasa belajar sebagai satu


kejayaan.
-

Menjadi model yang baik. Biarkan anak anda melihat anda gagal dan bangkit
kembali. Menunjukkan bahawa anda mempunyai batas anda sendiri dan
menumpukan pada kekuatan anda.

Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kompetitif dapat membantu anak-anak belajar


untuk menghadapi persaingan dengan cara yang lebih santai. Pengalaman yang
ada dapat membantu mengurangkan persaingan.

Mendorong anak untuk memberi perhatian yang lebih dalam penyertaan dalam
satu-satu acara tersebut .

Membolehkan anak-anak untuk bercakap secara terbuka tentang ketakutan


mereka dan kegelisahan tentang persaingan. Mengelakkan daripada memberi
anak mendedahkan perasaan negatif terhadap orang lain.

Ketawa digunakan untuk mengatasi tekanan.

Rujukan
Bee, H. (1999) The growing child: An applied approuch (2nd ed). New York: Longman.
Davis, G. A. & Rimm, S. B. (2004). Education of the gifted and talented (5th
Boston: Allyn and Bacon.

edition).

Davis, G. A. and Rimm, S. A. (1998) Education of the gifted and talented (4th ed).
Boston, MA: Allyn and Bacon.
Gagne, F. 1995. From giftedness to talent: A developmental model and its impact on
the language of the field. Roeper Review, Dec95, Vol. 18 Issue 2, p103-111.
Kaufmann, F. A. and Castellanos, F.X (2000) Attention deficit/Hyperactivity Disorder in
Gifted Students. In K. A. Heller, F.J Monks, R. J. Sternberg and R.F Subotnik
(eds) International Handbook of Giftedness and Talent. Oxford:
Pergamon/Amsterdam: Elsevier.
Piirto, J. 1999. Talented children and adults; their development and education. Edisi ke2. Ohio: Merrill Prentice Hall.
Renzulli, J. S 2000. The identification and development of giftedness as a paradigm for
sshool reform. Journal Of Science Education And Technology.
Rosadah Abd Majid (2004) Satu Kajian Perbandingan Profil Pelajar Pintar Cerdas
Akademik Dengan Pelajar Sederhana Akademik. Tesis doktor falsafah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai