Anda di halaman 1dari 4

CTU 552 PHILOSPOHY AND CURRENT ISSUES.

Konsep falsafah, konsep insan, asal usul insan, perbezaan falsafah Islam & falsafah barat, apa
kesan Barat ke atas negara2 Islam, sedikit isu semasa etc.

(Konsep Falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Rukun Negara)

Sebenarnya, falsafah ini banyak konsepnya/gambarannya. Banyak konsep yang diberitahu


oleh Aristotle, Plato, al-Farabi dan al-Kindi berkenaan konsep falsafah.

- Falsafah ni bermaksud BERFIKIR UNTUK MENCARI KEBENARAN


- Jika awak sedang berfikir untuk mencari kebenaran, bermakna awak sedang
berfalsafah

Jadi falsafah juga ada matlamat dan tujuan (matlamat/tujuan = kenapa manusia kena ada
matlamat berfikir untuk mencari kebenaran?)

Apakah itu visi & misi ?

- Visi = kita berpandangan jauh / wawasan yang hendak dicapai pada akhirnya.
- Misi = bagaimana kita nak merealisasikan/mencapai visi. Jadi mesti ada misi2 yang
kita kena lakukan.

Apa visi/pengakhiran yang kita nak capai?

- Nak cari dan buktikan kebenaran terutamanya kebenaran hidup ini.

Apa pula misi yang perlu kita buat supaya visi falsafah tercapai?

- Jawapannya perlulah ada panduan/pedoman pada manusia. Daripada panduan


tersebut, manusia boleh cuba berfalsafah dalam mencari kebenaran hidup.

Contoh falsafah, iaitu FPK:

- Awak bayangkan jika kita tiada FPK, awak rasa kita boleh bimbing diri ka nak capai
semua kandungan yang terdapat dalam FPK tersebut?

Visi FPK

- Nak capai semua kandungan dalam FPK

Misi FPK
- Apa misi2/amalan2 yang kita perlu BUAT untuk capai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Ringkasan Falsafah:

- Semua bidang ilmu yang kita ambil dan pelajari mesti ada falsafah. Falsafah wajib
ada dalam setiap jenis ilmu. Sebagai asas.
- Apa yang kita pasti, falsafah fakulti APB sudah tentu mempunyai falsafah yang lebih
kurang seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebab kita sebagai pelajar dan
pendidik perlu menghayati FPK.

Kesimpulannya, kita kena ada falsafah dalam diri. Sebab itu kita sebagai pelajar kena hayati
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Rukun Negara ini. Dua perkara ini sebagai
panduan untuk kita berfalsafah pada diri. AKHIRNYA, barulah kita boleh capai
WAWASAN FALSAFAH SEJAHTERA, iaitu mencapai perpaduan seluruh masyarakat
Malaysia tanpa mengira umur pangkat, bangsa dan sebagainya.

- Falsafah ini ibarat pegangan bagi manusia. Ibarat prinsip bagi manusia.
- Prinsip berkait dengan falsafah. Falsafah berkait dengan prinsip. Susah nak
berfalsafah jika tiada prinsip. Susah juga tiada prinsip jika hendak berfalsafah.
- Falsafah ni adalah ASAS bagi semua cabang ilmu
- Falsafah ni kena ada dalam setiap ilmu
- Jika tiada falsafah, orang yang menuntut ilmu sudah tentu tidak mahu
berfalsafah/berfikir untuk mencari kebenaran.
- Visi ni macam pandangan jauh. Lebih kurang macam wawasan
- Bila kita dah ada falsafah, kita juga boleh berpandangan lebih jauh. Dari situlah
mulanya kita membuat visi
- Jadi misi dan visi ni berlaku berdasarkan falsafah

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI
Visi kami adalah untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu bagi
memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang bakal
menjadi pemimpin dunia, pemikir, dan pencipta masa hadapan.

MISI
Untuk menjadi pelopor dalam menginspirasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Mathematik (STEM) dan penyelidikan kepada pelajar pintar dan berbakat.

NILAI
Nilai-nilai berikut, yang dikongsi bersama oleh setiap warga kerja, merupakan tulang
belakang semua aktiviti yang dijalankan di pusat ini.

- Passionate (bersemangat dan mempunyai iltizam yang tinggi)


- Inspirational (menjadi sumber inspirasi kepada yang lain)
- Nurturing (sentiasa memberi panduan, bantuan dan tunjuk ajar)
- Teamwork (kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri)
- Awareness (peka terhadap alam sekeliling
- Respectful & Responsible (sentiasa hormat menghormati dan bertanggugjawab)
BAB 2

Anda mungkin juga menyukai