Anda di halaman 1dari 7

PISMP-IPGM SEM.

1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Falsafah : - Cabang-cabang falsafah - Mazhab-mazhab falsafah Falsafah Pendidikan - Definisi dan konsep 1. Konsep Asas Falsafah Pendidikan - Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia (bijaksana). - Falsafah dimaksudkan sebagai cintakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. - Ia merupakan satu pendekatan menyeluruh terhadap hidup dan dunia. Ia juga melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan. - Dibuat dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan menjustifikasikan penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan prosese tersebut. - Soalan-soalan asas yang sering ditanya: Siapakah saya? Dari mana saya datang? Mengapa saya berada di sini?
IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

PISMP-IPGM SEM. 1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

Bagaimanaka caranya untuk saya lalui kehidupan ini? - Dengan itu, falsafah adalah kajian mengenai alam semula jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia. - Ia adalah satu set kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang membimbing tingkah laku individu. - Hujah falsafah adalah berdasarkan bukti-bukti yang cukup, tekal dan menyeluruh serta tidak bercanggah. Mengapa falsafah itu penting? - Falsafah itu penting kerana ia membentuk pandangan kita terhadap dunia ini, dan menjadi asas kepada keputusan yang kita buat setiap hari. Apakah pendidikan? - Ia adalah proses pengajaran, latihan dan pembelajaran untuk memperbaiki pengetahuan dan membina kemahiran. - Ia di ajar secara formal dalam institusi ini atau melalui pengalaman diri.

IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

PISMP-IPGM SEM. 1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

Apakah falsafah pendidikan? - Ia adalah kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran. - Ianya merupakan kajian mengenai kajian tentang semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat.

1.1 Falsafah Pendidikan Barat - Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum. - Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah. - Falsafah tradisional mengambil-kira bahawa matlamat adalah di luar kawalan individu. - Falsafah moden, menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat. 1.1.1 Falsafah Pendidikan Tradisional Barat Mari kita mengkaji dua falsafah pendidikan tradisional barat yang dianggap berkait barat dengan pendidikan kita hari: A) Perennialisme
IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

PISMP-IPGM SEM. 1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

- Ciri yang mendefinasikan manusia adalah rasionaliti. Oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah disemai melalui pendidikan. - Perennialisme percaya bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang berbentuk universal dan tidak terhad masa. - Fokus perenialisme ialah perkembangan diri - Orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu, bukan mesin atau teknik - Orang itu pertamanya orang, kedua barulah pekerja. Oleh itu, topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum vokasional. - Prinsip perlu diajar, bukannya fakta kerana fakta sentiasa berubah - Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam bidangnya. Pengetahuan dan kepakaran tidak boleh dipersoalkan. - Guru sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahir membimbing perbincangan. Guru perlu membangu murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah Sokratik.

IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

PISMP-IPGM SEM. 1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

B) Essentialisme - Essentialisme melihat kepada apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk kehidupan yang sempurna dan baik. - Essentialisme mengambil kira pendidikan sebagai persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan. - E bertujuan memggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidik seseorang supaya menjadi cekap. - Matapelajaran yang penting adalah membaca, menulis, matematik (3M) serta sastera, bahasa asing, sejarah, sains, seni, dan muzik. - Ia juga memberi fokus kepada pengajaran kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep dan prinsip. - Mengikut konsep pengajaran dari mudah ke kompleks. - E mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik. - Guru sebagai berkuasa dalam mp dan pengajarannya. - Guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai tradisional. - Kurikulum E adalah kurikulum umum.

IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

PISMP-IPGM SEM. 1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

1.1.2 Falsafah Pendidikan Barat Moden - Falsafah pendidikan barat moden terdiri daripada beberapa mazahb - Mazhab-mazhab mempunyai talian. - Mazhab yang sering disebut-sebutkan termasuk pragmatisme, progressivisme, eksistentialisme, dan rekonstrktionisme. A) Progresivisme - Progresivisme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah). - Progessivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. - Oleh itu, kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan situasi. - P beranggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah baik. - Pandangan Progressivisme a. Kurikulum Berdasarkan minat murid Isi kandungan yang interdisiplin Melibatkan aplikasi masalah manusia
IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

PISMP-IPGM SEM. 1 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Konsep asas falsafah dan falsafah pendidikan

Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait seperti aktiviti pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek. Menekankan pengalaman langsung. Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan. Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran. b. Peranan Guru c. Peranan Sekolah -

IPTAA/JIP/TSY/JAN 07

Anda mungkin juga menyukai