Anda di halaman 1dari 13

TEKNOLOGI HIJAU

Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan
atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau
merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai


pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk
digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan;

Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara


Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga
Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan
teknologi; dan
Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang
sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan
meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi
Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana
antarabangsa;
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk
generasi akan datang; dan
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau
dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Sektor Utama
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat sektor utama
yang berikut:
i) Sektor Tenaga
Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan
pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di
sektor industri dan komersial; dan
Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor
penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan:
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan
dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber
air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan
kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Matlamat
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan
dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk,
aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian,
perkadaran, pelabelan;
Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan
Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam
sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi
mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai
Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan


perkhidmatan;
Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding
dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau
dalam pasaran serantau;
Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh
universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui
kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke
pasaran global; dan
Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh
Seterusnya)
Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara
keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan
dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Risiko nanoteknologi boleh diluaskan kepada tiga bahagian:
risiko kepada kesihatan dan persekitaran yang berpunca daripada zarah dan
jirim nano
risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul (atau
teknologi nano lain)
risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri.
Teras Strategik
i)

Teras Strategik 1

Mengukuhkan kerangka institusi


Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan
institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi
Hijau melalui:

Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara
Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk
melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan
melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat
pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan
dan tanggungjawab masing-masing.
ii) Teras Strategik 2
Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif
Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau
perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau.
Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global,
menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh
dicapai melalui:
Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong
oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan
pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;
Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi
Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program
peningkatan industri;
Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang
membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta
penglibatan dan pembangunan industri tempatan;
Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang
dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan
Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.
iii) Teras Strategik 3
Memperkukuh Pembangunan
Modal Insan dalam Teknologi Hijau
Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting
untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui;

Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi


meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;
Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi
Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;
Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran
sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri
Teknologi Hijau;
Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap
dalam bidang Teknologi Hijau; dan
Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan
dalam sektor Teknologi Hijau.
iv) Teras Strategik 4
Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau
Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting
dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat
mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya.
Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:
Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;
Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;
Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan
atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;
Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan;dan,
Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan
serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.
v) Teras Strategik 5
Promosi dan Kesedaran Awam
Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua faktor utama yang
mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana
perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai
pendekatan termasuklah:
Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui
program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam
Teknologi Hijau;
Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang
efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada


setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;
Program demonstrasi secara efektif dalam implikasi Teknologi Hijau; dan
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entiti
yang berhubung dengan kerajaan

Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara


BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi
menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara.
Perdana Menteri berkata:
i. langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di
kalangan Menteri
ii. langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif
bagi Pembangunan Teknologi Hijau.
iii. langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan
menerusi pemberian latihan dan program pendidikan.
iv. Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi
Tekologi Hijau menerusi pengkomersialan.
v. Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan
kesedaran rakyat terhadap Teknologi Hijau
Sumber: Berita Harian

Temubual Galeri@1, RTM 1


Y. Bhg. Dato Dr Halim Bin Man
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
1. Apakah maksud teknologi hijau?
Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan
alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau
adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan
teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara
minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa

teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau


atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui
kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui
penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah selaras dengan konsep
pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan
generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk
memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti
kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.

2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran


negara?

Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian
Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya penekanan terhadap teknologi hijau
adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan
pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan
di seluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam
sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk
dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam
menjadikan dunia ini a better place to live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan
kualiti hidup rakyat dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan.
Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup
rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah
minima.
Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan
negara. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung
teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat
tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk hijau yang
telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar,
khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy.
Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber
pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami,
menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus
pendapatan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi


hijau. Pihak swasta, para profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk
mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.
3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam
kehidupan kita sebagai orang awam?
Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan
satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon
bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara
lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena
perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang
melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi pada masa ini.
Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara
dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan fauna
dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia
yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena
perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia
pada masa kini.
Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau
bagaimanapun, usaha-usaha boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh
yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu langkah yang
diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai
pengguna merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam
pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti harian dan pilihan yang kita buat
sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahanbahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat
elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif,
penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-perkara yang boleh
dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalanamalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita
pada masa kini, kita perlu mengubah minda kita bagi memastikan kita masih
akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati pada hari ini dalam jangka
masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh kita
pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita
di masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk menyeru kepada semua agar mula mendekati amalan-amalan hijau yang
kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan cekap tenaga,
mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya.
4. Boleh Y.Bhg Dato berikan sedikit saranan dan harapan Datuk
kepada masyarakat ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang mengutamakan teknologi hijau?
Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek.
Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi

hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks.
Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh
dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat
sekolah lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para
penyelidik kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu
produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru
haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan
dan untuk tujuan eksport.
Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam
melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan
amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah
yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam
bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan
untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri
daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam.
Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap
tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan
menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga lebih
mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah
banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita
mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan
amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan
budaya hijau.
Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak
langkah ke arah penghayatan dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil
yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang besar pada masa
hadapan.

5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk


menggalakkan teknologi hijau?
Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat
yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau
Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti
penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi
Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis
(Pioneer Status).
Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti
import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material
dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga

elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah
ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:
i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak
ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic
yang diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar
daripada pengilang tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti
motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation
material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang
diluluskan oleh ST seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk
lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara.
6. Boleh Y.Bhg Dato terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh
program yang dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?
Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai
Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu
daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Centre
for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy Efficiency
(CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada
golongan profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di
Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran
program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga
di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan
Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE
juga telah membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan
Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi
menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga Boleh
Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.
Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month
peringkat Kebangsaan secara tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai
Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan Kecekapan Tenaga di
kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan
semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan
Kecekapan Tenaga, menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah,
menerbitkan siri artikel di surat khabar dan menggunakan media massa untuk
menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.
Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau
yang akan melibatkan stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan
Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan Kerajaan dan lain-lain agensi yang
berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan semua
pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi

memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam


mempromosi dan membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat.
Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Teknologi Hijau Merujuk Kepada Produk Peralatan Atau Sistem Yang


Memenuhi Kriteria-Kriteria Berikut:
1
2

Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran


Mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar

3
Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semua kehidupan
4
5

Menjimatkan tenaga dan sumber asli


Menggalakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

Sumber maklumat,

Estidotmy, edisi 90.

Definisi Teknologi Hijau


Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan
serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi dan
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Sumber maklumat,
Estidotmy, edisi 90

Kerajaan menyediakan tiga prasarana asas untuk kemudahan dan keselesaan


masyarakat awam iaitu bekalan elektrik, bekalan air dan telekomunikasi.

UTILITI AWAM
Air yang berkualiti
Air
Air Pembahagian air melibatkan penyaluran dari paip utama yang dihubungkan
ke setiap rangkaian empangan di setiap negeri. Perkhidmatan ini bertujuan

menyediakan air yang berkualiti tinggi dan mempunyai lewahan secukupnya


untuk mengelakkan gangguan bekalan jika berlaku keadaan yang tidak dijangka.
Kebanyakan negeri dan daerah mempunyai agensi pengurusan bekalan air
masing-masing, seperti:Lembaga Air Perak
Lembaga Air Sibu
Jabatan Air Negeri Sabah
Jabatan Bekalan Air Kelantan
Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
Perbadanan Air Melaka
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS)
Elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah syarikat pembekal tenaga elektrik yang
terbesar di Malaysia. TNB menyediakan kaunter-kaunter perkhidmatan untuk
pembayaran dan urusan bil elektrik di Kedai Tenaga dan di semua cawangan TNB
serta pejabat pos di setiap kawasan dan daerah. Orang ramai juga boleh
membuat urusan termasuk membuat pertanyaan dan mendapatkan bantuan
secara dalam talian.
Telekomunikasi
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi bertanggungjawab menyediakan
prasarana telekomunikasi di Malaysia. Terdapat lima syarikat utama yang diberi
lesen oleh kementerian berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan
telekomunikasi, yang melibatkan kemudahan talian tetap dan mudah alih.
Telekom Malaysia Berhad
Maxis
Digi
Time Telekom
Celcom
Kitar Semula
Kitar Semula dapat menyelamatkan alam sekitar
FAKTA 1
Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen

FAKTA 2
Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan
4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok
FAKTA 3
18,000 tan sampah dihasilkan sehari mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8
hari sahaja (data tahun 2005)
FAKTA 5
Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam
Bukti Keprihatinan Kepada Alam Sekitar Dengan Melakukan Amalan Berikut
Semasa Berbelanja Di Pasar:

Beg kain dapat digunakan berulang kali

Penggunaan bakul sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

Jangan gunakan polistren untuk membungkus makanan

Penggunaan troli sebagai cara mengelakkan penggunaan beg plastik

Gunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik untuk membungkus


barang

Jangan gunakan beg plastik untuk pembungkusan

Anda mungkin juga menyukai