Anda di halaman 1dari 2

FaedahMengikutiAktivitiPasukanBeruniform

Kokurikulum berobjektif untuk melahirkan insan


yang seimbang dari segi fizikal serta mental. Terdapat
pelbagai jenis aktiviti kokurikulum di sekolah, antaranya
ialah pasukan unit beruniform sebagai contoh Pengakap,
Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Para
pelajar seharusnya menyedari kepentingan serta faedah
menyertai
aktiviti
pasukan
beruniform.
Di antara faedah menyertai aktiviti pasukan
beruniform ialah kegiatan serta aktiviti yang diadakan
dalam pasukan beruniform dapat memupuk sikap disiplin
murid yang menyertai aktiviti tersebut. Hal ini demikian
kerana apabila pelajar menyertai pasukan beruniform,
pelajar tersebut perlulah mematuhi kepada peraturan
serta arahan yang telah ditetapkan. Perkara ini akan
dipraktikkan dan secara tidak langsung sikap tersebut
akan
kekal
dalam
diri
pelajar.
Kita juga dapat menimba ilmu pengetahuan
apabila
menyertai
akitiviti
pasukan
beruniform.
Pengetahuan terhadap sesuatu perkara yang dipelajari
akan menjadikan pengetahuan tersebut lebih mendalam
serta lebih meluas. Pegetahuan tersebut juga akan
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh,
kita dapat mengetahui langkah-langkah yang berkesan
untuk
membantu
oseseorang
yang
mengalami
kecederaan. Apabila berlaku situasi begitu, kita akan
cuba
membantu
mangsa
tersebut.
Selain itu, kegiatan dalam aktiviti pasukan
beruniform dapat mengeratkan hubungan di antara para
pelajar dengan guru. Hal ini demikian kerana lazimnya,
pasukan beruniform sering mengadakan aktiviti seperti

berkhemah, berkhelah serta ekspedisi di dalam hutan.


Semangat kerjasama secara tidak langsung dapat
dipupuk ibarat aur dengan tebing.Selain sikap kerjasama,
sikap tabah, berani serta gigih juga dapat diterpkan.
Menyertai aktiviti pasukan beruniform dapat
mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Kita dapat memanfaatkan masa dengan
melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pasukan.
Aktiviti ini sunguh bermanfaat. Kita juga dapat dihindari
daripada terjebak dengan gejala sosial yang sering
menjadikan kita walang.Sebagai contoh, kita dapat
bergaul dengan rakan sebaya yang dapat memupuk nilai
murni
dalam
diri.
sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai