Anda di halaman 1dari 9

ISU PROFESIONALISME GURU: ARTIKEL YANG DIULAS

Ulasan artikel-profesionalisme guru

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai
langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan
visi negara. Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai
merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara
dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan
banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan Negara
yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila
terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain
lain lagi yang bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa
ini, bidang pendidikan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila
kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Artikel daripada Berita Harian bertarikh 13 Mac 2012, bertajuk Minda Pengarang :
Menambahbaik Profesion Perguruan Mampu Tingkat Sistem Pendidikan,
menyatakan sistem pendidikan Negara yang bagus adalah faktor utama kepada
penghasilan modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara.
pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi
memastikan mutu sistem pendidikan negara bertambah baik dari semasa ke
semasa. Antara usaha tersebut ialah dengan memartabatkan profesion keguruan.

Sebelum melihat dan menganalisis dengan lebih mendalam berkaitan


pemartabatan profesion keguruan, akan dibincangkan terlebih dahulu tentang
kerjaya guru yang diiktiraf sebagai suatu profesion. Pada era 2000, kerjaya guru
kurang mendapat perhatian masyarakat berikutan ledakan kemajuan negara
ketika itu menjadikan penjanaan peluang pekerjaan yang berasaskan kemajuan
infrastruktur, teknologi maklumat, perindustrian dan perkilangan. Namun kini,
telah berubah apabila kerjaya guru menjadi rebutan khususnya pelajar-pelajar
lepasan SPM. Pada setiap tahun permintaan terhadap bidang ini semakin
meningkat. Sedangkan tempat yang ditawarkan adalah terhad (Syed Ismail dan
Ahmad, 2012). Hal ini ekoran kesukaran para lulusan universiti mendapat
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Bagi memastikan
profesionalisme pendidikan guru berada di landasan yang betul dan dijamin
kualitinya, pihak kementerian telah menyediakan pelbagai kemudahan dan
mewajibkan bakal guru serta guru terlatih menjalani pelbagai kemahiran baharu
sesuai dengan arus globalisasi.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk
membolehkannya melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad
(2012) menyatakan, menurut Kamus Dewan, profesion adalah suatu bidang
pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran
yang tinggi dan latihan khas. Mengikut Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya
yang digolongkan sebagai profesion haruslah mengandungi beberapa ciri khusus.
Pertama, mereka golongan profesional yang pernah mendapat latihan khusus
dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting
dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan
yang menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi
perkhidmatan. Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan
tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka
juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya
dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi
perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi
yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu
perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu
kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan
bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat
olehnya.

Berdasarkan ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara
ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang
cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa kerjaya guru
merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang
menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.

Dalam dunia pendidikan, terdapat beberapa istilah yang nampak hampir


sama pada zahirnya, tetapi berlainan pada maknanya. Istilah-istilah ini adalah
penting untuk diketahui dan difahami. Pertama konsep perguruan dan kosep
keguruan. menurut Kamus Dewan (1989), konsep perguruan diertikan sebagai
pengajaran, misalnya kepada guru pelatih, pelajar dan sebagainya. Konsep
keguruan adalah perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas,
kelayakan dan sebagainya. Kemudian, konsep profesion keguruan dan konsep
profesion perguruan. Menurut Kamus Dewan (1989) juga, konsep profesion
keguruan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas,
tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Manakala, konsep profesion perguruan
adalah pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tnggi dan latihan
khas.

Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012) dalam konteks keguruan, guru yang
profesional haruslah mempunyai tiga ciri kemahiran professional guru iaitu
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek,
bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Ciri seterusnya, bertanggungjawab
dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Ciri ketiga, ialah terlatih
dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid.

Perkembangan

Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu


pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini
dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana
kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk
memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya
guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. KPM
berusaha memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada
fokus dan strategi pelaksanaan seperti menambah baik sistem pemilihan calon
guru dengan cara memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon melalui
Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST),
temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris, telah
banyak dijalankan oleh fakulti pendidikan di universiti. Pemilihan melalui
penampilan calon guru seperti pertuturan, dan cara pembawaan, pandangannya
terhadap sesuatu isu, kebolehannya untuk mengawal perasaan dan keadaan
fizikal seseorang merupakan kriteria yang boleh diuji semasa sesi temuduga
dijalankan. Tanpa temuduga seperti ini, kita dapat mengesan individu
yangmempunyai kelemahan atau kecacatan tertentu seperti tidak pandai
bertutur dengan baik, perwatakan yang tidak sesuai dan sikap terlalu gugup
tidak dapat dikesan. Tindakan tersebut juga terpaksa diambil untuk memastikan
seseorang guru tidak memilih opsyen perguruan sebagai pilihan terakhir mereka.

Seterusnya untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah


memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan
langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan
aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan,
pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan
yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk
mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara
terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
Falsafah pendidikan bukan sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu
sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan
sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap

akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai


hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya
apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh
politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk
dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sebuah buku Sudut Pandang Muhyiddin,
beliau menyatakan satu daripada contoh langkah memartabatkan profesion
keguruan ialah program pensiswazahan guru yang mensasarkan supaya
menjelang 2015, kita akan mempunyai 60 peratus guru siswazah di sekolah
rendah dan 90 peratus di sekolah menengah. Menurut Noriati et al. (2010) KPM
(Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengadakan pelbagai program
pensiswazahan. Antara program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh KPM
adalah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Program ini memsiswazahkan
guru-guru sekolah menengah dan merupakan program khas KPM yang telah
dimulakan pada tahun 1999. Program ini melibatkan kerjasama antara IPTA
(Institut Pengajian Tinggi Awam) dengan IPG (Institut Pendidikan Guru). Namun
begitu, PKPG telah ditamatkan ambilannya pada tahun 2006 setelah Keputusan
Jemaah menteri yang berkaitan Memorandum Bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia memutuskan ambilan terakhir pelatih seramai 1500 orang dalam PKPG
penempatan di sekolah menengah adalah pada tahun 2006. Kedua,
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Program ini khsusus ditawarkan
kepada guru-guru sekolah rendah untuk memberikan peluang kepada mereka
menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP).
Program ini bermula dengan ambilan November 2008. Program yang
menggunakan mod Kursus Dalam Cuti (KDC) adalah tempoh pengajiannya
selama 4 tahun. Hal ini bermakna, guru-guru yang mengikuti program PGSR akan
mengikuti pengajian hanya pada waktu cuti sekolah dan pada hari-hari lain
mereka meneruskan kerjaya mengajar seperti biasa. Seterusnya Program Khas
Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dilaksanakan oleh Institut Aminuddin
Baki dalam memastikan bahawa Guru Besar di sekolah memiliki ijazah. Program
yang dijalankan secara kolaborasi dengan Inuversiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim ini merupakan program pengajian selama 3 tahun.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, langkah lain dalam memartabatkan profesion
keguruan adalah pada aspek kenaikan pangkat, pelbagai faedah disediakan
untuk perkhidmatan perguruan dan kebanyakannya tidak dinikmati sektor
perkhidmatan yang lain. Satu contoh ialah Kerajaan meluluskan Bayaran
Berprestasi Tinggi bagi menghargai jasa guru dan kakitangan sokongan yang
berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi. Begitu juga keputusan kerajaan
mewujudkan jawatan Guru Wibawa dan Pendeta Guru yang bakal memegang
gred tertingi dalam perkhidmatan awam. Semua ini sepatutnya boleh dilihat
sebagai isyarat jelas betapa kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan
profesion keguruan.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan


sistem pendidikan negara, diwujudkan pula Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia
(SKPM). Sistem ini adalah salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu
pembangunan dalam sistem pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003. SKPM telah pun
diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (sekolah), (Noriati
et al, 2010). Antara tujuan SKPM adalah satu inisiatif yang memberikan fokus
kepada pemantapan profesionalisme tenaga pendidik di sekolah yang dapat
meningkatkan standard kualiti pendidikan di sekolah dapat dilaksanakan.
Seterusnya ia sebagai satu nilai tara atau sukatan tahap kecemerlangan pada
sekolah dapat dilakukan. Sistem ini juga bertujuan supaya peningkatan
keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah yang bermatlamat akhirnya
ialah peningkatan tahap pencapaian murid.

Peranan guru adalah amat penting dalam pembentukan modal indan


cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan negara. Sehubungan
dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan dengan
hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik. Hal ini
berkait rapat dan bergantung kuat kepada sistem latihan perguruan kepada guruguru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat perubahan dalam
sistem latihan perguruan apabila menaik taraf maktab perguruan menjadi Institut
Pendidikan Guru (IPG). Maktab perguruan yang selama ini melatih guru di
peringkat Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan telah berubah apabila guru-guru
lepasan Institut Pendidikan Guru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) sebagai bekalan tenaga pendidik di sekolah rendah. Program
pensiswazahan ini telah bermula pada tahun 2006. Menurut Noriah et al. (2010)
aspirasi KPM adalah untuk melahirkan guru siswazah di sekolah rendah akan
tercapai apabila IPG mendapat kelulusan melaksanakan pogram ijazah.

Implikasi
Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan
tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif
dalam segenap aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan.
Hal ini sememangnya sanagat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan
oleh seseorang guru yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya
profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan
ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal
insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara
yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan
negara. Modal insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam
pendidikan di negara ini.

Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat
membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut
mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang
guru. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi.
Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir
minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru
yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan
beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Menurut Syed ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid
untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang
baik dengan murid yang berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan
memberi impak yang baik.
Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat
dalam sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan
membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad
(2012), sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan
mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap
masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan
pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh
masyarakat dalam kehidupan harian mereka.
Cadangan
Jika menginginkan kesempurnaan atau yang terbaik pada sesuatu
perkara, maka penambahbaikkan kepada perkara tersebut perlu sentiasa
dilakukan. Untuk melaksanakan penambahbaikkan pula perlu kepada cadangancadangan yang baik dan bernas. Terdapat banyak cadangan untuk penambaikkan
profesion keguruan yang boleh diambil. Antaranya, pertama kursus peningkatan
profesionalisme. Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, guru
hendaklah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh ihak
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah, misalnya Kursus Dalam Perkhidmatan atau Kursus Peningkatan
Profesionalisme Keguruan.

Cara yang seterusnya untuk meningkatkan profesion perguruan ialah


dengan meningkatkan akauntabiliti pendidik itu sendiri. Ini merupakan nilai yang
terpenting untuk membezakan guru yang komited dengan guru yang
bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang
menjalankan tugas ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka
akan dipersoalkan sekiranya sesuatu tanggungjawab itu diabaikan. Jika
seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi maka ia juga akan
mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi profesionalisme guru.

Cadangan seterusnya ialah, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang


berkesan. Guru harus sentiasa mampu membawa perubahan dan penyesuaian
teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi
perkhidmatan bermutu tinggi dalam bidang profesion guru. Usaha ini boleh
dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian
terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dalam bilik
darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri
untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. (Mok Soon Sang, 1996)

Guru juga harus berkualiti dari segi kerohanian untuk meningkatkan lagi
profesionalisme guru. Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada
mereka yang memiliki sifat-sifat berikut iaitu memiliki sahsiah atau tingkah laku
yang baik atau terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru yang mempunyai sahsiah
baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan
tugas, menghormati rakan sejawat serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai tara
sahsiah atau tingkah laku yang baik ini sudah terkandung dalam etika dan
profesion perguruan. Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara, agama
diletakkan ditempat yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat akan
menyebabkan seseorang guru bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu,
berprinsip serta amanah. Guru itu juga harus berkualiti dari segi rohani iaitu
mempunyai penampilan dan imej diri yang baik melalui cara berpakaian, tingkah
laku dan tutur kata. Seseorang guru perlu memiliki tubuh badan yang baik agar
dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Untuk meningkatkan profesion keguruan, perlu kepada pendidikan kearah


perkembangan kendiri. Menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development
and Learning (1974) dalam Mok Soon Sang (1996), konsep diri (konsep kendiri)
terdiri daripada persepsi, kepercayaan, sikap serta nilai yang khusus yang
dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Maka, konsep ini
sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seorang individu dalam alam
sekitar sedikit sebanyak mencerminkan konsep dirinya.

Cadangan seterusnya, disyorkan pusat atau kelab guru diwujudkan. Kelab ini
dikendalikan oleh semua golongan pendidik dan bertujuan menjaga kepentingan
professional guru-guru temasuklah guru-guru pelatih yang menjalani latihan
dalam sesebuah kawasan. Menerusi badan ini bolehlah dikelolakan seminar dan
bengkel tentang pengajaran dan perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan.
Guru-guru juga boleh mendapat saluran untuk berbincang dan bertukar-tukar
fikiran tentang perkara-perkara yang mereka sama-sama alami, seperti

pengajaran untuk KBSM. Dengan wujudnya kelab ini khususnya guru pelatih,
maka dapatlah mereka sokongan dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawat
atau yang berpengalaman dalam perkara-perkara tertentu. Seandainya segala
usaha tersebut dilaksanakan, maka ia dengan sendirinya akan menggalakkan
perubahan yang besar dalam sistem pendidikan kita. Ia meminta guru-guru
memikirkan bersama-sama dengan pembuat dasar di Kementerian Pelajaran
cara-cara untuk merubah dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah-sekolah.
(Robiah Sidin , 1994).

Seterus, guru perlu berkongsi maklumat yang bermanfaat, kemahiran dan


kepakaran dengan orang lain, kerana guru yang cemerlang akan berkongsi
matlamat yang sama dengan pemimpin dan guru-guru lain untuk melahirkan
sekolah yang cemerlang dan berkesan. Guru yang profesional akan menjalankan
tugas berkumpulan dengan aman dan harmoni kerana mereka boleh berkerja
bersama, saling bantu membantu dan sebagainya dalam meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan warganya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012)
kesediaan dan kesanggupan guru berkongsi kepakaran dan pengetahuan
bersama guru lain sudah pasti dapat mengekalkan dan meningkatkan
kecemerlangan potensi dirinya. Menurut mereka lagi, untuk mencapai matlamat
ini, guru mestilah mempuyai kesedaran diri yang tinggi dan bersedia untuk
berkongsi kepakaran yang dimilikinya bersama komuniti persekitarannya.
Perkongsian kepakaran ini boleh dilaksanakan melalui Program Dalam Latihan
atau juga dikenali sebagai Program Perkembangan Staf. Perkongsian kepakaran
bukan sahaja boleh dikongsi dalam komuniti sekolah, malah perlu dikongsi
dengan komuniti pendidikan yang lebih meluas. Sebagai contoh, guru boleh
berkongsi kepakarannya dengan menawarkan diri sebagai fasilitator atau
penceramah dalam kursus motivasi guru-guru baharu anjuran Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Usaha ini membolehkan guru
berkongsi kepakarannya bersama rakan sejawat yang baharu. (Syed Ismail dan
Ahmad, 2012).

Selain itu, untuk meningkatkan profesion keguruan, pengamalan dan budaya


refektif perlu lebih diperkukuh. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), guru
perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif
agar dapat memikul tanggungjawab tersebut. Menurut mereka lagi, amalan
reflektif adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan.
amalan ini akan bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan
dalam mengekalkan serta membentuk peribadi professional dalam diri setiap
guru. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan pendedahan amalan reflektif

kepada murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang analitikal,
kritis, dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa.

Rumusan

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat


penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada
banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia
pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah
digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem
pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini
dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat
terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik
yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang
cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri
profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti,
integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu
meningkatkan sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah
elemen yang berkait rapat dalam dunia pendidikan.

disediakan oleh,
MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAFFEI
8 PISMP PA/BA/AQ 1

Anda mungkin juga menyukai