Anda di halaman 1dari 7

Skrip Sketsa DI AMBANG MERDEKA

PERJUANGAN BELUM SELESAI


BABAK 1
Pernaklukan Komunis di bumi malaya mungkin belum bergitu meluas sehingga ke
kawasan kg tualang , dengan Suasana Tenang Di Kampung selalunya di selang selikan
dengan kehijauan flora dan fauna yang mengindah dengan kicauwan burung-burung
berbunyi riang ria di halaman kampung ..
Bapak :
Ton oh ton. Bawakan sedikit minuman sejuk , minta di hidangkan ,
supaya anak Sulung kita pulang dari berkebun ,boleh lah menghilangkan sedikit rasa
dahaga
Emak :
Baik abang..
(sambil membawa hidangan minuman yang di minta oleh bapaknya , kemudian Si emak
duduk si sebelah bapaknya dan berborak-borak )
Bapak :
Terima Kasih Ye ton , (sambil minum sedikit air yang di hidang) Ton , ton , abang rasa
macam tak sedap hati lah hari ni.. rasa macam ada sesuatu yang tak baik je belaku hari
nie.
Emak :
Apa abang merepek nie , abang nie buat ton memikirkan tentang peristiwa kat umah
keluarga abah je , jangan lah di pikirkan yang bukan-bukan abang .
Bapak :
Hurm yelah mungkin mainan perasaan je rasanya.. mudah-mudahan tiada apa-apa
yang belaku

Dalam rancak berborak-borak , kepulangan anak sulung yang di tunggu sejak tadi hadir
di keheningan waktu petang yang tenang
Sulung :
Assalamualaikum. Oh Assalamualaikum. Emak . Bapak. Sulung sudah pulang
nie.( Sulung berjalan dari tengah-tengah pentas dan bergerak menuju ke atas pentas )
Bapak & Emak :
Waalaikumsalam..
( Sambil bapak & emak bangun menyambut kepulangan anak sulung bernama sulung
naik ke tangga rumah )
Sulung :

Bapak , mak tadi semasa pulang dari tempat berkebun , sulung Nampak sekumpulan
komunis sedang memukul anak muda yang berkumpul , mereka takut anak-anak muda
mewujudkan kumpulan menentang Komunis pak ,
Bapak :
Nasib lah kamu tidak terlibat sama , hurm..(sambil mengeluh)
Emak :
Kenapa abang mengeluh nie , mesti ada sesuatu yang di pikirkan di kepala .
Sulung :
Ha ah , pak kenapa mengeluh nie , kalau ada sesuatu nak di katakana bagitau sahaja lah
pak ,
Bapak :
(dengan nada emosi )Bapak nie mengenangkan nasib Negara kita nie , adakah Negara kita
ini akan mendapat kebebasan tanpa di jajah oleh golongan penjajah nie . ya allah bantulah
kami ya allah .. (mengeluh )
(sambil mengenang nasib)

Emak :
Sulung kamu tak Nampak adik kamu ke semasa pulang ke rumah tadi , dari tengah hari
tak Nampak Nampak .
Sulung :
Entah lah mak sulung tak perasan pula , mungkin masih ada di pondok bersama rakanrakan nya.
Orang Kampung :
Orang kampung lari lari lari. komunis datang lari lari .
orang kampung lari dari arah kanan ke kiri pentas , menandakan kekacauan kerika
kedatangan komunis ke kawasan kampung tualang..
Emak :
Ya Allah , abang komunis dah sampai kampung kita abang , apa nak buat nie
(dalam keadaan cemas)
Bapak :
Dah dah masuk dalam rumah kunci semua pintu ton , sulung masuk cepat .. masuk.
(dalam keadaan emosi , mengarahkan ton dan sulung masuk ke dalam rumah, tetapi
sulung tertinggal barang di halaman rumahnya )
Dalam keadaan haru biru orang kampung berkeliaran lari , keluarga Rahmat hanya
mampu menyorokkan diri di dalam rumah , hanya ALLAH yang mengetahui betapa
takutnya mereka dengan kuasa komunis yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan
,komunis datang kerana mencari anak muda lelaki untuk di pancung kerana komunis

menjangkakan anak muda lelaki akan membuat pakatan untuk menentang komunis ,
AKHIRNYA..komunis tiba di kawasan rumah Keluarga Rahmat dalam keadaan
marah dan mencari-cari
*komunis berkomunikasi dalam pelat melayu cina.
Ketua Komunis :
Kamu periksa ini rumah , kalau ada orang bawah itu semua orang keluar ,
setelah di periksa , rahmat dan zaiton di bawa keluar , kecuali sulung kerana menyorok
tempat tersembunyi
Bapak :
Tolong tuan kami tak ada apa-apa harta tuan , kami miskin tuan
Emak :
Ya Tuan kami miskin tuan .
Pembantu Ketua Komunis :
Kami datang mahu cari orang muda lelaki ,
Emak & Bapak :
(saling berpandangan) kami tiada anak tuan , kami hanya hidup berdua tuan kami tiada
anak tuan .
Pembantu Ketua Komunis :
Betul kamu tiada anak muda lelaki ? kalau kamu bohong kamu akan di pancung kepala
kamu tau .
Bapak :
Betul tuan kami tiada anak .
Orang Bawahan Komunis :
(sambil mengambil sesuatu kepunyaan sulung yang menandakan rahmat dan zaiton
menipu , sambil berbisik kepada pembantu komunis)
Pembantu Ketua Komunis :
(Berbisik kepada ketua komunis , tentang pembohongan rahmat dan zaiton berkenaan
anak lelaki mereka iaitu sulung)
Ketua Komunis :
Kamu sangat berani berbohong dengan tentera komunis , kamu sendiri tahu balasan pada
mereka yang berbohong dengan tentera komunis
ketua komunis mengarahkan orang bawahan nya untuk memancung kepala rahmat dan
zaiton , ketika itu juga sulung hanya memerhatikan peristiwa itu di hadapan matanya
dibalik tempat persembunyianya , dikala itu juga rahmat dan zaiton diperlakukan seperti
binatang di sepak terajang tanpa belas kasihan , sulung tidak dapat menahan lagi api
amarahnya dan sulung bertindak tanpa pikir panjang

Sulung :
Woi. (sulung ditangkap oleh orang bawahan komunis)
Anjing komunis jangan kau fikir komunis akan dapat menakluk Malaya ini dengan
senang , kami orang-orang Malaya akan pertahan kan Malaya ke titisan darah yang
terakhir sekali pun .. pergi jahaman dengan kau komunis lahanat ,
Allah Huakbar
Ketua Komunis :
Tangkap orang muda itu , ikat tangan mereka bertiga pancung kepala mereka
Pancung kepala mereka ha ha ha ha ha.
diketika itu , rahmat zaiton dan sulung telah di ikat dan akan dipancung
Bapak Zaiton :
Allah Huakbar , Allah Huakbar ,
Sulung :
(Sulung menjerit sekuat hati , melihat mak dan bapaknya di pancung tentera komunis)
Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk . Perjuangan Belum Selesai.
selepas menjerit ayat perjuangan belum selesai akhirnya sulung di pancung
kemudian orang-orang komunis beredar meninggal kan mayat-mayat rahmat zaiton dan
sulung..

BABAK 2
Disuatu sudut yang lain kelihatan lima rakan-rakan yang muda belasan tahun , sedang
belajar dan berborak tentang cita-cita pada masa hadapan
Ejah :
Ajak.. nanti kalau ko dah habis belajar , ko nak keje ape eh.
Ajak :
Aku kalau ditakdirkan panjang umur kan , aku nak kawin dengan anak orang kaya dulu ,
pastu aku tak payah keje dok umah je , mesti bapak mertua aku bagi duit punya
hahahahaha
Malik :
Wei ejah ko Tanya si ajak nie tak ada maknanya , belajar pun malas lagi nak kawin
anak orang kaya puieeee.
Saripah :
Ha ah lah malik betul cakap ko tu aku setuju .. si ajak nie kalau kita Tanya apa-apa bukan
nye nak jawab betul betul nak main-main je kejenye. Panjang umur lah kawin anak orang
kaya lah apa pun tak boleh lah ko nie jak..
Samad :

Apa lah korang nie tak baik cakap macam tu pada ajak , dia pun ada hati dan perasaan ,
setiap orangkan ada cita-cita masing-masing biarlah dia nak bercita-cita nak kawin
dengan anak orang kaya , kesian dia tengok muka dia dah berubah dah nak nangis dah
ajak nie .. dah dah ajak ala ala ala majuk pulak dah. Tapi kan jak bila pikir balik
tentang cita-cita ko nie , siapa yerk anak orang kaya malang yang nak jodohkan anak dia
dengan ko yerk
(sambil menolak samad ketepi sehingga jatuh ke bawah kerusi , dan mereka semua
ketawa tanpa henti)
Ajak :
Alah samad ko sama je macam dia orang nie (muka merajuk )
Saripah :
Wei korang korang umo kita dah dekat 18 tahun erk . Dah besooo erk kita semua
erk
Malik :
Ha ah kan dah beso kan kita semua sebaya plak tu hahaha
Ajak :
Samad. Si leman mana , kan ko selalu dengan dia , hari nie ko tak datang dengan die
pulak mad kenapa ?
Samad :
Entahlah jak aku datang rumah dia tadi tapi , mak dia cakap dia tak ada kat rumah , aku
pun terus ke sini , kejap lagi datang lah tu , bersabar yeee, , ,
Leman terkenal dikalangan rakan-rakan kerana gurauan yang boleh bikin pecah perut
tetapi ketika itu , Dalam keadaan riuh rendah di sebabkan gelak ketawa lima rakan-rakan
tadi tiba-tiba mereka semua terdiam kerana kedatangan Leman dalam keadaan kalang
kabut dan tak tentu arah , semuanya terdiam
Leman :
(Terdengar dari jauh suara leman memanggil samad)
Samad. Samad samad
(Leman jatuh di hadapan samad)
Malik , Ajak , Ejah & Saripah :
Leman kenapa nie . apa masalah nie . kenapa ketakutan sangat nie bagi tau lah

Samad :
Man kenapa nie bagitau pelahan-pelahan , kami dengar penjelasan kau
Leman :
(Leman dalam keadaan menangis , ketakutan)
Samad aku nak bagi tau pekara sedih pada kau nie , harap kau bersabar ,
Samad :

(Samad tak senang dengan kenyataan leman)


Kenapa nie man , aku dengar nie bagi tau lah
Leman :
(Sambil mencekak baju samad)
Mad bapak kau emak kau abang sulung ko kena pancung dengan komunis mad.
setelah mendengar kenyataan leman , samad naik marah dan menumbuk leman sehingga
leman jatuh ke tanah semula , dan mereka bergaduh tetapi di asingkan oleh malik ,ajak ,
saripah , ejah..
Samad :
Leman kita kawan dah lama kau jangan nak bergurau gila dengan aku macam nie man ,
jangan sampai pekara nie boleh buat kita putus hubungan sahabat man
Leman :
Mad aku tak akan gurau dengan perkata bodoh macam ni samad tapi apa aku cakap
nie pekara betul mad tadi aku nak datang sini aku tegerak nak lalu depan rumah kau ,
apa yang aku Nampak komunis sedang menyerang keluarga kau , sampai lah bapak kau
emak kau dengan abg sulung kau kena pancung mad. Aku terus datang sini nak bagi tau
kau mad , kalau ko tak pecaya pergi rumah kau sekarang ..
Mereka ber enam bergerak kearah rumah samad
Malik , ajak , Saripah Dan Ejah :
Aku nak ikut jugak.
BABAK 3
Mereka sampai ke kawasan rumah Samad ,dan .
Samad :
Makkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkkkkk , Abangggggggg
(Samad menjerit sekuat hati ,)
Komunis tak guna , kurang ajar , aku bunuh kau komunis sial
(berlari turun ke tengah pentas , tetapi di tahan oleh leman dan malik)
Malik :
Mad bawah bersabar mad aku pun geram dengan komunis tu tapi kita kena fikir ,
mampu ke kita nak menentang komunis ,
Sedang masing-masing mencari kain-kain untuk menutup jenazah rahmat , zaiton dan
sulung , kedengaran dari jauh suara komunis datang ke kawasan rumah samad , ruparupanya orang-orang bawahan komunis telah mengintip pergerakan mereka bersahabat
dan telah memberitahu kepada ketua komunis bahawa ramai anak muda berkumpul dan
pelu di pancung kepala mereka , dan akhirnya komunis berada di rumah samad dan
mulalah pergaduhan dan peristiwa berdarah ..
Samad :
Komunis Lahanat aku bunuh kau

samad menyerang komunis , tetapi di tahan seorang demi seorang rakan-rakan samad di
ikat tangan dan di pancung kepala sehinggalah giliran samad yang terakhir..
Samad :
Perjuangan Belum Selesai Allah Huakbar Zasssssss

Anda mungkin juga menyukai