Anda di halaman 1dari 2

INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN.

1. Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada
individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan
etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan
kepada amalan terbaik.Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh
anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana
amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada
kepentingan awam.

2. Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka


pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan
keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak baik.Murid ibarat pokok yang
ditanam perlu disirami dan dibajai dengan kasih sayang. Guru pula menjadi lautan
yang luas dan murid menjadi ikan.Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.
Benih yang baik jatuh ke darat menjadi gunung. Guru juga perlu memupuk
kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.

3. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya


terhadap murid. Di antaranya ialah seperti berikut:-

a. Sentiasa memikirkan masa depan murid.


b. Ada tahap kesabaran yang tinggi.
c. Bersifat pengasih dan penyayang.
d. Pupuk suasana seronok belajar.
e. Beri pengharapan baru.
f. Bentuk roh dan sahsiah terpuji.
g. Ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik.

4. Fungsi guru memupuk integriti:-

a. Sebagai pendidik (Muallim).


b. Sebagai a good motivator.
c. Sebagai a good coach.
d. Sebagai a good preacher (Murabbi).

5. Ditangan guru akan terletak satu amanah merealisasi misi nasional bagi
mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan
datang. Teras kedua dan teras ketiga menyatakan peranan pendidikan secara
langsung.Teras kedua meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara
serta memupuk minda kelas pertama. Dan teras ketiga menangani masalah
ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
Guru berkeupayaan melahirkan modal insan kelas pertama bila bekerja dengan niat
yang ikhlas dan ada sifat penyayang terhadap murid-muridnya yang tertanam di
sanubarinya.
Minda kelas pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan
pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Ia merangkumi
aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik
ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri.

6. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui
peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan
keupayaan sains, R&D dan inovasi serta pembentukan masyarakat berbudaya dan
memiliki kekuatan moral.Dalam konteks ini pendekatan guru mengajar dan murid
belajar perlu dijadikan amalan profesyen guru di sekolah.Guru yang berintegriti dan
beretika sangat diperlukan dalam pendidikan.Etika dan integriti yang dimiliki oleh
seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu bertanggungjawab kepada
Tuhannya.

Anda mungkin juga menyukai