Anda di halaman 1dari 10

KPR 3013 : Refleksi Tajuk

Nombor 1
Perkembangan Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah.
Rumusan Tajuk
Bab ini menghuraikan secara ringkas senario kurikulum dan pengajaran
pada zaman prapenjajahan Inggeris, semasa zaman penjajahan Inggeris dan
zaman pascamerdeka. Boleh dikatakan sejarah kurikulum dan pengajaran
telah bermula sejak bermulanya tamadun manusia.
Dalam konteks masyarakat Melayu telah pun wujud kurikulum dan
pengajaran zaman prapenjajahan Inggeris . Pada masa ini telah wujud
pendidikan tradisional atau pendidikan informal. Ibu bapa memainkan
peranan penting mendidik anak-anak terutamanya berkaitan soal
keagamaan seperti fardhu ain dan fardhu kifayah, sahsiah, kesopanan
dan hubungan kemasyarakatan. Ilmu diperturun dan diwarisi daripada satu
generasi kepada generasi yang lain. Pada zaman ini juga kanak-kanak lelaki
dilatih mewarisi pekerjaan bapa. Manakala anak-anak perempuan pula dilatih
mewarisi pekerjaan ibu mengurus rumah tangga. Tuntasnya, pendidikan
zaman ini lebih menitikberatkan survival untuk hidup hari ini yang dapat
menepati kehendak agama.
Pada zaman prapenjajahan Inggeris juga wujud pendidikan formal yang
berlangsung di istana. pendidikan ini disediakan untuk anak-anak golongan
bangsawan dan pembesar istana. Pendidikan berjalan secara terancang dan
teratur. Kanak-kanak mengikuti pelajaran berdasarkan kemahiran membaca,
menulis dan mengira di samping penekanan ilmu keagamaan.
Pada zaman penjajahan Inggeris, kurikulum dan pengajaran telah
berubah. Pada zaman ini Inggeris telah memperkenalkan sekolah vernakular
yang berteraskan bahasa ibunda murid-murid. Antara sekolah tersebut
seperti sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Tulisan rumi dan jawi digunakan secara serentak. Matlamat
pendidikan pula supaya murid-murid mewarisi pekerjaan sebagai petani dan
pekerja bawahan. Kurikulum pula berkisar kemahiran membaca, menulis,
mengira dan mengarang.
Selain itu, pada zaman ini juga terdapat sekolah vernakular Cina.
Kurikulum sekolah ini meliputi ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan ajaran
Confucius. Tenaga pengajar dibawa masuk dari tanah besar Cina. Mulai

tahun 1929 sekatan kemasukan guru dari Cina telah berkuat kuasa. Secara
umumnya sekolah vernakular Cina menitikberatkan budaya dan adat resam
yang berkiblatkan negara asal.

Sekolah vernakular yang lain ialah sekolah Tamil. Sekolah ini juga
berorientasikan negara asal. Pada dasarnya sekolah ini bertujuan membasmi
buta huruf dan menerapkan unsur-unsur kerohanian. Bahasa pengantarnya
pula meliputi bahasa Tamil, Malayalam, Telegu dan Punjabi.
Seterusnya, terdapat sekolah Inggeris untuk mendidik anak-anak
pegawai Inggeris, anak-anak ahli peniagaan dan anak-anak golongan elit
Melayu. Nilai yang diterapkan ialah perasaan bangga terhadap pemerintah
Inggeris. Sekolah ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.
Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, pihak berkuasa Jepun telah
membuka sekolah Nihongo. Kurikulumnya meliputi nyanyian lagu-lagu klasik
Jepun, budaya Jepun dan penerapan nilai kesetiaan kepada kerajaan dan
maharaja Jepun. Jepun melaungkan slogan Asia adalah untuk orang
Asia.
Selepas Perang Dunia Kedua Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa
Cheeseman yang mengeluarkan laporan supaya pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris diberikan kepada semua murid di sekolah
rendah. Sementara pelajaran vokasional dilaksanakan sepenuhnya.
Seterusnya pada 1949 lahir pula Laporan Barnes. Antara cadangannya ialah
Pengajaran di sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu. Sekolah dibuka kepada semua kaum secara percuma. Hanya
bahasa Inggeris digunakan di sekolah menengah.
Laporan Barnes dianggap memihak kepada orang Melayu. Oleh sebab
itu, lahir pula Laporan Fenn-Wu, 1951. Syor Jawatankuasa ini ialah
penggunaan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dalam pelaksanaan kurikulum
dan pengajaran. Mata pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan
dan diperbaiki. Bantuan kewangan daripada kerajaan ditambah kepada
sekolah Cina. Walau bagaimanapun Laporan Fenn-Wu tidak dapat
dilaksanakan.
Pada 1956 lahir pula Penyata Razak yang mengesyorkan supaya
perpaduan menjadi agenda utama pendidikan. Penyata Razak telah menjadi
asas kepada Ordinan pelajaran 1957. Pada tahun 1960 Jawatankuasa

Rahman Talib telah mengeluarkan laporan yang menjadi asas kepada


pewartaan Akta Pelajaran 1961. Antara kandungan laporan tertsebut
ialah satu bentuk kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk
keseluruhan sistem persekolahan di negara ini digunakan.
Seterusnya pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan perpaduan
dan rakyat yang bebas buta huruf.
Secara tuntasnya, kurikulum dan pengajaran di negara kita telah melalui
proses yang panjang lagi berliku-liku. Hal ini kerana pendidikan di sekolah
kita adalah untuk memenuhi kemahuan rakyat dan dasar pemerintah. Walau
bagaimana rumit sekali pun matlamat pendidikan hendak dicapai, agenda
perpaduan dan kemahiran murid adalah keutamaan.

2. Peta Minda
Kurikulum dan pengajaran zaman sebelum penjajahan
Inggeris
Pendidikan Tradisional
Pendidikan Informal
Pendidikan Formal
Kurikulum dan pengajaran zaman penjajahan Inggeris
Sekolah Melayu
Sekolah Cina
Sekolah Tamil
Sekolah Inggeris
Sekolah Nihongo (Zaman Jepun)
Kurikulum dan pengajaran selepas Perang Dunia Kedua
Jawatankuasa Cheeseman (1946)
Laporan Barnes (1949)
Laporan Fenn Wu (1951)
Kurikulum dan pengajaran zaman selepas merdeka.

Penyata Razak (1956) = Ordinan Pelajaran


1957
Penyata Rahman Talib (1960) = Akta
Pelajaran 1961

3. 5 konsep/ istilah.

Konsep/Istilah/Perk
ara Penting
Fardhu ain

Fardhu kifayah

Golongan
bangsawan

Penjelasan
Fardhu ain ialah perkara-perkara yang
wajib ditunaikan oleh setiap umat
Islam.Jika ditinggalkan dengan sengaja
hukumnya adalah berdosa. Fardhu ain
meliputi hal-hal seperti ibadat, akidah dan
hukum-hakam dalam Islam . Sebagai
contoh, solat fardhu, zakat, ibadat haji,
berbakti kepada ibu bapa dan menuntut
ilmu pengetahuan.
Fardhu kifayah ialah perkara yang
dituntut oleh syarak dan wajib
dilaksanakan oleh sebahagian anggota
umat Islam. Jika diabaikan seluruh
anggota masyarakat Islam akan
menanggung dosa. Namun, jika
sebahagian lain yang melaksanakannya
seleruh masyarakat Islam terlepas
daripada dosa. Sebagai contoh
pengurusan jenazah, solah berjemaah dan
menuntut pelbagai ilmu sains.
Golongan yang berkedudukan dalam
masyarakat dan dipandang mulia. Dalam

Asia adalah untuk


orang Asia.

Akta

konteks masyarakat Melayu tradisi


golongan bangsawan adalah golongan
yang rapat dengan pihak istana. Oleh
sebab itu, golongan bangsawan menjadi
perantara antara rakyat jelata dengan
pihak istana.
Slogan ini mula diperkenalkan oleh
tentera Jepun semasa menduduki Tanah
Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Jepun
telah membuktikan bahawa bangsa Asia
boleh menewaskan bangsa Eropah. Slogan
ini adalah sebagai satu cara menarik
minat rakyat Tanah Melayu untuk
menyokong perjuangan bangsaAsia
seperti Jepun. Seterusnya, seluruh
kekayaan negara Asia adalah untuk orang
Asia sahaja, bukannya orang Eropah.
Undang-undang yang diluluskan oleh
Parlimen dan terpakai di seluruh negara
Malaysia. Sebagai contoh, Akta Pelajaran,
Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta
Jenayah dan sebagainya.

4. Impak Tajuk ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda.


Tajuk ini telah meremajakan semula sejarah pendidikan negara kepada
saya. Dua isu penting yang terdapat dalam tajuk ini ialah pendidikan
bertujuan membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sebagai
seorang guru saya mesti bersedia bekhidmat sepenuh hati agar pendidikan
hari ini menjurus ke arah perpaduan rakyat yang menjadi asas kepada
pembanganun negara dan keharmonian hidup bermasyarakat.
Isu yang kedua ialah matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan
insan berilmu, bersahsiah mulia dan berkemahiran. Matlamat
pendidikan seperti ini telah pun sejak zaman lama dahulu. Oleh sebab itu,

tajuk ini memberi ilham tambahan kepada saya untuk mencari jalan
menyampaikan ilmu secara tersurat dan tersirat agar anak bangsa tidak
tertinggal dalam menggapai cita-cita murni menjadi insan yang berkualiti.

5. Pendapat Anda Tentang Tajuk


Tajuk ini sangat relevan dengan kursus yang saya ikuti. Tajuk ini telah
menghurai kembali secara ringkas akar sejarah pendidikan negara. Sesuai
dengan perubahan masa, sejarah pendidikan negara telah berubah dari satu
tahap kepada tahap lain. Tajuk ini dapat memberi kefahaman kepada saya
tentang keperluan perubahan dasar-dasar pendidikan negara.
Sesungguhnya sejarah telah berlalu tetapi faktanya terus hidup.
Begitulah halnya dengan tajuk ini yang telah membuka semula jendela
sejarah yang dapat memberi ruang kepada saya melihat saujana warna
pendidikan negara.

REFLEKSI TAJUK
(KRP 3013 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah)

No.Tajuk
Unit 3
Rendah.

Tajuk
Matlamat Kurikulum Sekolah

1. Rumusan Tajuk
Matlamat pendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari semasa
ke semasa. Pada zaman penjajahan Inggeris matlamat pendidikannya adalah
selari dengan dasar pecah dan perintah. Oleh sebab itu, matlamat
pendidikan bukanlah ke arah perpaduan rakyat. Walau bagaimanapun
selepas negara mencapai kemerdekan pendidikan digerakkan ke arah
perpaduan, pembasmian buta huruf dan melahirkan tenaga kerja masih
untuk kemajuan negara.
Matlamat pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan di
beberapa tahap. Pada zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan
bercorak tradisional yang pendidikan berlaku dalam lingkungan keluarga dan
masyarakat. Matlamat pendidikan pula untuk mencapai kesejahteraan hidup
di dunia dan di akhirat.
Sementara itu, pada zaman penjajahan Inggeris, pihak berkuasa telah
memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhkan sekolah
vernakular. Sebagai contoh, sekolah Melayu yang berbahasa pengantar
bahasa Melayu. Sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah
Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Matlamat
pendidikan ialah memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak agar dapat
mewarisi pekerjaan ibu bapa.
Pada zaman pascamerdeka pula matlamat pendidikan di negara kita
mengalami beberapa perubahan yang lebih tersusun. Penyata Razak 1956
telah menggariskan beberapa cadangan seperti pendidikan adalah untuk
membina sebuah negara yang bersatu padu dan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Laporan inilah yang menjadi asas kepada
pengisytiharan Ordinan Pelajaran 1957.
Pada tahun 1979 lahir pula Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Jawatankuasa ini memperakukan
bahawa kurikulum sekolah rendah terarah kepada kemahiran murid kepada
tiga bidang asas iaitu komunikasi, manusia dan alam sekelilingnya dan
bidang perkembangan individu. Ekoran daripada saranan jawatankuasa ini,
diperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983 yang memberi
penekanan kepada kemahiran asas 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
KBSR 1983 mengalami perubahan apabila dimurnikan dan dikenali
sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1993). Perubahan ini adalah
selari dengan Fahsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencorakkan murid

agar mampu bersaing pada abad ke-21. Justeru melalui KBSR 1993 diharap
mampu melahirkan generasi yang berfikir dan berilmu pengetahuan,
beretika tinggi dan bijaksana, dan menggunakan teknologi maklumat
secara berkesan. Pelaksanaan KBSR 1993 pula menekankan aspek
penerapan nilai murni dan semangat patriotik dalam kalangan muridmurid.
Matlamat pendidikan sekolah rendah terus mengalami perubahan ke
arah menggarap sistem pendidikan yang lebih gemilang. Sesuai dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat memperkembang
potensi individu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, maka KBSR mengalami sekali lagi perubahan. Mulai tahun 2011
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan ke atas
semua murid Tahun 1. KSSR berharap agar murid yang mengikuti KSSR
mempunyai asas-asas insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial. Selain itu, murid akan menjadi warganegara yang
bertanggungjawab . Seterusnya murid akan bertindak sebagai Global
Player dan pekerja berilmu.

2. Peta Minda

3. Konsep/Istilah/Maksud perkara penting yang terdapat dalam tajuk ini.

Konsep/Istilah/Perkara
Penting
Dasar pecah dan
perintah

Beretika tinggi

Semangat patriotik

Asas-asas insan yang


seimbang

Global player

Penjelasan
Dasar pecah dan perintah adalah polisi
penjajah Inggeris untuk meruntuhkan
kekukuhan sistem politik, ekonomi dan
sosial rakyat tempatan. Selepas sistem
tersebut lemah dan tidak bermaya, maka
Inggeris mengambil kesempatan
menunjukkan kebijaksanaan menguruskan
pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu.
Prinsip moral atau akhlak mulia yang
menjadi pegangan insan yang budiman.
Sebagai contoh, insan yang beretika
tercerna melalui tutur kata terpuji, adab
sopan mulia, kejujuran dalam tindakan ,
sentiasa terdorong melakukan kebaikan,
sentiasa terdorong meninggalkan kejahatan
dan takut kepada Allah.
Perasaan cinta yang tebal kepada negara.
Rela berkorban demi negara. Sanggup
berjuang untuk negara dalam sebarang
keadaan sama ada di medan perang atau
berjuang untuk memartabatkan imej negara
ke tahap tertinggi.
Insan yang memiliki kekuatan yang
seimbang dalam segala aspek seperti
kekuatan Rohani dan Jasmani, Fizikal dan
Emosi. Menurut Islam, insan yang seimbang
ialah insan yang dapat menunaikan
kewajipan Allah dan Sunnah Rasul secara
berhikmah untuk mencapai keredhaan di
dunia dan di akhirat.
Generasi yang akan mencorakkan dunia
dalam semua bidang. Generasi ini akan
bersaing di peringkat antarabangsa dengan
semua pekerja mahir dari pelbagai negara di
dunia. Dalam arus globalilasi global player
mestilah memiliki kemahiran tinggi dan
menjadi sumber penawaran menarik kepada
agensi antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai