Anda di halaman 1dari 13

ECLAMPSIA

PENGENALAN
Eklampsia merupakan satu keadaan sawan akut yang terjadi pada ibu hamil
yang boleh membawa kematian. Keselaluannya, eklampsia ini sering dikaitkan
dengan komplikasi teruk yang disebabkan oleh pre-eklampsia. Walaubagaimanapun
tidak semua kes eklampsia diikuti oleh pre-eklampsia dimana keadaan sawan boleh
terjadi terus dengan hanya satu atau dua sahaja tanda-tanda pre-eklampsia.
Walaupun eklampsia merupakan satu keadaan yang boleh menyebabkan
komplikasi teruk seperti Low Birth Weight (LBW), kelahiran bayi pra-matang, dan
juga boleh menyebabkan kematian pada ibu dan bayi, ianya amat jarang berlaku.
Eklampsia berlaku kira-kira 5 dalam 10,000 pada wanita yang hamil.
Eklampsia selalunya berlaku pada wanita yang kurang dari 18 tahun dan
mereka yang melebihi umur 35 tahun. Walaubagaimanapun, eklampsia juga berisiko
terjadi pada wanita yang pertama kali kehamilan (primavida).

DEFINISI ECLAMPSIA

Page [
1]

Sawan (konvulsi) yang terjadi pada ibu hamil di mana tiada kaitan langsung
dengan keabnormalan otak atau keadaan lain. Ianya disebabkan oleh keadaan
hipertensi yang timbul selepas 20 minggu kehamilan (hepertensi gestasional).
Eklamsia boleh berlaku pada awal kehamilan, labour, atau dalam tempoh
postpartum.
(Obstetrics: Normal and Problem Pregnancies. S. Gabbe, J. Niebyl, JL. Simpson. Fifth Edition.)

Sawan atau koma pada ibu hamil yang boleh mengancam nyawa yang
disebabkan oleh hipertensi selepas 20 minggu kehamilan (Pregnancy-Induced
Hypertension) dan komplikasi pre-eklamsia yang teruk.
(Manuaba I.B.G. 2007.)

Keadaan sawan yang akut pada ibu hamil yang kebiasaannya disebabkan
komplikasi pre-eklampsia. Sawan akan berlaku selepas 20 minggu kehamilan,
sewaktu bersalin (labour), atau selepas 48 jam selepas bersalin.
(Managing Eclampsia, Midwifery Education Modules
Second Edition, World Health Organization, 2008.)

Merupakan komplikasi akut yang boleh menyebabkan kematian, dicirikan oleh


sawan tonik klonik yang pada kebiasaannya berlaku selepas mendapat preeklampsia. Eklampsia termasuk sawan serta koma yang berlaku semasa kehamilan
di mana tiada kaitan dengan gangguan otak organik.
(Wikipedia.org, Wikipedia, the free encyclopedia.)

ETIOLOGI

Page [
2]

Penyebab eklampsia secara pasti belum diketahui. Teori yang banyak dikemukakan
ialah disebabkan oleh iskemia plasenta atau kurang sirkulasi oksigen ke pasenta.
Faktor pradispos yang lain ialah :
i.

Primigravida

ii.

Kehamilan berganda (kembar)

iii.

Obesiti

iv.

Umur kurang18 tahun atau melebihi 35 tahun

v.

Diabetes mellitus

vi.

Hipertensi kronik

vii.

Penyakit renal

Gambarajah 1 : Kriteria diagnostik pre-eclampsia dan eclampsia

PATOFISIOLOGI

Page [
3]

Vasospasm
menyebabkan tekanan darah meningkat.

Pengurangan pengaliran darah ke uterus dan plasenta.


-plasenta akan mengalami endhotelin, thromboxane dan protacycline.

Glomerular filtration rate (GFR) menurun


-menyebabkan proteinurea

Perubahan CNS
-serebral edema, pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sawan

Gangguan Hepatik
-pembesaran hepar, peningkatan enzim hepar, kesakitan epigastrik
MANIFESTASI KLINIKAL
Tanda dan gejala

Penerangan
Page [
4]

i.
ii.

Sawan atau koma

Tekanan darah tinggi

Diastolik BP (DBP) 110mmHg


(160/110mmHg)

iii.

proteinurea

> +2g/24 jam

iv.

Sakit kepala

Frontal,

throbbing,

atau

mirip

dengan migrain.
v.

Ganguan penglihatan

Cerebral

vasospasm,

retinal

edema
vi.

Sakit bahagian epigastrik

vii.

Oliguria

viii.

Hyper-reflexia

Edema pulmonari

ix.

Hepar bengkak dan inflammasi


Disebabkan iritasi serebral

Kebiasaannya pesakit akan menunjukkan tanda-tanda tekanan darah tinggi


yang

disebabkan oleh kehamilan (Pregnancy-Induced Hipertency) sebelum

bermulanya ciri eklampsia iaitu eclamptic convulsion. Tanda-tanda serebral lain


boleh terjadi dahulu sebelum berlakunya sawan (konvulsi) seperti loya, muntah, sakit
kepala, dan kebutaan kortikal. Selain itu, gejala yang melibatkan organ-organ juga
boleh terjadi termasuk sakit perut, kegagalan hati, tanda-tanda sindrom HELLP,
edema pulmonary, dan oliguria. Fetus di dalam kandungan mungkin akan
mengalami terencat pertumbuhan (Intrauterine Growth Restriction) yang berlaku
akibat daripada perubahan toxemic semasa kandungan.

Sawan Eklamptik ( eclamptic convulsion)


Menurut Chesley LC. di dalam bukunya iaitu Hypertensive Disorders in
Pregnancy, in Williams Obstetrics, 14th Edition, sawan eklamptik boleh dibahagikan
kepada empat bahagian iaitu peringkat Premonitary, tonik, klonik, dan koma.
1. Peringkat
Premonitory

Terjadi selama 10-20 saat.


Eye rolling.
Otot muka dan tangan kejang.
Page [
5]

2. Peringkat Tonik

Terjadi selama 30 saat.


Otot-otot spasm dengan teruk.
Jari dalam keadaan genggam manakala tangan
dan kaki rigid.
Diagfram spasm menyebabkan sianosis.
Badan melengkung, gigi terkancing, dan mata

3. Peringkat Klonik

terbonjol keluar (bulging).


Terjadi selama 1-2 minit.
Berlaku kontraksi dan relaksasi otot yang cepat.
Air liur meningkat menyebabkan berbuih di
mulut.
Pernafasan dalam.

4. Peringkat Koma

Muka bengkak ( dipenuhi darah).


Tidak sedarkan diri dalam beberapa minit atau
jam.
Sianosis hilang tetapi muka masih bengkak.
Sawan seterusnya boleh berlaku.

Gambarajah 2 : sawan eklamptik

Page [
6]

Gambarajah 3 : Tanda dan Gejala eclampsia.

INVESTIGASI
Page [
7]

Bagi perempuan hamil yang berisiko tinggi mendapat eclampsia.


i.

Hemoglobin level

ii.

Haematocrit

iii.

Platelet count

Full Blood Count (FBC)

Full Blood Count


Hemoglobin > 13g/dL (normal 10.6-12.8g/dL)
Haematocrit > 0.4% (normal 0.31-0.38%)
Platelet count < 100,000/L (normal 100,000-400,000/L)
*kegagalan pembekuan darah boleh menyebabkan postpartum haemorrhage dan
menyebabkan kematian pada ibu.
iv.

Urine protein collection (12 atau 24 jam)

v.

Serum creatinine level

vi.

Serum uric acid level


Lain-lain ujian yang boleh dilakukan ;
i.

Blood Film untuk pengecualian malaria.

ii.

Renal Function Tests (plasma electrolytes, blood urea, creatinine and


uric acid)

Page [
8]

PENGURUSAN
Penjagaan kejururawatan
i.

Masukkan pesakit ke dalam wad.

ii.

Rehatkan pesakit untuk mengurangkan tekanan darah dan edema serta


pastikan bilik sentiasa dalam keadaan sunyi.

iii.

Ambil dan monitor tanda-tanda vital pesakit BP, nadi, pernafasan, suhu

iv.

Monitor keadaan pesakit dari segi sawan, tanda hendak bersalin.

v.

Pasang CBD dan pantau keluaran urin - catat carta I/O

vi.

Sediakan / pastikan set intubation, suction dan oksigen dalam keadaan elok
dan sedia digunakan jika berlaku kecemasan pada pesakit.

vii.

Ubah posisi pesakit setiap 2 jam untuk mencegah hypostatic pneumonia.

viii.

Penjagaan oral

ix.

Pengambilan diet normal kurang garam, rendah lemak

x.

Pendidikan kesihatan
Lebihkan berehat
Kenalpasti tanda eklamsia teruk dan beritahu doktor atau jururawat
dengan segera.
Lakukan pemeriksaan kehamilan secara teratur supaya dapat
memantau keadaan ibu dan kandungan.

Page [
9]

Rawatan ubat-ubatan
i.

Mengawal sawan
Ubat pilihan ialah Magnesium Sulphate. Beri 4g 20% secara IV secara
perlahan selama 5 minit. (tidak boleh diberi secara bolus)

10g 50% solution Magnesium Sulphate, 5g pada kedua-dua belah otot


gluteal (deep IM inj.) + 1ml 2% lignocaine. atau;
Diazepam 10mg secara IV perlahan-lahan selama 2 minit.
Jika sawan berulang, ulang pemberian dos yang sama.
ii.

Mengawal tekanan darah


Ubat anti hipertensif diberi jika tekanan DBP 110mmHg
Hydralazine 5mg secara IV perlahan-lahan setiap 5 minit sehingga
DBP turun (90-100 mmHg). atau;
Hydralazine 12.5mg secara IM setiap 2 jam. atau;
Labetolol 10mg secara IV. Gandakan dos setiap 10 minit kepada
20mg, 40mg, 80mg sehingga BP turun.

Pengurusan kelahiran (deliver)


i.

Stabilkan keadaan ibu.

ii.

Buat keputusan samada untuk kelahiran normal (Spontaneous Vagina


Delivery) atau melalui pembedahan (caesarean) walaupun kandungan masih
belum matang kerana sawan eklamptik boleh membahayakan ibu dan bayi.
Indikasi caesarean;

Unfavourable servik (tebal, firm, tertutup)

Degupan jantung fetus abnormal (kurang 100/min

atau lebih 180/min)

Spontaneous Vagina Delivery tidak berlaku dalam

tempoh 12 jam.
Kontraindikasi casarean;
Fetus dalam kandungan tidak matang untuk hidup.
Kematian fetus dalam kandungan.

Page [
10 ]

iii.

Monitor tekanan darah, purata tekanan arteri (Mean Arterial Pressure), kadar
degupan jantung (Heart Rate).

iv.

Teruskan pemberian magnesium sulphate untuk 24 jam berikutnya bermula


pada waktu bersalin atau kali terakhir serangan sawan.

Gambarajah 4 : Pengurusan Pre-eklampsia dan eklampsia.

Page [
11 ]

KOMPLIKASI
i.

Kegagalan renal

ii.

Sindrom HELLP
Microangiopathic

hemolysis,

peningkatan

enzim

hepar,

dan

thrombocytopenia
iii.

Intrauterine Growth Restriction (IUGR)


kegagalan fetus membesar, menyebabkan bayi yang lahir mempunyai
berat badan yang kurang berbanding usia kehamilan.

Page [
12 ]

RUJUKAN
BUKU

Chesley LC. Hypertensive Disorders in Pregnancy, in Williams Obstetrics,

14th Edition. Appleton Century Crofts, New York.


S. Gabbe, J. Niebyl, JL. Simpson. (2004). Obstetrics: Normal and Problem

Pregnancies. Fifth Edition. Elsevier Saunders.


Managing Eclampsia, Midwifery Education Modules Second Edition. World

Health Organization, 2008.


Parveen Kumar, Michael Clark. (2005). Pocket Essentials of Obstetrics and

Gynaecology. Elsevier Saunders.


Cunningham F. G. (2005). Hypertensive Disorders In Pregnancy 22nd
Edition. New York :Medical Publishing Division.

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Eclampsia
http://www.emedicinehealth.com/eclampsia/article_em.htm
http://emedicine.medscape.com/article/253960-overview
http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/masalah-kehamilan-dan-

penyelesaian-eklampsia
http://www.news-medical.net/health/Eclampsia-Symptoms-%28Indonesian
%29.aspx

Page [
13 ]

Anda mungkin juga menyukai