Anda di halaman 1dari 10

TAJUK : KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH GEMILANG

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wrt.
Alhamdulillah..............................................
Yang dimuliakan pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa seterusnya warga dewan yang
dirahmati Allah.
Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk KELUARGA MUSLIM ASAS PEMBINAAN UMMAH GEMILANG
Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada
pagi
ini.
Frasa keluarga muslim adalah merujuk kepada ikatan kekeluargaan berdasarkan
perkahwinan yang merealisasikan syariat Islam dalam hidup mereka .
Manakala frasa ummah gemilang menurut kamus dewan pula adalah bermaksud
umat yang paling baik.
Islam membuktikan kepada kita bahawa umat yang paling baik adalah dilahirkan
dari kalangan keluarga muslim yang sudah tentu mempunyai teras agama Islam
yang kukuh.
Hujah saya yang pertama:
1) KELUARGA MUSLIM MENGETAHUI TUJUAN , TANGGUNGJAWAB SERTA HALATUJU
MEREKA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH
Allah S.W.T menciptakan makhluk di muka bumi ini dengan sebab dan tugas yang
tersendiri.
Firman Allah S.W.T :
.
Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepada-Ku. - Surah az-Zariyat: ayat 56.
Allah telah menciptakan manusia untuk menggalas dua tugas utama,sebagai
hamba dan khalifah-Nya di atas muka bumi ini.
1

Manusia harus melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala


larangan-Nya dalam semua aspek. Sudah pasti keluarga muslim akan mengikuti
sistem moral dan akhlak yang telah disediakan oleh penciptanya.Sebagai khalifah
Allah, manusia akan memakmurkan bumi serta sentiasa menjaga hubungannya
dengan Allah, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan makhluk
Allah yang lain..
Pelbagai usaha dilakukan untuk mendorong kearah pembinaan keluarga muslim
contohnya rancangan family sarjana di tv kini.Ini membuktikan bahawa keluarga
muslim yang mengetahui tujuan mereka dijadikan, mampu melahirkan ummah
gemilang.

Hadirin sekelian,
Hujah saya yang kedua,
2) KELUARGA MUSLIM MENJADIKAN AL QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN
HIDUP
Keluarga Muslim sudah tentu berada pada landasan hidup yang sebenarnya
bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w :

.
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang pada
kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran)
dan sunahku. (Riwayat Imam Malik)
Mengimbau kembali kisah keluarga Yassir yang sanggup menanggung penderaan
semata-mata mempertahankan aqidah mereka. Malangnya pada hari ini kes
murtad, ajaran sesat ayah Pin dan Black Metal umpamanya menghiasi media akibat
daripada kerapuhan tunjang aqidah keluarga .
Oleh itu jelaslah di sini, keluarga yang menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai
panduan hidup sememangnya dapat membentuk ummah gemilang.

Sidang dewan yang dihormati sekelian,


Hujah saya yang ketiga:
3) KELUARGA MUSLIM MENCONTOHI AKHLAK DAN PERIBADI RASULULLAH S.A.W

Tiada siapa dapat menafikan kesempurnaan akhlak junjungan kita Muhammad


s.a.w. Perjalanan hidup baginda
adalah contoh teladan terbaik bagi asas
pembinaan ummah yang berjaya dunia dan akhirat.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al Qalam ayat 4 :
.
Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai
akhlak yang sangat mulia.
Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad sebagai role model untuk dicontohi oleh
sekelian umat Islam dalam membina generasi akan datang. Sekiranya baginda
tidak dicontohi maka berlakulah gejala-gejala sosial masakini seperti penderaan,
pembuangan bayi, anak derhaka dan sumbang mahram.
Dengan ini terbuktilah bahawa akhlak dan peribadi Rasulullah S.A.W perlu dicontohi
bagi mewujudkan generasi gemilang lagi terbilang.

Seterusnya hujah saya yang keempat :


4)
KELUARGA MUSLIM MAMPU MEMBATASKAN PERBUATAN YANG DILARANG
DENGAN MENANGKIS ANASIR NEGATIF
Sejajar dengan arus pembangunan dan permodenan, anasir negatif turut mewarnai
dunia masakini. Pelbagai anasir negatif dirancang musuh bertujuan menyesatkan
manusia dari segi aqidah, akhlak serta pemikiran. Itulah dikatakan ujian Allah untuk
menguji iman hambaNya.
Firman Allah :

.
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah
beriman, sedang mereka tidak diuji?(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).
Pelbagai ujian berbentuk anasir negative ini memerlukan iman yang kental serta
aqidah yang mantap bagi menangkis serangan tersebut. Kes Ariff Alfian Rosli
mengahwini lelaki Inggeris contohnya cukup menjatuhkan maruah umat Islam
sedunia. Begitu juga dengan budaya skinhead,punk dan shuffle misalnya
memerlukan penghayatan syariat yang kukuh. Bimbingan keluarga terutama untuk
anak remaja sangat diperlukan masakini. Tanpa keluarga yang kukuh pegangan
agama serta hubungan kekeluargaan , generasi akan datang pasti akan terpesong
daripada landasan yang sebenar.
Nah, inilah bukti betapa perlunya sebuah keluarga muslim bagi menjana ummah
gemilang .
3

Konklusinya, institusi keluarga yang bertunjangkan syariat Islam merupakan satu


satunya cara bagi melahirkan generasi yang terbaik dari semua aspek merangkumi
agama dan sahsiah.
Dengan ini saya akhiri syarahan saya dengan ungkapan, Keluarga Muslim Asas
Pembinaan Ummah Gemilang.
Sekian.
Wassalam

PERJUANGAN SRIKANDI ISLAM TERAS PEMERKASAAN SAHSIAH

BI
L
1
2

PERKARA

HURAIAN

ISI
HURAIAN

NAS

Srikandi Islam pembina generasi unggul


Peranan wanita sebagai srikandi Islam sesuatu generasi mampu
membentuk sahsiah tidak dapat disangkal kerana pendidikan awal
anak-anak adalah bermula dengan didikan wanita sebagai ibu.
melentur buluh hendaklah dari rebungnya
Surah al-furqan ayat 74:

CONTOH
SAHABA
T
CONTOH
SEMASA

KESIMPU
LAN

Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugrahkanlah


kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orangorang yang bertakwa.
Contoh paling jelas dan nyata kita lihat pada kesungguhan bonda
Imam Syafie r.a yang sanggup mengharungi sejuta kepayahan
demi melahirkan seorang tokoh ilmuan yang terbilang
Sama juga seperti apa yang dilalui oleh seorang wanita yang
pernah dinobatkan sebagai IBU MITHALI Pulau Pinang tahun 2006
Pn Gayah binti Osman yang mampu mendidik 10 orang anak
bersendirian hingga menjadi anak-anak yang berjaya dan
bersahsiah terpuji
Jelas disini, peranan srikandi Islam dalam membina sebuah
generasi yang unggul memang mampu dilaksanakan
4

Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup

Isi

1. Rezeki yang halal merupakan tuntutan agama.


-Mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama bagi
menyempurnakan keperluan hidup.
-Hadis riwayat daripada Ibnu Masud:
Bermaksud, mencari yang halal adalah wajib ke atas setiap Muslim- riwayat
Muslim.
-Para nabi dan rasul telah mempraktikkan dalam kehidupan mereka dengan
melaksanakan kerja yang halal untuk mencari rezeki seperti berniaga dan
menternak binatang.
- Kerajaan telah melaksanakan logo halal bagi memastikan premis-premis
perusahaan makanan halal dan bersih.
- Jelaslah kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan satu
tuntutan agama.
2. Mencari rezeki yang halal adalah satu ibadah.
- Mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah sekiranya pencarian
tersebut bertepatan dengan kehendak syarak.
- Firman Allah dalam surah al-mukminun :51 bermaksud makanlah rezeki
yang halal dan lakukanlah amal soleh.
- Rasulullah saw sendiri bekerja sebagai peniaga yang berjaya.
- Wujudnya pelbagai peluang kerjaya yang halal sekarang seperti dalam
bidang pertanian seperti ladang kelapa sawit.
-Ternyata mencari rezeki yang halal adalah suatu ibadah.

3. Mencari rezeki yang halal dapat mengeratkan silaturrahim.


- Hubungan silaturrahim sesama umat Islam di seluruh dunia dapat
dipereratkan melalui muamalah Islam.
- Firman Allah yang bermaksud,dan bertolong-tolonglah kamu di atas
perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara
dosa dan permusuhan.(surah___)

- Golongan Ansar member modal permulaan kepada golongan muhajirin


sebagaimana berlaku kepada Abd Rahman B Auf. Bahkan Rasulullah saw
sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada Yahudi.
- Sistem muamalah yang berlaku di Malaysia seperti system perbankan Islam
telah menjadi ikutan dan panduan dalam pelaksanaan sistem ekonomi
semasa. Contohnya sistem gadaian Islam.
-Jelas menunjukkan bahawa Sistem muamalah Islam dapat mengeratkan
perpaduan global.
4. Rezeki yang halal dapat menjana ekonomi umat Islam.
- Melalui aktiviti muamalah, sudah pasti akan menjana ekonomi umat Islam
yang berada di setiap pelosok dunia.
- Hadis nabi yang bermaksud:9/10 sumber rezeki ialah menerusi
perniagaan. (riwayat____)
-Malaysia yang terkenal dengan produk hub halal telah menjana ekonomi
umat Islam di Malaysia.
- Jelaslah bahawa ekonomi umat Islam akan lebih kukuh menerusi perniagaan
rezeki yang halal.
Kesimpulannya, pencarian rezeki yang halal akan menjamin keberkatan hidup
manusia dunia dan akhirat.

Tajuk : Generasi Berilmu Penggerak Transformasi Negara

Isi 1: Generasi Berilmu Teras Sahsiah Umat Penggerak Transformasi Negara

Maju mundur sesebuah Negara bergantung kepada cara hidup penduduknya. Kalau elok
sahsiahnya majulah Negara, tapi jika sebaliknya kita tahu natijahnya. Kewajipan
menunaikan solat dan menuntut ilmu telah merubah masyarakat yang jahil kepada masyarakat
berilmu yang pakar dalam pelbagai bidang sehingga mampu membina tamadun islam yang
gemilang.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 54 :

Maksudnya : wahai orang yang beriman, dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah kamu
daripada perbuatan keji dan mungkar.

Sejarah sudahpun membuktikan, keadaan masyarakat jahiliah sebelum kedatangan islam


adalah contoh terbaik untuk kita ambil pengajaran. Kehidupan yang penuh dengan
kesengsaraan dan kegelapan. Setelah datangnya nur islam yang menyeru manusia supaya
mentauhidkan Allah, menuntut ilmu dan melaksanakan ibadat membawa satu perubahan yang
besar.
Maka jelaslah generasi berilmu akan berakhlak mulia seterusnya menjadi penggerak dalam
transformasi Negara

Isi 2 : Generasi Berilmu penggerak ekonomi madani.

Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan
nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah
penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. ke arah melahirkan guna
tenaga terlatih dan berdaya saing.
Firman allah dalam surah al-araf ayat 96 :

Maksudnya : dan (tuhan berfirman lagi): kalau sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi

Mengambil contoh cara Rasulullah s.a.w menjalankan perniagaan dengan jujur dan amanah
sehingga mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Oleh itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah mengenal pasti
pembangunan modal insan sebagai salah satu teras utama dalam membawa transformasi
negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Jelaslah kepada kita bahawa generasi berilmu mampu menggerakkan ekonomi madani penjana
tranformasi Negara.

Isi 3 : Generasi Berilmu perpaduan terpatri, penggerak transformasi

Perpaduan penting dalam kestabilan dan keharmonian kehidupan di bumi amnya dan Negara
khususnya. Tanpa perpaduan dan persaudaraan akan hancurlah Negara.
Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 104 :

Maksudnya : dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan
( mengembangkan islam ), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada
segala perkara yang salah ( buruk dan keji ). Dan mereka ( yang bersifat demikian ), ialah orangorang yang berjaya.
Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara islam kerana perpaduan umat islam, persaudaraan muhajirin
dan ansar, disatukan dibawah bumbung masjid Quba.

Sambutan rumah terbuka aidilfitri yang dijalankan setiap tahun boleh mengukuhkan perpaduan.

Isi 4 : Generasi Berilmu Pemantapan keupayaan kepimpinan

Kepimpinan yang berkesan mampu mencetuskan inspirasi serta memenangi hati dan fikiran
sesebuah organisasi untuk membuat anjakan paradigma dan perubahan minda bagi melihat
keadaan semasa dengan perspektif dan inisiatif baru, meningkatkan kreativiti dan inovasi,
menyuburkan budaya ilmu serta menggalakkan warga organisasi mencabar status quo.
Firman Allah dalam Surah Syura ayat 38 :



Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhan mereka serta mendirikan solat dan urusan
mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.

Sejarah juga pernah menyaksikan ketangkasan Usamah bin Ziad yang ketika itu berusia 18
tahun memimpin satu bala tentera untuk menyerang kerajaan Rom. Begitu juga dengan
kehebatan Muhammad al-Fateh membuka Kota Istanbul (Konstantinopal) ketika usia beliau 21
tahun.

Mengambil kata-kata dua sarjana terkenal di Amerika Syarikat, Rick Smolan dan Jennifer Erwitt
dalam buku 24 hours in Cyberspace menganggap Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin politik
yang paling bijaksana secara teknikalnya di atas planet bumi ini.
Kita mahu melahirkan generasi baru berilmu yang sehebat Tun Dr Mahathir atau lebih daripada
itu untuk memimpin dan menggerak transformasi Negara.

Contohnya, kita toleh sejarah palestin, iraq dan Afghanistan. Kehancuran yang berlaku di
Negara ini disebabkan oleh hilangnya sifat persaudaraan dan rapuhnya perpaduan.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275 :

Sabda Rasulullah s.aw :

Contoh yang jelas ialah tegaknya Negara islam kerana perpaduan umat islam, persaudaraan muhajirin
dan ansar, disatukan dibawah bumbung masjid Quba. Saling bertukar idea dan nasihat menasihati
antara satu sama lain. Maksudnya disini solat itu bukanlah taklif yang

Generasi berilmu dan berkemahiran memberi sumber tenaga kerja berimpak besar dalam
kemajuan ekonomi. Mereka boleh berperanan menyumbang tenaga, kemahiran dan mampu
menjana kegemilangan ekonomi Negara. Membuka perniagaan halal yang berlandaskan prinsip
jujur dan amanah. Penghayatan ibadat tersebut dapat menghindarkan diri daripada sifat bakhil,
hasad dengki dan khianat serta tidak mengamalkan riba dan rasuah.

10

Anda mungkin juga menyukai