Anda di halaman 1dari 22

Top i k

Pendekatan
Bertema

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan tujuan pendekatan bertema;
2. Menerangkan kelebihan pendekatan bertema;
3. Menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema;
4. Menjelaskan hubung kait tema dengan mata pelajaran; dan
5. Membincangkan tiga jenis tema.

X PENGENALAN
Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan
efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman
dan kepakaran artistik. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai
tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi
pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan
kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi
makna dan tujuan untuk pembelajaran.

9.1

PENDEKATAN BERTEMA

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang


disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang
memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

W 171

akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian
yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar
menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga
bidang-bidang kurikulum.
Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema,
pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang
mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

9.1.1

Pemilihan dan Penentuan Tema

Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk


memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan
usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan
cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan
untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran pelajar:
(a)

Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan


pembelajaran adalah seperti berikut:
(i)

Berasaskan konsep;

(ii)

Berasaskan kemahiran;

dalam

pengajaran

dan

(iii) Berasaskan kandungan dan kemahiran;


(iv) Berfokus kepada isu;
(v)

Berfokus kepada projek; dan

(vi) Berorientasikan kajian kes.


(b)

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:


(i)

Boleh merentas semua matapelajaran


Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua
mata pelajaran. Contoh: tema pokok. Oleh yang demikian, semua
mata pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran
matematik misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira
beberapa batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata
pelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan
membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan
sebagainya.

172 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

(ii)

Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan


pelajar
Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman
kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat
interaksi dan aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa


Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi,
masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak
langsung ianya dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan
antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema,
terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh
bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan
contoh-contoh yang sebenar dan hands on. Tidak wajar sekiranya
guru cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada
pelajar.
(v)

Guru berminat terhadap tema yang dipilih


Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan
dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar
terhadap aktiviti yang dijalankan.

(vi) Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih


mencabar
Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran
daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.

9.1.2

Kelebihan, Kekuatan dan Isu / Cabaran

Tahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakan


Pendekatan Bertema?
(a)

Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah seperti berikut;


(i)

Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif


dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

(ii)

W 173

Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan;

(iii) Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti


berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu;
(iv) Dapat menghadapi cabaran;
(v)

Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan;

(vi) Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal;


(vii) Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang
pelbagai budaya; dan
(viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait
pengetahuan dengan kemahiran.
(b)

Kekuatan
(i)

Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan


pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk
pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang
diberi;

(ii)

Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti


dan kreativiti yang tinggi;

(iii) Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan;


(iv) Berpeluang untuk
imaginasi baru;
(v)

menyemai

dan

mengaitkan

idea-idea

dan

Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang


dijalankan; dan

(vi) Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.


(c)

Isu/Cabaran
(i)

Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran;

(ii)

Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan;

(iii) Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang


berbeza-beza;
(iv) Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas; dan
(v)

Kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.

174 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

AKTIVITI 9.1
Senaraikan lima cara memulakan pelajaran menggunakan
pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada pelajar.

9.2

PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN


MATA PELAJARAN

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui


satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan
latar belakang pelajar.
Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran
seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir dan
emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar
meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

9.2.1
(a)

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran

Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses


pengajaran dan pembelajaran
Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam
perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk
improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan
seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan
cuba terokainya.
Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih
tema:

Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?

Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?

Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?

Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?.

Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara


disiplin-disiplin yang lain?

Adakah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

(b)

W 175

Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?

Cara menjalankan Pendekatan Bertema


Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini:
(i)

(ii)

Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru
untuk memperkenalkan pendekatan bertema.

K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?

W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?

L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu


tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi
dan lain-lain seperti sains, agama, moral dan kemahiran hidup.

(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan
membacakan sebuah cerita kepada kelas,
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan
sesuatu unit jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj
tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan buletin bagi
menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin.
(v)

Mainkan sebuah rakaman atau kaset.

(vi)

Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.

(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian, contohnya sains dan


matematik.
(viii) Bawa bahan bantu mengajar, contohnya batu karang.
Tema daripada mata pelajaran sains, matematik, kajian tempatan dan
bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan
pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran
menjadi satu proses yang bermakna.

9.2.2

Tema dengan Kemahiran

Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan


kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara
yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi
intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial.

176 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

9.2.3

Penggabungjalinan Aktiviti dengan


Menggunakan Pendekatan Bertema

Rajah 9.1 berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan


menggunakan pendekatanan bertema.

Rajah 9.1: Penggabungjalinan pendekatan bertema

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

9.3

W 177

JENIS TEMA

Rajah 9.2 menunjukkan jenis-jenis tema.

Rajah 9.2: Jenis-jenis tema

9.3.1

Tema Persekitaran

Organisma hidup dengan persekitaran yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa
berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal
dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan
cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak
bermain. Persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa,
interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen-elemen fizikal dan sosial
ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu,
masa dan ruang perlindungan.
Dalam kajian permainan merentas budaya mendapati permainan olok-olok akan
menjadi lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan
alatan permainan yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap
budaya dan berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak.
Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah
alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi
alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan harmoni. Perubahan akibat
aktiviti manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan seperti dalam
Rajah 9.3, tapak pembinaan perumahan dan lain-lain akan mengakibatkan kesan
positif dan negatif terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa
perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia
tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam seni,
teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik,
cendekiawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat

178 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri


dalam bidang kesenian.

Rajah 9.3: Kesan penerokaan hutan

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh


digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan
murid. Tajuk persekitaran boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti
muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Pada masa yang sama, tema
berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata
pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata
pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani.
Berikut adalah satu contoh pelajaran sains yang mengintegrasikan aktivitiaktiviti muzik, seni visual dan pendidikan jasmani:
Tajuk
: Bahagian-bahagian pokok.
Tema persekitaran : Hutan
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui
gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan
dengan pelbagai alat perkusi.
Pergerakan

(a)

Cara dahan-dahan
bertiup,

bergerak

semasa

angin

(b)

Memungut daun-daun yang gugur pada aras


yang berbeza: tinggi, rendah, berterbangan.

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Muzik

Seni Visual

W 179

(a)

Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b)

Bunyi yang lembut --- daun gugur, angin bertiup

(a)

Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti


gembira atau marah dengan menggunakan
sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam


kumpulan, sumbang saran tentang aktiviti yang telah dibuat.

Rajah 9.4 : Menunjukkan alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi yang memberi
kesan kepada persekitaran

(a)

Persekitaran Alam Semula Jadi


Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan murid-murid
akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman
tentang persekitaran alam semula jadi. Alam ini meliputi segala aspek yang
berada di persekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan dan
berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.
Pelajaran tentang alam juga, mendidik masyarakat agar lebih peka dan
bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar dan memupuk
rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta akan dapat membantu
mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Pernahkan anda bersiar-siar di hutan? Bayangkan anda berada di situ
sekarang. Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenangan
persekitaran? Perhatikan flora dan fauna yang berlainan di kawasan
tersebut. Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya di atas sehelai kertas.
Bincangkan dalam kelas semasa sesi tutorial.
Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat
membantu,
(i)

Untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)

(ii)

Mengeluarkan satu urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran


(Muzik)

180 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

(iii) Menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang


berbeza-beza (Seni Visual)
(iv) Melakukan pergerakan lokomotor (Pendidikan Jasmani)
(b)

Persekitaran Alam Buatan manusia


Di samping alam semula jadi, persekitaran buatan manusia juga
memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Persekitaran buatan
manusia ini termasuklah rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan,
perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenal pasti
(i)

Kesan bahan kitar semula (Sains)

(ii)

Menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (Muzik)

(iii) Mendemonstrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan


di tapak pembinaan (Seni Visual)
(iv) Mendemonstrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahanbahan kitar semula (Pendidkan Jasmani)
(c)

Persekitaran Teknologi
Tema yang terkandung dalam persekitaran teknologi adalah bercorak
globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui Internet, pelbagai
jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam
mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sains,
kajian tempatan dan lain-lain lagi.

AKTIVITI 9.2
Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi
moden. Cuba bayangkan dan hasilkan bunyi-bunyi kenderaan dengan
menggunakan pelbagai alat perkusi iringan dengan pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor.
Buat satu model kenderaan dalam bentuk tiga dimensi dengan
menggunakan kotak, botol dengan saiz dan warna yang berbeza. Cuba
kaitkan model ini dengan ukuran seperti besar, kecil, lambat, berat dan
ringan.

Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami


konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen
yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan
muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

W 181

persekitaran contoh tajuk pokok dalam mata pelajaran sains, dan dalam mata
pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran contoh tema hutan
dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juga dapat membantu anda untuk
meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta membantu murid untuk
meluahkan perasaan mereka secara bebas.

9.3.2

Tema Masyarakat

Masyarakat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu;


(a)

Masyarakat zaman purba;

(b)

Zaman batu; dan

(c)

Masa kini.

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar
adalah makhluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita
perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi
pengiktirafan. Dalam masyarakat manusia, aspek-aspek sosial dan budaya tidak
dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat.
Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti
untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun
dan menjadi sebati dalam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam
masyarakat.
Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian
berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan
yang lebih besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini, kita perlu fleksibel
dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan
memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik
mungkin di semua peringkat perkembangannya.
Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia,
sosial dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka
perlu bergantung kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan
sebagai contoh, pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak
mempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka
lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka.
Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak.
Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan
masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah,
tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan di

182 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

kantin, pemandu bas membawa kanak-kanak ke sekolah. Selain interaksi sosial


dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam
pergaulan kanak-kanak.
Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan
mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan
menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur,
jantina, kebolehan, bangsa, status sosial, agama, saiz dan perwatakan.
Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokkan dan mengecewakan
dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu
memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagai boleh diperolehi untuk
permainan kanak-kanak.

SEMAK KENDIRI 9.1


Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam
pendekatan bertema?
(a)

Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat?

Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan


memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif,
efektif dan psikomotor

Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih


dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.

Murid mengaplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan


idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan
pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya
kreatif.

Murid memahami bahawa penghasilan dan tindak balas membuat


karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin di antara persepsi
analisis dan kritikan.

Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara


mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni
dan pergerakan dalam kejayaan insan.

Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai


murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat
menghubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai,
kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

(b)

W 183

Mereka akhirnya dapat memahami bahawa kesenian setiap budaya


adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi
dan lain-lain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui


pendekatan bertema masyarakat dengan pengetahuan budaya dan
sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri
secara berkesan.

Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain


Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan
masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain.

tema

Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai


tujuan utama.

Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu supaya pelajar dapat


menguasai pelbagai konsep dan kemahiran.

Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran


merentasi disiplin dan tindak balas pengalaman melalui Seni dalam
Pendidikan.

Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam


bidang kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak.

Contoh aktiviti: Pohon Keluarga


Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema
masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan
dalam pengajaran konsep keluarga dalam mata pelajaran lain.
Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu
projek dapat membantu pelajar memahami proses sains seperti memerhati,
membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon
keluarga dipamerkan sebagai gambar rajah membentuk suatu
persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar
dengan memberi pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam
bentuk yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.
Contoh: Kekeluargaan

Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza

Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri

Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk


berkomunikasi

184 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Keluarga mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu

Keluarga saling bantu-membantu.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya.


Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan
untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman
di samping menghargai pelbagai budaya yang wujud di dalam masyarakat
kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema
Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

AKTIVITI 9.3
1.

Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat?

2.

Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas, bincang dengan rakan


pemerhatian anda terhadap pernyataan yang terdapat dalam
tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum.

3.

Apakah cara menggabungkan tema masyarakat dengan mata


pelajaran lain?

9.3.3

Tema Komunikasi
Agaknya, dia
mengata akulah tu

Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai
kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi
berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi
iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

W 185

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata di mana komunikasi berlaku


seperti di dalam bilik atau ruang legar atau di taman. Konteks budaya pula
merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang
dipindah dari satu generasi ke satu generasi yang seterusnya. Konteks sosiopsikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status di kalangan
peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu
masyarakat di mana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal
ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.
Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan
menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria.
Walau pun anda biasanya menganggap mesej sebagai verbal, anda juga boleh
berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara
anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk
dan senyum. Kesemuanya mengenai anda adalah satu bentuk komunikasi.
Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa
orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh
mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa,
membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual
atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap,
kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda
mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau
mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini
merupakan kesan-kesan psikomotor.
Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan
orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal. Bahagian
verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan.
Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
(a)

Komunikasi Verbal
Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang
dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

(b)

Komunikasi Bukan Verbal


Bentuk bukan verbal mengandungi pelbagai elemen: hubungan ruang,
orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan
variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

186 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Strategi Pengajaran-pembelajaran
Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara
satu sama lain ketika memerhati haiwan.
(i)

(ii)

Seni visual

Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang


dilihat semasa mengembara di hutan.

Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus


pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.

Pergerakan
Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa
dalam hutan. Gunakan stail Ikut Macam Saya agar pelajar menerima
pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.

(iii) Sains dan pergerakan


Dengan menggunakan badan tunjukkan pergerakan berlainan yang
dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak,
menyusur, berjalan perlahan dan melompat.
(iv) Muzik dan matematik
Di atas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang
berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi,
pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:

(v)

Segi tiga sama;

Segi empat sama;

Segi empat tepat;

Pentagon;

Heksagon;

Oktagon; dan

Bulatan.

Matematik dan sains


Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk
menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

W 187

(vi) Matematik dan seni visual


Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza
berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk
mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dalam membina
piktograf.

AKTIVITI 9.4
1.

Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej


komunikasi.

2.

Apakah yang anda faham dengan istilah Komunikasi verbal?


Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah menunjukkan
komunikasi verbal dengan betul?

Bil

Pernyataan

1.

Memberi kuliah

Membalas surat rakan

Bercakap melalui telefon

Melukis gambar

Memberi khidmat kaunseling

Bermain bola keranjang

Bermain alat muzik

Mempersembahkan drama

Mengenyit mata

10

Berbisik

Ya

Tidak

188 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Rajah 9.5 menunjukkan Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam


Pendidikan.
Tajuk Aktiviti: Teselasi
Objektif Pembelajaran:
Pelajar akan diajar untuk;
1.

Memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan


bentuk-bentuk dua matra (2-M) dan

2.

Menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasa

Hasil Pembelajaran:
Pelajar akan dapat:
1.

Menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M

2.

Menyusun bentuk 2-M dan

3.

Mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-M

Penilaian:
Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-M
(seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang)
Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan bentuk 2M (seperti seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang)
Pergerakan : Menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk-bentuk
2-M seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang.
Muzik

: Menyanyi lagu berjudul shapes, sama ada secara individu atau berkumpulan.

ICT

: Mengguna perisian komputer (MS Paint) untuk melukis dan membuat reka
bentuk 2-M/teselasi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Permulaan/Warm up
1.

Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain
tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk
dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus.
Matematik dan pergerakan

2.

Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan bentuk
formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segi empat sama,
segi tiga, bulatan, segi empat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu shape
(Rajah 9.6).
Matematik, muzik dan pergerakan
Rajah 9.5: Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Nota Sambungan dengan seni kata berikut.

I like to draw a square like this


Its a two-D shape like this
Lets move our bodies just like this
Now we are a square in shape
Chorus:
O cute square, O cute square
I have four sides to my shape
Rajah 9.6 : Skor lagu Shapes

W 189

190 X TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Rajah 9.7 adalah satu contoh pembelajaran menggunakan isyarat dan pergerakan
badan.

Perkembangan Pelajaran
1.

Di atas sehelai kertas , minta murid melukis:


(v)

Pelbagai bentuk 2-M yang mereka pernah lihat dalam kehidupan


seharian mereka (papan tanda, jam, carta dinding, jendela, dsb.)

(vi)

Reka bentuk mudah atau corak yang mengandungi bentuk-bentuk 2-M


seperti yang terdapat pada kain langsir, kertas pembalut.

2.

Matematik dan seni visual

Dengan bantuan perisian komputer yang sesuai (seperti MS Paint), reka cipta
teselasi yang mengadungi bentuk 2-M dan cetakkannya.

ICT, matematik dan seni visual

Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentuk

Rajah 9.8 menunjukkan contoh teselasi yang boleh dihasilkan di akhir pelajaran.

Rajah 9.8: Contoh teselasi

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

W 191

Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan tema persekitaran, masyarakat dan
komunikasi.

Topik ini meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran pelajar-pelajar


untuk lebih mendalami tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan
dan seni visual.

Gamitan

Teselasi

Dauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary


school children. New York: Macmillan Publishing Company.
Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and
children. New Jersey: Prentice Hall.
Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A
lesson based approach. New York: Delma Publishers.
Goldberg, M. R. (1992). Expressing and assessing understanding through the arts
in phi delta kappa. April, pp. 619-623.
Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar.
Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo
Enterprise Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai