Anda di halaman 1dari 64

KONSEP 5 P

DALAM KURIKULUM
BAHASA MELAYU

1. Penggabungjalinan
- proses menggabungkan
beberapa kemahiran
dalam satu pengajaran dan
pembelajaran.

Tujuan Strategi Penggabungjalinan

Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak


Menjadikan bentuk pengajaran lebih menarik
dan bermakna
Membolehkan suasana pembelajaran lebih
berkesan
Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti dan
melibatkan lebih ramai murid

Bentuk penggabungjalinan
1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu
mata pelajaran ( bahasa ).Sekurang-kurangnya
2 kemahiran.
2. Penggabungjalinan kemahiran daripada
beberapa mata pelajaran.

Penggabungjalinan dalam Satu


Mata Pelajaran ( bahasa )
1.
Kemahiran mendengar
2.
Kemahiran bertutur
3.
Kemahiran membaca
4.
Kemahiran menulis
Contoh:
membaca

lisan
menulis
tatabahasa
* Melibatkan sekurang-kurangnya 2 kemahiran

Contoh pengabungjalinan aspek


kemahiran bahasa dalam P&P
Bacaan
Lisan

:
:

Bertulis

membaca senyap
latihan kefahaman
- soal jawab
- latihan tatabahasa ( dilakukan
secara tidak langsung)
- memberi pendapat
- latihan kefahaman

2. Penyerapan
Konsep:
-Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran
bernilai tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.

Bentuk Penyerapan
1. Penyerapan isi mata pelajaran
lain dalam mata pelajaran bahasa.
2. Penyerapan nilai

Penyerapan isi mata pelajaran lain


- satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan
daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata
pelajaran lain.
Contoh:
Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata
pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring
dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

Penyerapan Nilai:
Nilai murni dan semangat kewarganegaraan
masyarakat Malaysia yang berlandaskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan
secara sedar dan terancang, namun murid
menyerap ilmu dan nilai tersebut secara
natural.

Ada 17 nilai yang perlu diserapkan dalam P&P:


1. Baik hati
2. Berdikari
- belas kasihan
- bertanggungjawab
- bertimbang rasa
- bertindak sendiri
- murah hati
- jaya diri
- saling memahami
- yakin kepada diri sendiri
- sedia memaafkan

3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
- kesopanan
- hormat kpd ibu bapa
- mengaku kesalahan - hormat kpd orang yang
sendiri
lebih tua
- ramah mesra
- taat kpd raja & negara
- hormat kpd hak asasi
- hormat kepada undangundang
- menghargai masuah diri
- dan lain-lain

5. Kasih sayang
- sayang kpd nyawa
- sayang kpd alam
sekeliling
- cinta kpd negara
- cinta kpd keamanan
dan keharmonian

6. Keadilan
- adil
- saksama

7. Kebebasan
- kebebasan di sisi
undang-undang
- kebebasan dalam
sistem demokrasi

8. Keberanian
- berani dengan tidak
membuta tuli
- berani kerana benar
- berani mempertahankan kebenaran
- berani bertanggungjawab

9. Kebersihan fizikal
10. Kejujuran
dan mental
- amanah
- kebersihan diri
- bercakap benar
- kebersihan persekiran
- ikhlas
- pertuturan dan kelakuan yang sopan

11. Kerajinan
- cekal
- daya usaha
- dedikasi
- gigih
- tekun

12. Kerjasama
- persaudaraan
- t/jawab bersama
- gotong-royong
- toleransi
- kebaikan bersama
- perpaduan

13. Keserdahanaan
14. Kesyukuran
- sederhana dlm mening
- berterima kasih
katkan kepentingan
- mengenang budi
diri dan orang lain
- penghargaan
- Tidak keterlaluan
dalam pertuturan
dan tingkah laku

15. Rasional
16. Semangat bermasya
- boleh membuat
rakat
pertimbangan
- bermuafakat
- boleh membuat pena- - kejiranan
akulan
- peka kpd isu-isu
- berfikiran logik dan
sosial dan masyarakat
terbuka

17. Semangat kewarganegaraan


- berbangga menjadi rakyat malaysia
- bersemangat patriotik
- berusaha dan produktif

3. Pemulihan
Koh Boh Boon (1982): Pendidikan pemulihan adalah
lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia
bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia
melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu
mereka yang lembab mencapai pembelajaran
berbanding dengan kanak-kanak yang lain.
Pencapaian pembelajaran murid-murid ini
biasanya di bawah tahap pencapaian yang
sepatutnya.

Rasional Pendidikan Pemulihan


i. Murid berbeza dari segi pengalaman, minat
dan kebolehan. Sebab itu murid yang
lemah/menghadapi masalah tertentu perlu
diberi perhatian.
ii. Laporan J/K Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran antaranya menetapkan:
a. Kenaikan darjah secara automatik tetapi murid
yang lemah dalam bidang kemahiran
tertentuhendaklah diberi pendidikan
pemulihan secara teratur.

b. Kurikulum perlu diubah suai bukan sahaja


untuk membolehkan murid-murid yang lemah
mencapai kemahiran-kemahiran asas, bahkan
untuk membolehkan murid-murid cerdas terus
maju.

Objektif Pendidikan Pemulihan


1. Untuk membolehkan murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu dengan
mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang
sesuai dengan mereka.
2. Untuk membolehkan murid-murid mendapat
layanan dan kemudahan belajar yang sesuai
dengan kemampuan dan perkembangan mental
mereka.

3. Untuk membolehkan murid-murid


mengurangkan masalah yang dihadapi melalui
bantuan guru dan pihak-pihak lain.
4. Untuk membolehkan murid-murid cuba
mengembangkan potensi mereka dalam
pelajaran dan minat mereka ke tahap yang
lebih maju.
5. Untuk membolehkan murid-murid mendapat
peluang yang sama dengan melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah.

6. Untuk membolehkan murid-murid membina,


memperoleh dan mengembangkan sikap
percayakan diri sendiri dan berdikari apabila
berada di dalam sesuatu kumpulan atau
masyarakat.
7. Untuk membolehkan murid-murid
meneruskan pelajaran mereka dalam sistem
persekolahan biasa atau sekolah khas yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Prinsip P&P Pemulihan


1. Membangkitkan semangat yakin diri sendiri
Jalin hubungan mesra g-m dan m-m
Beri perhatian secara individu, berpasangan
atau kumpulan yang sama taraf pencapaian
Libatkan mereka dalam aktiviti kelas dengan
bantuan / panduan guru
Beri penghargaan jika berjaya dalam proses
pemulihan
Wujudkan situasi untuk membolehkan mereka
memahami pelajarannya.

2. Melibatkan deria rasa, penglihatan dan


pandangan dalam aktiviti-aktiviti pemulihan
Dengar, sebut dan latih tubi sebutan
Meneliti dan mengaggarkan panjang pendek
sesuatu perkataan
Melarikan jari di bawah sesuatu huruf /
perkataan yang menjadi masalah sambil
menyebutnya.
Membentuk sesuatu huruf /perkataan dengan
bahan-bahan maujud supaya dapat
menajamkan pengecamannya.

Menekap dan menyurih sesuatu huruf atau


perkataan sambil menyebutnya.
Menulis sesuatu huruf / perkataan mengikut
urutan atau rentetan tatatingkat gerak kerja
menulis, seperti:
Menyambung titik-titik atau garis putus-putus
Menyurih bentuk-bentuk huruf atau perkataan
dengan kertas surih
Menyalin bentuk-bentuk huruf /perkataan dari
contoh yang diberi.
Menulis huruf atau perkataan tanpa panduan.

Peringkat-peringkat Pengajaran
Pembelajaran Pemulihan
1. Mengenal pasti murid dan masalah
pembelajaran
-

Mengenal pasti murid : pemerhatian, rekod


prestasi dan profil, ujian, latihan harian, soal
jawab, temu bual dengan guru darjah, ibu bapa dll.
Penentuan masalah: lisan, bacaan, tulisan, tatabahasa
Senaraikan masalah-masalah tersebut.

Cara mengenal pasti masalah pembelajaran:


Memerhati cara murid menjalankan aktivitiaktiviti pembelajaran.
Pernyataan masalah oleh murid sendiri
( melalui perbualan).
Membuat tafsiran terhadap kesilapan yang
kerap dilakukan ( sebutan, bacaan dan tulisan).
Ujian diagnostik untuk menentukan masalah
pembelajaran tertentu seseorang murid. Boleh
dijalankan secara lisan atau tulisan.

Ciri-ciri murid yang menghadapi masalah


pembelajaran:
1.Lemah dalam membaca, menulis dan mengira
serta kelemahan dalam daya pemikiran yang
abstrak.
2.Lemah dalam koordinasi pancaindera dengan
pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran
dan pertuturan.
3.Lemah di dalam penerimaan konsep-konsep
baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak
mempunyai akan yang cerdas dan kurang
pengalaman tentang alam sekeliling.

4.Kurang keyakinan diri kerana dikuasai


perasaan rendah diri.
5.Kurang perbendaharaan kata /kosa kata
menyebabkan sukar untuk membeza yang
penting dengan yang tidak penting.
6.Mudah tertarik dengan gangguan luar (tiada
dorongan diri sendiri).
7.Tidak boleh mengikuti pelajaran dalam jangka
waktu yang panjang.
8.Lemah dalam daya penyebutan seperti gagap,
pelat dan sengau.

9.Sering terjadi gangguan kesihatan


menyebabkan emosi tidak stabil.
10.Kurang zat makanan dan mengalamai
kecacatan fizikal.
11.Kurang tekun ketika membuat sesuatu kerja.
12.Mempunyai pencapaian yang rendah sejak
peringkat awal lagi.
13.Tidak mampu membuat gambaran secara
jelas.
14.Gembira ketika diberi peluang belajar dengan
menggunkan benda-benda maujud.

2. Penentuan Punca Masalah


-Faktor-faktor yang menjadi punca:
i. pembelajaran
- kaedah pengajaran
- bahan p&p tidak sesuai
- ponteng sekolah
- cuai dalam menjalankan aktiviti, dll
ii. peribadi
- kesihatan
- kurang perhatian keluarga
- masalah sosial, dll

iii. kecerdasan
-lambat berfikir/bertindak
-lekas lupa
-sukar memahami sesuatu
-lemah pengamatan,dll
iv. psikologi
-takut
-benci
-rendah diri
-pendiam
-pemalu, dll

v. Kecacatan fizikal
- pekak
- bisu
- gagap
- sengau
- telor
- kurang pendengaran
- kurang penglihatan, dsb

vi. Kecacatan mental dan terencat akal


- disebabkan keadaan semula jadi, penyakit
atau kemalangan.
vii. Persekitan sekolah
- bising
- bilik sesak, dll

3. Pilih ganti Tindakan


-Ketika membuat perancangan prinsip-prinsip
berikut perlu dipatuhi:
a. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang
dengan kebolehan murid.
b. Tumpuan perlu kepada kelemahan-kelemahan
pembelajaran yang telah dikenal pasti.
c. Aktiviti perlu selari dengan kesediaan belajar
murid.

d. Aktiviti pembelajaran tidak boleh banyak.


e. Murid memperoleh maklum balas segera
daripada aktiviti yang dijalankannya.
f. Aktiviti mengikut langkah-langkah kecil
supaya murid boleh menguasai sesuatu
kemahiran
g. Perlu melibatkan pelbagai deria agar
meningkatkan kefahaman serta ingatan murid.
h. Bahan-bahan pemulihan hendaklah sesuai dari
segi saiz dan rupa yang menarik

i. Urutan pengajaran bermula dari yang senang


kepada yang susah.
j. Latihan perlu diberi dihujung pengajaran
untuk memastikan pencapaian objektifnya.
k. Strategi pengajaran hendaklah melibatkan
murid-murid secara aktif.

Strategi Pengajaran Pemulihan

Pengajaran Individu- membimbingan individu


bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan
alat bantu yang sesuai.
Pengajaran Kumpulan Kecil membimbing
murid-murid yang mempunyai masalah yang
sama tetapi perhatian secara individu. Ahli
mungkin bertukar-tukar dan guru
menggunakan beraneka jenis bahan yang
menarik.

Pengajaran Kumpulan Besar


Pengajaran Bimbingan Rakan Sebaya
Pengajaran Kolaboratif

4. Penilaian
-dijalankan bagi memastikan sama ada objektif
pengajaran pemulihan telah tercapai / tidak
- Cara penilaian:
- pemerhatian
- soal jawab / kuiz
- latihan, dll
- Tindakan susulan: murid yang sudah menguasai
kemahairan, kembali kepada kumpulan yang
sejajar.
- Penyimpanan rekod

Perkara-perkara yang harus diambil kira ketika


menjalankan langkah-langkah pemulihan:
i. Rancang dan pilih teknik pengajaran yang
sesuai.
ii. Tentukan masalah yang sama tidak berulang
iii. Ikuti kemajuan murid-murid tersebut dengan
menggunakan senarai semak.
iv. Tentukan aktiviti-aktiviti pengukuhan yang
sesuai dan secocok bagi menyelesaikan
masalah.

4. Pengayaan
- ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada
aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang
dijalankan di dalam atau di luar darjah.
-diberi kepada kumpulan murid yang telah
mencapai taraf yang memuaskan/telah
menguasai kemahiran asas.
-dilakukan semasa murid-murid lain masih
berada dalam proses pembelajaran ke taraf
yang diperlukan/menguasai kemahiran asas.

Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan


pengetahuan dan pengalaman serta
mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari.
Memberi peluang kepada murid
mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat
ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan
serta melibatkan diri dalam membuat
keputusan untuk diri, kumpulan dan
masyarakat.

Objektif Aktiviti Pengayaan


1. Membolehkan murid menjalani aktivitiaktiviti yang lebih mencabar kebolehan
mereka.
2. Menambahkan minat dan pengalaman yang
boleh membantu ke arah perkembangan diri
dan bakat mereka.
3. Menggunakan masa lapang yang berfaedah
mengikut keperluan, minat dan bakat mereka.

4. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan


membuat rujukan pelbagai bahan / sumber.
5. Berminat untuk belajar sendiri dan
mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan
mereka meneruskan pembelajaran seumur
hidup.
6. Melahirkan daya kreativiti menerusi
pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri.
7. Mempunyai asas kepimpinan untuk
diperkembangkan ke peringkat yang lebih
tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

Prinsip-prinsip Penting Untuk


Menyediakan Aktiviti Pengayaan
1. Bercorak belajar sendiri, mengandungi arahan
yang jelas supaya murid boleh melakukannya
sendiri. Boleh dijalankan secara individu atau
kumpulan.
2. Menarik, mencabar dan sesuai dengan
kebolehan, minat dan bakat murid yang
berbeza-beza.
3. Boleh berbentuk program harian atau projek.

4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah


digunakan oleh murid-murid.
5. Mengandungi bahan-bahan yang
dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau
diperoleh dari pasaran. Seelok-eloknya bahanbahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan
dengan kemahiran yang telah dipelajari sama
ada secara langsung atau tidak langsung.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan


1. Pilihan Murid
- murid-murid jalankan sendiri aktiviti yang
telah disediakan.
- lebih berbentuk belajar sendiri.
- bahan-bahan yang dihasilkan dipamerkan
2. Pilihan Guru
- ditentukan oleh guru selepas murid menguasai
kemahiran asas. Tujuan untuk memperkukuhkan
kemahiran yang sedang dipelajari.

Masa Melaksanakan Pengayaan


1. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari
- waktu Bahasa Melayu/Matematik
2. Selepas menguasai sesuatu /sekumpulan
kemahiran
3. Selepas menguasai semua kemahiran dalam
sesuatu unit pembelajaran.

Aktiviti Pengayaan
Ada 3 bahagian:
1. Bacaan tambahan/latihan tambahan
2. Kerja projek
3. Permainan dan rekreasi.

5. Penilaian
Penilaian merupakan satu proses atau
aktiviti yang bersistematik bagi
memperoleh maklumat yang berguna
dalam menentukan sesuatu prestasi.

Jenis Penilaian

Penilaian Formatif
Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif

Dikenali juga sebagai ujian kemajuan


(progressive test)
Dijalankan:
> semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung
> setelah tamat satu bahagian
pembelajaran ( tetapi bukan untuk tujuan
pengredan)

Penilaian Formatif

Tujuan:
> Mengesan kemajuan pembelajaran yang
berlaku semasa pengajaran / melihat setakat
mana keberkesanan pengajaran guru
> Membantu perkembangan murid
> Guru dapat melihat kesilapan yang
dilakukan
> Menentukan sama ada murid sudah bersedia
untuk menerima pelajaran baru

Alat-alat untuk mengukur


Penilaian Formatif

Lisan ( menyoal )
Kerja bertulis
Kajian luar
Projek
Perbincangan
Pemerhatian
Temu bual
Soal selidik
dsb

Penilaian Sumatif

Dikenali juga dengan ujian pencapaian


Dijalankan:
> pada akhir sesuatu penggal/semester/kursus
Contoh: ujian pertengahan tahun
ujian akhir tahun
UPSR, PMR, SPM,
dsbnya.

Tujuan

Memberi gred
Pensijilan
Menentukan jurusan
Perbandingan pencapaian antara murid/
mengkelaskan murid.

Alat untuk mengukur

Melibatkan pelbagai alat bergantung


kepada objektif sesuatu kursus /
pembelajaran itu:
Ujian bertulis ( objektif/ esei )
Lisan

Klasifikasi ujian

Ujian Rujukan Norma


Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Norma


Bertujuan untuk:
- membandingkan pencapaian murid.
- membandingkan prestasi murid dalam kelas
yang sama atau dengan kelas yang lain.
- Memberi pangkat / gred
* Menggunakan alat pengukur yang sama

Ujian Rujukan Kriteria


Digunakan untuk mengetahui sejauh mana
seseorang murid itu menguasai sesuatu
kemahiran /topik.
Tujuan:
-menentukan prestasi murid berdasarkan
sesuatu kriteria.
-tidak membandingkan pencapaian individu
*sesuai untuk menguji kemahairan asas dan
disusuli dengan aktiviti pengayaan dan
pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai