Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK

PENDAHULUAN
Pertandingan memasak dianjurkan bagi mengisi program selepas UPSR yang
dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini merupakan pertandingan ke
dua selepas pertandingan Jahitan anjuran Panitia Kemahiran Hidup.
MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu
murid-murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi
diri serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

OBJEKTIF
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;
Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang
kurikulum dan ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri
Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana
pertandingan.
Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan
pelajar berkeperluan khas.
Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.
Membimbing sikap berdikari dalam diri murid
Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar
SASARAN
Pelajar-pelajar Tahun 6 sesi 2011

1. PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 Ahli Kumpulan
1.1.1 Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan
1.1.2 Boleh terdiri dari murid dari kelas berbeza
1.2 Yuran
1.2.1 Setiap kumpulan dikenakan yuran sebanyak RM4.00
1.3 Bahan / Alatan
1.3.1 Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan
sendiri oleh ahli kumpulan.
1.4 Menu
1.4.1 Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan
1.5 Pengadilan

1.5.1

Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk


tujuan pengadilan.
1.5.2 Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh
jawatankuasa pertandingan memasak.
1.5.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. BUTIRAN PERTANDINGAN
2.1
2.1.1
2.1.2
2.1.3

Butiran ;
Tarikh : 2 Nov 2011
Hari : Rabu
Jam : 7.45 pagi 11.00 pagi

2.2 Agihan Masa ;


2.2.1 Murid akan dipecahkan kepada 3 kumpulan besar yang mana setiap
kumpulan akan melakukan akiviti berbeza
2.2.2 Akitiviti tersebut adalah ;
2.2.2.1
Penyediaan Hidangan Pertama
2.2.2.2
Penyediaan Hidangan Kedua
2.2.2.3
Penyediaan Hidangan Ketiga
2.2.3 Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 30 minit

Anda mungkin juga menyukai