Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH AGAMA AL ISLAHIYAH (RENDAH)

BOHOR MALI, 02700 SIMPANG EMPAT, PERLIS.


KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK
ANJURAN JAWATANKUASA TAHUN 6
PENDAHULUAN
Pertandingan memasak dianjurkan bagi memahirkan murid dalam praktikal
kehidupan kendiri. Pertandingan ini dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit
Beruniform Puteri Islam.

MATLAMAT
Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu
murid-murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri
serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF
Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;
1.
Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang
kurikulum dan ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri
2.
Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana
pertandingan.
3.
Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan
pelajar berkeperluan khas.
4.

Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.

5.

Membimbing sikap berdikari dalam diri murid

6.

Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar

SASARAN
Semua ahli Persatuan Puteri Islam (42 orang)

1.

1.1

PERATURAN PERTANDINGAN

Ahli Kumpulan

1.1.1

Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan

1.1.2

Boleh terdiri dari ahli dari pelbagai tahun.

1.2

Bahan / Alatan

1.2.1
Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan
sendiri oleh ahli kumpulan.

1.3
1.3.1

1.4

Menu
Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan

Pengadilan

1.4.1
Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk
tujuan pengadilan.
1.4.2
Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh
jawatankuasa pertandingan memasak.
1.4.3

2.
2.1

Keputusan pengadil adalah muktamad.

BUTIRAN PERTANDINGAN
Butiran ;

2.1.1

Tarikh : 6 Nov 2012

2.1.2

Hari : Selasa

2.1.3

Jam : 2.00 petang 5.00 petang

2.2

Agihan Masa ;

2.2.1
Murid akan dipecahkan kepada 12 kumpulan besar yang mana setiap
kumpulan akan melakukan akiviti berbeza
2.2.3

Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 30 minit.

3. Bahan masakan yang disediakan


3.1 Beras, Ikan Bilis, telur, Sayur-sayuran, Minyak Masak, garam, gula, ajinomoto,
perasa minuman, buah-buahan, ais,

4. Anggaran perbelanjaan: RM300.00


5. Hadiah
Tempat pertama: Hamper bernilai RM 20.00
Tempat kedua: Hamper bernilai RM 15.00
Tempat Ketiga: Hamper bernilai RM10.00

Anda mungkin juga menyukai