Anda di halaman 1dari 6

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa
kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok
bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan
terpikat.
Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama
menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan
ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.
Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara
mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang
terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.
Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali.
Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan
sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada
keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan
yang mereka lalui setiap hari.
Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main,
mahu? Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik
menumbuk

padi.

Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya? balas Puteri Sejenjang.
Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita
petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.

Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di


taman

sana.

Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing


hingga selesai.
Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun
kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.
Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri
Sejenjang asyik

menumbuk

padi,

berbual-buallah mereka tentang

kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri


sendiri.
Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk
menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku
pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan
mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang? Tanya
Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. Bila aku
sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku,
sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan
berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka
temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan
cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya
sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang
paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri
Santubong.
Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi
begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher
juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.
Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini
serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah
nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar
aku dahulu, balas Puteri Sejenjang.
Mendengar

kata-kata

Puteri

Sejenjang,

Puteri

Santubong

enggan

mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu


dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri
Sejenjang semakin hangat.

Masing-masing tidak dapat mengawal

perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.


Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil
mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.
Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi
bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu,

kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,
kata Puteri Santubong dengan bangga.
Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri
Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di
tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu
terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain.
Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.
Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam
diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada
dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang
dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuatkuatnya

akibat

kesakitan

tikaman

tersebut.

Berakhirlah

sebuah

persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.
Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang
terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah
terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga
dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai
tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah
bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya
menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari
ini.
OhPuteri Santubong,

Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Pengajaran :
1. Iri hati membawa mati.
2. Jangan sombong.

Anda mungkin juga menyukai