Anda di halaman 1dari 22

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

1.0

ALATAN KEPERLUAN PERKHEMAHAN


Sebelum memulakan perkhemahan, semua peralatan asas yang penting perlu dibawa
dengan kuantiti yang mencukupi untuk memudahkan aktiviti perkhemahan dan untuk
keselesaan semasa menjalani aktiviti perkhemahan. Antara peralatan yang perlu dibawa
ialah :

Alatan Penjagaan Diri

Alatan Keselamatan / Ubatan

1. Ubat gigi

1. Panadol

2. Berus gigi

2. Plaster luka

3. Krim mandian / sabun

3. Minyak angin

4. Syampoo

4. Lampu suluh

Pakaian solat
- T-shirt / Baju Melayu
- Kain pelikat
- Telekung
Pakaian harian
- T-shirt
- T-shirt SBT oren
- Track bottom
- Selipar
- Kasut tracking
- Baju Uniform

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

1.1

ALATAN KEPERLUAN AKTIVITI KEMBARA

Kelengkapan dandanan diri

Tinggalkan peralatan tajam seperti gunting kecil, pemotong kuku dan sebagainya. Tukar
barangan dandanan atau kosmetik dari bentuk cecair kepada bentuk pejal. Anda boleh
membawa sabun, syampu atau deodoran yang dijual dalam bentuk pejal kerana lebih
ringan dan muat. Ikuti syarat dan peraturan membawa barangan cecair di mana anda tidak
dibenarkan membawa lebih dari 100ml setiap botol.

Ubat-ubatan
Minta pendapat doktor berkenaan jenis ubat-ubatan yang perlu dibawa.

Pakaian
Cukup sekadar membawa tiga helai pakaian untuk kegunaan anda. Pemilihan seluar yang
berwarna gelap adalah langkah selamat dan menjimatkan kerana anda boleh pakai
berulang kali selain sangat padan dengan semua warna pakaian.

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

2.0

KAYAK (KOLAM SERUMPUN)

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Bahagian Kayak

Berkayak adalah satu aktiviti yang memerlukan seseorng mengemudi kayak diatas air dengan
mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Aktiviti ini merupakan satu
aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar kemampuan dan ketahanan fizikal dan mental
seseorang.
Kayak terbahagi kepada tiga kategori iaitu K1, K2 dan K4. Kayak jenis K1 dikhususkan untuk
seorang pengendali sahaja, sementara K2 dan K4 masing-masing untuk dua dan empat
jurumudi.
Pemilihan jenis kayak bergantung kepada jenis aktiviti yang ingin dijalankan. Sebagai contoh,
kayak yang mempunyai kepanjangan yang sederhana antara 2 hingga 3 meter kebiasaanya
digunakan untuk melakukan aktiviti berkayak yang lasak seperti white water kayak. Bagi
melakukan aktiviti kayak yg lebih santai seperti berkayak di pantai, tasik atau kolam,
kepanjangan kayak kebiasaanya melebihi 4 - 5 meter.

2.1

PERALATAN

1.

Life Jacket

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

2.

Helmet

3.

Paddle

4.

Kayak

Life Jacket
Apabila melakukan aktiviti berkayak, risiko yang perlu dihadapi adalah lemas kerana berkayak
merupakan aktiviti air. Oleh itu, "Life Jacket" perlu dipakai oleh semua orang yang melakukan
aktiviti ini. Walaupun seseorang itu pandai berenang, namun life jacket perlu dipakai kerana ada
kemungkinan ketika jatuh ke dalam air, kaki peserta akan kejang sehingga tidak mampu untuk

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

berenang. Life jacket di perbuat daripada bahan yang kurang tumpat dari air dan ianya penting
bagi memastikan pemakainya terapung di dalam air.

Helmet

Walaupun helmet tidak diperlukan untuk aktiviti berkayak yang santai, namun helmat diperlukan
ketika melakukan white water kayak. Terdapat 2 jenis helmet iaitu "full cut kayak" and "half cut
kayak". Penggunaannya penting bagi melindungi kepala. Bagi jenis full cut, ia mempunyai
bahagian yang melindungi telinga dan pipi. Sementara jenis half cut tidak mempunyai bahagian
yang melindingi pipi dan telinga.

Paddle

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Paddle ini digunakan untuk menggerakkan kayak. Pengemudi perlu menghayunkan paddle ke
dalam air untuk menggerakkan kayak dan mengawalnya dengan stabil. Paddle juga mempunyai
2 bahagian iaitu pemegang(shaff) dan bilah (blade). Bentuk paddle tersebut adalah bagi
memudahkan pergerakan air dan kayak.

2.2

BAHAGIAN DALAM KAYAK

Bahagian - bahagian
Semua jenis

Kayak
kayak

mempunyai

nama

bahagian

yang

sama cuma bahagian bentuk, ukuran

dan bahan pembuatannya

sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi

semasa. Disini terdapat

sedikit penerang mengenai anatomi kayak.


Bucu hadapan & bucu belakang (bow & stern) :
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah
tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern pula ialah bahagian belakang kayak.
Kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

dengan aktiviti berkayak. Petua untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah
tempat duduk pendayung.
Gunwale line / painter line :
Merupakan bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung,
dimana perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut
dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

Hull :
Merupakan dinding, lantai dan geladak bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung
kepada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.
Deck (geladak) :
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan
teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula
dikenali sebagai "afterdeck".
Cockpit (ruang tempat duduk) :
Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza
mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.
Seat (tempat duduk) :
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu
standard ( bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana ( biasa untuk kayak rekreasi),
tempat duduk ketat (digunakan untuk arus deras) dan tempat duduk yang digunakan untuk
pertandingan.
Toggle :
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan
Belakang(Stern).

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Coaming :
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi sebagai penahan
air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.

Knee brace :
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan
ke kaki supaya pendayung lebih kuat terhadap perahu.

Towline / deckline :
Townline/deckline ialah tali diikatkan di hujung kayak ( bow) dan bahagian belakang (stern)
Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu ( tunda).
Keel :
Terletak dibawah geledak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
Buoyancy :
Bouyangcy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck dan bahagia depan (bow) dan
deck bahagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan
tidak mudah tenggelam.
Footrest :
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri
dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah
antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan
(bow).
Deck eye / eye cleat :
Deck eye / eye cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.
Eye pit :

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Eye pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayakkayak tertentu.
Hatch :
Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang
berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau
Sea Kayak.

Back strap :
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi
untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung
dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung. Proses untuk
mengemudi kayak dapat meningkatkan daya tahanan fizikal kita dan semangat kerjasama antara
pendayung hadapan dan belakang. Ciri-ciri keselamatan perlu dititikberatkan dalam aktivi
berkayak ini bagi tidak mengundang sebarang kemalangan berlaku seperti terjatuh dan lemas.
Sukan kayak ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri kita ketika berada di dalam kawasan
air.

10

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

3.0

AKTIVITI ORIENTEERING

3.1

PENGENALAN ORIENTEERING

Orienteering merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak dari satu tepat ke satu tempat
yang lain.

Orienteering bermaksud peta, hutan dan advanture meliputi pelbagai bidang latihan,
kaedah mainan dan pertandingan.

Dilakukan secara individu atau kumpulan berpandukan peta dan kompas.Memerlukan


perkiraan yang tepat bagi mengesan sesuatu kedudukan.

3.2

Merupakan sejenis sukan yang memerlukan peserta untuk berfikir dengan pantas.

Memerlukan koordinasi mental dan fizikal yang baik.

SEJERAH / LATAR BELAKANG ORIENTEERING

Mula diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918. Telah dipopularkan
oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan mengubahsuainya menjadi sukan yang
lebih kompetitif. Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering

11

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen. IOF disertai dengan keahlian sepuluh buah negaraBulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden dan Switzerland.
Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.

3.2.1

Sejarah orienteering Malaysia

Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering


Pulau Pinang pada tahun 1983

Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah


Persekutuan

Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada


tahun 1988.

Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992

Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994

MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah


Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996

3.2.2

MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

Sebab orienteering diperkenalkan di Malaysia.

Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular

Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan

Membina keyakinan diri dan sikap positif

Menguji ketahanan mental dan fizikal

Boleh digunakan dalam operasi menyelamat.

12

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

3.3

PERALATAN ORIENTEERING

3.3.1

Peta Utama

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara.

Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan
memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.

3.3.2

Kandungan peta orienteering

Tajuk peta

Arah Utara

Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000

Petunjuk peta

Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja

13

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Peta orienteeri

3.3.3

Warna simbol-simbol dalam peta

Hitam - Ciri-Ciri buatan manusia


Biru

- Ciri-ciri air

Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya


Putih

- Keadaan tumbuhan; hutan berlari

Hijau

- Keadaan tumbuhan ; hutan berjalan/redah

Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka

ng

14

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Kompas
Kompas ialah alat pengemudi arah yang mempunyai jarum magnetic yang berwarna hitam dan
merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau darjah. Kompas berfungsi kerana adanya
medan mangnetic.
kegunaan kopas :

Menentukan arah perjalanan

Menyelaraskan peta

Mengira jarak jauh

Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)

Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).

Penanda kawalan

Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.

Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna oren muda dan putih sebagai tanda
yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).

15

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik digunakan
untuk menebuk kad kawalan setiap peserta.

Setiap kod untuk penanda kawalan adalah unik iaitu tidak ada penanda kawalan yang
mempunyai kod yang sama. Kod ini bertujuan untuk memastikan peserta tiba di titik
kawalan yang betul.

Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

Kad kawalan

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan sehingga tamat pertandingan.

Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia
petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.

Peserta perlu menebuk kad kawalan ini di ruangan khas dengan menggunakan penebuk
yang tersedia bersama penanda kawalan.

Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa
penamat.

3.4

PERALAN ORIENTEERING
Jam Randik.

Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan


Wisel

Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.


Sepanduk.

Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

16

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Peti pertolongan cemas.

Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang

mendapat cedera ringan.

4.0

WALL CLIMBING

4.1

PENGENALAN
Wall climbing, dirujuk sebagai mendaki dinding batu. Aktiviti ini adalah satu jenis sukan
yang semakin popular. Ia adalah sangat serupa dengan Rock Climbing tetapi oleh kerana
ia dilakukan dalam persekitaran yang terkawal, ia dianggap lebih selamat. Wall climbing
boleh dilakukan di pusat-pusat kecergasan khas yang dilengkapi dengan batu
tertutup.Wall climbing lazimnya dilakukan sebagai indoor game (permainan dalam) dan
kini banyak dibuat seabgai outdoor game.(permainan di luar). Peralatan lain adalah perlu
untuk memastikan keselamatan.

WALL CLIMBING EQUIPMENTS

4.1.2

CLIMBING HOLDER
Holder berfungsi untuk menahan atau menyokong climber memanjat dinding. Holder
mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang melekat pada dinding . Bersaiz 3 hingga 8
inci , dilekat pada dinding (climbing wall) dengan skru . Dibuat dengan bahan yang
bermutu agar tahan lama dan dapat menampung beban pendaki.

17

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

4.1.3

HARNESS
Harness merupakan alatan keselamatan utama semasa memanjat dinding (climbing wall).
Harness berfungsi untuk menyokong pendaiki memanjat dinding. Bersifat fleksibel
kerana dapat dilaras mengikut saiz yang dikehendaki.

4.1.4

CARABINER
Carabiner adalah gelung logam (metal loop) yang digunakan secara meluas dalam
aktiviti tali intensif seperti memanjat (climbing), meneroka gua (caving), belayar
(sailing), pembinaan (construction), kerja tali industry (industrial ropework), dan
menyelamat (rope rescue). Ianya dibuat dari keluli dan aluminium. Carabiner mempunyai
ciri-ciri tahan lasak dan tahan geseran untuk mengelakkan tali putus semasa aktiviti.
Terdiri daripada dua jenis ; locking dan non-locking.

18

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

4.1.5

FIGURE OF EIGHT /EIGHT


Berfungsi sebagai descender/digunakan oleh belayer untuk membantu climber memanjat
dan menurunkan climber. Tahan geseran yang dihasilkan oleh tali semasa aktiviti.

4.1.6

ROPE CLIMBING (TALI)


Tali yang digunakan dalam aktiviti ini adalah jenis tali yang static ataupun dinamik.
TAli ini lazimnya dibuat daripada manila fiber untuk memastikan tali dapat menyerap

19

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

peluh (perspiration) , tahan lama , dan dapat menampung beban yang berat .
Mempunyai kepanjangan 15-24 kaki.

4.2

TIPS DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN WALL CLIMBING


4.2.1

Loosen Up Otot Anda


Loosen up otot anda dengan melakukan regangan mudah. Kira-kira setengah jam
sebelum anda mula mendaki. Ini menyediakan ligamen dan sendi anda untuk
mendaki. Jika otot anda adalah sengit, mereka tidak akan menjadi fleksibel dan
mudah keletihan.

4.2.2

Memahami Laluan
Jangan hanya membuta tuli dan meraba-raba hold apabila anda mendaki. Kaji
ciri-ciri permukaan dinding terlebih dahulu. Pilih jalan yang akan anda ambil dan
berpegang kepadanya. Berhati-hati dengan apa-apa cara berpaut yang sukar
dilakukan. Fikir bagaimana anda dapat bergerak melaluinya dengan mudah?
Apabila anda turun dari dinding, analisis prestasi dan gaya gerakan anda.

20

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

4.2.3

Mengekalkan Imbangan
Perlu diingat bahawa menggunakan kekuatan cengkaman hanya untuk
memastikan anda seimbang. Kesilapan paling biasa adalah mencengkam terlalu
ketat atau kuat. Ini boleh membawa kepada yang keletihan otot. Selain itu, hadkan
tekanan pada genggaman. Gunakan hanya tekanan yang diperlukan. Cuba
rendahkan pusat graviti sesuai dengan keadaan ketika berpaut. Rapatkan badan
dekat dengan dinding selagi mana yang anda boleh. Ini meningkatkan keupayaan
mengimbangi anda.

4.2.4

Meminimumkan Tekanan pada Lengan dan Kaki


Utamakan kaki anda untuk memaut berat badan anda, bukan tangan anda. Tangan
sebenarnya adalah untuk memaut berat badan ketika beralih. Jika anda membuat
pergerakan yang memerlukan kekuatan bahagian atas badan, bergerak ke hadapan
tanpa teragak-agak. Mengambil terlalu banyak masa akan meningkatkan tekanan
pada badan anda. Seretusnya bahan akan menjadi lemah.

4.2.5

Elakkan Pergerakan Kurang Lancar


Belajar untuk mendaki dengan lancar. Mendaki secara tidak konsisten atau tidak
sekata pasti akan membuatkan anda dengan letih dengan cepat. Kesannya,
pendakian anda akan menjadi semakin perlahan. Jangan leka dengan keadaan
sekitar. Berpegang kepada jalan yang anda difikirkan. Bergerak dengan lancar dan
anda tidak akan mempunyai masalah keseimbangan. Pastikan anda sedar tentang
pergerakan anda.

4.2.6

Fokus dan Relaksasi


Ambil satu langkah pada satu masa. Jangan hanya memikirkan langkah
seterusnya atau lebih. Walaupun anad sedang memanjat, focus dan gunakan
langkah-langkah yang perlu. Ini akan menjimatkan tenaga. Seterusnya nanti, anda
akan belajar untuk menjadi tenang dan sedar akan peningkatan kemahiran anda.

4.2.7

Rehat atau Relaksasi Tempat


Jika memanjat dinding yang tinggi, cuba cari beberapa kawasan rehat (lebih
mudah berpaut, kawasan selamat dan tidak bahaya). Berehat setiap tiga meter
anda mendaki. Walaupun anda berasa kuat, tenaga perlu disimpan kerana badan
anda akan memerlukannya kemudian.

4.2.8 Latihan otot


Beri tumpuan kepada otot pada tangan, kaki dan dada. Terdapat banyak program
latihan otot dan berat badan anda boleh ikuti. Ini perlu disokong oleh satu pelan
pemakanan yang seimbang. Jika anda lebih atau kurang berat, anda mungkin akan
mudah letih.

21

KELAB KEMBARA / Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

4.2.9

Tips Jatuh
Apabila jatuh anda perlu menolak diri dari dinding. Jangan sekali-kali
membiarkan belitan tali ke atas peralatan atau badan anda. Cuba belajar untuk
menjaga kaki anda ke bawah. Jangan biarkan diri anda akan mengalami
kemalangan sekiranya anda jatuh. Apa yang penting adalah belajar bagaimana
untuk mengatasinya(jatuh).

RUJUKAN
1. http://upm-asaskembara.blogspot.com/2013/04/kayak-kolam-serumpun.html
2. http://www.bakul2011.com/2012/07/orienteering.html
3. http://asaskembaranasriniza.blogspot.com/.

22

Anda mungkin juga menyukai