Anda di halaman 1dari 1

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi

Dalaman Penduduk
di
Kawasan Kajian
Terdapat banyak kesan positif dan kesan negatif yang berlaku
apabila wujudnya migrasi penduduk di kawasan kajian kami, Air Putih,
Kuantan.Oleh itu, kita harus mengambil tindakan untuk mengatasi kesankesan migrasi penduduk.
Antara langkah yang boleh dilalukan ialah dengan menguatkuasakan
undang-undang terhadap sistem pengangkutan dan perhubungan. Sebagai
contoh, kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan mengadakan lebih
banyak lampu isyarat agar sistem perhubungan dapat bergerak dengan
sistematik.
Selain itu, kerajaan juga perlu mengambil tindakan dengan membina
lebih banyak rumah setinggan yang berkos rendah. Masyarakat zaman
sekarang semakin bergantung kepada kewangan kerana ekonomi sekarang
semakin gawat dan harga barang semakin meningakat. Oleh itu, kita harus
berjimat-cermat.
Seterusnya, penduduk-penduduk yang telah mengadakan rukun
tetangga harus selalu megadakan gotong-royong membersihkan kawasan
kediaman bersama-sama penduduk kawasan tersebut. Dengan ini, akan
mewujudnya masyarakat yang bertoleransi dan bekerjasama serta
persekitaran yang bersih.
Konklusinya, kami berharap segala cadangan yang telah dinyatakan
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita patut berasa bersyukur dengan
wujudnya migrasi dalaman penduduk kerana telah member banyak kesan
positif kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai