Anda di halaman 1dari 9

Isi Kandungan

1. Konsep Ilmu dalam Islam


1.1 Definisi ilmu
1.2 Sumber ilmu
1.3 Kategori ilmu
1.4 Hukum Menuntut Ilmu
2. Faktor pengembangan ilmu
3. Perkembangan Ilmu Zaman Rasulullah SAW
4. Perkembangan Ilmu Zaman Khulafa al-Rasyidin
5. Sumbangan Ilmu dalam Membangunkan Tamadun Islam
5.1 Matematik
5.2 Astronomi
5.3 Perubatan
5.4 Kimia
5.5 Senibina
5.6 Falsafah
5.7 Geografi
6. Penutup

1. Konsep Ilmu dalam Islam

1.1 Definisi ilmu


Menurut Kamus Dewan ilmu merujuk kepada pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia,
akhirat, zahir dan batin. Ilmu juga merujuk kepada kajian mengenai suatu perkara.1
Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan makna dalam siri
seseorang, hasil dari maklumat yang benar. Definisi ini menyangkut dua perkara yang penting
tentang ilmu iaitu pertamanya yang dikatakan ilmu tersebut hendaklah benar-benar sesuatu yang
memberi makna atau manfaat atau kesan kepada peenrimanya. Keduanya, ilmu tersebut
hendaklah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan benar.2
1.2 Sumber ilmu (Buku Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam)
1.2.1 Wahyu
Iaitu Al-quran yang diturunkan kepada nabi Muhammad S.A.W. Al-quran
merupakan sumber ilmu yang datangnya daripada Allah s.w.t utuk memberi nur dan
petunjuk kepada manusia yang berakal.3
1.2.2 Instuisi
Menurut Ibn Rusyd terdapat perbezaan diantara Ilmu tuhan dan ilmu manusia
dimana ianya diletakkan di dalam komponen yang berbeza tetapi saling berkaitan yang
mana pertama bertindak sebagai Khaliq dan kedua sebagai makhluq.
1.2.3 Akal
Menurut imam Ghazali, akal terbahagi kepada dua iaitu aqli dan fikri. Namun
begitu, katanya akal merupakan dacing kebenaran (Tuhan) (Mizan al-haq) yang mana
akal yang waras bertunjangkan Wahyu Allah (al-quran).
1.2.4 Pancaindera
1

Rashid Muhammad (2010), Menjejaki Keindahan Islam, Shah Alam: Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA) UiTM Shah Alam, hlm. 99
2
Ibid, hlm. 99
3

Alam nyata, pancaindera dan sejarah dikumpulakan dalam satu komponen sebagai
sampingan kepada wahyu dan akal. Manusia boleh mempelajari ilmu melalui sejarah.
1.3 Kategori ilmu
1.3.1 Fardu Ain
Merupakan perkara wajib ditunaikan oleh setiap umat islam. Seperti contohnya,
solat, zakat, puasa, menuntut ilmu dan sebagainya. Sebagai seorang muslim, jika tidak
menunaikannya, maka jatuhlah hukumnya berdosa.
1.3.2 Fardu Kifayah
Merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat
untuk menjaga kepentingan umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa melakukannya,
maka seluruh masyarakat akan berdosa. Contohnya, menguasai ilmu atau kepakaran
dalam sesuatu bidang seperti pendidikan , astronomi dan sebagainya.
1.4 Hukum Menuntut Ilmu
1.4.1Wajib
Dalil Al-quran dan Al-sunnah
2. Kepentingan Dan Perkembangan Ilmu Dalam Tamadun Islam
Asas kecemerlangan Tamadun Islam meliputi aspek akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Keilmuan
dalam zaman awal Islam bermula dengan penekanan terhadap aspek tauhid dan akhlak. Selama
13 tahun Nabi Muhammad SAW mentarbiyah dan mendidik para sahabatnya dengan memberi
penekanan terhadap membentuk keperibadian yang bersumberkan nas wahyu. Baginda berjaya
memenuhi fungsi utama kepimpinan iaitu melakukan transformasi kemanusiaan (human
transformation) dan pembinaan budaya (culture building) yang mengubah lanskap bumi Mekah
yang sebelumnya menyaksikan amalan jahiliyah mencengkam masyarakat Arab ketika itu.4

Siddiq fadzil dan lain-lain (2005), Pengurusan Dalam Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai
Qurani, Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd., hlm. 21.

Kepentingan aspek keilmuan dalam Islam dapat dilihat dalam wahyu pertama yang Allah
turunkan kepada nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
(al-Alaq: 1-5)
Ayat di atas membuktikan kepada kita betapa pentingnya nilai keilmuan kepada manusia. Allah
SWT memulakan penurunan wahyu dengan kalimah iqra iaitu bacalah yang memberi mesej
kepada kita akan kepentingan mempelajari ilmu yang baik supaya tingkah laku dan keperibadian
yang lahir daripada kita berupa akhlak yang mahmudah.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan kepada kita kelebihan dan manfaat bagi
mereka yang berilmu. Antaranya ialah firman Allah SWT yang bermaksud:

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa
darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang
kamu lakukan
(al-mujadalah: 11)
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
(al-Zumar: 9)
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu
(Fathir:28)

Para Sahabat, Tabiin, pengikut tabiin dan umat Islam berikutnya menyedari akan kepentingan
ilmu dalam kehidupan dan seterusnya dengan ilmu yang dipelajari oleh mereka secara tidak
langsung dapat memacu kecemerlangan tamadun Islam. Sebagai manusia yang diberi amanah
oleh Allah untuk beribadah kepadaNya dan memakmurkan bumi ini maka tidak ada cara yang
lain melainkan perlu kepada ilmu. Ini dapat dilihat semasa penciptaan nabi Adam AS di mana
Allah SWT mempersiapkan nabi Adam AS dengan ilmu sebagai persediaan menjadi khalifah di
muka bumi ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan
yang benar"
(al-Baqarah: 31)
Penghayatan masyarakat Islam pada permulaan tamadun Islam dalam aspek syariah dan ibadah
kepada Allah telah membuka ruang kepada perkembangan dalam bidang ilmu fardu kifayah.
Sebagaimana contoh dalam ibadah solat, di mana antara syarat sah solat ialah menghadap qiblat.
Bagi mereka yang berada di sekitar Mekah syarat ini tidak menjadi masalah kerana Kabah
berada di sana manakala bagi mereka yang berada luar dari Mekah maka ianya menjadi masalah
untuk mengetahui arah kiblat. Maka dengan itu para cendiakawan dan ilmuan Islam mencipta
kompas bagi mengetahui arah kiblat. Untuk mengetahui masuk waktu solat pula maka di situ
lahirnya ilmu astronomi antara lainnya untuk melihat pergerakkan matahari bagi menentukan
masuknya waktu solat. Demikian jugalah ilmu fardu kifayah yang lain seperti ilmu matematik,
perubatan, kimia dan lain-lain yang tercetus hasil penghayatan dan ubudiyyah manusia kepada
Allah SWT.
Selain itu, terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang menyuruh agar masyarakat Islam
merenung, memerhatikan dan memikirkan segala yang Allah ciptakan untuk manusia. Terdapat

19 tempat dalam al-Quran Allah menggunakan kalimah al-tafakkur yang memberi maksud
merenung, memerhati dan memikirkan sesuatu.5 Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keteranganketerangan hukumNya) supaya kamu berfikir
(al-Baqarah: 219)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan
mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(Ali Imran: 190-191)

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah menggalakkan bahkan
menyuruh supaya kita memerhati dan seterusnya membawa kepada penyelidikan berkaitan apa
yang Allah ciptaan untuk kemudahan manusia. Galakkan ini mendorong kepada ilmuan Islam
untuk menerokai kepelbagaian bidang keilmuan yang cukup luas yang akhirnya membawa
kepada perkembangan ilmu fardu kifayah yang berpaksikan kepada ubudiyyah kepada Allah
SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:6
Hendaklah kamu memikirkan pada ciptaan Allah dan jangan kamu memikirkan
pada zat dan sifat Allah7

Abdul Latif Abdullah al-Taujiri (t.t.), laallakum tatafakkarun, diambil pada 21 Julai 2012,
http://albayan.co.uk/MGZarticle.aspx?ID=574
6
Abi al-Syeikh al-Asbahani (1408H), al-Uzmah, juz 5, Riyad: Dar al-Asamah, hlm. 216
7
Menurut al-Bani, hadis ini adalah dhaif (lemah)

3. Perkembangan Ilmu Zaman Rasulullah SAW


3.1 Di Mekah

Pada zaman Rasulullah perkembangan ilmu banyak memberi penumpuan kepada


ilmu tauhid atau akidah dan akhlak.

Boleh dilihat kepada wahyu (ayat al-Quran) yang diturunkan di Mekah yang
memberi penekanan kepada aspek mentauhidkan Allah.

Membina ketahanan spritual melalui - penekanan akidah ketauhidan kepada Allah


dan kerasulan Muhammad saw dan keyakinan kepada alam ghaib ( syurga, neraka
dan sebagainya)

3.2 Di Madinah

Tumpuan kepada ilmu membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.

Memberi penekanan kepada ilmu muamalat, hubungan manusia dengan manusia, hukum
hakam berkaitan dengan pemakanan, ibadah dan sebagainya.

Kecemerlangan pengurusan Rasulullah s.a.w. mendapat pengiktirafan daripada ilmuan Barat:


My choice of Muhammad to lead the list of the worlds most influential persons
may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only
man in history who was supremely successful on both the religious and secular
levels8
4. Perkembangan Ilmu Zaman Khulafa al-Rasyidin
Perkembangan keilmuan semakin meluas meliputi ilmu pengurusan dan pentadbiran Negara
Islam. Kemuncaknya ialah pada zaman pemerintahan Saidina Umar sehingga beliau digelar
Bapa Pemodenan Pentadbiran Islam

Michael H. Hart (1993), The 100 A Ranking of the most influential Persons in History, New
York: Hart Pub. Co., hlm. 3

Ianya dapat dilihat dengan:


Penubuhan Baitulmal Menyimpan khazanah negara di peringkat pusat dan wilayah
Penubuhan Jabatan-jabatan Awam (diwan) untuk memberi perkhidmatan kepada orang
awam seperti Jabatan Ketenteraan (dibayar gaji), Pengaduan Awam dan Jabatan
Dokumentasi
Pembinaan Bandar-bandar seperti Kufah, Basrah, Fustat dan sebagainya.
Penubuhan Dana wakaf (Dar al-Daqiq) dengan mengumpul sumbangan (sedekah,derma
dan zakat) dan diagihkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Menubuhkan diwan al-Insya (berperana sebagai tempat menyimpan dokumen/rekod
negara).
Pengenalan sistem kalendar Islam.
Penubuhan pasukan polis : Rasmi (al-Syurtah) dan Kawalan pada waktu malam (Assah).
Pembinaan prasarana fizikal seperti terusan dan empangan.
Pembangunan intelektual dengan pembinaan institusi pendidikan.
5. Sumbangan ilmu dalam membangunkan Tamadun Islam
5.1 Spritual (Fardhu Ain)
Kelahiran sebuah tamadun datangnya daripada masyarakat yang telah mencapai taraf
kehidupan yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti pemikiran, sosial, politik, kesenian dan
kebudayaan disamping memiliki struktur organisasi yang teratur. Jika dirujuk pada komposisi
masyarakat Islam pada zaman Rasulullah, maka secara empirikalnya, terbukti bahawa ia telah
mencukupi ciri-ciri asas sebuah masyarakat maju dalam konteks satu tamadun. Al-Quran
menggelar masyarakat islam (madani atau hadhari) pada zaman tersebut sebagai khayra ummah
( ummat terbaik) yang menjadi teladan kepada seluruh ummat Islam.
Tamadun Islam bersifat keagamaan di mana tamadun berkenaan diterajui oleh wahyu
yang diterima oleh Nabi Muhamaad s.a.w melalui malaikat Jibrail. Tamadun islam memiliki
sifat-sifat khusus yang menjadikannya mampu bertahan tanpa mengira geografi dan sempadan
masa. Melalui Al-quran, sejak azalinya menekankan kepada pentauhidan Allah S.W.T dan ia
membawa

kepada

akidah

seseorang

islam.

Akidah

bermaksud

kepercayaan

yang

menghubungkan seseorang dengan tuhan yang dikenali sebagai Rukun Iman yang merupakan

dasar dalam proses pembinaan pendidikan. Aspek lainnya yang menyumbang kepada agama
Islam ialah syariah dan akhlak.
Nabi Muhammad menganjurkan umat Islam agar berakhlak mulia kerana untuk
berdamping dengan Allah memerlukan akhlak yang terpuji. Akhlak yang terpuji boleh
membentuk individu dan masyarakan yang berilmu dan dan bertakwa. Ini juga membantu
membina Negara yang harmonis dan aman.
Masyarakat hadhari merupakan masyarakat

Anda mungkin juga menyukai