Anda di halaman 1dari 19

GEOGRAFI TINGKATAN 1

BAB 4: GRAF GARISAN MUDAH


OBJEKTIF AM
pelajar dapat memahami cara
mengaplikasikan maklumat dalam
bentuk jadual dan melukis graf
garis mudah.
OBJEKTIF KHAS
Pada akhir pembelajaran,
pelajar-pelajar akan dapat :
- mengumpul dan merekod data
-memilih data yang releven
-membina graf garis mudah
berdasarkan jadual dengan
menggunakan label dan petunjuk
yang betul
GRAF GARISAN
• Graf garis terdiri daripada satu
garisan yang dilukis untuk
menunjukkan nilai yang berbeza
bagi satu tempoh.

• Graf garis terbahagi kepada graf


garis mudah dan graf garis
berganda.
FUNGSI GRAF GARIS
• Graf garis dibentuk dengan
menandakan setiap data
dengan satu titik di atas kertas
graf dan kemudian titik-titik
tersebut akan disambung dan
akan terbentuklah graf garis.
• Graf yang telah siap dilukis di atas
paksi ini mestilah dilengkapkan
dengan tajuk iaitu untuk
menyatakan data berkaitan sesuatu
perkara yang diwakili oleh graf yang
telah dibina tersebut.
• Paksi tegak (y) dan paksi
mendatar (x) juga mesti dilabel
dengan betul.

• Graf garis mudah digunakan


untuk menunjukkan pola
perubahan satu unsur sahaja.
Langkah-langkah melukis graf garis mudah:

 Lukis paksi mendatar dan menegak ( paksi x dan


paksi y ).

 Labelkan paksi menegak sebagai suhu dalam °C


( jika data yang dikumpul adalah mengenai suhu )
dan paksi mendatar mewakili bulan.

 Skala yang sesuai perlu ditentukan. Contoh: 1 cm=


5 °C untuk memudahkan graf diplot.
 Untuk mewakili bulan pula, paksi
mendatar dibahagikan kepada 12 bulan
dan dinamakan dengan 12 bulan
tersebut.

 Merujuk kepada jadual, poin-poin nilai


suhu ditanda di atas graf dengan
menggunakan titik (•) atau tanda ‘x’.
Setelah semua poin ditanda, poin-poin
tersebut ditanda untuk membentuk satu
garisan

Graf yang telah dilukis kemudian perlu


dilengkapkan dengan tajuk
Jadual 1.1: Min suhu bulanan
Kuantan, Pahang 1998
BULAN
J F M A M J J O S O N D

MIN 26 26 27 28 29 28 28 27 27 27 26 26
SUHU
(⁰C)
Jadual 1.2: Hujan Tahunan Sandakan 2001
BULAN
J F M A M J J O S O N D

HUJAN
(mm)
120 100 80 100 120 150 180 200 250 300 350 300
KERJA RUMAH

Buku teks-halaman 31 dan 32


(latihan 1 dan 2)

Anda mungkin juga menyukai