Anda di halaman 1dari 19

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan


dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada:
Pengetua SMK Sg. Rambai Melaka
(EN. ABU BAKAR BIN ALIM)
Guru Penolong Kanan I
(PN. HJH MURAH BINTI SALIMAN)
Guru Penolong kanan Hem
PN. HJH NORAL HUDA BINTI ABD. HAMID
GPK-Kokurikulum
EN. TAN BICHIK MD DAHAN
GKMP Bahasa
EN. RAZALI BIN LAZIM
dan
Semua Ahli Panitia Bahasa Melayu SKMSR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENGGUNAAN
HURUF BESAR DAN NOKTAH BAGI
MURID 1 KENANGA (INTERVENSI)
MENGGUNAKAN TEKNIK PEN
WARNA (MERAH)
Oleh:
ALEIMMAH BINTI ALI
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Rambai Melaka

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membantu murid-murid yang lemah
dalam menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran
penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu tingkatan 1K.
Sebanyak 24 orang murid dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan
penggunaan huruf besar pada permulaan ayat, dalam ayat
dan selepas tanda noktah.
Tinjauan awal dibuat melalui ujian diagnostik & Ujian
Pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap
penggunaan huruf besar.
Oleh itu, saya telah
menggunakan teknik pen warna untuk mensifarkan
kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Berapa
langkah telah dirancang bagi memastikan murid benarbenar menguasai kemahiran menulis huruf besar pada
permulaan ayat dan selepas tanda noktah menggunakan
pen merah semakin memuaskan. Berbanding sebelunya,
murid-murid menunjukkan perkembangan yang pasif
dalam P&P dan pembelanjaran semakin menyeronokkan.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Pengalaman mengajar hampir 10 tahun di kelas 1 Kenanga
yang merupakan kelas intervensi merupakan suatu pengalaman
berharga. P&P perlu dirancang supaya isi pembelajaran yang
bakal diajar mestilah boleh diterima oleh murid yang mempunyai
pelbagai kecerdasan yang berbeza. Kelas 1 Kenanga merupakan
kelas pemulihan.
Penguasaan kemahiran 3M masih belum
tercapai sepenuhnya dan ini memaksa saya mestilah memastikan
P&P diajarkan hendaklah melakukan pengubahsuaian aktiviti
dengan silibus dengan tahap penerimaan murid yang lemah,
disamping masih mengekalkan dan menghabiskan silibus mata
pelajaran BM seperti mana yang murid-murid yang sudah
menguasai kemahiran 3M. Setiap kali latihan terutama aktiviti
membina ayat dan menulis karangan didapati murid-murid IK
belum menguasai pengguasaan huruf besar yang sepatutnya
ditulis dalam permulaan ayat dan selepas noktah.

Sekiranya
murid-murid
menulis
ayat
tanpa
penggunaan huruf besar pada pemulaan ayat, atau
penggunaan untuk kata nama khas dalam ayat, maka
menunjukkan kelemahan yang tidak dipandang serius
terhadap proses P&P guru selama mereka berada di sekolah
rendah.
Perkara ini perlu diatasi dengan segera kerana
kemahiran menulis di peringkat sekolah menengah akan terus
berlangsung sehinggalah dari peperiksaan PMR, SPM dan
STPM. Memahami permasalahan dari aspek-aspek inilah
permakahan karangan biasanya dinilai atas dasar impression
terhadap karangan murid sekolah menengah.

ISU KEPERIHATINAN /
KAJIAN
Semasa FOKUS
pengajaran dan
pembelajaran Bahasa
Melayu, saya dapati dalam kalangan murid, begitu ketara
murid tidak dapat menulis huruf besar di awal ayat yang
sepatutnya ditulis dengan huruf besar sama ada pada
bahagian
karangan
mahupun
bahagian
menjawab
pemahaman,
terutama
bahagian
soalan
ringkasan
karangan bahagian (Aii). Permasalahan ini perlu diatasi
segera memandangkan terdapat kemahiran menulis dari
aspek penggunaan tanda baca dan titik beratkan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 1, 2, 3, 4 dan
5.
Oleh itu, guru mestilah melakukan sesuatu supaya
kelemahan murid dari aspek ini diatasi segera melalui
teknik yang berkesan.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum:
i. Meningkatkan penguasaan kemahiran
penggunaan huruf besar
Objektif khusus:
i. Menguatkan penguasaan murid untuk
menggunakan huruf besar pada permulaan
ayat dalam ayat dan selepas tanda noktah
ii. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap
penggunaan huruf besar

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 24 orang murid dari
tingkatan 1 Kenanga yang terdiri daripada 14 lelaki
dan 10 perempuan. Murid-murid yang cemerlang
juga kadang kala cuai dalam penggunaan huruf
besar apatah lagi bagi murid yang lemah dan belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis
dengan baik.
Oleh itu, saya menjalankan program kajian
tindakan ini bagi mengatasi masalah tersebut.

METHADOLOGI KAJIAN
Methadologi yang digunakan ialah:
a) Pemerhatian
Sikap murid secara tidak langsung
sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
b) Soal Selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid
dan guru membulatkannya untuk
mendapatkan jawapan yang tepat secara
jujur.

c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh
mana
pencapaian dan pemahaman mereka
untuk
menggunakan huruf besar dalam ayat.
Tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
d) Tindak balas murid dinilai semasa mereka
menjawab soalan yang dikemukakan.
e) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung
dapat menilai tahap perkembangan murid dalam
menguasai kemahiran berkenaan.

PELAKSANAAN PROJEK
Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, saya
telah meninjau masalah yang menyebabkan
kegagalan murid dalam menguasai kemahiran
penggunaan
huruf
besar
menggunakan
methadologi yang dinyatakan.
Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan instrument dijalankan untuk meninjau
masalah
yang
menyebabkan
murid
gagal
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar,
maka analisis dibuat seperti berikut.

Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Masalah

Kurang Tumpuan
Malas
Tidak memahami arahan
Kurang keyakinan diri
Menyalin tanpa meneliti penggunaan
huruf besar
6. Tiada bimbingan di rumah

Jumlah
18%
7%
11%
5%
77%
14%

Selain itu, kaedah pemerhatian, Ujian Diagnostik dan Ujian Post dijalanka

Tindakan yang dijalankan.


Bahan-bahan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini ialah buku
kerja, kertas mahjong, pensel warna, pen marker, bahan photostat,
majalah untuk mengatasi masalah.
Aktiviti yang dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf
besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar
di tempat yang sesuai dengan menggunakan pen warna (merah, biru,
hitam)
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar
di tempat yang sesuai. (Huruf besar pada awal ayat sahaja
menggunakan pen warna merah)

Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan
menggunakan
huruf besar
di tempat yang
sesuai. (Huruf besar
pada permulaan ayat dan
selepas noktah)
Item 4
1. Guru menulis ayat pada kertas mahjong dengan
menggunakan warna khas iaitu merah bagi huruf
besar dan hitam untuk tanda
noktah dan
dipamerkan
di papan hitam.
2. Murid memerhatikan dan menyalin ayat tersebut
(dilakukan pada setiap kali P&P dijalankan).
Aktiviti ini dijalankan dalam 5 minggu.
Reaksi
murid amat menyeronokkan dan menggalakkan.

Pelaksana Aktiviti 2
1. Dalam aktiviti ini, guru menulis sebuah
karangan pendek di kertas mahjong yang
mengandungi lebih kurang 80 patah perkataan.
Guru highlight tanda huruf besar dan noktah
dengan menggunakan pen marker (merah)
untuk huruf besar dan hitam untuk tanda
noktah. Latihan dijalankan selama 5 minggu.
Refleksi
1. Dalam kalangan murid, 24 murid dapat
menulis ayat-ayat tanpa membuat kesalahan
dari segi huruf besar dan noktah. Murid-murid
juga menulis dengan kemas dan teratur.

Pelaksana Aktiviti 3
1. Guru memberi karangan pendek mengandungi
lebih kurang 80 patah perkataan dalam bentuk
lembaran kerja.
2. Murid-murid dikehendaki membetulkan
kesilapan dan kesalahan yang terdapat dalam
petikan.
Pemerhatian
1. Saya dapati 20 murid dapat membetulkan
semua
kesalahan (10 kesalahan) dalam petikan
tersebut. Manakala 4 orang murid hanya mampu
mengeja 5 kesalahan yang terdapat dalam
petikan. (Aktiviti
dijalankan 1 minggu)

Refleksi
1. Walaupun 4 orang murid tidak dapat
membetulkan kesalahan dalam
petikan
tetapi perlu
dibimbing menggunakan teknik ansur
maju.

RUMUSAN PEMERHATIAN
Sikap kurang minat, malas, kurang
tumpuan dan tidak teliti kerana tidak
menggunakan huruf besar di tempat
yang sepatutnya yang ketara
berkurangan. Kejayaan ini membantu
dalam meningkatkan prestasi BM dan
matapelajaran yang lain.

PENUTUP
Murid-murid adalah amanah yang
dipertanggungjawabkan
kepada
kita.
Walaupun kekangan masa dan bebanan
tugas harian kita semakin bertambah yang
sememangnya tidak dapat dielakkan, guruguru hendaklah sentiasa berfikiran positif
supaya
murid-murid
dapat
menerima
pendidikan berkualiti selaras dengan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai