Anda di halaman 1dari 4

Bacaan Doa Qunut Solat Subuh

By : Mohd Adib Posted on 14/08/2013 - 12:41 p.m. with 78 comments

Cara bacaan doa qunut. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada
iktidal rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut
adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).
Doa qunut:

Bacaan Doa Qunut

Bacaan Rumi:
Allah hummah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait.
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi
Wasallam.

Maksudnya:
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah
Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang
Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau
peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau
kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah
tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena
hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya


Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada
Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Jika anda menjadi imam, anda perlu membaca dan mengubah
kalimah tertentu. Manakala, makmum tidak perlu membaca pada
kalimah-kalimah tersebut hanya perlu menadah tangan serta
menyambutnya dengan amin sahaja. Kalimah kalimah tersebut
ialah :
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini " kepada "Wa'a fina "
"Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT


Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu
terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud.
Jadi SAH atau TIDAK solat kita.
Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun
disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa
qunut adalah sunat aba'ad.

CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI


Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir
dan sebelum salam.
Melakukan sujud sebanyak dua kali.
Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini:

Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu


Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa
BACA INI UNTUK LEBIH JELAS : Cara melakukan sujud sahwi
Alhamdulillah selesai sudah solat subuh. Adakah anda fahaminya.
Jadi selepas solat seperti biasa kita perlulah membaca doa selepas
solat.

Read more: http://www.adibsite.com/2013/08/bacaan-doa-qunutsolat-subuh.html#ixzz3ZVs9T3bQ

Anda mungkin juga menyukai