Anda di halaman 1dari 8

Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan kerajaan Melayu Melaka,

wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk


dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut
Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke
16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang
Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke
Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai ke Rembau, Selangor dan
Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya
dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China
Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung
Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan
kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di
sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan
terbahagi kepada sebelas daerah iaitu

Kuantan, Pekan, Rompin, Maran,

Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands dan Bera. Manakala
penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.
Menurut

riwayat

tua

pemerintahan

negeri

ini

dijalankan

dengan

cara

pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa


sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri
Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran
Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada
raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum
Mangkat Di julang dalam tahun 1699.
Setelah itu pemerintah Pahang pindah kepada keturunan Bendahara Tuan Habib
Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Dari titisan keluarga dan zuriat ini
juga telah menjadikan Negeri Pahang Darul Makmur terputus dari takluk Riau
dan telah menubuhkan satu pemerintahan merdeka, berkuasa penuh sebelum
ini, menjalinkan persahabatan dengan Sultan hinggalah sekarang ini.

Sejarah Sistem Perundangan Islam di Pahang.

Sejarah
Wujudnya Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Negeri Pahang Darul Makmur
adalah sebab wujudnya orang-orang islam di negeri ini. Mengikut catatan
sejarah, sebelum tahun 1457M penduduk Negeri Pahang Darul Makmur tidak
berapa jelas samaada telah menganut agama islam atau pun tidak ini adalah
kerana Negeri Pahang Darul Makmur telah dikuasai oleh Maharaja Dewasura,
iaitu wakil Kerajaan Siam di Pahang, beliau sudah tentu beragama Buddha, tetapi
setelah Sultan Mansur Shah,
Sultan Melaka yang mengambil langkah untuk menyerang Negeri Pahang dan
telah Berjaya mengalahkan Pahang. Maka dengan jatuhnya Pahang di bawah
taklukan Melaka bererti Islamnya seluruh Negeri Pahang Darul Makmur. Ini
kerana kuasa pemerintahan dipegang oleh orang islam Melaka, kira-kira 150
tahun lamanya Negeri Pahang diperintah oleh Raja Melayu Islam keturunan
daripada Raja Melayu Melaka.
Jika perjumpaan kesan-kesan sejarah seperti batu nisan,batu bersurat dan lainlain bukti dijadikan asas pertapakan Agama Islam di Semenanjung Emas
ini,maka Negeri Kedah lah dikatakan yang terawal menerima Islam.Penemuan
Batu Nisan kepunyaan Syeikh Abd Kadir(keturuan Farsi)telah ditemui di Tanjung
Aris Langgar pada tahun 1962 adalah bukti nyata mengenai hal tersebut.Tarikh
yang tertera ialah antara(tidak dapat dipastikan)29H atau 290 H,jika 29H
bersamaan 651M dan jika 290H bersamaan 920M,di Nisan tersebut tertera
Kalimah Sahadah dan beberapa tulisan Arab(Mahyuddin Yahya:Islam Di Alam
Melayu 1998.DBP h 18).
Negeri Pahang pula jika berdasarkan bukti yang sama,pada

Jun 1953,satu

penemuan batu nisan di kampung Permatang Pasir Nenasi Pekan Pahang.Batu


nisan ini dihiasi dengan Al-Quran dan syair Arab,juga tercatat tarikh kematian
sipemunyai nya pada Hari Rabu,14 Rabiulawal 419H.Ini bermakna batu nisan ini
jauh lebih lama dari Batu Bersurat Terengganu(702H) wang emas(dinar)lama
Kelantan( 577H),juga bermakna lebih dahulu 300 tahun dari kewujudan Kerajaan
Melaka.(Mohd Jamil Mukmin:Melaka Pusat Penyebaran Islam,2004 h 108).

Pemerintahan Melayu Islam di Pahang

Secara

formalnya,sebelum

tahun

1457m,penduduk

Pahang

tidak

dapat

dipastikan status agama mereka,mengikut beberapa catatan sejarah,waktu itu


Pahang dikuasai oleh Maharaja Dewasura iaitu wakil Kerajan Siam.Agama Islam
secara jelasnya tersebar sebaik sahaja pahang menjadi sebahagian Jajahan
takluk Kerajaan Melayu Melaka.Sultan Mansur Shah waktu itu telah menghantar
angkatan perang sebanyak 200 buah kapal ke Pahang,dimana armada perang
diketuai sendiri oleh Tun Perak pada tahun 1459.Pertempuran telah berlaku di
Pura,dimana akhirnya Maharaja Dewa Sura telah dikalahkan dan puterinya
Wanan telah ditawan dan dibawa ke Melaka.Sultan kemudianya mengahwini
puteri tersebut dan ditukar nama kepada Puteri Lela Wangsa.(Ibid:105)Tun
Hamzah

Seri

Bija

diRaja,dititahkan

berada

di

Pahang

,sehinggalah

Tun

Muhammad(anak Sultan MS/Puter Lela Wangsa diusir kerana satu kes bunuh )
ditabalkan

dengan

Tun

Hamzah

menjadi

Bendahara.Tun

Muhamad

naik

tahta(Sultan Pertama beragama Islam) pada tahun 1470M. Pemerintahan Negeri


Pahang Berasaskan Undang-Undang Islam (1584)Hukum Qanun Pahang (16101614).

Perkembangan undang-undang Pentadbiran Islam di Pahang


Apabila Sultan Abdul Ghafur Muhyeden Shah menduduki tahta pada tahun
1584,beliau merupakan Sultan Pahang yang ke 12.Baginda telah berkahwin
dengan Adinda Raja Fattani yang juga sahabat rapat Sultan Brunai.Pada zaman
pemerintahan baginda,Risalah Hukum Kanun Pahang telah digubal.Dalam
Risalah Hukum ini,ianya hampir menyamai 100% atau comply kepada proviso
hukum hakam dalam kitab fiqh aliran Syafieyah.Malah menurut sejarawan
hukum kanun ini adalah antara yang teratur dan lengkap.Terdapat didalam
proviso mengenai hukum qisas(S 46-47) denda(S 48),persetubuhan haram(S
49)persetubuhan

luar

memabukan(S52)mencuri(S

biasa(S

50)

53)merompak(S

fitnah(S

51),minuman

54),murtad

(S

yang

55)

tidak

sembahyang (S 60) jihad (S 61) acara (S 62) saksi (S63) sumpah (S 64),terdapat
juga proviso mengenai jualbeli,pelaburan,amanah,upah buruh,tanah,hibah dan
waqaf.(Prof

Ahmad

Ibrahim:Undan-Undang

Keluarga

Islam

di

Malaysia

h.2).Namun begitu satu perselisihan berlaku dalam tahun 1614m,dimana Sultan


Abd Ghafur telah mati dibunuh.Kesan dari itu perlaksanaan hukum tersebut
terganggu sama sekali.

Suasana

politik

sekitaran

mempengaruhi

banyak

perkara

di

Negeri

Pahang,sekitar awal hingga pertengahan kurun ke 17 M Pahang telah diancam


dan diserang oleh Aceh,Johor,Belanda hingga Pahang ,sehingga Pahang pernah
dibawah takluk Aceh.Apabila pengaruh Aceh lemah,Pahang dikuasai pula oleh
Johor.Mulai suku pertama kurun ke 18M(bawah penguasaan Johor) pemerintahan
Pahang dikendalikan oleh seorang Bendahara.
Setelah Belanda dan British mula menguasai dan memecahbelahkan wilayah
Kerajaan

Johor-Riau-Lingga-Pahang,bermulalah

penguasaan

sepenuhnya

Bendahara memerintah Pahang.namun tidak lama kemudian berlaku perang


saudara(1857-1863) yang akhirnya Pahang dapat dikuasai oleh Bendahara Wan
Ahmad dan memakai gelaran DYMM Sultan,lalu membentuk kesultanan baru di
Pahang hingga ke hari ini.

Penubuhan Mahlamah Sivil


Dari

segi

Undang-undang,

didapati

Undang-undang

digubal

dengan

menggunakan kuasa mengikut perjanjian dengan DYMM Sultan. Pada akhir


Kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, didapati beberapa Undang-undang ini
dicontohi dari India seperti Undang-undang Jenayah. Hakim-hakim yang dilantik
adalah mereka yang telah menerima latihan dari orang Inggeris dan mereka ini
tidak mengetahui Undang-undang Islam dan dan Adat Melayu.

Dengan

penggubalan Undang-undang baru dan dengan tertubuhnya Mahkamah Civil ini


maka bidang kuasa yang tinggal kepada Mahkamah Syariah amat terhad sekali.

Kuasa Mahkamah Syariah terbatas


Kalau diperhatikan kandungan surat kuasa pelantikan Qadhi Besar/Qadhi dalam
tahun 1921 seseorang Qadhi Besar itu hanyalah terhad untuk membicarakan
kepada perkara-perkara Mal seperti: Mas Kahwin, Tuntutan Cerai, Fasakh, Tebus
Talak, Harta sepenceraian dan tiada di beri kuasa membicarakan kes-kes sivil
kecuali mereka yang melanggar Undang-Undang Negeri yang kesalahannya
boleh didenda setakat RM10.00 sahaja. Kesalahan yang lebih besar hendaklah
dimaklumkan ke Mahakamah Majistret.
Qadhi tiada di beri kuasa untuk menahan, menangkap atau mengeluarkan
waran tangkap bagaimanapun keputusan perbicaraan yang tidak di patuhi,

Qadhi

boleh menghantar ke Mahkamah

hukuman

itu.

Qadhi

juga

dikehendaki

Majistret supaya dilaksanakan


menghantar

wang

denda

ke

perbendaharaan kerajaan dan tiap-tiap akhir bulan menghantar laporan kes ke


Pejabat DYMM Sultan, Qadhi juga diminta menjalankan pentadbiran biasa serta
membuat lawatan ke dalam daerahnya untuk member nasihat hal-hal yang
berkaitan dengan Agama dan juga sebagai seorang Pegawai Kerajaan .Selain
itu juga, qadhi diminta untuk memelihara hokum-hukum Islam dan UndangUndang Negeri dan Istiadat . Disamping itu, amaran perlucutan jawatan juga
diberi sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa sebagai Qadhi.
Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam di Pahang
Sejak British campurtangan dalam pemerintahan Negeri Pahang, beberapa
Undang-Undang Islam telah dibuat dan dikenali dengan nama Undang-Undang
FMS. Undang-Undang Islam yang pertama ialah Undang-Undang Bil 2 tahun
1904 termasuk Undang-Undang Mahkamah FMS chapter 2, Undang-Undang
Agama Islam dan Adat Istiadat melayu FMS chapter 196, Undang-Undang
mendaftarkan Perkahwinan dan Cerai bagi orang-orang islam FMS chapter 167
kemudiannya digubal pula Undang-Undang yang dinamakan Undang-Undang
Pahang Bil 6 Tahun 1937, iatu undang-undang(kesalahan) bagi orang-orang
islam ,Undang-Undang FMS yang terdahulu. Dan pada tahun 1949 satu
Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu telah di buat dan
dikenali sebagai Undang-Undang Bil 5 Tahun 1956 dan yang akhir sekali satu
lagi enakmen untuk meminda dan menyatukan undang-Undang, mengatur dan
mentadbir hal ehwal Agama Islam dan menubuhkan satu Majlis untuk
menolong dan menasihatkan KDYMM Sultan dalam semua perkara mengenai
Agama Negeri dan Adat Resam Melayu Pahang. Undang-Undang ini dikenali
sebagai Enakmen no 8 tahun 1982 dan berkuatkuasa sehingga kini. Enakmen
ini telah membatalkan semua sekali Enakmen Pahang no.5 tahun 1956 iaitu
Enakmen Tadbir Agama Islam tahun 1956, juga membatalkan semua sekali
Enakmen Pahang no.2 tahun 1960 dan Enakmen Tadbir agama Islam ( pindaan)
tahun 1963.

Kuasa yang ada pada mahkamah Syariah


Jika dirujuk kepada surat kuasa pelantikan Qadhi Besar dan Qadhi pada tahun

1921 maka kuasa yang diberi kepada Mahkamah Syariah ialah dalam bahagian
kes Mal yang mana membicarakan kes-kes nikah perempuan yang tiada wali,
kes-kes cerai seperti Taklik, Fasakh, Tebus Talak, Harta Sepencarian, dan
tuntutan Mas Kahwin. Dan bagi kes Jenayah pula ialah merangkumi kesalahankesalahan kecil yang melanggar Undang-Undang Negeri yang hanya dendanya
RM10.00

sahaja.Qadhi

tiada

kuasa

untuk

menahan,menangkap

atau

mengeluarkan waran tangkap. Apabila kita lihat pula kepada undang-undang


Pahang Bil 6 tahun 1937 kita dapati kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
orang islam akan dibicarakan samaada di Mahkamah Penghulu, Mahkamah
Qadhi,
Mahkamah Majistret atau Mahkamah Tinggi misalnya kesalahan tidak hadir
solat jumaat, maka yang membicarakan kes itu ialah Mahkamah Penghulu,
kesalahan

bagi

melarikan

anak

dara

dan

khalwat

diserahkan

kepada

Mahkamah Majistret, kes zina di Mahkamah Tinggi dan kesalahan-kesalahan


seperti makan di khalayak ramai di bulan Ramadhan,maka Mahkamah yang
membicarakan samaada di Mahkamah Penghulu atau di Mahkamah Qadhi atau
di Mahkamah Majistret. Bagaimanapun apabila Undang-Undang Pahang Bil.5
tahun 1956 dibuat,maka jelaslah disana bidangkuasa yang diberikan khusus
kepada Mahkamah Qadhi atau Mahkamah Qadhi Besar sahaja membicarakan
kes-kes Mal dan Jenayah, dan juga telah digariskan cara-cara pelantikan Qadhi
dan Qadhi Besar, perbicaraan dan Mahkamah UlangBicara,dengan adanya
Undang-Undang baru ini,
maka bangunan Mahkamah Syariah mula didirikan disetiap daerah Qadhi.
Kalau dilihat pula dari Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam
Melayu Pahang no.8 tahun 1982 adalah lebih jelas lagi bidangkuasa yang
diberikan kepada Mahkamah Syariah dan juga telah menyenaraikan 53 jenis
kesalahan-kesalahannya beserta kadar hukuman masing-masing.Selain itu
juga, ianya telah mengariskan acara-acara dalam pembicaraan Jenayah dan
Mal serta lain-lain panduan yang berkaitan. Kuasa yang diberikan untuk proses
pembicaraan kes Mal bagi Qadhi daerah tidak melebihi RM10000 atau yang
tidak boleh dinilaikan dengan matawang, dan bagi kes Jenayah pula ialah
kesalahan tidak melebihi RM 500 atau penjara tidak melebihi tiga bulan,
sementara kuasa bagi Qadhi Besar dalam kes Mal pula ialah melebihi RM 10000
dan kes Jenayah ialah tidak melebihi RM1000 dan penjaranya enam bulan.

Pada tahun 1984, Parlimen telah meluluskan tambahan kuasa hukuman kepada
Mahkamah

Syariah

dengan

menaikkan

denda

maksima

sebanyak

RM

5000,penjara tiga tahun dan rotan sebanyak enam kali sebatan.


Berikutan itu, badan Perundangan Negeri pada tahun 1987 telah meluluskan
pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Pahang 1982 dari segi hokum sahaja dengan menaikkan kadar hokum denda,
penjara dan rotan bagi kes-kes yang berat dan serius. Akhir-akhir ini dengan
lulusnya Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Pahang pada 28hb
November 1991 oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuatkuasa Enakmen ini
mulai 1 Januari 1992, maka disini bermulalah detik-detik perubahan kepada
Mahkamah Syariah.
Dulunya mahkamah-mahkamah dikenali dengan Mahkamah Qadhi Daerah,
Mahkamah Qadhi Besar dan Mahkamah Ulangbicara dan pada masa kini,
mahkamah-mahkamah tersebut telah bertukar kepada Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan.

Bidangkuasa

perbicaran kes Mal dan Jenayah Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi
Syariah juga turut berubah.Mahkamah Rendah Syariah dalam bahagian Mal
diberi kuasa membicarakan kes-kes yang tidak melebihi RM 100 atau yang
tidak dapat dianggarkan dengan wang, manakala dalam kes jenayah pula
kesalahan-kesalahan yang mana hokum maksima yang di peruntukkan tidak
melebihi RM 3000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bagi Mahkamah Tinggi Syariah pula, kuasa yang diberi adalah menyeluruh di
mana Mahkamah ini dalam bidang kuasa Mal dan Jenayah boleh membicarakan
semua tindakan dan prosiding serta kesalahan yang diperuntukkan di bawah
undang-undang

yang

memberi

kuasa

kepada

Mahkamah

Syariah

membicarakannya. Begitu juga dengan gelaran Qadhi dan Qadhi Besar telah di
gantikan dengan sebutan Hakim Mahkamah Rendah dan Hakim Mahkamah
Tinggi.
Manakala kedudukan jawatankuasa Ulangbicara dikenali dengan Panel HakimHakim Mahkamah Rayuan Syariah dengan dipengerusikan oleh Yang Arif Ketua
Hakim Syarie. Dari segi rayuan, dulunya boleh dibuat terus daripada Mahkamah
Qadhi atau Mahkamah Qadhi Besar kepada Mahkamah Ulangbicara. Namun
sekarang rayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah akan di buat oleh
Mahkamah Tinggi Syariah dan sesuatu rayuan terhadap keputusan yang di buat

oleh Mahkamah Tinggi Syariah akan di buat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.
Walaupun pada peringkat awalnya, perubahan hanya dari segi gelaran dan
sebutan untuk Mahkamah dan Hakim sahaja. Dari segi pentadbiran pula,
Mahkamah Syariah masih di letakkan di bawah Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP), namun kerajaan negeri dengan persetujuan Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Resam Melayu Pahang (MAIP) dan perkenan KDYYM Sultan Pahang atas
nasihat dan pandangan daripada Jawatankuasa Syariah/Sivil telah bersetuju
supaya pentadbiran Mahkamah Syariah dipisahkan terus daripada pentadbiran
JAIP.
Ekoran daripada itu, beberapa jawatan baru telah di wujudkan dan di luluskan
oleh Kerajaan Negeri bagi maksud pengisian jawatan bagi organisasi baru
Mahkamah Syariah Pahang diantaranya ialah jawatan Ketua Hakim Syarie,
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar,
Pembantu Pendaftar dan beberapa jawatan dari segi pentadbiran. Maka
terbentuklah satu organisasi Mahkamah Syariah Negeri Pahang dengan
rasminya terpisah daripada pentadbiran JAIP. Dan bermulalah sejarah baru bagi
Kerajaan Negeri Pahang.

Anda mungkin juga menyukai