Anda di halaman 1dari 4

pengaruh seni bina yang terdapat pada Bangunan Suluh Budiman dan fungsi setiap

elemen yang terdapat pada Bangunan Suluh Budiman. Selain itu, isu lain yang
menjadi permasalahan kajian ialah pengkaji ingin memartabatkan Bangunan Suluh
Budiman dengan menyingkap sejarah pengasasan dan perkembangan UPSI yang
bermula daripada SITC. Pada masa yang sama, isu berkaitan dengan kepentingan
dan usaha-usaha yang dilakukan dalam memulihara dan mengekalkan Bangunan
Suluh Budiman melalui aktiviti konservasi juga dibincangkan.
Di dalam bab satu ini juga, pengkaji menghuraikan tentang kepentingan
kajian ini yang membawa kebaikan kepada umum iaitu pihak kerajaan dan
masyarakat dan khusus kepada pihak universiti dan mahasiswa. Kepentingan kajian
ini dihubungkaitkan dengan objektif kajian yang menjadi tujuan kajian ini dijalankan.
Selain itu, melalui bab ini juga pengkaji menerangkan cara menjalankan kajian
melalui metodologi kajian. Bagi mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji
mendapatkan sumber-sumber kajian daripada sumber primer seperti menemubual
responden dan sumber sekunder melalui pembacaan bahan-bahan ilmiah.
Dalam bab dua, teori kajian yang menjadi sandaran kepada kajian
dihuraikan dengan lebih terperinci. Teori Fungsional yang didukung oleh Talcott
Parsons dan Teori Organik yang dicipta oleh Frank Llyod Wright digunakan dalam
menganalisis elemen-elemen pada Bangunan Suluh Budiman. Terdapat enam
prinsip yang terdapat dalam Teori Organik dihuraikan dengan membuat kritikan
kepada Bangunan Suluh Budiman. Manakala fungsi setiap elemen-elemen pada
Bangunan Suluh Budiman dianalisis menggunakan Teori Fungsional.
Dalam bab tiga, kajian lebih mendalam dilakukan berkaitan dengan sejarah
pengasasan dan perkembangan Sultan Idris Training College sehingga kepada
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Melalui kajian dalam bab tiga, sejarah
pembukaan Tanjong Malim dapat diketahui dengan lebih mendalam. Selain itu,

perkembangan pendidikan semasa zaman kolonial British dahulu turut dibincangkan


dan melihat kepada tujuan SITC dibina untuk pembangunan pendidikan bagi orang
Melayu. melalui bab ini juga, pengkaji menceritakan berkaitan landskap pertama
yang menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku pada tahun 1922 yang
merupakan tahun bermulanya SITC. Tokoh-tokoh yang banyak menyumbang jasa
dan bakti kepada SITC sehinggalah UPSI turut dibincangkan dalam bab ini. Tokohtokoh ini dilihat menjadi tonggak meningkatkan imej UPSI di mata dunia.
Dalam bab empat, kajian lebih menyentuh kepada seni bina Bangunan
Suluh Budiman. Pengaruh-pengaruh kolonial British yang terdapat pada Bangunan
Suluh Budiman dihuraikan berdasarkan pemerhatian dan perbincangan yang
dilakukan bersama Encik Fuad bin Eshak yang merupakan arkitek di Jabatan
Pengurusan Pembangunan dan Harta benda UPSI. Selain itu, penyesuaian seni
bina kolonial terhadap iklim tempatan dibincangkan secara ringkas. Kedudukan
Bangunan Suluh Budiman yang terletak di kedudukan yang strategik berlatar
belakang Banjaran Titiwangsa menjadi satu tarikan kepada sesiapa sahaja yang
melihatnya. Melalui bab ini juga, setiap sudut pandangan bangunan dianalisis dan
dikaji melalui pemerhatian yang dijalankan berbekalkan kepada pelan yang
didapatkan daripada Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda UPSI.
Dalam bab lima pula, hasil kajian lebih menjurus kepada kepentingan
konservasi dilakukan kepada Bangunan Kolonial di Malaysia. Konservasi adalah
amat perlu dilakukan terhadap bangunan-bangunan lama kerana mempunyai nilai
yang tinggi daripada aspek pensejarahan dan nilai ekonomi. Pembangunan melalui
konsep konservasi ini juga mampu menjana pendapatan ekonomi yang tinggi
kepada negara dalam sektor pelancongan. Pada masa yang sama, bab lima
membincangkan tentang kepentingan Bangunan Suluh Budiman dikonservasikan
yang bertujuan untuk menjadikan sebagai Muzium Pendidikan Nasional. Selain itu,
langkah-langkah untuk mengkonservasikan Bangunan Suluh Budiman dibincangkan

berdasarkan Laporan Akhir Konservasi yang dibentangkan Prof. Madya. Dr. Siti
Norlizaiha Harun yang merupakan konservator bangunan.
Cadangan.
Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, didapati bahan-bahan rujukan khusus
berkaitan dengan Bangunan Suluh Budiman sama ada dari segi sejarah, elemenelemen yang terdapat dalam bangunan dan pengaruh kolonial yang terdapat pada
Bangunan Suluh Budiman tidak ada lagi. Justeru, pengkaji ingin menyarankan
kepada pihak pengurusan universiti supaya menerbitkan sebuah buku khas yang
hanya membincangkan berkaitan dengan aspek sejarah pembinaan, fungsi
Bangunan Suluh Budiman yang dahulu sehingga sekarang, tokoh-tokoh yang
terlibat dalam pengasasan bangunan, elemen-elemen yang terdapat pada
bangunan, pengaruh seni bina kolonial dan kisah-kisah sejarah ataupun misteri
yang seringkali dikaitkan dengan Bangunan Suluh Budiman. Berdasarkan daripada
penghasilan buku ini nanti, dilihat dapat memberikan banyak manfaat kepada pihak
universiti khususnya kerana dapat meningkatkan imej sebagai sebuah institusi
pendidikan yang melahirkan guru untuk kepentingan nasional. Selain itu, melalui
penghasilan buku ini nanti akan dapat meluaskan pengetahuan masyarakat tentang
pentingnya pendidikan dalam membangunkan bangsa dan negara.
Selain itu, hasil kajian mendapati sumber untuk mengetahui langkah-langkah
menkonservasikan Bangunan Suluh Budiman juga adalah terhad. Hanya satu
sumber sahaja yang terdapat dalam memberikan penerangan berkaitan dengan
konservasi Bangunan Suluh Budiman iaitu berdasarkan Laporan Akhir Cadangan
Kerja-kerja Konservasi Bangunan Suluh Budiman. Seharusnya, Bangunan Suluh
Budiman yang telah diiktiraf menjadi Muzium Pendidikan Nasional perlu mempunyai
pendokumentasian dalam bentuk bahan ilmiah yang lain seperti buku, kajian tesis
dan sebagainya. Melalui cara ini, dapat memberikan pengetahuan kepada

masyarakat

tentang

kepentingan

konservasi

terhadap

bangunan-bangunan

bersejarah.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji melihat potensi dalam
menjana ekonomi kepada universiti dalam menjadikan imej mana-mana bahagian
dalam Bangunan Suluh Budiman sebagai mercu tanda yang boleh diletakkan pada
cenderahati seperti pakaian kemeja T, rantai kunci (key chain), mug, payung dan
lain-lain. Hal ini disebabkan Bangunan Suluh Budiman mempunyai reka bentuk
bangunan yang tidak ada di tempat lain yang menjadikan keunikan dan nilai
kebitaraan yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai