Anda di halaman 1dari 7

Alat-alat Pengukura

Merujuk kepada rajah di atas, nyatakan pensel yang manakah yang lebih
panjang. Kemudian, pastikan semula jawapan anda dengan mengukur panjang
setiap pensel itu menggunakan pembaris.
Apa yang boleh dipelajari daripada keadaan di atas? Sesuatu objek itu boleh
kelihatan menjadi lebih panjang atau lebih pendek daripada keadaan
sebenarnya.
Kita perlu menggunakan alat-alat pengukur yang sesuai untuk
mengukur kuantiti seperti panjang dengan lebih tepat. Penggunaan teknikteknik yang betul juga penting dalam mendapatkan bacaan yang tepat.
Pengukuran panjang (Measurement of length)
Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang
sesuatu objek itu diukur dengan menggunakan pembaris meter.
Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100
sentimeter (cm). Setiap sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm).
Jadi, panjang pembaris meter tersebut adalah juga bersamaan dengan 1000
millimeter (mm).
1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan.

Mengukur panjang lengkung (curve).

Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya
menggunakan pembaris. Angkup (calipers) digunakan untuk mengukur
diameter
sesbuah
objek
dengan
lebih
tepat.
Terdapat

dua

jenis

angkup,

iaitu

angkup luar (external

calipers)

danangkup dalam (internal calipers). Kedua-dua angkup tersebut


digunakan untuk mengukur diameter luaran dan dalaman sesebuah objek.

Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)


Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir
permukaan tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square
metres, m2).
Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square
kilometres, km2). Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam
unit sentimeter persegi (square centimetres, cm 2) dan milimeter persegi
(square millimetres, mm2).
1 cm2 = 100 mm2
1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2
Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Menganggar luas permukaan daun

Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas


kertas graf. Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm2.

Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai


A, manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2
cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B.

Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira


anggaran luas permukaan daun tersebut.

Contoh:

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12


Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm2
Luas permukaan daun = 12 cm2 = 12 cm2
Pengukuran isipadu (Measurement of volume)
Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi
oleh objek tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3).
Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm 3), sentimeter padu
(cm3), mililiter ( l ) dan liter ( l ).
Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm 3) dan meter padu
(m3).
1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml
Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder
penyukat.

Pipet & buret

Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke


bawah.

Ralat parallax (Parallax error)

Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil
bacaan. Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

Anda mungkin juga menyukai