Anda di halaman 1dari 4

Alat-alat Pengukuran

Pengukuran panjang (Measurement of length)

Panjang (length) adalah jarak antara dua titik. Di dalam makmal sains, panjang sesuatu
objek itu diukur dengan menggunakan pembaris meter.

Panjang pembaris meter (metre ruler) ialah satu meter (m) atau 100 sentimeter (cm).
Mengukur diameter 'luaran' sebuah bikar.
Setiap sentimeter dibahagikan kepada 10 millimeter (mm). Jadi, panjang pembaris meter
tersebut adalah juga bersamaan dengan 1000 millimeter (mm).

1 cm = 10 mm
1 m = 100 cm = 1000 mm
1 km = 1000 m

Mengukur diameter 'dalaman' sebuah bikar.

Pengukuran luas kawasan (Measurement of area)

Luas (area) sesebuah permukaan adalah luas kawasan di antara pinggir-pinggir


permukaan tersebut. Unit SI untuk luas adalah meter persegi (square metres, m2).

Kedudukan mata yang betul ketika mengambil bacaan. Luas dalam skala yang besar boleh diukur sebagai kilometer persegi (square kilometres,
km2). Manakala luas dalam skala yang kecil pula boleh diukur dalam unit sentimeter
persegi (square centimetres, cm2) dan milimeter persegi (square millimetres, mm2).

1 cm2 = 100 mm2


1 m2 = 10 000 cm2
1 km2 = 1 000 000 m2

Menganggarkan luas kawasan yang berbentuk sekata dan tidak sekata.

Mengukur panjang lengkung (curve).

Diameter sesebuah objek tidak dapat diukur dengan tepat jika hanya menggunakan
pembaris. Angkup (calipers) digunakan untuk mengukur diameter sesbuah objek dengan
lebih tepat.

Terdapat dua jenis angkup, iaitu angkup luar (external calipers) danangkup Menganggar luas permukaan daun
dalam (internal calipers). Kedua-dua angkup tersebut digunakan untuk mengukur
diameter luaran dan dalaman sesebuah objek. Merujuk kepada rajah di atas, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf.
Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm2.

1
Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A,
manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat
sama", ditandakan sebagai B.

Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira Miniskus (miniscus) merkuri melengkung ke atas, manakala miniskus air melengkung ke
anggaran luas permukaan daun tersebut. bawah.
Contoh:

Ralat parallax (Parallax error)

Bilangan tanda dalam kertas graf = 12


Luas 1 segiempat sama (persegi) = 1 cm2
Luas permukaan daun = 12 cm2 = 12 cm2

Pengukuran isipadu (Measurement of volume)

Isipadu (volume) sesuatu objek adalah ruang yang boleh diisi atau dikandungi oleh objek Kedudukan mata mestilah sama aras dengan miniscus cecair ketika mengambil bacaan.
tersebut. Unit SI bagi isipadu adalah meter padu (cubic metres, m3). Kedudukan mata yang salah akan menyebabkan ralat parallax.

Isipadu juga boleh disukat dengan milimeter padu (mm3), sentimeter padu (cm3), mililiter
( l ) dan liter ( l ).

Isipadu pepejal (solids) diukur dalam sentimeter padu (cm3) dan meter padu (m3).

1 ml = 1 cm3
1 l = 1000 cm3 = 1000 ml
1 m3 = 1 000 000 cm3 = 1 000 000 ml

Mengukur isipadu cecair menggunakan pipet, buret dan silinder penyukat.

Pipet & buret

2
Berat & Jisim Menyukat jisim
Neraca tiga palang / neraca tuas / neraca elektronik (triple beam balance / lever
1. Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). balance / elektronic balance) digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu
Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. objek. Jisim sesuatu objek itu adalah sama seperti 'jisim standard' (standard
2. Dengan sebab itu, berat dan jisim sering dianggap sebagai sama. Walau mass) yang diperlukan untuk mengimbangi objek tersebut. Sukatan neraca untuk
bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan dua kuantiti yangberlainan.
jisim tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti (Jisim objek adalah sentiasa tetap).
3. Unit sukatan berat dan jisim ialah;

Berat - Newton / N
Jisim - kilogram / kg
4. Berat sesuatu objek adalah tarikan graviti bumi pada objek tersebut.
Manakala, jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek
tersebut.
5. Dengan sebab itu, kita perlu menggunakan penimbang / neraca yang berbeza
untuk mengukur berat dan jisim sesuatu objek.

Menyukat berat Neraca tiga palang/alur (Triple beam balance)

6. Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca
mampatan (spring balance / compression balance). Ini adalah kerana tarikan
graviti bumi bertindak memanjangkan spring.

Neraca tuas (Lever balance)

Neraca spring Neraca mampatan

3
Kepentingan Unit Piawai (Standard Units) e. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit
yang berbeza, seperti penukaran unit.
1. Penggunaan unit piawai (standard units) dalam pengukuran boleh
memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.
2. Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya
harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu adalah;
barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia
akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut. a. Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam
3. Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, pengukuran.
sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'. b. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah
4. Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan
pengangkutan.
sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.
5. Pelbagai unit pengukuran yang digunakan diseluruh dunia; c. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan

Pengukuran Unit

Panjang Inci, kaki, ela, rantai, batu meter, kilometer

Luas Inci persegi, kaki persegi, ela persegi, ekar

Isipadu Inci padu, kaki padu, ela padu, gelen

Jisim / berat Paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram, tan, pikul

6. Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:


a. untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang
berbeza supaya lebih selaras.
b. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan
kurang mengelirukan.
c. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza
d. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza
menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan.

Anda mungkin juga menyukai