Anda di halaman 1dari 2

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School

Wong May Kei (17 tahun)


Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari peranannya
dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan menjadi lebih
matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai media melahirkan
emosi,

perasaan,

respon

terhadap

sesuatu

dan

penyataan

fikirannya.

Mula

mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni.


Adik Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subjek pendidikan seni di
sekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan pemandangan
alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yang

digunakan

memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkan cukup realistik dan
mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air.
Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna yang harmoni dengan alam
semulajadi.
Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan
pemandangan alam semula jadi. Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui
susunan air dan angsa putih yang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang
hadapan diikuti oleh rumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga
konsep ruang, kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui
catan ini. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak mula menjadikan media warna yang terang

sebagai satu estetika dalam karya mereka. Selain daripada itu, hasil karya pada peringkat
ini juga mampu menandingi karya dewasa sekiranya bakat dan kesungguhan dalam bidah
seni visual ini di berikan kepada individu ini.
Pada pendapat saya, individu pada peringkat ini mampu mencapai tahap kemahiran
yang tinggi dalam menghasilkan karya kerana mereka membuat perkaitan dengan
pengalaman sedia ada mereka dan ilmu yang diperolehi secara formal. Jika dibandingkan
dengan karya atau hasil lukisan pada peringkat preschematic (4-7 tahun) dari segi
kemahiran psikomotor, peringkat ini jauh lebih menguasai kemahiran psikomotor kerana
pengalaman yang telah mereka lalui serta latihan.

Anda mungkin juga menyukai