Anda di halaman 1dari 3

KKP Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Konsep 5P di dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian. Kelima lima elemen adalah sangat penting dan
amat di tekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menyeronokkan. Di
dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1
sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakan
tugas dan juga memastikan murid murid terus bertambah mahir dan sekaligus
menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.
Penggabungjalinan adalah bertujuan untuk menbantu guru memastikan murid
menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini juga
membolehkan guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih
menarik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui
penggabungjalinan juga, guru boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti dan
melibatkan lebih ramai pelajar. Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu
mempunyai pelbagai bentuk,antaranya adalah pengabungjalinan sekurang- kurangnya
dua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata pelajaran yang
lain. Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi isi penting
yang terkandung di dalam teks tersebut.
Penyerapan pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum
di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di mana
ilmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah di
serapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapan
adalah seperti penyerapan isi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu,penyerapan nilai nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat
Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yang
terakhir

sekali

penyerapan

kemahiran

bernilai

tambah

seperti

kemahiran

berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan,kemahiran teknologi dan


komunikasi,kecerdasan pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan di

KKP Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

lakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid murid secara tidak
langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh penyerapan adalah
seperti semasa aktiviti membaca teks mengenai anatomi serangga , guru pasti akan
meletakkan beberapa istilah sains ke dalam teks tersebut untuk di serapkan ke dalam
minda pelajar.
Pengayaan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada
golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah
menguasai kemahiran asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan
boleh di lakukan sama ada di luar atau di dalam kelas. Aktiviti pengayaan juga
mengandungi

unsur

unsur seperti

meluaskan

dan

memperkukuhkan

ilmu

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang sedang di pelajari. Aktiviti pengayaan


adalah

berbentuk

bebas

untuk

memberi

peluang

kepada

pelajar

untuk

memperkembangkan minat,kreativiti,sikap ingin tahu,sikap berdikari,bakat kepimpinan


serta melatih murid membuat keputusan untuk diri,masyarakat dan kumpulan. Contoh
aktiviti pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan menggunakan
perkataan perkataan yang di sediakan.
Pemulihan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada
golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang lemah dan lembab.
Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid memperbaiki kelemahan
mereka di dalam pembelajaran,khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu
aktiviti yang boleh di lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih
khusus. Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam
petikan dengan menggunakan perkataan perkataan yang disediakan.
Yang terakhir sekali adalah penilaian iaitu proses yang

sistematik yang

digunakan untuk mendapatkan maklumat yang penting bagi menilai tahap pencapaian
dan prestasi murid.

Ianya juga bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif

pengajaran dan pembelajaran yang di rancang guru tercapai. Penilaian juga di anggap
sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran kerana penilaian
boleh dilakukan oleh seseorang guru semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Bagi memastikan maklumat perkembangan prestasi dan pencapaian

KKP Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

murid sentiasa dapat di pantau,penilaian haruslah di lakukan secara berterusan.


Terdapat 2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara
formatif dan sumatif. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru boleh memastikan
jenis tindakan susulan sama ada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada
pelajar bersesuaian berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai