Anda di halaman 1dari 26

Saya menerima hadiah istimewa, yang diletakkannya secara 'rahsia' di bilik pejabat;

tanpa nama dan tanpa sebarang nota catatan. Hadiah istimewa yang merupakan
buku mengenai Rahsia khusyu' di dalam solat.

Puluhan tahun saya mendirikan solat dalam keadaan yang 'jarang bersedia'; litupan
hati yang saban tersadung dengan lintasan dan fikiran sesuatu yang tidak
sepatutnya difikirkan.Di tambah terkadang, tatkala solat yang didirkan dalam
keadaan penat mengharung ujian, letih melayan tugasan wajib untuk dilakukan atau
juga apabila sendi-sendi kesakitan.

Ungkapan berulang yang saya dengar dari ayat kedua surah Al Mukminun,
menusuk-nusuk sayu ke dalam hati...Allahu akbar, solat saya yang kebanyakkannya
masih tidak khusyu' sepenuhnya.... saya yang masih 'timbul tenggelam' dalam
menterjemahkan sesungguhnya secara nyata solat yang khusyu'..

Apabila disuakan tentang makna kebahagiaan, tanggapan norma yang biasa saya
cerap hanyalah pada deretan yang berupa kebahagiaan yang diukur pada batas
material yang disenangi manusia sejagat secara umum... menerima anugerah,
hadiah, sesuatu yang diidam menjadi nyata, percutian ke tempat yang dianggap
'syurga', rumah indah gaya astana, deretan 'kuda-kuda' moden mahupun kenderaan
yang menjadi tatapan segenap mata...

Jarang sekali saya mendengar kisah atau menatap kebahagiaan individu yang diraut
dari solat yang penuh bahagia. Adapun...ianya wujud dalam rangka yang terkadang
dianggap mitos oleh majoriti muslim 'average' seperti saya. Sering disuakan dengan
kisah sahabat di zaman Nabi yang diceritakan kakinya dipotong (saya tidak pasti
kisah ini sahih atau sebaliknya) untuk rawatan tatkala solat lantaran khusyu' yang
begitu hebat...lalu siapalah kita yang hendak dibandingkan khusyu' yang
sedemikian?

Penjelasan berbelit serta tidak konsisten, menjadi hijab yang banyak menghalang
hati-hati yang ingin dekat kepada solat dan doa yang penuh khusyu'... ditakutkan
pula andai tersalah baca bakal mengundang padah mengundang sesuatu yang tidak
diinginkan..

Alhamdulillah..kesusahan mencari erti dan terjemahan khusyu' ditemukan Allah


kepada saya melalui nota "Perfecting your solat" oleh Ustaz Abdul Nasir Jangda.
Saya tidak pernah hadir ke kursus berkenaan, namun penjelasan mudah dari
instructor yang berkenaan, diizinkan Allah sampai jauh ke sudut hati untuk
memahami dan menterjemahkannya secara faham dalam solat-solat yang dihadiri.

Kunci khusyu' di dalam solat dan doa...ialah hati yang hadir penuh kerendahan
(menyedari dirinya sebagai hamba yang dicipta) terhadap Tuhan yang Maha
Penguasa yang menguasai segala-galanya...

http://thesinglemuslimah.wordpress.com/
1. Takbir
Solat itu dimulai dengan takbir Allahu Akbar. Selalunya ianya
diterjemahkan sebagai Allah Maha Besar. Namun, sebenarnya perkataan
akbar itu bermaksud lebih besar dari. Kalau kita ingin katakan Allah Maha
Besar, frasa yang sepatutnya digunakan ialah Allah al-Akbar. Jadi, dalam
bahasa Melayu, susunannya sebegini: kabir (besar), akbar (lebih besar
dari) dan al-akbar (maha besar).
Mengapa Allah tidak saja menyuruh kita melaungkan frasa Allah alakbar? Bukankah Dia sememangnya al-Akbar? Disinilah indahnya frasa
Allahu Akbar. Sememangnya Allah ingin mendidik minda kita yang Allah
itu lebih besar dari_______. Biar apapun yang manusia dapat fikirkan,
seagung dan sehebat mana pun perkara yang mampu difikirkan, Allah

tetap lebih besar dari segalanya. Dan dari situlah, manusia yang
mempunyai akal fikiran akan tunduk akur dan mencapai pengertian sendiri
yang Allah itu sememangnya Maha Besar.
Oleh itu, ada sebabnya mengapa frasa Allahu Akbar diletakkan sebagai
pembuka solat. Ianya supaya mendorong kita agar berfikir Allah lebih
besar dari kerjaku/anak-anakku/masalahku/perniagaanku/apa saja yang
telah kulakukan atau fikirkan sebelum aku berdiri menghadap
Penciptaku. Pendek kata, frasa itu bertindak sebagai pemisah dari alam
duniawi dan membuatkan kita fokus dalam perbualan kita dengan Allah.
Kerana itulah erti solat: perbualan dua hala antara kita dengan Ya Rabb
(Pemilik, Penjaga, Yang sentiasa memberi dan memerhati)

***

2. Doa Iftitah
Shaykh Abdul Nasir berkongsi 3 doa iftitah dari sumber hadis yang lebih
kerap dibaca. Namun saya hanya akan berkongsi 1 doa yang lebih dikenali
oleh pengikut madhab Syafii (rahimullah).

Wajahtu wajhiya lilladzi fathorassamaawati wal-ardh, hanifan, wa maa


anaa minal musyrikin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii
lillahi rabbil alamiin. Laa syarikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal
muslimiin.

Wajahtu wajhiya - Kata dasar atau akar kedua perkataan ini


ialah wajh yakni bermaksud muka atau wajah. Digunakan
bersama, wajahtu wajhiya, ianya seakan peribahasa yang bermaksud Aku
berpaling dengan penuh ikhlas / Aku berdedikasi sepenuhnya
Lilladzi fathorassamaawati wal-ardh Li bermaksud
kepada. Alladzi bermaksud dia yang. Fathorapula bermaksud yang
memulakan atau mengadakan. Perkataan untuk cipta ialah khalaq, jadi
fathora bukannya mencipta kerana ia membawa maksud memulakan atau
menjadikan sesuatu yang tiada dasarnya. Assamaawati wal
ardh bermaksud langit dan bumi.
Hanifan Kata dasar hanif, bermaksud fokus, atau tidak pandang kiri atau
kanan, tidak terganggu, terus memandang ke hadapan.
Wa maa anaa minal musyrikin Wa ialah dan, maa di sini bermaksud tidak
langsung, tidak sekali-kali,anaa minal musyrikin ialah aku dari golongan
orang yang musyrik (musyrik bermaksud menyekutukan perkara-perkara
lain dengan sesuatu yang sepatutnya hanya satu yakni di sini membawa
erti menyekutukan Allah)
Inna solaatii Sesungguhnya, solatku
Wanusukii Kata dasar nasika bermaksud alat-alat yang digunakkan
untuk membentuk emas. Dalam erti kata nusukii bermaksud perkaraperkara yang seseorang lalui yang membentuk keperibadian yakni
pengorbanan.
Wamahyaaya Kata dasar hayat, pengertiannya bermaksud
kehidupan; contoh dalam azan hayya ala solah bina kehidupanmu
keliling solat yakni apa-apapun yang kita lakukan dalam seharian, harus
mengambil kira solat dahulu.
Wamamaatii - Kata dasar maut, pengertiannya bermaksud kematian.
Lillahi rabbil alamiin bermaksud untuk Allah, Rabb sekalian alam.
Laa syarikalahu Tidak ada langsung sekutu (syarik) untukNya (yakni
Allah).

Wa bidzaalika umirtu Bi (atau huruf ba) menunjukkan erti


berdasarkan. Dzaalika pula bermaksud itu. Umirtu apa yang telah
disuruh atau diarah.
Wa anaa minal muslimiin Anaa diriku, minal muslimin bermaksud dari
golongan orang-orang yang telah tunduk dengan aman yakni tunduk pada
suruhanNya dengan sepenuh hati.

Wajahtu wajhiya lilladzi fathorassamaawati wal-ardh, hanifan, wa


maa anaa minal musyrikin. Inna solaatii wanusukii wamahyaaya
wamamaatii lillahi rabbil alamiin. Laa syarikalahu wa bidzaalika
umirtu wa anaa minal muslimiin.
Aku berpaling sepenuhnya kepada Dia yang memulakan dari ketiadaan
langit dan bumi, dan aku fokus, tidak terganggu, dan tidak sekali-kali aku
dari golongan orang-orang yang musyrik (yakni menyekutukan Allah).
Sesungguhnya solatku, pengorbananku, kehidupanku dan kematianku
ialah untuk Allah, Rabb sekalian alam. Tidak ada langsung sekalipun
sekutu bagiNya; berdasarkan kenyataan itulah aku mengikuti apa yang
telah diarah. Dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim yakni
telah tunduk dengan aman pada suruhanNya.

***

3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran ini di
setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan lebih terperinci
maksudnya)

Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim Bismillahirrahmaanirrahim


Alhamdulillahi rabbil alamiin. Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyya
kanabudu wa iyya kanastaiin. Ihdinassraathol mustaqiim.
Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi alaihim,
waladdholiin. Amin.

Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim
Auudzu aku bersungguh-sungguh mengambil perlindungan
billahi dengan Allah
min as-syaithooni dari shaitaan
ar-rajiim yang dibuang seperti sampah
Terjemahan: Aku bersungguh-sungguh mengambil perlindungan
dengan Allah dari shaitaan yang tersimpang jauh dari kebaikan
dan telah dibuang jauh seperti sampah.
Auudzu mengambarkan seseorang itu dalam keadaan yang amat
terdesak. Shaitaan adalah musuh utama kita sebagai manusia tetapi
ramai di antara kita bersikap sambil lewa. Oleh itu, kesedaran harus ada
dan oleh sebab itu Allah berpesan kepada kita agar mengambil
perlindungan denganNya setiap kali membaca ayat-ayat Al-Quran.
Shaitaan berasal dari kata dasar yang menunjukkan sesuatu yang jauh
tersimpang dari perkara-perkara baik, sementara ar-rajiim membawa
makna tidak dipedulikan, dibuang jauh.

///
Bismillahirrahmaanirrahim
Terjemahan: Dengan nama Allah Yang Maha Teramat Mengasihi,
Yang Maha Khusus Mengasihi

///
Alhamdulillahi rabbil alamiin.
Al - segala
Hamd pujian dan terima kasih/syukur
Lillahi untuk Allah
Rabb Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara
Alamiin sekalian alam dan isinya
Terjemahan: Segala pujian dan terima kasih/syukur hanyalah untuk
Allah, Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara sekalian alam
dan isinya.
Di dalam konteks ayat ini, frasa segala pujian dan terima kasih bermakna
samada seseorang itu percaya atau tidak pada Allah, ianya tidak
sedikitpun membuat keagungan dan kebesaran Allah mengurang kerana
sudah semestinya segala pujian dan terima kasih adalah milikNya.
Perkataan hamd yang Allah gunakan menunjukkan dua aspek yakni
pujian dan syukur, kerana sesuatu mungkin dipuji tapi tidak disyukuri
(contoh kita memuji kecantikkan sebuah kereta tapi kita tidak
mensyukurinya) dan mungkin juga sesuatu tidak dipuji tetapi tetap kita
berterima kasih akannya (contoh Nabi Musa a.s. berterima kasih pada

Firaun kerana membesarkannya tapi dia tidak sekali-kali memuji sikap


Firaun).
Al-Fatihah merupakan surah pembuka Al-Quran. Ianya bertindak sebagai
pengenalan kepada si pembaca. Lalu ayat pertama ini bertujuan
mengenalkan pembaca kepada siapa penulis kitab ini, yakni, Allah. Dan
siapakah Allah? Dia adalah Rabb - Tuhan, Pemilik, Penjaga, Pemberi,
Pemelihara dan kekuasannya melingkungi sekalian alam iaitu alam
manusia, alam jin dan alam-alam ghaib yang tidak kita ketahui dan setiap
ciptaan di dalamnya. Istilah Rabb juga menandakan bahawa Dia lah yang
berkuasa atas segalanya, maka setiap ciptaan adalah hambaNya (abd).

///
Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin.
Ar-rahmaan Yang Maha Teramat Mengasihi, tiada batasan dan secara
amnya
Ar-rahiim Yang Maha Khusus Mengasihi, sentiasa, tidak putus
Maalik Pemilik mutlak
Yaumiddiin hari pembalasan
Terjemahan: Yang Maha Teramat Mengasihi, kasihNya membuakbuak,Yang Maha Khusus Mengasihi, tidak pernah putus. (Dia juga)
pemilik mutlak hari pembalasan.
Setelah mengenalkan diriNya sebagai Allah, Rabbul alamiin, seseorang
yang faham akan maksud ayat itu sepatutnya berfikiran, aku adalah
seorang hamba (abd). Namun bukankah erti hamba itu berunsur negatif?
Lihat saja sejarah manusia yang miskin atau yang berlainan warna kulit
ditindas dan dijadikan hamba abdi. Subhanallah, Allah mengetahui sangat
istilah hamba yang berbaur negatif ini; bukankah selalunya tuan besar

seseorang hamba selalunya dianggap zalim dan tidak berperikemanusian?


Oleh itu sejurus selepas mengenalkan diriNya sebagai Rabb atau
Tuhan/Tuan Besar/Pemilik, Dia terus mengingati kita akan zat-zatNya yang
unggul yakni Dia seorang Pengasih, sekaligus menyangkal sebarang
sangkaan buruk terhadapNya.
Para ulama tafseer berkata sifat Ar-Rahmaan ialah untuk sekalian alam,
dimana walaupun seseorang itu musyrik atau kafir atau zalim, Allah tetap
memberinya rizq. Ini kerana Allah sayang pada setiap ciptaanNya
walaupun ada yang tidak menyayangiNya. Sifat ini juga lebih terserlah
untuk penghuni-penghuni sekalian alam sebelum tibanya hari kiamat.
Sementara sifat Ar-Rahiim pula khusus bagi para Muslimin dan Mukminin,
yakni orang-orang yang benar-benar yakin Allah hanya satu tanpa
sebarang sekutu. Sifat ini juga akan menyerlah pada hari kiamat, apabila
Allah akan melebihkan kita yang mukmin, sesuai dengan janjiNya di dalam
Al-Quran.
Namun, walaupun Allah mengatakan diriNya Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim,
ini tidak bermaksud kita boleh bersikap sambil lewa. Allah kembali tegas
dan mengingati kita yang walaupun Dia Yang Maha dan Amat Pengasih,
namun Dia juga tetap pemilik hari pembalasan. Jadi sesiapa yang
bersalah, walaupun mungkin Allah tidak menghukumnya di dunia, tetapi
Allah boleh saja menghukumnya pada hari pembalasan. Allah adalah Maha
Adil; mana mungkin pesalah dibiarkan, melainkan mereka sempat
bertaubat dan cuba untuk merubah diri mereka semasa masih hidup.
Harus diingat, setiap manusia akan melakukan kesalahan dan kadang kala
kita akan terpesong dari jalan yang benar, jadi kita harus sentiasa ingat
yang Allah boleh menghukum kita lalu segeralah kita bertaubat dan minta
keampunanNya sebelum terlewat.

***

Disini, nota-nota diambil dari dars Ustad Nouman Ali Khan.

3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran ini di
setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan lebih terperinci
maksudnya)
///
Iyyaka nabudu wa iyyaka nastaiin.
Iyyaka hanya Engkau
Nabudu kami sembah / patuh / mengabdikan diri
Wa dan
Iyyaka hanya Engkau
Nastaiin kami memohon pertolongan
Terjemahan: Hanya Engkau kami sembah dan mengabdikan diri dan
hanya Engkau kami memohon pertolongan.
Sepatutnya susunan ayat dalam bahasa Arab sebegini: Nabudu iyyaka
yang bermaksud kami menyembah hanya (pada) Engkau. Tapi Allah
menukar susunan ayat kerana hikmahnya ialah untuk menunjukkan
betapa penting dan ekslusifnya Allah kepada seseorang mukmin. Yakni,
dalam menyebut iyyaka dahulu menunjukkan kesungguhan yang tidak
dapat disangkal. Allah ingin mengajar kita bahawa hanya satu entiti yang

patut disembah dengan sesungguhnya tanpa ada ruang untuk yang lain
yakni Allah azza wa jalla.
Begitu juga dengan iyyaka nastaiin, menunjukkan kita hanya patut
meminta pertolongan dari Allah saja. Bantuan itu hanya akan datang
dengan izin Allah. Istilah nastaiin juga mengambarkan permintaan yang
seakan antara hidup dan mati yakni meminta dengan bersungguhsungguh sepertinya tiada siapa lagi yang dapat membantu.

///
Ihdinassraathol mustaqiim.
Ihdina (Ya Allah) Tunjukkanlah kami
As-siraath al-mustaqiim Jalan yang lurus yang mendaki
Terjemahan: (Ya Allah) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang
mendaki
Ihdina merupakan kata pinta, jadi pada siapa yang kita meminta? Tentu
sekali Allah, jadi setiap kali membaca ayat ini harus ingat kita meminta
padaNya. Sirath adalah jalan yang lurus, yang tiada bengkoknya, sehala
saja tujuannya. Sirath juga bermaksud jalan yang luas, yakni tiada tempat
untuk bersembunyi jadi senang diganggu (dan istilah gangguan disini
bermaksud shaitaan dan kuncu-kuncunya). Apabila bercakap tentang
Islam/agama (deen), Allah menggunakan perkataan sirath. Perkataan lain
yang menunjukkan erti jalan adalah sabil (fisabilillah) tetapi sabil
menggambarkan adanya liku-liku.
Al-mustaqiim pula membawa maksud hala tuju yang sukar, yang penuh
cabaran, yakni seperti mendaki gunung. Jalannya, biarpun lurus terus ke
puncak, sukar kerana ia tidak mendatar sebaliknya perlukan stamina

berterusan kerana semakin tinggi kita mendaki, semakin sukar bernafas,


penat, banyak cabaran, semakin bahaya dan sebagai. Subhanallah,
betapa indahnya pemilihan kata-kata dari Allah.

///
Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi alaihim,
waladdholiin.
Siraath Jalan lurus
Alladziina mereka
An amta - telah Engkau kurniakan nikmat
Alaihim di atas mereka
Ghairi bukannya
Al-maghdubi mereka yang menerima segala kemurkaan/kemarahan
Alaihim di atas mereka
Wa dan
Ad-dholiin mereka yang telah tersesat
Terjemahan: Jalan lurus (yang dilalui oleh) mereka yang telah
Engkau kurniakan nikmatMu di atas mereka dan bukannya (jalan
yang dilalui) mereka yang telah menerima segala kemurkaan (dari
Allah, malaikatNya, ciptaanNya yang beriman) di atas mereka dan
mereka yang telah tersesat.
Anamta ialah bentuk perkataan yang menunjukkan perkara ini telah
berlaku (yakni Allah telah). Ini bermakna jika kita berjalan di atas jalan
yang lurus dan benar, kita harus melihat kembali sejarah Islam dan
mempelajari contoh-contoh mukmin yang telah mendapat berita baik dari

Allah, seperti para-para nabi, Luqman, Khidir dan beberapa orang alim lain
yang disebut dalam Quran dan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
Kita tidak boleh fikir yang hanya kerana kita dilahirkan Muslim atau kita
sudah diberi hidayah untuk mendalami Islam, kita telah selamat. Kita
tetap manusia, tetap akan buat kesilapan, dan kalau kita alpa dan tidak
sentiasa muhasabbah diri, kita mungkin akan jadi di kalangan orang-orang
yang mendapat kemurkaan/kemarahan (al-maghdubi) atau kita mungkin
akan tersesat (yakni jauh dari Quran dan sunnah).
***

3. Al-Fatihah (tidak sah solat tanpa membaca Surah Ummul Quran ini di
setiap rakaat jadi sudah seharusnya kita ketahui dengan lebih terperinci
maksudnya)

Auudzubillahi minassyaithoonirrajiim Bismillahirrahmaanirrahim


Alhamdulillahi rabbil alamiin. Arrahmaanirrahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyya
kanabudu wa iyya kanastaiin. Ihdinassraathol mustaqiim.
Sraatholladziina an amta alaihim, ghairil maghdhubi alaihim,
waladdholiin. Amin.

Aku bersungguh-sungguh mengambil perlindungan dengan Allah dari


shaitaan yang tersimpang jauh dari kebaikan dan telah dibuang jauh

seperti sampah Dengan nama Allah Yang Maha Teramat Mengasihi, Yang
Maha Khusus Mengasihi
Segala pujian dan terima kasih/syukur hanyalah untuk Allah, Tuhan,
Pemilik, Penjaga, Pemberi, Pemelihara sekalian alam dan isinya. Yang
Maha Teramat Mengasihi, kasihNya membuak-buak,Yang Maha Khusus
Mengasihi, tidak pernah putus. (Dia juga) pemilik mutlak hari
pembalasan. Hanya Engkau kami sembah dan mengabdikan diri dan
hanya Engkau kami memohon pertolongan. (Ya Allah) Tunjukkanlah kami
jalan yang lurus yang mendaki. Jalan lurus (yang dilalui oleh) mereka yang
telah Engkau kurniakan nikmatMu di atas mereka dan bukannya (jalan
yang dilalui) mereka yang telah menerima segala kemurkaan (dari Allah,
malaikatNya, ciptaanNya yang beriman) di atas mereka dan mereka yang
telah tersesat.

Terdapat hadis Qudsi dimana Allah berkata bahawa Dia telah


membahagikan Al-Fatihah sama rata antara Dia dan kita hambaNya.
3 ayat pertama adalah untukNya, dimana kita membesaran dan
mengagungkan Rabb kita. Kemudian kita berkata/berjanji padaNya
hanya Engkau kami sembah/abdikan diri
Dan apabila kita menyeru padaNya dan hanya Engkau kami mohon
pertolongan, lalu Allah berkata apa saja hambaKu pinta, Aku akan
tunaikan.
Dan sudah semestinya, apa yang patut dan harus kita pinta terutamanya?
Hidayah, untuk menuju dan melangkah di atas jalan yang benar, kerana di
akhir jalan itu yang menanti kita adalah keredhaan Allah, kemaafanNya,
wajahNya dan jannahNya. Oleh itu ayat 3 terakhir adalah sebenarnya doa

utama kita untuk Allah, dan mudah-mudahan Allah menerima doa kita dan
mengampunkan dosa-dosa kita, amin.
***

4. Takbir

Allahu Akbar
Kalau pada awalnya takbir merupakan pembuka solat, di sini kegunaan
takbir ialah untuk membuat kita kembali fokus. Kerana setelah membaca
doa iftitah, al-Fatihah dan surah pilihan, minda kita kemungkinan akan
mula merayau.
Lalu takbir ditempatkan di setiap penukaran posisi (rukuk, sujud, dll)
sebagai peringatan agar kita kembali fokus kepada Allah dan solat kita
pabila minda kita mula mengingati dunia dan benda-benda lain.
***

5. Ruku / Rukuk (termaksud berdiri dari ruku)

Subhaana rabbiyyal azhiim (3x)


Subhaana Betapa sepenuhnya/tiada tandingan sempurnanya
Rabbiya Rabbku
Al-adzhim Yang Maha sentiasa kuat, sentiasa dapat diharapkan
Terjemahan: Betapa tiada tandingan sempurnanya Rabbku Yang
Maha sentiasa kuat/dapat diharapkan.
Subhaana menunjukkan kesempurnaan Allah yang tiada bandingannya.
Kesempurnaan itu hanya milikNya dan sifatNya, oleh itu tiada apa dalam
ciptaan yang boleh menandinginya.
Istilah rabb sila rujuk pada topik tentang Al-Fatihah.
azhim berasal dari kata dasar azhuma yang bermaksud kuat, teguh.
Pernahkah kita terfikir tentang posisi kita dalam rukuk? Kita sebenarnya
dalam keadaan goyah sewaktu rukuk; kita boleh senang ditumbangkan
jika seseorang melanggar kita. Jadi di posisi ini, Allah mengingatkan kita
yang kita sebenarnya tidak ada daya kekuatan sendiri; kita mengharapkan
belas Allah yang bersifat Al-azhiim. Allah yang memberi kudrat tenaga
pada kita apabila kita berdiri tegak dan melakukan pekerjaan, dan Dia
jugalah yang memberi kekuatan mental dan jiwa apabila kita menghadapi
sebarang masalah dalam hidup.
///
Di posisi ruku dan sujud, kita boleh juga menambah beberapa dhikr/zikir
yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Disini, hanya satu contoh yang
akan dikongsikan.
Subbuhun quddusun rabbul malaaikati warruuhi

Subbuhun Sentiasa sempurna, tidak akan pernah ada cacat cela


Quddusun Sentiasa suci, terpelihara
Rabb Tuhan
Al-malaaikati sekalian malaikat
Wa dan
Ar-ruuh Sang Ruh (disini, bermakna malaikat Jibril a.s.)
Terjemahan: Sentiasa sempurna, sentiasa suci, Rabb sekalian
malaikat dan Jibril.
Subbuhan dan subhaana adalah dari akar kata yang sama. Quddus pula
membawa pengertian kesucian yang tidak boleh dicemar. Seharusnya
seorang Muslim peka dengan sifat Allah yang Al-Quddus. Allah itu Maha
Agung, Maha Besar; kita tidak boleh bercakap sambil lewa tentangNya.
Kita harus sentiasa ada rasa kagum, teruja, hormat dan sayang apabila
bercakap tentang Allah.
Di dalam al-Quran, Allah seringkali mengelar Jibril (a.s) sebagai ar-ruh alamin. Disini, mengapa Allah asingkan Jibril dari perkataan malaikat?
Bukankah dia juga malaikat? Ianya bertujuan untuk membuat kita
merenung akan keistimewaan Jibril. Tahukah kita siapa itu Jibril? Dia
adalah ketua segala malaikat, yang ditugaskan Allah untuk memberi
wahyu kepada para nabi. Jibril adalah malaikat yang paling perkasa dan
paling cantik ciptaannya. Menurut sumber hadis, ketinggian Jibril
mencecah ke awanan di langit. Pabila dia berdiri, kakinya merangkumi dari
timur ke barat. Dia mempunyai 600 kepak, dan dari kepak-kepaknya
bergantungan batu-batu berharga seperti delima, zamrud dan sebagainya.
Jadi, jika makhluk sekuat, setinggi, secantik Jibril boleh tunduk dan sujud
menyembah Allah, mengapa pula kita manusia yang kerdil boleh jadi
angkuh dan tidak mengabdikan diri pada Allah, Pencipta kita. Renungrenungkanlah zikir ini

///
Samiallahu liman hamidahu
Samiallahu samia (mendengar) Allahu (Allah)
Liman Kepada yang
Hamidahu memujiNya
Terjemahan: Semoga Allah memberi ganjaran kepada siapa yang
memujiNya.
Samia bermaksud mendengar, jadi sepatutnya terjemahannya sebegini:
Allah mendengar Tetapi di dalam bahasa Arab, walaupun makna katakata sebegini dan sebegitu, tetapi apabila digabungkan, akan
membuahkan makna yang lain. Seperti contoh: kereta dan api. Keretapi
bukan bermaksud kereta yang sedang berapi tetapi merupakan sejenis
kenderaan. Apabila samiallahu digabungkan dengan liman, maka
maknanya bertukar menjadi Semoga Allah memberi ganjaran
///
Rabbanaa lakal hamdu
Rabbanaa Rabb kami
Laka untuk Mu
Al-hamd segala puji/syukur
Terjemahan: Rabb kami, untukMu ialah segala puji dan terima kasih
Indahnya zikir ini ialah kerana ianya merupakan doa yang kita ucapkan.
Bukankah kita baru saja berkata dengan Allah untuk memberi ganjaran
kepada orang-orang yang memujiNya? Dan sekarang kita pula mengambil
kesempatan untuk memuji Allah.
Kerana selama ini kita hanya solat seperti mana diajar tapi tak
mengetahui apa yang dibaca, maka kita tidak sedar yang sebenarnya

solat itu bukan hanya untuk memuji Allah tapi untuk meminta dan
membuat doa-doa yang amat penting, seperti doa ditunjukkan jalan yang
lurus dan doa untuk diberi ganjaran kerana memujiNya. Allahu akbar!
***

6. Sajdah / Sujud

Subhaana rabbiyyal alaa (3x)


Subhaana Betapa sepenuhnya/tiada tandingan sempurnanya
Rabbiya Rabbku
Al-Ala Yang Maha sentiasa tinggi kedudukanNya
Terjemahan: Betapa tiada tandingan sempurnanya Rabbku Yang
Maha sentiasa tinggi kedudukanNya.
Pernahkah kita terfikir tentang posisi kita dalam sujud? Wajah seseorang
adalah anggota badan yang paling mulia; wajah adalah pengenalan diri.
Sebagai seorang manusia, untuk menyembab muka ke tanah atau lantai
adalah perkara yang tidak boleh diterima akal fikiran kerana ia membuat
seseorang itu seakan tidak ada maruah atau harga diri. Tetapi jika muka
itu diletakkan ke dasar tanah/lantai untuk meyembah Pencipta kita, itu
adalah suatu posisi yang dianggap paling disukai kerana kita menjadi
rendah diri padaNya yang Maha Esa. Sememangnya, sujud itu adalah

posisi yang hanya layak untuk Allah kerana sememangnya kita hambaNya
dan Dia adalah Rabb.
Maka dengan sujud, kita akan sentiasa berfikir, aku rendah serendahnya di
hadapan Rabbku yang sentiasa mulia dan tinggi kedudukanNya. Tetapi
tahukah kita, dalam sujudlah, kita paling rapat dengan Allah, dan
mengikut hadis sahih, Rasulullah (s.a.w) menganjurkan kita untuk banyak
berdoa ketika sujud. NAMUN, perlu diketahui di sini, doa-doa semasa sujud
sepatutnya dibuat semasa solat-solat sunnat saja, dan bukan solat fardhu,
kerana tidak boleh ada bahasa asing dalam solat fardhu (melainkan kita
tahu menyebut doa-doa dalam bahasa Arab).

///
Seperti ruku, kita boleh menambah zikir-zikir lain yang telah dianjurkan
oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sunnahnya. Salah satu zikir ini ialah seerti
yang diterangkan di bab ruku (Subbuhun Quddusun Rabbul malaaikati
war-ruuhi.)
Zikir yang satu lagi ialah:
Subhaanna dziil jabaruuti wal malakuuti wal kibriiya wal
azhomah
Subhaanna Betapa sempurnanya
Dzii pemegang
Al-jabaruuti segala kekuasaan
Wa dan
Al-malakuuti (yang) memiliki segala kebendaan, samada nyata atau
tidak
Wa dan
Al-kibriyaai (yang) kebesaranNya tidak dapat disangkal

Wa dan
Al -azhomah (yang) teguh, tidak akan pernah goyah
Terjemahan: Betapa sempurnanya Pemegang segala kekuasaan,
dan yang memiliki segala kebendaan nyata atau tidak, dan
kebesaranNya tidak dapat disangkal dan keteguhan yang tidak
akan pernah goyah.
***

7. Duduk antara dua sujud

Rabbirghlii warhamnii wajburnii warfanii warzuqnii wahdinii


waafinii wafuanii
Terjemahan:
Rabbku ampunkanku,
dan rahmatiku,
dan lengkapkanlah segala keperluanku,
dan naikkanlah darjatku,
dan berikanku rezeki,
dan bimbinglahku/beri hidayah padaku,
dan sihatkanku ,
dan maafkanlahku
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, solat bukan saja untuk memuji
dan memanjat kesyukuran pada Allah tetapi terdapat juga peluang untuk

kita membuat doa untuk diri sendiri. Dan di posisi ini Allah telah beri kita
peluang untuk meminta perkara-perkara penting dalam kehidupan kita.
Allahu akbar!
***

8. Tahiyyat
Terdapat 5 tahiyyat yang dikongsikan oleh Shaykh yang berasaskan hadis.
Disini, kita hanya akan mengkaji satu saja doa tahiyyat, yang lebih dikenali
pengikut madhab as-Shafii.

Tahiyyat dari Ibn Abbas (r.a.)


Attahiyaatul mubarakaatu assolawaatu atthoyiibatatulillah.
Salaamun alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh.
Salaamun alainaa wa alaa ibaadillahissolihiin. Asyhadu allaa
ilaaha illallah, wa anna Muhammadarrasulullah.
Terjemahan:
Segala pujian tertinggi, keberkatan, selawat (doa dan solat),
kebaikkan yang indah adalah untuk Allah.
Salam ke atasmu wahai Nabi dan (juga) rahmah Allah dan
keberkatanNya.
Salam ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang solihin.
Aku bersaksi sesungguhnya tiada langsung ilah (entiti yang

disayangi, disembah, diharapkan) melainkan Allah.


Dan bahawanya Muhammad itu Rasul Allah.
Berbanding dengan tahiyyat lain, ayat pertama dalam tahiyyat ini tidak
menggunakan perkataan wa (dan) sebagai penyambung. Ketiadaan
perkataan wa menunjukkan semuanya (pujian, berkat, selawat, kebaikkan)
sama penting dan hanya untuk Allah bermakna kehidupan kita adalah
untuk Allah seluruhnya.
As-salamum tidak digunakan, sebaliknya salamun: ini menunjukkan segala
bentuk salam adalah untuk Nabi kita (s.a.w). [As-salamun bentuknya
khusus]
Apabila kita memberi salam atas hamba-hamba Allah yang solihin, ianya
juga sebagai pembakar semangat untuk kita supaya menjadi hamba
solihin. Kerana jika kita dapat menjadi hamba yang solihin, ini bermakna
kita termaksud dalam doa berjuta umat Islam yang melakukan solat setiap
hari setiap waktu sekeliling dunia.
Ilah selalunya diterjemah sebagai Tuhan, tetapi makna yang lebih tepat
ialah sesuatu perkara atau entiti yang kita sanjungi, sayangi, dan menaruh
harapan. Duit boleh menjadi ilah, begitu juga suami atau isteri, atau anakanak. Di sini, Allah mengajar kita, manusia cuma boleh hanya ada SATU
ilah saja, iaitu Allah azza wa jalla. Kerana duit, suami, isteri dll hanyalah
ciptaan semata-mata; ianya semua tetap bergantung pada turutan Allah.
Jadi bukankah akal fikiran logik akan mengatakan sembah,sayangi dan
harapkan pada si Pencipta dan bukannya ciptaan.
***

9. Selawat atas Nabi

Allahumma solli alaa Muhammad wa alaa aali Muhammad.


Kamaa sollaita alaa Ibrahiim wa alaa aali Ibrahim. Innaka
hamiidummajiid.
Allahumma baarik alaa Muhammad wa alaa aali Muhammad.
Kamaa barakta alaa Ibrahiim wa alaa aali Ibrahim. Innaka
hamiidummajid.

Terjemahan:
Ya Allah, sampaikan selawat ke atas Muhammad dan semua yang
mengikuti Muhammad. Sama sepertimana Kau telah sampaikan
selawat ke atas Ibrahim dan semua yang mengikuti Ibrahim.
Sesungguhnya Kau yang Terpuji dan Teragung.
Ya Allah, sampaikan keberkatan ke atas Muhammad dan semua
yang mengikuti Muhammad. Sama sepertimana Kau telah
sampaikan keberkatan ke atas Ibrahim dan semua yang mengikuti
Ibrahim. Sesungguhnya Kau yang Terpuji dan Teragung.

Doa sebelum beri salam dan taslim

Nota ialah sepertimana yang telah diajarkan oleh Shaykh Abdul


Nasir Jangda, melainkan ada pengecualian.

10. Doa sebelum beri salam & Taslim / Salam

Sebelum memberi salam, adalah menjadi sunnah Rasulullah (s.a.w) untuk


membuat sepatah-dua doa. Caranya setelah habis membaca selawat atas
Nabi, teruskan saja dengan doa sambil memandang ke tempat sujud. Ada
beberapa doa yang telah dirakam di dalam hadis, samada doa dari AlQuran ataupun doa Rasulullah (s.a.w) sendiri. Di sini, saya akan kongsi
satu doa dari Al-Quran yang sering dibaca Rasulullah (s.a.w) dan lebih
mudah dihafal,
Rabbanaa aatinaa fidduniyaa hasanatawwafii aakhirati
hasanatawwa qinaa adzaa bannar
Terjemahan:
Ya Rabb kami, berilah kami kebaikkan di dunia ini dan kebaikkan
di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Doa ini menunjukkan tidak salah untuk kita meminta kesenangan dan
kebaikkan di dunia tetapi kita harus selalu ingat doa kita untuk masa
hadapan kita di akhirat kelak adalah dua kali ganda lebih penting. Jadi
kalau kita berdoa selama 5 minit untuk perkara-perkara duniawi, luangkan
pula 10 minit untuk kehidupan dan nasib kita di akhirat kelak.

///
Dan sebagai penutup solat, kita mengucapkan Assalamualaikum ke
kanan dan ke kiri. Ada yang berkata kita memberi salam pada para

malaikat yang turut solat bersebelahan kita. Dan ada juga para ulama
yang berkata salam yang pertama ialah seperti mengatakan selamat
tinggal kepada solat dan salam yang kedua ialah salam untuk memasuki
semula dunia kita. Allahu alam
Dengan ini, selesailah nota-nota untuk Meaningful Prayer (Solat Yang
Bermakna). Semoga usaha kita bersama diberkatiNya amin
***

Anda mungkin juga menyukai