Anda di halaman 1dari 2

QAWAID DAWAH

Kaedah 10 : Masa adalah unsur penting dan


kejayaan dakwah
1. Sesungguhnya ramai para daie merasa berputus
asa
atau
hilang
pengharapan
ketika
dia
menyampaikan seruan dakwah kepada para
madunya, menggunakan hujah dan bukti yang
nyata, namun para madunya tidak responsif
terhadap seruan dakwah tersebut.
2. Ini berpunca dari sikap para Daie (pendakwah)
yang tidak memahami atau mengambilkira
keutamaan factor masa sebagai factor penting di
dalam menjayakan amal dakwah.
3. Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengungkapkan
satu kaedah al-waqtu juzun minal ilaj [ masa
adalah sebahagian dari perawatan]. Imam al-Bana
mengingatkan para pendakwah agar meletakkan
unsur masa sebahagian dari langkah-langkah
membaiki umat ini.
4. Kata-kata : Li kulli marhalah rijaluha wa likulli
marhalah masyakiluha (setiap marhalah dakwah
ada rijalnya dan setiap marhalah dakwah itu ada
permasalahannya). Justeru para pendakwah dalam
memikul masuliyatud ad-dakwah perlu lihat kepada
factor masa, factor kemampuan & keupayaan
mempersiapkan rijal serta masalah-masalah di
dalam perjalanan dakwah itu. Maka menyelesaikan
segala keperluan fasa itu harus diambil kira factor
masa.
5. Kaedah fiqh menyebut:Manistajala qabla
awanihi uqiba bihirmanihi..[Barangsiapa yang
memetik hasil sebelum tiba masanya maka dia
terhalang
untuk
mendapatkannya..].
Ini
menunjukkan bahawa di dalam dakwah perlu dituai
hasil-hasil dakwah itu secara matang apabila
sampai masanya dan cukup prasyaratnya.
6. Seerah menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW
mengambil kira faktor masa di dalam menjayakan
agenda dakwahnya. Perpindahan marhalah dari
Sirriyah (kerahsian) kepada Jahriyah (terbuka) , dari
Jahriyyah ke fasa iqamatud ad-deen adalah
berasaskan faktor masa.
7. Dalam skop yang lebih mikro terutama
melaksanakan usaha tajmik dan dakwah kepada
manusia, para daie hendaklah memahami bahawa
masa (timeline) adalah salah satu dari pra-syarat
keberhasilan dakwah.
8. Ini kerana realiti yang melingkungi kehidupan
madu adalah reality yang bukan Islam (unislamic)
atau biasa disebut sebagai realiti jahiliyah.Realiti ini
telah mempengaruhi kehidupan para madu
samada dari aspek tingkahlaku atau pemikiran.
Paling utama ialah pengaruh materialisme yang
telah menguasai setiap individu dalam masyarakat.

9.

Ini

mewujudkan

jurang

pemisah

antara

kehidupan yang dilalui oleh Sang Daie dengan


kehidupan para madu. Daie membawa nilai-nilai
islamik sedangkan madu pula membawa nilai-nilai
yang tidak islamik dan bertentangan dengan aliran
para daie. Lantaran itu, mengharapkan dakwah
diterima dengan cepat dan segera adalah suatu
yang mustahil dan ia bertentangan dengan sunnah
dakwah.Oleh itu para daie perlu memahami
beberapa perkara iaitu :
Setiap seruan atau kalimah yang disampaikan
oleh para daie itu tidaklah ia hilang begitu sahaja di
minda para madu. Madu madu tadi menghimpun
maklumat, ilmu dan kefahaman tersebut dari
semasa ke semasa. Ia mengutip juga kefahaman
tersebut dari para daie yang lain, yang mungkin
membicarakan topik yang sama sehinggalah
apabila tiba kesedaran di dalam jiwanya, dia
menyatakan : aku pernah mendengar dari si fulan
itu..si fulan ini... Ini akan mengingatkan semula
ingatan madu tadi pesanan yang disampaikan oleh
para pendakwah selepas beberapa ketika yang
kadang memakan masa samada dalam tempoh
yang singkat atau panjang.
Para pendakwah perlu bijak memilih masa dalam
pengoperasian amal dakwah dan ia berada
dikedudukan yang penting. Memilih masa yang
sesuai, pada madu yang sesuai di temapat yang
sesuai adalah pra-syarat menjayakan seruan
dakwah. Ini kerana dakwah terkesan dengan
suasana lingkungan yang dilalui oleh para daie dan
madu. Ibnu Masud menyatakan :Bahawa
rasulullah SAW berhati-hati memberikan peringatan
kepada kami (ikut kesesuaian masa) , ditakuti kami
merasa bosan dan jemu. Ada yang ingin
menyendiri dan tidak bersedia menerima apa apa
buah fikiran.
Tidak wajar para daie memanjangkan bicaranya
terhadap
madu
kerana
ini
kadang-kadang
menjemukannya dan menyebabkannya berasa
gelisah. Langkah terbaik bagi seorang daie ialah
membiarkan madu berkeinginan tinggi untuk
mengetahui bahan yang disampaikan dan meminta
penambahan ilmu tersebut. Sampaikan dalam
waktu tak lama membuatkan madu merasa rindu
untuk menyambung topikyang diperkatakan dan
meminta untuk menambah masa bersamanya.
Sifat tergesa-gesa untuk melihat hasil berlaku
kepada madu akan membawa natijah yang buruk.
Madu memberikan respon terhadap apa yang
disampaikan oleh daie samada dia menolak atau
menerima seruan tersebut. Kedua- dua perkara ini
jika belum sampai tempohnya boleh membawa
mudarat kepada madu. Setiap daie perlu
bertadarruj
(beransur-ansur)
dalam
langkahlangkah dakwahnya.

Masa
adalah
sebahagian
pengislahan..

daripada

usaha

-Situasi ini dapat dilihat dari sikap madu dalam


mengambil satu-satu keputusan samada dia
menolak atau menerima. Jika dia mengambil sikap
menolak, mungkin disebabkan madu tadi tergesagesa
untuk
membuat
keputusan
sebelum
mendapat gambaran menyeluruh tentang seruan
dakwah tadi. Madu tadi pula ingin menzahirkan
pendiriannya dan mahu dikenali dengan pendirian
tersebut yang akibatnya boleh merosakkan
gambaran dakwah. Ini adalah berpunca dari
perlakuan Diae yang mahu memetik hasil
dakwahnya sebelum tiba masanya.
-Sebaliknya jika madu tadi menerima seruan
dakwah dalam keadaan yang tergesa-gesa dan
selepas beberapa ketika diberikan taklif (beban
tanggungjawab) dan wajibat (tugasan) yang tidak
mampu dilaksanakannya.Keadaan ini kadangkadang membuatkan madu tadi berada dalam
pertentangan antara dua sikap iaitu sikap
menzahirkan dan sikap berdasarkan prinsip.
-Ini membawa madu terjebak di dalam kancah
dosa seperti berdusta dan nifaq(pura-pura).
Kalaulah dia diberi peluang untuk berfikir maka
mungkin pendirian yang diambilnya itu berasaskan
kepada prinsip yang jelas.Cara yang paling terbaik
bagi menangani perkara ini ialah para daie
janganlah
terlalu
segera
dalam
membuat
keputusan.
Berilah
peluang
kepada
madu

membuat keputusan secara langkah demi langkah


dan beransur-ansur , dijelaskan kepadanya akibatakibat jika menerima seruan dakwah di samping
menyatakan harapa nharapn positif jika respontif
terhadap seruan dakwah.
Meletakkan masa sebagai salah satu faktor
efektif keberkesanan dakwah akan meringankan
tekanan yang dilalui oleh para daie terutama
berdepan dengan kekecewaan dan keputusasaan.
Mengambil kira faktor masa akan membuka ufuk
yang luas bagi daie, sentiasa optimistik dan positif
dan tinggi cita-citanya. Ia umpama seorang doktor
yang berdepan dengan pesakitnya. Doktor itu tidak
pernah berkata kepada pesakitnya : Buatlah
sekali rawatan sahaja nanti akmu akan sembuh
tetapi katanya : buatlah berkali-kali rawatan,
dalam tempoh tertentu pasti kamu akan sembuh...
Semoga para daie mencontohi sikap doktor yang
bersabar dan tidak jemu merawat pesakitnya
sehinggalah pesakitnya itu sembuh. Semuanya itu
dikira berdasarkan faktor masa , kesabaran,
keikhlasan dan kesungguhan di dalam mengubati
pesakitnya. Daie ibarat doktor yang merawat umat
yang sakit.Di hadapannya seribu satu macam
manusia yang semuanya menuntut kepada faktor
masa untuk sembuh.

Anda mungkin juga menyukai