Anda di halaman 1dari 20

Dibentang oleh (Kump 3)

MODUL KAUNSELING ISLAM


Teori dan Pendekatan Kaunseling Islam | KTI 6213
Pensyarah Kursus | Cik Shaamilah Binti Shahabuddin
PAPARAN UMUM
01 Pelopor Pendekatan 05 Kaedah Penyelesaian Masalah

02 Falsafah Kaunseling Spiritual 06 Kaedah Penerapan Ibadah

03 Pendekatan Spiritual Dalam Kaunseling 07 Kaedah Memotivasikan Klien

04 Proses Kaunseling Spirititual 08 Rumusan

KTI 6213 | 2023 Page 03


Page 04

PELOPOR PENDEKATAN
NAMA : ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN AHMAD
AL-GHAZALI AL-TUSI AL-SYAFI’I

LAHIR : 450 HIJRAH (1058 MASIHI)

TEMPAT LAHIR : GHAZALAH,TUS,KHURASAN, PARSI.

ASAL NAMA : AL-GHAZALI (GHAZZALI (DUA HURUF Z) YANG


DIKAITKAN DENGAN PEKERJAAN BAPANYA IAITU PEMINTAL BULU
BENANG, AL GHAZALI (SATU HURUF Z) BERSEMPENA NAMA
KAMPUNG KELAHIRAN IAITU GHAZALAH.

GELARAN : HUJJAH AL-ISLAM (THE PROOF OF ISLAM)


ZAYN AL-DIN (THE ORNAMENT OF RELIGION)

KARYA AGUNG : IHYA’ ULUMUDDIN


04

FALSAFAH KAUNSELING SPIRITUAL


Page

Falsafah pendekatan ini menyatakan bahwa aspek spiritual dalam diri manusia membantu
01 mereka kembali kepada tuhan dan bergerak ke arah mencapai tahap insan kamil.

ia merupakan suatu pendekatan alternatif yang boleh digunakan dalam proses intervensi
02 kaunseling.

Falsafah pendekatan ini tentang manusia membantu kaunselor untuk melihat aspek spiritual
03 dalam usaha mereka menjalankan intervensi kaunseling bagi membantu klien.

Falsafah pendekatan ini juga menyatakan bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan
04 tujuan untuk beribadah atau pengabdian diri kepada Allah sebagaimana firman Allah dalam
Surah Al-Dhariyat ayat 56. [Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.]
Page 05

PENDEKATAN SPIRITUAL
DALAM KAUNSELING
UniSHAMS | KTI 6213

PERINGKAT 1 : Membina Kemesraan (Takwim Al-Ulfah atau


Rapport) dengan Klien
PERINGKAT 2 : Mengenali Diri dan Mengenal Pasti Punca Masalah
PERINGKAT 3 : Perlaksanaan Kaedah Tazkiyah Al-Nafs dengan
Kaedah Utama Mujahadah al-Nafs (Takhalli)
PERINGKAT 4 : Perlaksanaan Kaedah Tazkiyah Al-Nafs dengan
Kaedah Khusus Mujahadah al-Nafs (Takhalli)
PERINGKAT 5 : Perlaksanaan Kaedah Tazkiyah Al-Nafs dengan
Kaedah Umum Riyadah al-Nafs (Tahalli)
PERINGKAT 6 : Penilaian (Muhasabah al-Nafs) dan Kebahagian
(Al-Sa’adah)
Page 06

KEPERLUAN MEMBINA KEMESRAAN DENGAN KLIEN

PERINGKAT 1
Membina kemesraan adalah perkara yang penting bagi
melahirkan rasa saling mempercayai untuk berkongsi
cerita dan masalah. Seseorang kaunselor Islam juga
boleh mengaplikasikan kaedah dakwah personal seperti
kaedah al-ta’aruf, al-ta’aluf,al-tafahum dan al-ta’awun.
Kaedah ini boleh dilakukan bagi menimbulkan rasa
Membina Rapport merupakan perkara asas dalam ukhuwah dalam Islam.
kaunseling . Rapport atau kemesraan tidak
bersalahan dengan ajaran Islam, malah Islam
menggalakkan umatnya supaya sering berkenalan
antara satu sama lain, menjalinkan silaturrahim dan PERSONALITI KAUNSELOR YANG BAIK
sentiasa mengingatkan bahawa setiap orang yang Personaliti adalah antara perkara yang penting juga yang
beriman itu adalah bersaudara. Rapport sangat perlu diberikan perhatian oleh kaunselor untuk membina
penting dalam kaunseling bagi memupuk rasa rasa saling mempercayai, keselesaan dan ketelusan
percaya klien terhadap kaunselor serta dalam menjalani sesi kaunseling. Kaunselor perlulah
ikhlas,sabar dan tenang,lemah lembut dan kasih
menimbulkan rasa selesa sewaktu berbincang
sayang,amanah dan menyimpan rahsia, empati,
mengenai masalah yang dihadapi klien
bercakap benar dan lain-lain sifat mahmudah.

KTI 6213 | 2023


Page 07

MENGENALPASTI PUNCA MASALAH


Kaunselor boleh mengenalpasti masalah klien dengan

PERINGKAT 2
menumpukan hal-hal berkaitan spiritual klien. Hal ini dapat
dilakukan berdasarkan pandangan al-Ghazali seperti : (i)
mengenal tanda-tanda penyakit hati.(ii) kaedah mengenal
kekurangan diri sendiri, (iii) menyedari hakikat hati sering
berbolak balik.

Pada peringkat ini, klien perlu mengenali


dirinya terlebih dahulu supaya dengan
pengetahuan tersebut, dia tahu dimanakah
SPIRITUAL PUNCA MASALAH MANUSIA kekuatan dan kelemahannya yang boleh
membantu dalam mengenalpasti punca
Pandangan al-Ghazali menerangkan bahawa tingkah laku yang
digerakkan oleh anggota badan seseorang adalah merupakan
asalah dan seterusnya menyelesaikan
cetusan daripada hati selain daripada faktor luaran seperti permasalahan tersebut.Dalam konteks
pengaruh rakan sebaya,faktor keluarga, persekitraan dan lain- kaunseling, klien perlu diberikan kesedaran
lain.Walaupun bukan mudah untuk mengenalpasti punca tentang peranan hati dalam menentukan
masalah namun aspek spiritual merupakan salah satu punca kebahagiaan hidupnya.
masalah klien.
KTI 6213 | 2023
Page 08

PERINGKAT 3
Menurut al-Ghazali, kaedah utama bgai merawat semua
penyakit hati ialah menerusi mujahadah al-nafs dan mengingati
mati. Kedua-dua kaedah ini merupakan kaedah yang boleh
diguna pakai bagi erawat semua jenis penyakit hati, malah
dijadikan kaedah utama sebelum melaksanakan kaedah khusus
mengikut jenis penyakit-penyakit ini.

Mujahadah al-nafs sesuai diaplikasikan bagi merawat semua


penyakit kerana dilakukan dengan kaedah bertentangan atau
berlawanan. Contohnya, marah dirawat dengan sifat pemaaf,
sombong dirawat dengan sifat tawadu’.

KTI 6213 | 2023


Mengingati mati juga boleh dijadikan kaedah utama dalam
merawat penyakit-penyakit hati kerana dengan mengingati
mati boleh membantu seseorang mempertingkatkan
keimanan mereka. Disamping itu, ini dapat mendorong
seseorang itu berazam membuang segala sifat tercela
kerana mengingati kematian menjadikan seseorang itu
memikirkan bekalan yang akan dibawa ke alam akhirat
sehingga mendorongnya membuat persediaan menghadapi
saat kematian dengan memperbanyak amal kebajikan.
Page 10

PERINGKAT 4
OBJECTIVE 1
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus sed vestibulum
nunc, eget aliquam felis. Sed nunc purus, accumsan sit amet dictum in, ornare in
dui. Ut imperdiet ante eros, sed porta ex eleifend ac. Donec non porttitor leo.
Nulla luctus ex lacus, ut scelerisque odio semper nec.

OBJECTIVE 2
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Vivamus sed vestibulum
nunc, eget aliquam felis. Sed nunc purus, accumsan sit amet dictum in, ornare in
dui. Ut imperdiet ante eros, sed porta ex eleifend ac. Donec non porttitor leo.
Nulla luctus ex lacus, ut scelerisque odio semper nec.
Page 10

PERINGKAT 4
Pada peringkat keempat kaunselor perlu meneliti punca dan mengenalpasti
jenis penyakit hati supaya dengan pengetahuan tersebut kaunselor dapat
menggunakan kaedah rawatan khusus yang bertepatan dengan masalah yang
dihadapi klien.
Sebagai contoh, masalah hasad dengki yang merupakan penyakit hati yang
didorong oleh permusuhan,takabbur,ta’ajjub,gilakan jawatan dan ingin
dipandang mulia.Kaedah rawatan untuk hasad dengki ini boleh dilakukan
dengan memberikan kesedaran bahawa hasad dengki tidak memberikan
keuntungan malah memberikan keburukan kepada diri sendiri.

Kaedah rawatan khusus tersebut boleh dilakukan oleh kaunselor bagi


memutuskan bahawa masalah klien tersebut ada kaitannya dengan penyakit
spiritual. Bagi masalah spiritual atau sifat mazmumah seperti masalah
komunikasi verbal yang buruk,suka menipu, mengumpat, buruk sangka, marah,
benci, dendam, cintakan dunia, sombong mempunyai kaedah rawatan yang
tersendiri.
PERINGKAT 5
MENGHIASI (TAHALLI)
Langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah dengan
menghiasi (tahalli) jiwanya yang telah bersih dari sifat-sifat buruk
dengan sifat-sifat baik menerusi kaedah riyadah al-nafs (al-
tahalli). Jiwa yang dihiasi dengan sifat-sifat baik akan
menjadikan pemangkin ke arah kebaikan serta membolehkannya
menjalani kehidupan dengan tenang dan mendapat keredaan
Allah swt.

Untuk hal itu, al-Ghazali menerangkan tentang kaedah bagi


mengatasi segala permasalahan dalam kehidupan terutamanya
masalah yang berpunca daripada spiritual dengan pendekatan
spiritual seperi memantapkan keimanan,mempertingkatkan
ibadah serta mengaplikasikan sifat-sifat mahmudah dalam jiwa.

Page 12
Page 13 Pada peringkat ini juga ditumpukan kepada proses menilai
langkah-langkah serta kaedah ke arah mencapai al-
sa'adah (kebahagiaan) dalam kehidupan klien. Kaedah ini

PERINGKAT 6
juga dikenali sebagai muhasabah.

Muhasabah ke atas diri sendiri (muhasabah al-nafs)


dilakukan dengan meneliti ibadah fardu. Jika ditunaikan
dengan sebaiknya maka sewajarnya disyukuri dan
sebaliknya jika gagal, maka dia perlu berusaha untuk
Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dan menggantikannya (qada).
boleh dianggap sebagai satu proses penilaian
terhadap peringkat-peringkat sebelumnya. Muhasabah dilakukan bagi tujuan menilai kembali
Penilaian dilakukan terhadap beberapa kesemua peringkat bermuka dari peringkat membina
persoalan seperti adakah kaunseling yang kemesraan (rapport) dengan klien, mengenal diri dan
diberikan sudah berjaya mencapai matlamat mengenalpasti punca masalah,aplikasi tazkiyah al-nafs
terutamanya ke arah penyelesaian masalah dengan mujahadah al-nafs (takhalli) serta riyadah al-nafs
spiritual yang dihadapi klien. (tahalli).

Jika terlekat dimana-mana peringkat,maka usaha perlu


digiatkan bagi mencapai matlamat yang diinginkan.
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN
KOMUNIKASI VERBAL YANG BURUK (‫)آفات اللسان‬
Dalam konteks, kekasaran bahasa yang melibatkan amalan mengutuk,
memaki dan melemparkan kata-kata kesat, Al-Ghazali mengemukakan
beberapa langkah bagi mengatasinya iaitu :
i- Melakukan mujahadah al-nafs iaitu sentiasa melawan keinginan untik
berkata kasar tetapi melatih diri mengungkapkan kata-kata yang baik bagi
menggantikan kata-kata kasar sehingga menjadi kebiasaan melafazkan
kata-kata yang baik menjadi akhlak yang sebati dalam diri seseorang .

ii- Menginsafi serta memahami jika kita melakukan perbuatan tersebut


bermakna kita tidak berakhlak dan boleh menjauhkan diri daripada Allah
swt.

Page 14
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN MENIPU
Kes-kes kaunseling berkaitan masalah bercakap bohong atau menipu memang
banyak berlaku. Al-Ghazali menjelaskan bahawa kebanyakan manusia menipu
disebabkan oleh beberapa faktor seperti menjaga kepentingan peribadinya,
untuk mendapatkan harta, kedudukan, kemegahan, dan sebagainya. Maka,
kaedah rawatan sikap seseorang yang suka menipu telah disenaraikan seperti
berikut :

i- Mujahadah mendorong diri untuk sentiasa bercakap benar kerana menyedari


jika sering bercakap benar, dirinya akan dikenali sebagai seorang yang jujur dan
boleh dipercayai.
ii- Menggunakan bahasa kiasan bagi mengelakkan diri daripada menipu.
iii- Menginsafkan diri bahawa perbuatan menipu hanya mendatangkan
keburukan kepada diri sendiri terutama akan menghilangkan kepercayaan orang
lain terhadapnya.

Page 14
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
KAEDAH MENGENDALIKAN KES BERKAITAN
MENGUMPAT
Mengumpat adalah salah satu penyakit hati yang berpunca daripada lidah.
Al-Ghazali menyebutkan mengumpat ini kadangkala ianya benar namun tidak
baik untuk diperkatakan seperti menceritakan kekurangan dirinya,
perbuatannya, keturunannya, atau apa2 sahaja yang berkaitan. Bagi
mengatasi penyakit ini, ia boleh dilakukan dengan cara :

i- menyedari bahawa perbuatan mengumpat boleh mendatangkan


kemurkaan Allah swt sehingga Allah mengumpamakan orang yang
mengumpat seperti memakan bangkai orang yang diumpat.

ii- meneliti kekurangan diri sendiri sebelum mengumpat kelemahan orang


lain.

iii- menyedari bahawa amal kebajikan akan menjadi sia-sia diakhirat kelak.

Page 14
17

KAEDAH MEMOTIVASIKAN KLIEN


Page

01 TAUBAT 03 SYUKUR
Kaunselor boleh menjelaskan kepada klien secara Tazkiyah al-nafs juga dapat dilakukan
berhikmah bahawa taubat berperanan sebagai dengan mengaplikasikan sifat syukur
pemangkin ke arah penyucian jiwa (tazkiyah al- dalam diri. Galakan supaya bersyukur
nafs) dan memberikan kekuatan spiritual semasa sesuai dipraktikkan bagi kes-kes yang
seseorang yang bertaubat akan meneliti kembali memperlihatkan klien seolah tidak
segala perbuatannya. berpuas hati dengan kehidupannya.

SABAR TAKUT
02 04
Mencadangkan kepada klien supaya Perasaan takut (al-khauf) boleh membantu
bersabar menghadapi masalah dan memberikan kekuatan kepada klien
menerangkan bahawa sifat sabar amat menghadapi ujian hidup kerana jiwa insan
penting bagi menguatkan spiritual yang takut sentiasa dipenuhi dengan
seseorang. ingatan tentang kekuasaan Allah
Presentation by Donna Stroupe Page 18

KAEDAH PENERAPAN
IBADAH
Elemen ibadah dan dorongan supaya berakhlak murni
perlu diterapkan dalam sesi kaunseling. Ibadah dan sifat
mahmudah adalah penting untuk dianjurkan kepada klien
supaya klien mempunyai hubungan rapat dengan Allah
swt dan berjaya membina hubungan yang baik sesama
manusia. Kaunselor perlulah mendorong klien agar
mengerjakan solat,zakat,membaca al-quran,berzikir
dan melakukan solat sunat serta ibadah lainnya.
Timmerman University | 2024 Page 19

RUMUSAN
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa aspek
spiritual amat penting untuk diterapkan dalam amalan
kaunseling kerana aspek ini dapat membantu kaunselor
dan klien mengenalpasti punca masalah yang lahirnya
daripada unsur spiritual manusia tetapi masa yang
sama aspek spiritual itu dapat dijadikan sebagai
mekanisme yang amat membantu mengatasi masalah
dalam kehidupan klien.
TERIMA
Disediakan oleh
MIRA WAHIDAH BINTI MUHAR (M214014746)
NUR AQILAH BINTI ZULKIFLI (M214015046)

Anda mungkin juga menyukai