Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM SUKAN DAN

REKREASI

Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau
kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi
pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang
bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan
serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi
dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang
individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di
bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan
alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan
memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar
diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan
memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran.
Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan
alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta
mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang
berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita
yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius.
Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk
menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.
Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang sesuatu yang harus
ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya
mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian
dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula
pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.

PERKHEMAHAN
Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap
pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran
anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan

alam semulajadi perlu anda utamakan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga merupakan diantara
aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas
pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat
mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para
peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan
semangat juang dan keyakinan diri masing masing.
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak
langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor masing masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan
sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan
kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak
serta mencabar .
PELAN LOKASI PERKHEMAHAN
Lokasi perkhemahan perlulah berada di tempat yang selamat dan strategik. Tapak
perkhemahan haruslah dilengkapi dengan khemah, tandas, bilik rawatan, dapur/ dewan makan, pagar
untuk keselamatan dan sebagainya. Khemah pelajar lelaki haruslah didirikin berasingan dan jauh
daripada khemah pelajar perempuan. Sekitar kawasan perkhemahan perlulah sentiasa bersih dan
teratur.

Anda mungkin juga menyukai