Anda di halaman 1dari 3

Analisis Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Pantun
Gaharu, cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal, diam.

Maksud
Seseorang

yang

tidak

mempunyai

ilmu

pengetahuan lebih baik


berdiam

diri

daripada

berkata-kata.
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Orang yang berasa akan


mudah

terusik

perasaannya

oleh

sesuatu perkara.
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Orang yang tidak insaf


akan

dirinya

akan

mendapat balasan akibat


perbuatannya.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Jika

kita

terlalu

mendengar cakap orang


kita

juga

yang

akan

menerima musibah.
Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.

Sekiranya

kita

hendak

selamat

kita

perlu

sentiasa

ingat

akan

nasihat orang.
Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.

Sudah

menjadi

lumrah

hidup manusia sesuatu


perkara

yang

besar

bermula daripada perkara


yang kecil.

Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak.


Tema:Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi
segala cabaran dalam kehidupan.
Persoalan:

Suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.


Perasaan yang mudah tersentuh.
Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.
Bentuk:

Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.


Pantun ini merupakan pantun dua kerat yang terdiri daripada
sebaris pembayang dan sebaris maksud.
Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.
Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
Rima pantun ialah aa tetapi baris akhir sekali berbeza kerana mempunyai
rima akhir ab.

Gaya Bahasa
Repitasi
Sinkope
Anafora

Contoh
Tak tahu, tak kenal, diam. (R1,B2)
Sakit pandan tak tahukan duri. (R3,B1)
Jika ada padi berhampalah,

Responsi

Jika ada hati berasalah. (R2)


Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati. (R4)

Unsur Bunyi
Asonansi
Aliterasi

Contoh
Mahal imam, murahlah khatib, (R6,B1)
Mahal demam, murahlah sakit. (R6,B2)

Nilai:

Rasional: Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah


difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.

Keinsafan: Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi
kesilapan yang telah dilakukan.
Merendah diri: Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.
Pengajaran:

Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
Kita janganlah terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.
Kita mestilah beringat sebelum mendapat kesusahan.

Teman belajar anda. Tidak kira walau dimana jua.


Belajar tanpa henti. Semoga bermanfaat.

Sila klik pada gambar untuk mendapat paparan yang lebih jelas.
Hanya di tamanseribupuisi.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai