Anda di halaman 1dari 19

1.

PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu
dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian
ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat
bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan
diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang
sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke
semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik
terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab

yang lebih

mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru
dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.
Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan
oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes,
menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat
dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal
selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas
daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi
dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru
dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di
Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar,
hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan
menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti
dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak
ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahanpermasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi,
perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka
daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou
dan Sutcliffe, 1978).
2.0

DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa


Inggeris; stress yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.
Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan,
usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah

suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji
melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan
menanggungnya lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang
berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang
untuk mengendali suatu situasi.
Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres
dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan
bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi
akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau
juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.
Secara keseluruhannya stres adalah :

Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.

Gangguan fungsi kehidupan.

Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah,


kekangan dan desakan hidup.

Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.

Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada


individu.

Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia
dalam tubuh.

3.0

FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini


dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;

Faktor diri.

Faktor interpersonal.

Faktor organisasi.

Faktor kekurangan sumber.

3.1

Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar

untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan

terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah,
dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali
profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion
professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini
menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini.
Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana
beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan
menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik
sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang
dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu
yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

3.2

Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara

faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka

tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan
diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang
lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah
meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati
perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba
mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.3

Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres

dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam
selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi
ialah;

Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

Tugasan kerja berterusan (kronik).

Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.

Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

Perubahan dasar yang drastik.


Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam
profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan
Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas
boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban
tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah
kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
3.4

Faktor kekurangan Sumber.


Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi

masalah

stres

yang

dihadapi

dalam

bidang

keguruan.

Kekurangan

guru

sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini
menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap
stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang
dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali
memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah
mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran

dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan
guru di sekolah mencukupi.

4.0

MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU


Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru

seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi


dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara,
guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat
mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan
guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan
fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan
bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
4.1

Kenal pasti reaksi emosional.


Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh

menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru
perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut

telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu.
Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut
sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah
menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang
menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu
menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

4.2

Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada

orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3

Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang

guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya

menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan


pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada
penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai
aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan
bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan
suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan
teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan
pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan
seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan
yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan
mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di
kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4

Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang

serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani
stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu
pengetahuan

terutamanya

dalam

mengetehui

cara

mengatasi

stres.

Guru

seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari


pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancanganrancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka
lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.
Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress
dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut
dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya
meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada
masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan
dengan

pelajarnya,

guru

tersebut

mungkin

menyedari

bahawa

punca

kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang

tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru
tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan


lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut
ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan
seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan
keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan.
Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang
realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan

kendiri

(self-regulation)

dimaksudkan

sebagai

kebolehan

mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam


menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa
berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru
sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru

yang

mempunyai

motivasi

kendiri

(self-motivation)

berupaya

menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk
mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam
mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu
dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah
atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang
mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru
melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi
faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari
pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami
keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu
perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa

seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi
dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu
memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid
akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah
kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran
bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif
dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang
mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding
yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan
kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi
kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru
juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi
rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas

kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian


dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh
melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan
kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran
dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung
kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen
adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam
memperolehi kejayaan.

5.0

KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam


menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009)
menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu
mengatasi masalah stres dikalangan guru.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya


sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam
terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima
waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai
kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah.

Allah SWT

berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya


berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".
Perkataan aflaha atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah
berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh
khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan
juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju
kejayaan.
Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu
ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan
dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan
kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri
seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang

ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama


bagi masalah stres.
Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan
menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka
yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT
berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang
beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan
"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam
surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku,
nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".
Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu
menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis
riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu
atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca alQuran".
Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam
mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres.

Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha


mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan alQuran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

6.0

PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian


masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian
sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan
mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja
pengkeranian dan

pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga

melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerjakerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu
berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka
mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan
stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa
bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia
pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan
kemajuan bidang pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai