Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN
Ramai

berpendapat

secara

umumnya

kerjaya

sebagai

seorang

guru

merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru


mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang
guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang
juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan jalan mati setelah
profesion

lain

tidak

memberikan

peluang

yang

baik.

Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan


masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion
menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik
malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang
hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses
membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna
untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem
pendidikan

tersebut

khususnya

di

negara

kita

seorang

guru

sering

menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di


bilik

darjah

dan

sekolah.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan


sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk
berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang
mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu,
secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang
menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan
sesebuah organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut
cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan

tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara


amnya. Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang
amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama,
bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang
bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah
organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk
tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan
sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang
sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu
tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di
samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang
guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak
daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat
penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda
khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu
melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke
tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali
daripada

terlibat

dengan

keadaan

perubahan

akibat

daripada

internationalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub,


2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Hal ini memandangkan guru adalah
agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh
Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada menyatakan
bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung dalam
Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup

besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada


masa ini ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam
sistem

pendidikan,

cabaran

dalam

masyarakat,

cabaran

berasaskan

wawasan 2020 dan cabaran globalisasi.


1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam
Dewan Masyarakat Mei 2012,guru ialah ejen keberkesanan pendidikan.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan
kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan
keluhuran peribadi. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya
ejen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail & Ahmad Subki,
2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai
pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu
menunjukkan interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan
kaedah

untuk

menambah

keberkesanan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran mereka. Sebagai ejen keberkesanan pendidikan, tugas guru


adalah untuk mendidik murid-murid supaya menjadi generasi berilmu
pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bersemangat

patriotisme

dan

bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras


dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu
dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di
hemisfera otak kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan
pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai
kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk

membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu
cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula,
penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran
(learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian
atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa
untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri
untuk

menghadapi

cabaran-cabaran

ini.

Menurut

Wise

(1999), Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching,


learning and assessment.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa
cabaran besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang
berbentuk global ialah masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke
arah membentuk masyarakat madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri
Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem pendidikan menyediakan
generasi kedua atau generasi wawasan memerlukan piawaian baru
termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng
sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar.
Betapa besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik
bilangan anak dan pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang
disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi
bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar
sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah sosial
mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam
kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina,
buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.

Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit
dengan

kegiatan

jenayah.

Kira-kira

40,000

pelajar

terbabit

dengan

vandalisme, menonton dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar


manakala 24,000 lagi didapati ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin
pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas pendidik
semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau
keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan
mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal.
Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa
cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan
dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin
meningkat (Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak
36.7% daripada keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66%
diberi nasihat; 16.8% dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan
tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali; gantung sekolah 2.90%; buang
sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari segi angka peratus
adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat keseluruhannya
adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar dan
membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang,
hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang
lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan
tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmuilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru.
Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai
objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003).

Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula
menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah
senjata utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap
relevan lagi. Tegas beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji
besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang
membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana
kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan
menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku
dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya
guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada
noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan


Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam
Dewan Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan
diberikan kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan
pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam
Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah di
zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan selaras dengan
yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti
perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan
berkualiti

bertaraf

dunia

bagi

memperkembangkan

potensi

individu

sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.


Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja
berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini
adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara

yang pesat. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini
harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk
mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem
pendidikan

di

Malaysia

yang

pesat,

khasnya

pelaksanaan

reformasi

pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM
memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya
usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar
yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam
bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan
konsep sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa
yang lalu. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat
tetapi

pada

masa

kini

peranannya

telah

berubah

menjadi

seorang

pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru


pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu
pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi
cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem
latihan perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi
untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan
yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke
atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang
diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat

Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan


artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam
merealisasikan

aspirasi

negara

untuk

mewujudkan

perpaduan

kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju dan bersifat global
semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin
meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar
gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah
agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz
Ozman, 2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21,
cabaran dalam bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuanpenemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuanpenemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat
dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru perlulah
mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya
berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam
profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan,
kemahiran dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber
pemupukan kepercayaan dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk
alam pekerjaan; dan penjagaan belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman,
2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid,
1994). Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat. Dalam satu artikel
yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus
Transformasi

bertarikh

30

Ogos

2012,

Datuk

Dr.

Mashitah

Ibrahim

berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau


bangsa mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus
menjalin hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat


Mei 2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen
penyalur budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi
kedua selepas keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan
sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi membentuk sesebuah
masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara spontan dan
personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran
secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing
dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang
melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan
bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala,
namun menjanjikan gaji yang memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam
Dewan Masyarakat Mei 2012,guru yang aktif dan bersikap terbuka akan
sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha
mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi
dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu
mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar
menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara
yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa
keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis,
liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya,

progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang


mampu

bersaing,

dinamis,

tangkas

serta

mempunyai

daya

ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)


Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke
hadapan, tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang
mendidik generasi yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian
guru perlu sentiasa peka dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang
disuarakan bagi mengatur program-program perkembangan negara ini
menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001;
Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd
Zahid, 1993).
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi
proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai
dan asas moral bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi
baru yang dihasilkan melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan
inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi di samping perkembangan
pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah sebagai orang yang
bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan hasil
akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru
itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di
samping berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam
Dewan Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang
pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan
liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran

sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan globalisasi dan liberalisasi
menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang
berorientasi

TMK,

teknologi

memainkan

peranan

yang

besar

dalam

pendidikan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan
kepada guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru,
mengikut hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama
globalisasi

pendidikan

ialah

menghasilkan

sumber-sumber

diperlukan

pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses


berterusan

untuk

meningkatkan

tahap

kemahiran

dan

pengalaman

individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu
aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global
(global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk
rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).
Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa
(international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue
baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga
menjadi cabaran kepada guru. Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa
Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut
cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu
mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa.
Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan
kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi
sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi
semakin mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa

mengemaskini serta mepertingkatkan ilmu pengetahuan masing-masing


terutama penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam
pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu artikel yang
disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi
bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada abad
ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa
memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau,
kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan
keupayaan mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu
sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami
tanggungjawab serta berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru
ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur
dalam satu artikel yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat
Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos 2012, apabila ditanya tentang Bagaimana
anda

simpulkan

cabaran

profesion

guru

pada

hari

ini? Beliau

berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama,
faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak
pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak
langsung manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi
maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk
menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan
pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru


mestilah menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan
artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya
Characteristics Of TeachersTheir Description, Comparison, And Appraisal
berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah
guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa,
baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan
berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada
setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini
ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan
profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional
sesuai dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk
merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti
sekolah

ialah

guru

haruslah

sentiasa

berusaha

meningkatkan

taraf

profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan


tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya
ilmu,

menambah

ilmu

dan

kemahiran

melalui

e-pembelajaran

dan

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang


serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah
serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa

profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir,


pengurus,

perancang,

pelaksana,

penilai,

penyelia,

pengawal

dan

sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung
kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan
dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah
merancang

sesuatu

program

mengajar

mengikut

prinsip

mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang


ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid.
Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik
mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang
lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini
dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru
harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik
generasi yang akan mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki,
2010).

Kemahiran

dikemaskini.

dan

Berusaha

pengetahuan
mengaplikasi

dalam
kaedah-

aspek
kaedah

pendidikan
pengajaran

perlu
dan

pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursuskursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani
cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma
dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT


Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan
pada masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT.
Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi
dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai
Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan
perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih
dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang
berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan
negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga
harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi
maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian

sekolah

seperti

projek

Sekolah

Bestari

dan

SchoolNet,

hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan


semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa
kini, seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak
mulia. Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah
pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa
untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di

kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar


ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni
dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai
murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan
nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang
berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab

merupakan

suatu

perkara

yang

amat

penting

untuk

membimbing pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu
melaksanakan

tanggungjawab

terhadap

terhadap

pelajar

seperti

mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk


nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada
mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara
negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat
dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak
melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat
serta membantu rakan sejawat.

1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring


dengan perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada
cabaran yang makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah

secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan


bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan
Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia
yang

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal


yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang
guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan
walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan
tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion
keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar,
mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan
tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan
menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini pandangan masyarakat terhadap
guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi
kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan perubahan yang berlaku
dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat
terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu
kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai
kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa
pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan
tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi,
pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesionkeguruan.html

Anda mungkin juga menyukai