Anda di halaman 1dari 3

CERITA INSPIRASI TENTANG KEBOSANAN HIDUP

August 22, 2012 at 4:40pm

Seorang lelaki berjumpa dengan gurunya, "Guru, saya sudah bosan dengan
hidup. Jenuh betul. Rumah tangga saya berantakan. Setiap usaha saya menemui
kegagalan. Apapun yang saya lakukan selalu berantakan. Saya ingin mati ".
Gurunya tersenyum, "Oh, kamu sakit". "

"Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya rasa bosan dengan kehidupan
ini. Itulah sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar cakap
muridnya, guru meneruskan, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dipanggil, 'Alergi
Hidup'. Ya, kamu alergi terhadap kehidupan".

Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa
disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma-norma
kehidupan. Hidup ini seharusnya berjalan terus. SUNGAI KEHIDUPAN mengalir
terus, tetapi kita mahukan status-quo. Kita berhenti di sesuatu tempat, kita tidak
ikut mengalir. Itulah sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Pertahanan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan
membuat kita sakit.

Apabila namanya usaha, pasti ada pasang-surutnya. Contohnya, dalam hal


berumahtangga, pertengkaran-pertengkaran kecil itu memang ada, lumrah.
Persahabatan pun tidak selalunya berkekalan, tidak abadi. Apalah yang
berkekalan, dan yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak memahami tentang sifat
kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal,
kecewa dan menderita..

"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, jika kamu tekad untuk sembuh dan
mendengar nasihatku." Demikian si guru menyarankan."Tidak Guru, tidak. Saya
sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak mahu hidup."

Lelaki itu menolak tawaran si guru."Jadi kamu tidak mahu sembuh?? "Kamu
betul-betul ingin mati?" Tanya si guru. "Ya, memang saya sudah bosandengan
hidup", lelaki itu menjawab dengan yakin."Baik, petang esok kamu akan mati
seperti yang kamu ingini. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol di minum

malam ini, setengah botol lagi kamu minum petang esok jam enam, dan jam
lapan malam kau akan mati dengan tenang." beritahu si guru sambil tersenyum.

Lelaki tersebut berasa keliru dan bingung. Setiap guru yang dia jumpa selama ini
sentiasa memberikannya semangat untuk hidup. Guru yang satu ini aneh. Guru
ini malah menawarkan racun. Tetapi, kerana ia memang sudah betul-betul jenuh
dan tidak mahu hidup, dia menerimanya dengan senang hati.

Pulang ke rumah, lelaki itu terus menghabiskan setengah botol racun yang
disebut "ubat" oleh si guru. Dan, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah
dia rasakan sebelumnya. Begitu rileks, begitu santai... Dia menikmati
ketenangannya itu. Masa berjalan dan tinggal 1 hari, 1 malam dia akan mati.

Dia fikir, dia akan bebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia
memutuskan untuk makan malam bersama keluarganya di restoran makanan
laut. Sesuatu yang sudah tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun
kebelakangan ini. Dia fikir ini merupakan malam terakhir, jadi dia ingin
meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau dengan
keluarganya. Suasananya pun menjadi sangat santai dan tenang! Sebelum tidur,
dia mencium isterinya dan membisik di telinganya, "Sayang, aku mencintaimu."
Sesuatu yang sudah lama dia tidak ungkapkan di bibirnya.

Bangun tidur esok harinya, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar.
Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia berasa sangat teruja untuk
berjalan-jalan di waktu pagi mengelilingi taman perumahannya. Pulang ke rumah
setengah jam kemudian, dia mendapati isterinya masih tertidur. Tanpa
membangunkan isterinya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu
untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia
ingin meninggalkan kenangan manis kepada semua orang di sekelilingnya.

Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya
pun bingung, "Hari ini, Boss kita bersikap pelik ya?" Dan sikap mereka pun terus
berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia
ingin meninggalkan kenangan manis juga kepada pekerjanya. Tiba-tiba, segala
sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertoleransi,
bahkan dia lebih bersikap menghargai terhadap apa-apa yang berlaku di
sekelilingnya.

Tiba-tiba dia merasakan hidupnya menjadi indah. Dia mula menikmatinya.


Pulang ke rumah jam 5 petang, ia mendapati isteri tercinta menunggunya di
beranda depan. Semasa ini, si isteri yang memberikan ciuman kepadanya dan
berkata, "Sayang, sekali lagi saya minta maaf, jika selama ini saya selalu
menyusahkan sayang." Anak-anak pun tidak mahu ketinggalan, "Ayah, maafkan
kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana kelakuan kami. "Tiba-tiba,
sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah.
Dia membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi dia tersentak, bagaimana
dengan setengah botol yang sudah dia minum, petang semalam?

Dia bergegas berjumpa dengan si guru. Melihat wajah lelaki itu, si guru terus
mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata, "Buang sahaja botol itu. Isinya
cuma air kosong sahaja. Kau sudah sembuh bukan?? Apabila kau hidup dalam
arus kehidupan, apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat
menjemputmu bila-bila sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan
ini. Buangkan egomu, leburkan keangkuhanmu, nyahkan kesombonganmu. Jadi
lembut, selembut air, dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak
akan pernah rasa tepu, tidak akan pernah bosan. Kau akan merasai hidup
bersama-sama yang lain. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan.
Itulah jalan menuju ketenangan "..

Lelaki itu mengucapkan terima kasih dan menyalami si guru, dia lalu pulang ke
rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia tidak pernah
lupa hidup dalam arus kehidupan, sentiasa mengalir terus. Itulah sebabnya, ia
selalu bahagia, selalu tenang, selalu hidup... Hidup bukanlah merupakan suatu
beban yang harus dipikul tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

"Anda tidak akan pernah menang, jika anda tidak pernah mengambil langkah
untuk memulakan."

Anda mungkin juga menyukai