Anda di halaman 1dari 4

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana

melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan
secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir
dengan lebih kreatif. Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat belajar dalam
suasana yang gembira dan ceria.
Oleh itu, apabila mereka belajar dalam suasana tersebut, mereka akan lebih
mudah faham dan ingat apa yang mereka pelajari. Hal ini berlaku kerana secara
lumrahnya, manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding
perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Menurut Mok (2010),
bercerita merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi
pelajarannya melalui pengunaan teknik bercerita. Melalui kaedah bercerita, guru
dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, guru telah memilih teknik
bercerita sebagai penyampai utama sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Teknik bercerita yang dipilih oleh guru adalah teknik bunyi atau muzik.
Pemilihan teknik ini difikirkan sesuai dengan tahap psikologi murid tahun 1 yang
masih kanak-kanak dan sukakan bunyi-bunyian. Dalam set induksi, guru telah
memilih bunyi suara binatang untuk merangsang murid sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran. Ia menarik minat murid untuk lebih mengetahui isi
kandungan yang ingin disampaikan.
Murid mengecam bunyi haiwan yang didengari dan meneka haiwan yang
mengeluarkan bunyi tersebut. Ini melibatkan kemahiran mendengar murid, selain itu
murid akan mengajuk semula suara haiwan tersebut. Ini melibatkan kaedah fonik
yang melibatkan unsur bunyi-bunyian. Walau pun sebenarnya fokus kaedah fonik ini
adalah bunyi huruf namun dalam pengajaran ini ia telah diubah sesuai dengan tajuk
pengajaran dan pembelajaran harian murid yang memerlukan mereka mengenal
bunyi yang terdapat di sekeliling mereka. Namun tidak semua murid peka dengan
apa yang didengar terdapat juga murid yang memerlukan guru mengulang kembali
bunyi yang didengarinya. Guru perlu banyak mendedahkan bunyi-bunyian kepada
murid.
Kaedah ini amat berguna bagi murid tahun satu yang mengaplikasikan
kemahiran mendengar dan bertutur. Mereka akan menggunakan deria pendengaran

serta deria penglihatan bagi mengenal pasti perkataan yang terpapar di skrin.
Interaksi juga berlaku ketika di dalam kelas semasa guru bersoal jawab sepanjang
aktiviti berlangsung. Guru juga telah mengaplikasikan teknik bunyi semasa aktiviti
kedua iaitu meneka bunyi dan memadan gambar haiwan. Penggunaan teknik ini
melibatkan kemahiran mendengar murid kerana di dalam aktiviti ini guru telah
memfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur sebagai fokus utama di dalam
hasil pembelajaran.
Guru seterusnya memilih lagu Pak Mamat ada Kebun untuk dinyanyikan
bersama-sama murid bersama iringan muzik dan lirik dalam langkah 1. Guru
memasang lagu Pak Mamat ada Kebun melalui laptop,

murid mendengar dan

menyanyi serta melihat video klip berserta lirik yang dimainkan menerusi lagu itu.
Teknik ini melibatkan murid untuk mendengar dan mengajuk serta mengikut kembali
apa yang didengar mengikut rentak muzik. Di dalam klip video Pak Mamat ada
Kebun, dipaparkan lirik lagu apabila murid melihat lirik tersebut mereka akan
menyanyikan lagu tersebut dengan iringan muzik dan secara tidak langsung murid
akan mengajuk kembali dan mengenalpasti bunyi haiwan yang tertera pada lirik di
dalam klip video Pak Mamat ada Kebun.
Di samping itu, guru boleh mengetahui tahap kemahiran mendengar murid
melalui cara bersoal jawab berkaitan dengan klip video yang dipaparkan sebagai
contoh apakah bunyi haiwan yang didengari dalam klip video itu. Sebagai seorang
murid yang mempunyai tahap kemahiran mendengar yang baik mereka akan
menjawab soalan dengan betul dan begitu juga sebaliknya.
Teknik bunyi atau muzik ini digunakan bagi menarik minat perhatian dan murid
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana muridmurid sangat suka pada muzik ia sekaligus menyuntik nafas baru kepada kelas dari
pengajaran yang membosankan kepada suasana yang lebih positif dan kondusif
sekaligus memberi motivasi kepada murid agar fokus pada pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Guru turut menggabungkan teknik muzik dengan kaedah
komunikatif kerana dalam aktiviti ini melibatkan teknik soal jawab antara guru dan
murid serta berlaku interaksi antara murid dengan murid semasa menceritakan
pengalaman mereka. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengetahui tahap
kemahiran bertutur murid sama ada baik ataupun lemah dalam langkah ini.

Dalam

langkah

seterusnya,

dalam

aktiviti

berkumpulan

guru

masih

menggunakan teknik bunyi bagi aktiviti meneka bunyi bintang dan memadankan
gambar. Guru meminta wakil kumpulan mendengar bunyi yang dipasang dan
meminta murid meneka nama binatang tersebut seterusnya memadankan bunyi
dengan gambar binatang yang berkenaan. Ini dapat merangsang murid menjadi
seorang yang fokus kepada sesuatau dan secara tidak langsung meningkatkan daya
kemahiran mendengar mereka.
Dalam langkah ini, teknik bunyi ditekankan sepanjang aktiviti berlangsung dan
secara tidak langsung guru menyelitkan kaedah komunikatif. Ini berlaku mengikut
kesesuaian bagi memastikan murid-murid dapat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran

yang

telah

disampaikan

oleh

guru.

Kaedah

komunikatif

ini

menggalakkan murid berinteraksi atau berbincang antara satu sama lain bagi
mendapatkan jawapan bukan sahaja bersama rakan-rakan malah bersama guru. Ia
dapat melatih murid untuk lebih yakin diri dan berani semasa menjawab soalan
Sebagai contoh, guru telah memilih wakil kumpulan menjawab soalan yang telah
dipaparkan dan seterusnya tampil ke hadapan untuk memadankan jawapan dengan
gambar yang sesuai di hadapan kelas.
Kemahiran membaca dapat melatih murid murid untuk fasih bertutur serta
meningkatkan kemahiran dari semasa ke semasa. Hal ini dapat memberikan
perkembangan positif kepada murid murid sebelum melangkah ke tahap yang lebih
tinggi. Kemahiran membaca telah dapat diaplikasikan di dalam langkah seterusnya
iaitu dalam permainan eja dan cari perkataan dalam lembaran yang diberi. Guru
memaparkan gambar binatang dan bunyinya beserta ejaan nama binatang tersebut.
Guru meminta murid mengeja perkataan itu dan mencari perkataan dalam lembaran
kemudian mewarnakannya.
Langkah ini masih menggunakan teknik bunyi, ia dapat menguji tahap
kemahiran mendengar dan membaca bagi murid untuk diperbaiki melalui teknik dan
pendekatan yang sewajarnya. Sebagai contoh, guru memilih untuk menggabungkan
teknik soal jawab selepas mengaplikasikan teknik bunyi dalam langkah ini. Ia
digunakan bagi menguji tahap pemahaman dan pengetahuan melalui audio bunyi
dan paparan bergambar yang telah diberikan dan membuat pemerhatian bagi tahap
kepekaan pancaindera murid murid terutama organ mata dan telinga.

Guru juga turut dapat menguji tahap kognitif murid dan seterusnya mengatur
jalan penyelesaian yang sesuai bagi menyelesaikan masalahyang telah dihadapi
murid dari segi pemahaman soalan. Hal ini dapat dilihat melalui sesi penyoalan guru
kepada murid bagaimana dalam meneka bunyi binatang dan menghubungkait antara
bunyi dengan rupa binatang yang sebenar sepanjang pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Ia sekaligus dapat memupuk sifat yakin diri dan semangat kerjasama
dan berani tampil ke hadapan dalam diri mereka.

( 1021 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai