Anda di halaman 1dari 23

Bab 4

VISUAL
TAYANG

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:
1.
Menyatakan penyediaan ruang dan kelengkapan dalam persembahan
audio visual
2.
Mengenal pasti format-format untuk menayangkan visual dan
membandingkan kelebihan dan batasannya.
3.
Menggunakan .....
4.
Menggunakan ......

4.1 PENGENALAN
Media unjuran atau media tayang merupakan format media yang perlu
dibesarkan dan ditayangkan pada sesuatu skrin. Ini boleh dilakukan dengan
menggunakan filem transparen (contohnya, transparensi, slaid dan juga filem
jalur (filmstrips)), membesarkan imej melalui kanta dan seterusnya memaparkan
imej tersebut pada skrin. Jenis media unjuran berlainan memerlukan alat
projektor yang berlainan.
Jenis-jenis media unjuran yang sering digunakan dalam pendidikan ialah
seperti:
Transparensi
Slaid
Filem Jalur (Filmstrips)
Sistem Multimedia

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Tayangan overhed dan legap (overhead and opaque projection), slaid


(slides), dan filem jalur (filmstrips) adalah media audio visual tradisional yang
berkaitan dengan bilik darjah. Peralatan ini digunakan setengah abad yang lalu
sebagai alat bantu mengajar yang terkenal pada ketika itu. Gambar yang besar
dan jelas dapat menarik perhatian audien dan tiada teknologi lain yang dapat
menandinginya ketika itu. Cabarannya ialah untuk menjadikan alat bantu
mengajar ini dapat mengekalkan perhatian audien, menyampaikan maklumat
dengan jelas, menarik, mudah dibaca dan mengambarkan poin yang hendak
disampaikan.
Menyediakan bahan dalam bentuk overhed dan slaid adalah mudah.
Komputer membantu memudahkan kita untuk menunjukkan teks dan tayangan
visual, dan dengan menggunakan perisian persembahan grafik anda boleh
membuatkan grafik yang dipaparkan menarik dan mempunyai nilai seni seperti
seorang yang profesional.
Media pengajaran dan teknologi untuk pembelajaran menyediakan anda
sebagai seorang bakal guru dengan alat bantu mengajar untuk menarik
perhatian pelajar dengan berkesan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Pelbagai format media dan bahan pengajaran yang berkualiti boleh
digunakan oleh guru masakini semakin bertambah. Sebagai seorang guru anda
perlulah bersedia untuk memilih alat bantu mengajar yang terbaik untuk pelajar
anda yang sesuai dengan situasi dan dalam melaksanakan matlamat
pembelajaran yang berbeza-beza.

4.2 PENYEDIAAN RUANG DAN KELENGKAPAN


DALAM PERSEMBAHAN AUDIO VISUAL
Selepas seseorang pendidik menentukan media yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, suatu persoalan akan timbul iaitu adakah
media yang dihasilkan boleh digunakan di lokasi yang akan dituju (bilik darjah
misalnya). Sebenarnya, sebelum sesuatu media pengajaran itu dipilih, faktor
lokasi atau ruang penggunaanya perlulah terlebih dahulu diambil kira bagi
mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Faktor ruang dan
kelengkapan juga amat penting ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu sesi
pengajaran pembelajaran dilaksanakan bagi memastikan seseorang pendidik
sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mungkin wujud. Berikut

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

dibincangkan beberapa faktor yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan


dalam menyediakan ruang dan juga kelengkapan bagi sesuatu sesi
persembahan audio visual.

4.2.1

Penyediaan Ruang Bilik Tayangan

Pembinaan bilik tayangan perlu menitikberatkan kepada perkara berikut:


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

(vii)

4.2.2

Kesesuaian penggunaan peralatan dan bahan audio visual;


Penempatan peralatan tayangan yang tersedia untuk kegunaan bila-bila
masa;
Sudut pandangan yang jelas dan berkesan bagi setiap individu semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan;
Dapat menghindarkan bunyi dari luar untuk memastikan pemusatan
pengamatan murid yang lebih berkesan;
Perlu dirancang agar dapat menempatkan sebuah kelas yang cukup
selesa dengan kerusi dan meja berlipat;
Perlu menyediakan alat penghawa dingin, dan bilangan serta kekuatan
alat penghawa dingin perlu sesuai mengikut keluasan bilik, suhu bilik
perlu di antara 18 hingga 20 centrigrade sahaja; dan
Habuk dan kulat perlu dihindarkan agar tidak merosakkan perjalanan
peralatan audio visual.

Penyediaan Peralatan dalam Persembahan Audio Visual


Berikut merupakan peralatan yang diperlukan dalam persembahan:

(a)

Penunjuk Laser (Laser Pointer)


Penunjuk laser sangat penting digunakan untuk menunjuk sesuatu
perkara yang mustahak di layar putih atau skrin. Murid akan
memfokuskan tumpuan mereka ke arah yang ditunjukkan di atas layar
putih atau skrin. Sebagai contoh, Penunjuk Laser model LaserMed DP-2
yang menggunakan teknologi diod yang mampu menayangkan dot
berwarna merah di skrin atau di permukaan putih sejauh 300 kaki. Pada
jarak 50 kaki di antara pengguna penunjuk laser (guru) dan skrin dot

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

berwarna merah
yang dihasilkan di skrin adalah sebesar 1 inci
(diameter). Penunjuk laser ini cuma menggunakan dua bateri jenis AAA
dan masa penggunaannya boleh tahan lebih 5 jam.

(b)

Projektor Legap (Direct/Opaque Projector)


Projektor jenis ini membenarkan seseorang penceramah itu
menayangkan bahan legap seperti buku, gambar foto dan objek tiga
dimensi dan bahan sebenar yang diletak di atas permukaan skrin
projektor. Ini bermakna penceramah akan menjimatkan masa, wang dan
tenaga dalam menyediakan bahan persembahan seperti transparensi.
Dengan menggunakan projektor legap juga, penceramah yang diberikan
masa yang singkat untuk menyediakan sesuatu persembahan tidak perlu
panik sebab penceramah perlu hanya meletakkan nota bartaip dan bahan
bercetak daripada buku terus ke permukaan skrin projektor legap.

(c)

Liquid Crystal Display (LCD) Palette


Guru mampu menayangkan bahan yang telah dihasilkan dan disimpan
dalam komputer peribadinya ke layar putih atau skrin dengan
menggabungkan alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette, kad antara
muka (yang diselitkan dalam komputer peribadi) dan projektor lutsinar.
Alat ini telah mula popular di akhir tahun 1980-an dan cara
mengendalikannya adalah agak mudah. Guru cuma perlu meletakkan
alat Liquid Crystal Display (LCD) Palette di atas projektor lutsinar.
Seterusnya guru cuma memfokus imej yang ditayangkan di atas skrin
menggunakan teknik penggunaan projektor lutsinar.
Model yang terawal cuma boleh menayangkan high contrast
monochrome display yang menunjukkan shades of grey sahaja. Model
seterusnya mampu menayangkan imej yang berwarna warni. Liquid
Crystal Display (LCD) Palette ini adalah sebesar 12 inci x 15 inci dan
beratnya cuma 6 paun. Ini menyebabkan alat Liquid Crystal Display
(LCD) Palette mudah alih dan boleh dibawa kemerata tempat dalam
usaha membuat persembahan yang menarik lagi berkesan.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(d)

Sistem Penayangan Video dan Data (Video and Data Projection


System)
BARCO merupakan alat penayangan video dan data yang pertama
diperkenalkan di universiti-universiti Malaysia pada lewat tahun 1980-an.
Ia menggunakan tiga tiub gambar yang berbeza (berwarna merah merah,
hijau dan biru) dan teknik penayangan ini berpandukan kepada refractive
optic system yang menggunakan electron beam untuk mengimbas tiub
yang bersalut phosphor (phosphor-coated tubes) untuk menayangkan
cahaya.
Semasa mula diperkenalkan, alat penayangan video dan data
tersebut kurang berkesan daripada aspek penayangan di skrin kerana
sudut pandangannya adalah kecil. Ini mengakibatkan kurang sambutan
pada peringkat permulaannya. Tetapi kini alat ini sering digunakan dan
selalunya alat ini dipasang di atas dinding untuk mengelakkan daripada
gangguan seperti terlanggar oleh manusia dan sebagainya. Sekiranya
ada gangguan, biasanya memerlukan masa yang agak lama untuk
memperbaikinya seperti membuat allignment ke atas alat tersebut.

(e)

Liquid Crystal Display (LCD) Projector


Projektor jenis ini terdapat dalam pelbagai saiz. Jenis yang kecil amat
berguna bagi penceramah yang banyak membuat persembahan ke
merata tempat. Ini bermakna jenis projektor yang mudah alih dan ringan
amat diperlukan. Ciri lain seperti zoom digital. Gambar yang jelas dan
terang serta ANSI lumens yang tinggi seperti 3200 ANSI lumens juga
sesuai untuk penceramah yang sering bergerak dari satu tempat
persembahan ke tempat persembahan yang lain.

4.2.3

Strategi dalam Membuat Persembahan

Berikut merupakan langkah yang dicadangkan dalam membuat persembahan:


(a)

Bersedia dan mengetahui tujuan pembentangan (taklimat)

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Pastikan tujuan pembentangan mengikut tahap tertentu seperti bertujuan


memberi pengetahuan, pemahaman, analisis, aplikasi, sintesis atau
penilaian kepada audien (peserta atau pendengar). Ini adalah kerana
kehadiran audien di sesuatu pembentangan dengan tujuan berbagaibagai. Walaupun begitu, pembentang boleh memberitahu lebih awal
kepada audien tentang tujuan sebenar penerangan yang akan diberikan
supaya peserta tidak akan sesat, tidak mempunyai arah dan hala tuju
serta bosan dengan apa yang akan disampaikan.

(b)

Melengkapkan bahan taklimat pembentangan


Bahan taklimat adalah daripada data berkaitan dengan aspek yang akan
disampaikan kepada audien. Ada maklumat yang boleh disampaikan
dengan menunjukkan audio dan visual tertentu seperti berbentuk grafik
dan gambar rajah.
Pendekatan sedemikian dapat memudahkan
penyampaian maklumat. Penerangan yang meleret tanpa bahan bantu
penerangan akan menyebabkan penyampaian taklimat terlalu panjang
dan ini selalunya akan menyebabkan audien berasa bosan.

(c)

Peralatan taklimat dan susun atur peralatan


Bahan bantu penerangan mestilah disuaikan dengan peralatan yang
disediakan oleh penganjur atau pembentang perlu membawa peralatan
yang sesuai ke bilik pembentangan. Sebelum pembentangan, seseorang
pembentang perlu memastikan peralatan berjalan dengan baik dan tidak
rosak. Seelok-eloknya peralatan dicuba dahulu dan lihat kesesuaian alat
dengan bahan isi kandungan yang hendak disampaikan misalnya
daripada aspek saiz teks, warna teks dan grafik serta kedudukan
peralatan di tempat pembentangan.

(d)

Audien (peserta)
Pembentang juga perlu mengambil kira siapa audien yang akan hadir
dalam sesi pembentangan nanti seperti bidang kepakaran. Isi kandungan
yang hendak disampaikan perlu yang terkini agar audien tidak merasa

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

bosan dengan fakta lama yang mereka tahu. Juga bahasa yang
digunakan perlu mengikut tahap audien. Elakkan menggunakan bahasa
yang terlalu tinggi atau teknikal semasa membentang penerangan kepada
audien yang bukan dalam kalangan orang yang berpendidikan tinggi dan
bukan profesional. Oleh itu guna bahasa yang mudah, padat, tepat dn
intonasi yang sesuai.

(e)

Pilihan teknik penyampaian


Pelbagai cara penyampaian perlu selari dengan maklumat yang akan
disampaikan. Bahan teknikal perlu ditunjukkan dengan menggunakan
audio visual kepada audien agar maklumat yang disampaikan lebih jelas.
Maklumat yang lebih mudah dan lebih cepat diberikan secara lisan tidak
memerlukan bahan audio visual.

(f)

Masa pembentangan yang optima


Setiap pembentangan mesti dibuat latihan terlebih dahulu dan cuba
anggarkan masa pembentangan yang optima agar audien dapat
maklumat sepenuhnya tanpa berasa bosan. Sesi pembentangan perlu
dimulakan dengan pengenalan (seperti tujuan ringkas pembentangan dan
jangka masa pembentangan), sepintas lalu mengenai isi kandungan yang
hendak disampaikan, penerangan keseluruhannya, rumusan dan diakhiri
dengan sesi soal jawab.

4.3

CIRI-CIRI DAN APLIKASI-APLIKASI TAYANGAN


VISUAL

Tayangan visual (projected visuals) didefinisikan sebagai format media dimana


imej pegun dibesarkan dan ditayangkan pada skrin. Sebahagian tayangan
biasanya dihasilkan dengan melalukan cahaya yang sangat terang terus ke filem
transparen (tranparensi overhed, slaid, filem jalur), membesarkan imej melalui

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

beberapa siri lensa, dan memancarkan imej tersebut di atas permukaan yang
reflektif.
Tayangan legap (opaque projection) juga termasuk dalam kategori ini,
dalam tayangan legap, cahaya dipancarkan pada imej legap (sesuatu yang tidak
membenarkan cahaya menembusinya), seperti gambar di majalah dan gambar
yang bercetak. Cahaya dipantulkan daripada bahan di atas cermin yang
menghantar pembalikan melalui satu siri lensa ke atas skrin.
Peralatan-peralatan elektrik bagi tayangan visual yang lazim terdapat
untuk tujuan pendidikan termasuklah :

4.3.1

Projektor Lutsinar /Overhead Projektor


Projektor Slaid
Projektor Legap
Projektor LCD

Projektor Overhed (Overhead Projector)

Terciptanya Projektor Overhed (Overhead Projector (OHP)) dan


transparensi serta perkembangan penggunaannya, secara tidak langsung
membantu pendidik dalam penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar
secara efektif. Ianya menjadi penghubung antara guru dan murid di dalam kelas
secara efektif. Penggunaannya bukan sahaja di bilik-bilik darjah malahan di bilik
kuliah, di dewan seminar. OHP ini bukan bertujuan menggantikan tempat atau
peranan guru tetapi lebih kepada alat bantu
mengajar
bagi membantu guru mencapai
pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat
menerima pelajaran dengan melihat, mendengar
dan melakukannya dengan penggunaan OHP dan
tranparensi yang rapi dan sistematik oleh guru.
Menurut kemp (1980), penggunaan transparensi
dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang
mengandungi konsep, langkah-langkah pelajaran
dan fakta-fakta rumusan kepada kumpulan
sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar.
Heinich sependapat dengan Kemp bahawa
penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang kompleks
dengan menggunakan teknik transparensi bertindih (overlays).

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Projektor overhead mempunyai banyak kelebihan berbanding kaedahkaedah persembahan informasi visual yang lain kerana audien dapat
memberikan tumpuan yang penuh berbanding dengan kaedah dimana guru
menyampaikan maklumat menggunakan kapur atau pen penanda (maker pen).
Ia juga merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan menerusi
komunikasi secara lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum
balas daripada audien lebih bersifat semesta. Sekiranya perancangan bahan
transperansi dibuat dengan baik, ia akan dapat menyediakan semua gambaran
yang ingin disampaikan dan panduan sebagaimana yang diperlukan sewaktu
proses pembelajaran. Penggunaannya menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dengan adanya penggunaan warna dan ilustrasi
selain daripada penghurufan yang pelbagai bentuk. Disamping itu ia bersifat
senang digunakan, bersih, menjimatkan masa dan tenaga serta tidak
memerlukan bilik gelap yang memudahkan pelajar mengambil nota sewaktu
penayangan dilakukan.

Projektor Overhed merupakan satu peranti seperti sebuah meja yang


mempunyai permukaan yang mendatar (10 x 10 inci) dimana bahan yang ingin
diujurkan diletakkan ke atasnya. Cahaya dari mentol yang dipancarkan dari
bawah meja tersebut dikelompokkan (condensed) oleh lensa khas yang dikenali
sebagai lensa Fresnel. Cahaya tersebut kemudiannya dialirkan menerusi
kepingan lutsinar (8 x 10 inci), difokuskan dan dibalikkan 90 darjah menerusi

10

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

sistem lensa yang dipasangkan pada tiang atau dipasang dengan pendakap
(bracket) di atas meja berkenaan (Romiszowski, 1988).
Transparensi biasanya digunakan bersama-sama dengan Projektor
Overhed merupakan kepingan lutsinar yang diperbuat sama ada daripada filem
gambar foto (foto-graphic film), acetate lutsinar, atau sebarang bahan transparen
yang boleh dicetakkan imej ke atasnya melalui proses kimia atau haba. OHP
dapat menayangkan sesuatu paparan pada transparensi dengan lebih besar dan
jelas. Antara kebaikan penggunaan OHP dalam proses P & P ialah:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Boleh disediakan sama ada dalam bentuk hitam putih dan juga warna;
Membolehkan seseorang guru mengajar dengan lebih tenang dan
memberikan sepaenuh perhatian terhadap isi pengajaran;
Transparensi boleh digunakan berulangkali dan penyampaian bole
dilakukan secara lebih teratur dan sistematik.
Penyampai sentiasa dapat berada berhadapan dengan pelajar atau
audien.
Mudah digunakan serta lebih bersih berbanding penggunaan papan hitam
dan kapur.

Antara perkakasan dan peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan


transparensi adalah seperti berikut:
(a)

Perkakasan
Perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan transparensi adalah
seperti Transparensi Maker/Thermofax, Mesin Pendua (Photostate
Machine), dan Pencetak (Printer).

(b)

Peralatan
(i)

Filem Transparensi
Plastik/Alas Meja
Transparensi Write On

Asetat

PVC
Thermal

Black on clear background

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

11

Black on colour background

Colour on clear background

Reverse Image

Assorted colours on clear


PPC (Filem elektrostatik untuk mesin pendua)
PPC (Plain Paper Copier)
Filem Adhershif (Self Adhershif Colour Film)
(ii) Pen Transparensi

Jenis Kekal (permanent)


Jenis Larut (soluble / non permanent)

(iii) Pemadam
Kain atau tisu lembab untuk pen jenis larut
Pen pelarut kimia (solvent marker) atau getah pemadam khas
untuk dakwat jenis kekal
(iv) Alat-alat Grafik

Reka bentuk visual dan layout


Bentuk, ruang, garisan, tektur, warna dll.

Kaedah penghurufan
Huruf pindah kering, stensil, huruf potong, pencetak dan
sebagainya.
Transperansi boleh digunakan tanpa pemidang atau bingkai.
Walaubagaimanapun dalam pelbagai keadaan, penggunaan pemidang ini
amatlah digalakkan. Ini memandangkan, bingkai pada transperansi dapat
memudahkan proses penggunaan dan penyimpanan. Antara kelebihan bingkai
transperansi ialah :
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Ianya keras dan memudahkan transperansi untuk digunakan;


Tidak menampakkan kesan jari pada transperansi;
Boleh disimpan dengan transperansi lain tanpa melekat.; dan
Bingkai transperansi boleh digunakan untuk mencatitkan maklumat
penting.

12

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Bingkai transperansi boleh dibeli atau pun boleh dihasilkan sendiri


daripada kertas kadbod atau manila yang dipotong mengikut ukuran piawai 27cm
x 32 cm. Kemudian dipotong di bahagian tengah mengikut ukuran piawai 19 cm
x 24 cm dengan lebar bingkai 4 cm.

Rajah 4. : Kepingan Transparensi yang Berbingkai

Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan transparensi antaranya


ialah:
(a)

Cara lukisan dan tulisan tangan

Proses ini memerlukan beberapa keping transperansi jenis write-on seperti


asetat atau PVC yang murah dan senang didapati. Segala maklumat dituliskan
dipermukaan plastik transperansi tersebut sama ada menggunan pena felt, pena
penanda atau pena overhead sama ada bentuk kekal atau tidak kekal.
Penghasilan transperansi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan
bahagian-bahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal. Bagi penjagaan
permukaan transperansi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih
diletakkan di atasnya semasa ianya disimpan.
Penulisan kaedah ialah dengan menggunakan pindah kering yang
diwarnakan dengan pita berwarna. Dengan menggunakan pita berwarna ini,
bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga mewarnakan ilustrasiilustrasi yang terkandung di dalamnya. Penggunaan pita berwarna ini, adalah
sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama yang
hendak ditekankan.

(b)

Transparensi jenis Thermal

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

13

Terdapat banyak jenis thermal yang boleh digunakan untuk menyediakan


transparensi. Antara jenama yang boleh digunakan seperti Fordifax
Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya. Walau apa
pun juga jenama mesin, thermal tersebut, kaedah menggunakannya hampir
sama. Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan
mesin thermal bagi menghasilkan transparensi:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Tentukan kawalan dedahan (exposure control) kepada peringkat yang


diperlukan;
Sediakan bahan yang hendak di salin ke transparensi di atas kertas yang
sama saiznya;
Letakkan bahan master atau utama itu dibawah transparensi
sebagaimana arahan yang disediakan; dan
Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat
sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.

Rajah 4. : Proses Thermal (Insfra-merah) (Sharifah Alwiah


Alsagoff, 1992)

(c)

Transparensi daripada mesin pendua / fotostat

Cara penyediaan tranparensi ini juga memerlukan jenis transparensi khas.


Antara yang terdapat di pasaran adalah Stabilo Transparensies DIN A4 (12mm)
dan Photocopy Quality (Plain Paper Copier (PPC)). Teknik yang digunakan bagi
menghasilkan transparensi bagi menggunakan mesin fotostat sama seperti anda
membuat salinan kertas biasa. Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah :

14

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(i)
(ii)
(iii)

Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi ;


Masukkan plastik transparensi di tempat kertas penyalin; dan
Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa.

(d)

Cara pemindahan gambar

Teknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar daripada majalah, akhbar,
jurnal
dan
lain-lain
media
cetak
kepada
plastik
transparensi.
Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang baik,
imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis berkapur.
Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut :
(i)
(ii)

Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based);


Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal laminating
film- vistafoil;
Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas;
Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terlekat di
transparensi); dan
Kapas untuk menggosok gambar tersebut.

(iii)
(iv)
(v)

Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar


adalah:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

(e)

Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya. Seterusnya potong vistafoil
sama saiz dengan gambar yang telah dipotong;
Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar.
Gosok
permukaan supaya tidak terdapat gelembong udara;
Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu,
tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan-lahan; dan
Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas. Akhir
sekali keringkan diudara dan semburkan dengan varnish apabila kering.
Melalui proses cetakan menggunakan pencetak

Salah satu tenik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan terus
mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer). Pencetak utama yang
boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetak jenis semburan

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

15

dakwat (ink jet) dan juga pencetak jenis laser. Transparensi yang dihasilkan
boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan yang berwarna-warni.
Plastik transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan
ianya boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori komputer.
Biasanya terdapat plastik transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah
jenama pencetak dan ada juga plastik transparensi yang boleh digunakan
merentasi jenama pencetak. Plastik transparensi biasa sama ada plastik jenis
thermal, write on, fotokopi dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak
kerana ianya tidak mampu menampung atau memegang dakwat yang
digunakan. Sekiranya digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair
dan merosakkan pencetak.
Transparensi buatan tangan dan transparensi buatan mesin ada
kelebihan dan kekurangannya. Antara kelebihan transparensi buatan tangan
ialah ia tidak memerlukan mesin yang mahal, kos yang murah, mudah dibuat
perubahan dan senang digunakan. Kekurangannya pula termasuklah ianya
mengambil masa, kurang berkualiti, tidak boleh dibuat salinan, tidak kekal lama
dan jika bahan itu rumit ia memerlukan kemahiran yang tertentu. Manakal
kelebihan transparensi buatan mesin pula ialah ia cepat, berkualiti, boleh disalin
dan terdapat dalam berbagai jenis manakala kekurangannya ialah ia mahal,
susah untuk diperbaiki dan kadangkala memerlukan kos yang agak tinggi.
Selain daripada itu, terdapat mesin yang melibatkan proses penyediaan yang
rumit, dengan itu latihan dan kemahiran yang tertentu amatlah diperlukan.
Sesuatu persembahan pengajaran yang menggunakan transparensi
memerlukan persediaan yang teliti. Berikut merupakan panduan yang dapat
membantu anda semasa merancang penyediaan transparensi dalam
pengajaran.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Apakah objektif yang boleh dicapai melalui penggunaan transparensi


tersebut.
Apakah faktor-faktor penting yang hendak ditekankan agar pelajar dapat
memberikan penumpuan.
Adakah transparensi tersebut sesuai digunakan dan dapat mencapai
objektif
Bolehkah transparensi tersebut boleh digunakan bersama-sama dengan
media lain supaya lebih berkesan
Adakah isi kandungannya telah disusun dengan rapi dan disediakan
lakaran bagi menunjukkan apa yang hendak diisikan ke dalam setiap
transparensi

16

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(vi)

Sudahkah anda menyediakan nota-nota yng berkaitan yang akan


dipersembahkan kelak.

Terdapat pelbagai teknik persembahan menggunakan transparensi dalam


P & P, antaranya ialah:
(a)

Teknik berperingkat-peringkat

(i)

Urutan

Teknik ini hanya mengggunakan sekeping kertas untuk diletakkan di atas lutsinar
dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhan
maklumat disampaikan kepada pelajar.
(ii)

Masking

Teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum dipaparkan kepada
pelajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan pada pelajar dan
juga memudahkan para pelajar memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran
yang sedang ditunjukkan sahaja. Dari masa kesemasa bahagian-bahagian lain
yang ditutup akan dipaparkan secara berperingkat. Bahagian yang telah
diterangkan bolehlah ditutup semula.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

17

Rajah : Teknik Bertingkap (Razali Nor, 1996)


(iii)

Tindan-tindih

Teknik ini menambah bahagian dengan menindih dengan lapisan transparensi


lain untuk melengkapkan persembahan. Teknik ini diperkembangkan dengan
perbagai cara berdasarkan kreativiti guru.

Rajah 4. :Teknik Tindan Tindih (Razali Nor, 1996)


(iv)

Pasang tutup

Teknik ini digunakan dengan memasang dan mematikan suis OHP pada ketika
yang dirasakan bersesuaian. Misalnya untuk menarik perhatian pelajar kepada
perkara atau isu yang hendak ditujukkan, suis OHP dihidupkan. Sekiranya guru
mahukan pelajar memberikan perhatian terhadap apa yang hendak guru
perkatakan, suis OHP dimatikan.
(v)

Menulis terus

Teknik ini sama seperti penggunaan papan pengajaran yang mana seseorang
guru boleh terus menulis pada helaian transparensi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Kelebihannya ialah guru dapat berhadapan
dengan pelajar semasa menulis atau memberi penekanan terhadap sesuatu isi
pelajaran yang dirasakan penting.

18

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(b)

Teknik pergerakan

(i)

Penunjuk (Pointer)

Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap seperti pen misalnya unuk
dijadikan penunjuk. Penunjuk diletakkan di atas transparensi atau digerakkan
mengikut keadaan. Teknik ini dapat membantu guru menunjukkan sesuatu aliran
pergerakan secara perlahan-lahan.
(ii)

Bentuk-bentuk potongan

Bahan lutsinar atau bahan legap boleh digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu.
Selain itu, bahan-bahan sebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga
dapat ditunjukkan untuk mengkaji bentuknya.
(iii)

Lutsinar gulung

Teknik ini menggunakan transparensi gulung yang dipasangkan kepada roller


attachment pada mesin OHP.
(iv)

Wayang kulit

Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotong mengikut bahagian yang


dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan kaedah yang sesuai seperti
pertunjukkan wayang kulit. Teknik ini sesuai bagi persembahan bagi sesi
bercerita.
(v)

Sangga

Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti jarum pada jam.

(c)

Teknik Demonstrasi

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(i)

19

Penghabluran dan medan magnet

Pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains yang


mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan
medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat.
(ii)

Pergerakan gelombang

Pergerakan gelombang dapat ditunjukkan dengan menggunakan bekas


kaca yang mengandungi air. Pergerakan ombak juga dapat dilihat pada skrin
secara berulang-ulang.
Bagi pengguna baru, berikut adalah panduan yang boleh
membantunya mengoperasi mesin OHP dan transparensi untuk
menyampaikan pelajarannya dengan efektif. Langkah-langkahnya adalah:

(i)
(ii)
(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

Pastikan kedudukan OHP stabil. Jika diletakkan di atas meja,


mejanya hendaklah berada pada jarak imej fokus yang baik;
Sambungkan plug wayar OHP ke punca kuasa elekterik. Kabel yang
panjang perlu diuruskan agar ia tidak jadi halangan pergerakan;
Kaca datar dan lensa OHP dibersihkan. Gunakan tisu khas atau kain
kapas yang lembut atau pencuci lensa yang dilembabkan atau
gunakan methylated spirit;
Buka penutup lensa kemudian hidupkan suis OHP dan buat
penyelarasan kejelasan imej dengan meletakan sampel transparensi
atau meletakan satu objek legap di kaca datar OHP tersebut dan
memutarkan tombol untuk buat penyelarasan jelas;
Apabila imej dan teks yang terdapat di layar tayang itu jelas, matikan
suis dan bersedia untuk pengajaran.( susun transparensi ikut urutan
sebagaimana yang hendak disampaikan);
Tutup suis, jika OHP tidak digunakan terutamanya semasa kita
menerang atau menggunakan papan hitam atau alat bantu yang lain.
Hidupkan semula jika diperlukan kembali;
Guru perlu ingat bahawa selepas satu sesi penyampaian, ia perlu
matikan suis lampu OHP. Jika hendak menunjukkan sesuatu fakta
elok gunakan objek legap sebagai penunjuk di transparensi dan
BUKAN di layar tayang. Selain dari itu penunjuk laser (laser pointer)

20

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

juga boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu penerangan di


layar tayang; dan
(viii)

Setelah tamat pengajaran guru perlu lakukan perkara berikut;


o
o

o
o

Matikan suis, biarkan kipas OHP berpusing sebelum dicabut


plugnya dari punca elektrik
Simpulkan kabel OHP pada bahagian atau ruang yang telah
disediakan untuk kabel,

Tutup penutup lensa,


Biarkan beberapa minit untuk OHP sejuk sebelum dianjakkan
ke tempat lain.

Prinsip Rekabentuk Menerbitkan Transparensi.


Untuk menerbitkan medium transparensi yang baik , beberapa prinsip
penyediaannya perlu dipatuhi. Prinsip-prinsipnya adalah :
(i)

Maklumat yang terdapat di medium transparensi itu seelok-eloknya


memuatkan hanya satu idea bagi satu helai transparensi.

(ii)

Kurangkan unsur pantulan dengan


meng-asingkan beberapa gambar
atau imej yang kompleks kepada
komponen atau mesej utama yang
hendak kita sampaikan sahaja
sebagaimana di rajah sebelah.

(iii)

Bila menggunakan teks yang


menggunakan fon 14 poin tahoma
atau arial, pastikan bilangan
perkataan yang digunakan pada
satu-satu barisan itu dihadkan
pada 6-10 perkataan sahaja.

(iv)

Bilangan barisan yang sesuai bagi


sehelai transparensi dihadkan juga
pada 6-9 barisan

Rajah 4.5 : Unsur Pantulan yang


diasingkan

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

(v)

21

Warna yang digunakan selain dari


tujuan
untuk
mengcantikkan
medium
transparensi,
kita
gunakan juga untuk memberi
tumpuan pada elemen yang
difokuskan. Pilih warna yang
harmoni dan kontras seperti,
Kuning dengan Hitam,
Biru dengan Putih
Putih dengan Hitam

Rajah 4.6 : Penggunaan Warna pada


grafik
(v).

Hurufan yang digunakan juga perlu dipilih dari jenis hurufan San Serif
seperti Arial, Tahoma. dan Century Gothic. Elakan dari menggunakan
hurufan yang berunsur dekoratif atau italic. Skrip hurufan yang terdapat
pada komputer antaranya terdiri dari jenis ,
Hurufan Times New Roman MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Serif

MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis Dekoratif


Hurufan Impact
MALAYSIA NEGARA KU
Hurufan jenis San Serif Padat
Hurufan Arial
MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif
Hurufan Arial Narrow MALAYSIA NEGARA KU
Hurufan jenis San Serif
Hurufan Comic Sans MALAYSIA NEGARA KU Hurufan jenis San Serif Padat

Hurufan Monotype Corsiva

(vi)

Medium transparensi yang telah siap disediakan perlu mempunyai


bingkai. Ini adalah bertujuan untuk :

Memudahkan
kita
menggunakan
transparensi
dengan
mencatitkan penanda pada setiap transparensi mengikut urutan.
Tidak menampakkan kesan
jari pada transparensi
Boleh disimpan dengan
transparensi yang lain agar tidak
melekat .
Boleh dibuat secara tindantindih
Rajah 4.7 : Kepingan Transparensi
yang Berbingkai

22

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Maklumat penting boleh dicatitkan di bingkai untuk rujukan


semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Projektor Overhed mempunyai kelebihan dan kekurangan, antara


kelebihannya adalah:
(a)

1.5 Kelebihan dan Kekurangan Projektor Overhed


Text...

1.6 TUGASAN
Text...

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.7 RINGKASAN
ACTIVITY
Text...

23

Anda mungkin juga menyukai