Anda di halaman 1dari 2

Tajuk:

Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki


Penerbit:
Karya Bestari (Grup Buku Karangkraf)
Penerbit Bersama:
Inspirasi i Media
Penulis:
(Prof. Madya Dr.) Mat Rofa Ismail
Tahun Penerbitan:
2015
Kulit:
'Paperback'
Saiz:
227mm X 160mm X 23mm
Berat:
450gm
Ketebalan:
366 mukasurat (isi)
Warna halaman:
Berwarna
Ulasan:
Buku ini diterbitkan pada awal tahun 2015. Ia turut dijual semasa Konvensyen Ketamadunan
Dunia 1.0 anjuran GPTD, yang mana penulis buku ini adalah salah seorang pembentang
dalam konvensyen tersebut.
Buku ini diterbitkan dengan konsep travelog sejarah. Penulis mencatatkan pengalamannya
berkelana ke banyak negara menjejaki hubungan Alam Melayu dengan Turki.
Antara pengisian menarik dalam buku ini adalah usaha dan peranan penting yang dimainkan
oleh Syeikh Ahmad al-Fatani dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu dan juga sebagai duta
peribadi Khalifah Uthmaniyah; hubungan Khilafah Uthmaniyah dengan masyarakat Melayu;
sumbangan ilmuan Islam khususnya berkaitan sains dan teknologi yang membawa kepada
Renaissance Eropah; serta kajian etnografi Melayu dan Turki.
Secara keseluruhan, buku ini banyak menonjolkan maklumat berkaitan sejarah perkembangan
tamadun Islam khususnya berkaitan masyarakat Melayu dan kaitannya dengan Khilafah
Uthmaniyah. Sepertimana tajuknya, buku ini menonjolkan lebih penumpuan kepada sumber
manuskrip Melayu berbanding Turki Uthmaniyah.

Kekurangan petikan sumber dari manuskrip Uthmaniyah dalam buku ini membuka ruang
kepada para pencinta sejarah untuk menerus dan memantapkan lagi usaha yang telah
dilakukan oleh penulis.
Keazaman penulis untuk membongkar penipuan yang dilakukan oleh sejarawan pro-penjajah
adalah sesuatu yang wajar dipuji dan disambung bagi menimbulkan kembali semangat
persaudaraan merentas sempadan yang sangat dituntut dalam Islam.
Penulis turut menyatakan banyak maklumat sejarah yang dikatakan fakta, wajar dinilai
kembali khususnya mengikut neraca dan perspektif Islam. Seruan penulis untuk menerima
atau menolak hujah-hujahnya secara ilmiah turut menggambarkan kesediaan beliau untuk
memantapkan penirian berdasarkan hujah ilmu dan bukan secara emosional.
Buku ini wajar dibaca khususnya oleh para pengkaji sejarah, dalam usaha mengimbangi
sejarah yang ditulis mengikut perspektif Barat. Buku ini juga dapat meningkatkan kembali
jatidiri dan keyakinan masyarakat Melayu Islam yang sebenarnya telah mencapai kemajuan
jauh mendahului Barat sebelum mereka dijajah.

Anda mungkin juga menyukai