Anda di halaman 1dari 83

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Perkembangan teknologi telah banyak mendatangkan faedah kepada bidangbidang teknikal kejuruteraan. Perkembangan ini disusuli oleh permintaan terhadap
bangunan komersial dan infrastruktur tinggi di sektor industri kian bertambah. Maka
berbagai jenis asas telah diperkenalkan bagi menanggung beban struktur yang tinggi di
sektor industri pembinaan.

Asas merupakan suatu bahagian yang penting dalam sesuatu struktur kerana
segala beban yang dikenakan oleh struktur tersebut akan dipindahkan oleh asas ke atas
tanah di bawah struktur itu. Asas dapat dikategorikan kepada asas cetek dan asas dalam
yang lebih dikenali sebagai asas cerucuk. Asas cetek terdiri daripada asas tunggal, asas
kembar, asas jalur, dan asas rakit manakala asas cerucuk dapat dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu cerucuk anjakan besar, cerucuk anjakan kecil, dan cerucuk tiada anjakan.

2
Adalah lebih ekonomi dan selamat menggunakan asas cerucuk sekiranya beban
yang besar perlu ditanggung oleh tapak tanah, sedangkan tegasan galas izin tanah tapak
binaan rendah ataupun apabila lapisan tanah keras dan padat berada lebih 3m di bawah
permukaan tanah. Maka, kekukuhan dan kekuatan sesuatu struktur banyak bergantung
kepada rekabentuk asas ceruk ini. Oleh itu, rekabentuk serta pemacuan asas cerucuk
mesti optimum dari segi kekuatan, kejuruteraan dan juga kosnya.

Secara amnya, cerucuk adalah sebahagian daripada elemem struktur yang


menanggung beban pugak. Dalam kata lain, ia memindahkan beban mati dan hidup ke
dalam tanah dengan seragam dan efisien. Pemindahan beban ini penting bagi
mengelakkan bentuk struktur daripada melentur lebih dan rosak.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jambatan merupakan satu struktur yang menyerlahkan kemajuan teknologi dari


segi rekabentuk dan pembinaannya juga menandakan kemajuan sesebuah negara.
Tanpanya maka terputuslah jalan raya samaada yang merentasi sungai ataupun darat.

Terdapat pelbagai jenis sistem pencerucukan bagi sesebuah jambatan.


Contohnya, cerucuk keping, cerucuk tergerek secant (secant pile), cerecuk tergerek
bersebelahan (contiguous bored pile), dan cerucuk tuang di-situ.

Cerucuk tergerek bersebelahan atau cerucuk terjara berfungsi sebagai sebahagian


daripada elemem struktur yang menanggung beban pugak. Dalam kata lain, ia

3
memindahkan beban mati dan hidup ke dalam tanah dengan seragam dan efisien.
Pemindahan beban ini penting bagi mengelakkan bentuk struktur daripada melentur
lebih dan rosak.

Maka kajian ini adalah mengenai aplikasi sistem cerucuk tergerek bersebelahan
untuk jambatan jalan yang merentasi sungai. Kebiasaanya, sistem pencerucukan bagi
sesebuah jambatan adalah berbeza dengan jambatan yang lain. Ini adalah disebabkan
oleh beberapa faktor iaitu jenis kegunaan jambatan itu samaada kegunaan berat atau
ringan, jenis beban yang melalui jambatan itu iaitu beban statik dan beban dinamik dan
mengenalpasti samada terdapat bahan cemar yang berasid jika ianya menyeberangi
sungai.

1.3)

Kenyataan Masalah

Kestabilan dan kekukuhan sesuatu struktur adalah bergantung kepada kekuatan


struktur asasnya. Penggunaan asas cerucuk didalam sesuatu pembinaan adalah
dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti keadaan tanah, keupayaan galas tanah, topografi
tapak, lokasi persekitaran, dan beberapa faktor penting yang lain.

Kajian ini adalah untuk memberikan gambaran kepada sistem pencerucukkan


yang sesuai bagi sesebuah jambatan. Kebiasaanya, sistem pencerucukan bagi sesebuah
jambatan adalah berbeza dengan jambatan yang lain. Sistem pencerucukan yang dipilih
dalam kajian ini ialah sistem cerucuk terjara tuang di situ.
Cerucuk terjara tuang di situ sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis tanah liat.
Ia dipilih apabila keupayaan galas tanah yang rendah, enapan yang berlebihan, keadaan

4
tanah yang tidak baik, pembebanan sisi dan daya angkat naik yang boleh mengakibatkan
enapan. Maka, cerucuk terjara tuang di situ dgunakan untuk mengurangkan enapan asas
dengan memindahkan beban yang dikenakan ke strata yang lebih dalam dimana
tanahnya adalah lebih kukuh.

Dalam sistem cerucuk terjara tuang di situ juga terdapat beberapa masalah yang
merumitkan. Iaitu kurang kontraktor yang berpengalaman, perancangan tapak menjadi
sukar dan tidak berjalan lancar serta terdapat rintangan daripada subpermukaan tanah.
Selain itu, kurang pengalaman dan kemahiran dalam menentukan paksi, panjang dan
saiz cerucuk, tidak dapat mengoperasi mesin mekanikal cerucuk serta masalah dalam
penggerekan adalah perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam sistem pencerucukan.

1.4)

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk menganalisis dan merekabentuk cerucuk terjara


dengan menggunakan data-data geoteknik bagi satu kajian kes pembinaan jambatan
konkrit merentasi sungai.

1.5)

Skop Kajian

Dalam projek ini, kajian akan ditumpu kepada sistem pencerucukan yang
digunakan dalam pembinaan jambatan yang melintasi sungai. Kajian kes yang dipilih

5
oleh penulis berlokasi di Pekan Simpang Bekoh, Daerak Jasin, Melaka. Jambatan yang
dibina menyeberangi Sungai Nyalas ini adalah bagi menggantikan, jambatan asal yang
telah runtuh akibat dari hakisan tebing semasa hujan lebat, pada tahun 1995. Jambatan
ini juga merupakan sebagai perhubungan yang utama di antara Negeri Melaka dan
Johor. Maka skopnya ialah membina jambatan yang menyeberangi Sungai Nyalas
dengan mengunakan sistem cerucuk terjara tuang di-situ.

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1)

Keadaan Tanah

Tanah terdiri daripada bahan-bahan seperti kelikir, pasir, kelodak, tanah liat aatu
campuran bahan-bahan tersebut. Dari segi kejuruteraan pula, tanah ditakrifkan sebagai
endapan geologi lembut yang terdapat di antara tanah atas dengan batuan dasar.

2.1.1) Jenis-jenis Tanah

Jenis-jenis

tanah

dapat

pembentukannya seperti berikut:

diperihlkan

berdasarkan

kepada

mod-mod

7
i)

Tanah Terangkut (kerikil, pasir, kelodak dan tanah liat)

Kebiasaanya tanah jenis ini diangkut oleh air. Proses pembentukan tanah
terangkut berlaku apabila halaju air berkurangan dan zarah-zarah tanah yang telah
dibawa oleh air kan mendap. Pemendapan dimulai oleh zarah-zarah tanah yang lebih
besar dan berat dahulu. Oleh itu, pasir dan kerikil selalunya terdapat di bahagian hilir
sungai terutamanya apabila sungai bertemu dengan laut atau tasik iaitu tempat dimana
halaju sungai air menjadi semakin perlahan.

ii)

Tanah Baki (tanah atas, laterit)

Pembentukan tanah baki berlaku melalui proses luluhawa iaitu apabila batuan
asal mengalami serangan kimia dan serangan biologi dalam iklim tropika yang panas
dan lembab. Sekiranya batuan asal tersebut merupakan batuan igneus dan metamofosis,
maka biasanya tanah yang akan terbentuk adalah kelodak hingga kerikil. Manakala,
laterit pula terbentuk daripada batuan endapan. Sebahagian besar tanah yang terdapat di
malaysia adalah merupakan tanah baki.

iii)

Tanah Organik (tanah atas, gambut)

Pada permukaan bumi biasanya mengandungi bahan-bahan organik yang terletak


pada lapisan atas tanah. Tanah atas merupkan tanah pertanian dan hendaklah
disingkirkan relebih dahulu sebelum projek pembinaan dijalankan. Ketebalan tanah
tidak melebihi 500mm. Manakala, tanah gambut biasanya mempunyai bahan organik
yang tinggi dan selalunya mempunyai banyk masalah kejuruteraan.

2.1.2) Kekuatan Ricih Tanah

Bagi menapung dan menahan beban struktur yang berbagai-bagai jenis, tanah
mestilah mempunyai kekuatannya sendiri. Kekuatan tanah bergantung kepada kekuatan
ricihnya untuk menahan beban yang dikenakan ke atasnya. Kekuatan ricih ini wujud
hasil daripada geseran antara zarah-zarah tanah dan juga rekatan antara zarah bagi tanah
berjeleket.

Kekuatan tanah ricih adalah daya rintngan maksimum per unit luas tanah yang
dapat dihasilkan oleh tanah tanah tersebut untuk menahan sebarang kegagalan atau
gelangsar di sepanjang sebarng satah di dalamnya. Kekuatan ricih tanah berkaitan
dengan rintangan tanah terhadap kegagalan ricih. Jika tegasan ricih pada satu titik di atas
satu satah jisim tanah sama dengan kekuatan ricih tanah, maka kegagalan akan berlaku
di titik tersebut. Ungkapan kekuatan ricih tanah ( f) pada satu titik diatas satah tertentu
telah diperkenalkan oleh Coulomb sebagai rangkap lelurus tegsan normal (f) di atas
satah di titik yang sama.
f = c + f tan

(2.1)

Dengan c dan ialh prameter kekuatan ricih, masing-masing diterangkan sebagai


kejeleketan dan sudut rintangan mericih. Memgikut konsep asas Terzaghi, tegasan ricih
di dalam tanah hany boleh dirintang oleh rangka zarah-zarah tanah dan kekuatan ricih
diungkap sebagai rangkap tegasan normal berkesan. Oleh itu kegagalan akan berlaku di
titik mana terhasilnya gabungan genting bagi tegasan ricih dan tegsan nornal berkesan.

9
Kekuatan ricih tanah boleh juga diungkap di dalam sebutan tagasan utama
berkesan

dan tagasan utama minor berkesan

semasa kegagalan di titik

berkenaan. Ketika gagal, garisan lurus yng ditakrif oleh persamaan (i) akan tangen
terhadap bulatan Mohr yang mewakili keadaan tegasan, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 2.1, dengan tegasn mampatan diambil sebagi positif. Kordinat-kordinat titik
tangen ialah f dan f dengan:
f = ( 1 - 3) sin 20

(2.2)

f = ( 1 + 3) + ( 1 - 3) kos 2

(2.3)

Dengan ialah sudut teori diantara satah utama major dengan satah kegagalan . Je;las
dilihat bahawa:
=45 + /2

(2.4)

Daripada rajah , hubungan di antara tegasan-tegasan utama berkesan semasa gagal dan
parameter kekuatan ricih boleh diperolehi. Sekarang:
Sin = [ ( 1 - 3)]/ [c kos + ( 1 + 3)]

(2.5)

( 1 - 3) = ( 1 + 3) Sin + 2c kos

(2.6)

1 = ( 1 - 3) tan 2 (45 + /2) + 2 c tan (45 + /2)

(2.7)

Oleh itu,

Atau,

10
Persamaan (vi) dan (vii) dirujuk sebagai kriterium kegagalan Mohr-Coulomb.
Jika beberapa keadaan tegasan diketahui dan tangen sepunya yang dianggap oleh
kriterium yang diwakili oleh persamaan (ii) boleh dilukis terhadap bulatan Mohr yang
merupakan keadaan tegasan: tangaen sepunya ini dipanggil liputan kegagalan tanah
tersebut. Adalah mustahil untuk memperoleh pelotan keadaan tegasan utama perantaraan
berkesan

tidak mempengaruhi kekuatan ricih tanah. Kriterium kegagalan Mohr-

Coulomb yang mudah ini digunakan dengan meluas di dalam praktik walaupun ia
bukanlah satu-satunya kriterium kegagalan yang mungkin digunakan. Liputan kegagalan
bagi tanah tertentu tidak semestinya garis lurus, tetapi pengahmpiran garis lurus boleh
digunakan untuk julat tegasan yang ingin ditentukan dan parameter kekuatan rich
diperoleh bagi julat tersebut.

Dengan memplot (

- 3) melawan (

+ 3) sebarang keadaan

tegasan boleh ditunjukkan hanya oleh titik tegasan tanpa menggunakan bulatan Mohr,
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 , dan pada plotan ini, liputan kegagalan
terubahsuai diperoleh dan ini ditunjukan oleh persamaan
( 1 - 3) = a + ( 1 + 3) tan

(2.8)

Dengan a dan ialah parameter kekuatan ricih terubahsuai. Parameter c dan


seterusnya diberikan oleh:

=sin-1 (tan )

(2.9)

c=a / cos

(2.10)

11

Rajah 2.1: Keadaan tegasan semasa kegagalan

Rajah 2.2: Satu gambaran lain bagi keadaan tegasan

12
2.1.3) Keupayaan Galas Tanah

Keupayaan galas tanah ialah fungsi kepada kekuatan ricih tanah. Kebanyakkan
kegagalan asas adalah disebabkan oleh enapan yang berlebihan atau enapan kebezaan.
Oleh itu, untuk menurangkan kegagalan asas maka sesebuah asas mestilah memenuhi
dua keperluan utama iaitu:

i)

Enapan asas haruslah tidak terlalu besar, khasnya enapan kebezaan mestilah
tidak menyebabkan kerosakkan yang teruk dan tidak juga boleh menggangu
fungsi struktur.

ii)

Faktor keselamatan terhadap kegagalan ricih dari tanah yang menyokong


mestilah cukup, iaitu biasanya nilai ditetapkan di antara 2.5 hingga 3.0.

Keupayaan galas dizinkan (qa) ditakrifkan sebagai tekan maksimum yang


mungkin dikenakan di atas tanah dimana kedua-dua keperluaan tersebut adalah
dipenuhi. Keperluan tak langsung adalah bahawa asas dan operasi yang berkenaan di
dalam pembinaan, haruslah tidak mempunyai kesan yang berlawanan ke atas bangunan
atau perkhidmatan yang bersebelahan.

Keupayaan galas muktamad (qf) ditakrifkan sebagai tekanan terkecil yang akan
menyebabkan kegagalan ricih tanah yang menyokong yang terletak di bawah dan
bersebelahan dengan asas. Rujuk Rajah 2.3.

Tiga mod kegagalan tanah yang berbeza telah dikenalpasti dan ditunjukkan di
dalam Rajah 2.5 . Penerangan bagi Rajah dibuat dengan merujuk kepada tapak jalur. Di

13
dalam kes kegaglan ricih am, permukaan kegagalan berterusan terhasil di antara hujunghujung tapak dan permukaan tanah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, iaaitu
apabila tekanan dinaikkan menuju kepada nilai qf , keadaan keseimbangan plastik
tercapai pada awalnya di dalam tanah di sekeliling hujung-hujung tapak

dan

kemudiannya beransu-ansur merebak ke arah bawah dan keluar.

Secara muktamadnya, keadaan seimbangan plastik terhasil sepenuhnya di


seluruh tanah di atas permukaan-permukaan kegagalan. Perlambungan permukaan tanah
berlaku hanya pada satu sisi sahaja, diiringi dengan kecondongan taapk. Mod kegagalan
ini biasanya untuk tanah yang mempunyai kebolehmampatan yang rendah (iaitu tanahtanah tumpat atau tegar) dan lengkuk takanan-enapan adalah dari bentuk am seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 4, di mana keupayaan galas muktamad ditakrifkan dengan
nyata.

Dalam mod kegagalan ricih tempatan terdapat mampatan yang besar pada tanah
di bawah tapak dan hanya penghasilan sebahagian untuk keadaan keseimbangan plastik.
Dengan itu permukaan-permukaan kegagalan tidak tiba ke permukaan tanah dan hnya
berlaku perlambungan yang sedikit. Kecondongan asas tidak akan berlaku. Kegagalan
ricih tempatan adalah berkaitan dengan tanah-tanah yang mempunyai mampatan yang
tinggidan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 , adalah dicirikan dengan kehadiran
enapan yang besar (yang tidak boleh diterima dalam praktik) dan sesungguhnya
keupayaan galas muktamad tidak ditakrifkan dengan jelas.

14

Rajah 2.3: Ilustrasi qa dan qf

Rajah 2.4: Mod-mod kegagalan:


a) Ricih am b) Ricih tempatam c) Ricih Menebuk

KAJIAN LITERATUR

2.2) Penyiasatan Tapak.

Penyiasatan tapak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam seperti pemeriksaan


tapak, boring, mengambil contoh tanah, dan beberapa ujian bagi mendapatkan maklumat
geoteknik untuk digunakan semasa merekabentuk agar ianya ekonomi, praktikal,
selamat dan memenuhi kehendak semua pihak yang terlibat.

2.2.1) Kepentingan Penyiasatan Tapak

Keperluan penyiasatan tapak adalah untuk:


Memeriksa kesesuian tapak bagi sesuatu projek pembinaan
Membolehkan penyediaan rekabentuk yang ekonomi, praktikal, dan selamat
Menentukan

kemungkinan

kesukaran-kesukaran

yang

akan

terlibat

disebabkan oleh kaedah pembinaan yang tertentu.


Mendapatkan sifat-sifat fizikal dan juga lain-lain maklumat yang
bersangkutan

16

Tanpa penyiasatan tapak kemungkinan akan berlaku:

Pembinaan yang menemui kegagalan yang akan menyebabkan projek-projek


bangunan yang tinggi dan jambatan tidak dapat disiapkan atau terpaksa
dirobohkan
Jangkamasa pembinaan dan kos akan bertambh yang mana rekabentuk
terpaksa dikaji semula.

2.2.2) Maklumat Yang Diperolehi

Maklumat sebenar yang ingin diperolehi daripada sesuatu penyisatan tapak


berbeza mengikut keperluannya, jenis dan saiz projek, dan peringkat penyiasatan. Antara
maklumat yang ingin diperolehi adalah seperti yang berikut:

Keadaan mukabumi dimana pemeriksaan terhadap mukabumi samaada


terdapat retakan, enapan, lembah, sungai, tempat perlombongan, sistem
aliran, dan ketinggian mukabumi dari aras laut yang terdapat di tapak.

Maklumat tentang harta tanah, talian elektrik, kedudukan paip


kemudahan serta kemudahan yang tertanam di dalam tanah juga perlu
dicatatkan.

Ciri-ciri dan sifat-sifat permukaan tanah dan bahan-bahan yang


terkandung di dalam tanah.

17
Sejarah penggunaan tapak pada masa yang lepas. Ini adalah kerana,
kemungkinan tapak tersebut pernah dijadikan tempat pembuangan
sampah dan akan menyebabkan masalah kelemahan keupayaan galas.
Maka tindakan khusus perlu diambil bagi memgatasi masalah kelemahan
keupayaan galas, juga kajian hendaklah dilakukan ke atas kecacatan dan
kegagalan bangunan yang disebabkan oleh kegagalan asas yang berkait
dengan perubahan tanah.

Kecondongan pemukaan tanah dan mana-mana bahagian muka bumi


yang tidak stabil dengan melihat melalui anjakan struktur, pokok, pagar,
tiang dan sebagainya.

Rekod yang lengkap tentang jenis dan lapisan tanah.

18
2.2.3)

Langkah-Langkah Penyiasatan Tapak

Perancangan

Penyiasatan

Kajian Di Meja
Peninjauan Tapak
Penyiasatan Tapak

Teknik Geofizik

Penjaraan
Menggunakan
Kuasa

Tukulan
Penggerudian
Intan

Lubang Cubaan

Putaran

Log Dan Contoh

Jaraan
Basuh

Penggerudian
Gerimit

Log Teras

Ujian-ujian Tapak

Penyediaan Laporan Ujian


Penilaian Keputusan
Proses Rekabentuk
Perlaksanaan Projek

Kamera Lubang
Jara

Ujian
Galas

19
2.2.4) Pensampelan

Sampel tanah yang diambil semasa kerja-kerja penyiasatan tapak


dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
Sampel tanah terganggu dan
Sampel tanah tak terganggu

Sampel tanah terganggu adalah untuk dikenal dan diuji. Sampel tanah
terganggu ini diambil setiap kali ada pertukaran lapisan tanah dalam bumi dan 0.5kg
sampel tersebut dikenal manakala 10kg sampel adalah untuk diuji taburan saiz zarah,
perenggan Atterberg da sebagainya. Sampel tanah tidak terganggu pula diambil dengan
mengunakan tiub pensampel yang pelbagai ukuran garis pusat seperti 37.5mm, 50mm,
75mm dan 100mm.

2.2.5) Kaedah-kaedah Penyiasatan Tapak

Sejauh mana penyiasatan tapak bergantung terutamanya kepada kepelbagaian


dan ciri-ciri subsoil dan air tanah, jumlah informasi tempatan yang sedia ada.
Bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa keadaan susunan tanah adalah sangat
penting kepada ahli geologi, jarak, lokasi lubang jara atau lubang ujian mestilah
berkaitan dengan perincian geologi kawasan projek.terdapat pelbagai kaedh penyiasatan
yang dapat digunakan dalam penyiasatan tapak.

20
2.2.5.1) Lubang Ujian

Satu kaedah penyiasatan yang mudah dan boleh dipercayai adalah pengorekkan
lubang ujian, dimana kedalaman maksimumnya dihadkan kepada 4-5m. Biasanya,
penyodok jentera digunakan untuk mengeluarkan tanah. Sekiranya,pengorekan melebihi
permukaan air bumi maka penyingkiran air perlu dilakukan terutamanya bagi tanah yang
telap, dimana ia akan meningkatkan kos yang tinggi. Dinding lubang harus disokong
kecuali dinding yang mempunyai cerun yng selamat atau bertangga iaitu tanah korekan
harus diletakkan sekurang-kurangnya1m daripada tebing lubang.

Penggunaan lubang ujian juga membolehkan,sempadan diantara stratum dan


keadaan mikro fabrik dapat ditentukan dengan tepat. Selain iti sampel tanah terganggu
atau tidak terganggu dapat diperolehi dengan mudah. Penggunaan lubang ujian adalah
amat sesuai bagi semua jenis penyiasatan tanah, termasuk tanah-tanah yang
mengandungi batu bundar atau batu tongkol.

2.2.5.2) Syaf Dan Terowong Sisi

Syaf dan terowong sisi selalunya dikork di atas permukaan air bumi,di mana
kosnya adalah sangat tinggi. Syaf dan terowong sisi adalah untuk penyiasatan bagi
struktur-struktur yang sangat besar seperti empangan. Pengorekan lubang yang dalam
atau syaf dilakukan dengan tangan, dimana tebingnya disokong menggunakan balak.
Terowong sisi pula, dikorek daripada dasar syaf atau dari permukaan ke lereng bukit
dengan tebing dan bumbung disokong.

21
2.2.5.3) Penjaraan Tukulan

Rig penjaraan terdiri daripada unit kuasa, unit win, kabel, derik dan berkas,
di mana unit kuasa dan win membawa kabel keluli yang ringan melalui satu takal di atas
derik. Lubang jara untuk tanah yan keras ataupun tumpat dikorek dengan menggunakan
pahat yang berat (atau mata pencincang). Ia dipasang pada rod penjaraan yang padu ,
dimana berat rod diperlukan bagi menusuk ke dalam tanah. Kabel yang dihubungkan
dengan unit win, menangkat dan menjatuhkan peralatan dan rod untuk memecahkan
tanah. Dengan cara ini, batu bundar dan batu tongkol boleh dipecahkan tetapi cara ini
sangat lambat.

Tanah yang longgar bercampur dengan air bumi di bawah aras air bumi bagi
membentuk buburan, manakala di atas aras air bumi buburan terbentuk apabila air
memasuki lubang jara. Buburan dapat disingkirkan dengan mudah melalui kelompang
atau bandela, sekiranya rig dipasang dengan kabel kedua untuk membawa kelompang.
Kelompang merupakan satu tiub besi yang berat , yang bergerak ke atas dan ke bawah
untuk mengumpul buburan dan apabila menjadi penuh, ia diangkat ke permukaan untuk
dikosongkan. Kelompang berserta bar ajuk (jika perlu) boleh digunakan terus sebagai
alat penjaraan tanpa penggunaan pahat untuk pasir longar dan kelikir yang berada di
bawah aras air bumi.

Selongsong merupakan paip besi yang bersambung-sambung dan dipcu atau


dibicu ke dalam lubang. Selongsong boleh gelangsar masuk pada kedalaman yang cetek
disebabkan oleh beratnya sendiri. Selongsong boleh diambil semula menggunakan win
atau bicu, apabila penyiasatan selesai.

22
Selain itu, pemotong tanah liat dan gerimit juga boleh digunakan terus
dengan rig punukulan. Alat pemotong ini terdiri daripada tiub keluli dengan kekasut
pemotong dan gelang bendungan dihujungnya yang digunakan untuk penjaraan tanah
liat. Pemotong diangkat dan dijatuhkan dengan berselan-seliuntuk mengumpul tanah liat
dan apabila penuh, diangkat ke permukaan untuk dikosongkankan. Gerimit juga
digunakan untuk tanah liat dan membersihkan lubang jara sebelum pensampelan
dilakukan.

Penjaraan tukualan sesuai untuk penyiasatan semua jenis tanah, termasuk


tanah-tanah yang mengandungi batu bundar atau batu tongkol. Walau bagaimanapun
kaedah ini akan menjadi sukar dalam sampel tanah di bawah lubang jara dan untuk
mengesan lapisan tanah yang nipis atau ciri geologi yang minor. Julat garis pusat lubang
ialah diantara 150-300mm, manakala kedalaman maksimumnya pula ialah di antara 5060m.

Rajah 2.6

(a) Rig penjaraan penukul, (b) Rod penjaraan dan pahat,


(c) Kelompang, (d) pemotong tanah liat

23

2.2.5.4) Gerimit Mekanik

Kuasa yang diperlukan untuk memutar gerimit bergantung kepada jenis dan saiz
gerimit itu sendiri dan tanah yang akan ditusuk. Gerimit larian yang mempunyai garis
pusat di antara 75-300mm, juga 1m dan gerimit timba yang mempunyai garis pusat di
antara 300mm-2m adalah jenis gerimit yang biasa digunakan. Gerimit digunakan bagi
tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa kering,
terutamanya bagi tanah liat. Adanya batu bundar dan batu tongkol boleh menyulitkan
gerimit yang bersaiz lebih kecil.

Gerimit larian-penek yang terdiri daripada satu heliks dengan panjang yang
terhad dan alat pemotong di bawahnya dipasang pada batang keluli yang dikenali
sebagai bar Kelly. Gerimit dipacu ke dalam tanah sehingga penuh,bergerak naik ke atas
permukaan dengan memutarkan gerimit pada arah yang berlawanan supaya tanah dapat
dikeluarkan. Kedalaman lubang dihadkan oleh panjang bar Kelly.

Gerimit larian-terus pula terdiri daripada rod-rod dengan satu heliks yang
merangkumi keseluruhan panjangnya. Gerimit larian terus dapat menghasilkan lubang
jara sedalam 50m tetapi pencampuran beberapa jenis tanah terdapat setelah sampai ke
permukaan dan ini menyababkan kesukaran dalam penentuan titik kedalaman yang
berlakunya perubahan strata.

Semasa penjaraan dilakukan, gerimit larian-terus berbatang geronggang


digunakan iaitu, hujung bawah batang geronggang ditutup dengan suatu palam yang
disambung kepada rod dalam batang. Satu tiub yang dipasang di hujung rod diturunkan
melalui batang dan dipacu ke dalam tanah di bawah gerimit dan sekiranya batuan dasar

24
ditempuh maka tebukan masih boleh dilakukan melalui batang geronggang. Gerimit juga
berfungsi seperti selongsong dan digunakan untuk pasir yang berada di bawah paras air
bumi walaupun terdapat kesulitan. Ini adalah kerana, tekanan hidrostatik menyebabkan
pasir disedut naik ke dalam batang. Maka ini dapat dielakkan sekiranya batang
dimasukkan air sehingga paras air bumi.

Gerimit timba yang dipasang pada bar Kelly terdiri daripada satu silinder
keluli,plat asas yang mempunyai pemotong, bersebelahan dengan lubang alur plat,
diputar dan ditekan ke bawah tanah bagi menyingkirkan tanah. Tanah yang tersingkir ini
akan melepasi lubang alur dan memasuki timba, di ana tanah tersingkir oleh pemotong.
Dengan melepaskan plat asas yang terengsel, timba yang penuh akan bergerak ke
permukaan untuk dikosongkan.

Bagi memeriksa strata bumi, seorang akan dimasukkan ke dalam sangakar


yang istimewa dan diturunkan ke dalam lubang korekan, dimana lubang korekan gerimit
hendaklah bergaris pusat melebihi 1m. Untuk tujuan ini, lubang mestilah
diselongsongkan terlebih dahulu dan pengalihudaran yang memadai sangat dperlukan.

2.2.5.5) Gerimit Tangan Dan Mudah Alih

Terdapat dua jenis gerimit tangan iaitu Iwan atau lebi dikenali sebagai lubang
tiang dan gerimit heliks kecil. Gerimit Iwan bergaris pusat sehingga 200mm manakala
gerimit heliks kecil mempunyai garis pusat lebih kurang 50mm. Gerimit tangan
digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m, tebing lubang yang tidak
memerlukan sokongan dan jika tidak terdapat zarah bersaiz lebih besar daripada kelikir

25
kasar. Dengan menggunakan gagang-T di bahagian atas rod, gerimit diputar dan ditekan
ke dalam tanah. Gerimit juga hendaklah sentiasa ditarik keluar bagi menyingkirkan
tanah. Tiub bergaris pusat kecil dipacu bagi memperoleh sampel tak terganggu.

Gerimit kuasa mudah aluh yang kecil dapat mengorek lubang jara yang bergaris
pusat di antara 75-300mm dan sehingga kedalaman 10-15m. Gerimit sesuai digunakan
untuk kebanyakan tanah yang mana kesemua zarah hendaklah bersaiz lebih kecil.

2.2.5.6) Penjaraan Hasil-hakis

Penjaraan hasil-hakis terdiri daripada bit, selongsong, tauk, satu rangkaian rod
penjaraan, swivel, kabel keluli dan rig dimana ia terdiri daripada satu unit kuasa, win
dan pam air. Dalam kaedah ini, air dipam melalui rangkaian rod penjaraan dan
dilepaskan di dalam pemahat yang terpasang di hujung rod melalui lubang-lubang
sempit. Jet air dan pergerakkan pemahat yang turun naik menyebabkan tanah lerai dan
pecah manakala zarah tanah yang dihakis ke permukaan oleh ruang diantara rod dan
tebing lubang jara dan dibiarkan endap di dalam takungan. Kaedah ini juga boleh
digunakan untuk lubang jara yang tak diselongsong. Juga lumpur gerudi boleh
digunakan dengan menggantikan air di mana dalam hal ini lubang jara tidak perlu
diselongsongkan.

Penjaraan hasil-hakis boleh digunakan untuk kebanyakan jenis tanah tetapi


sekiranya terdapat zarah yang bersaiz kelikir kasar atau lebih besar ini akan
melambatkan kerja penjaraan. Adalh suatu perkara yang merumitkan dalam menentukan
jenis tanah yang tepat. Walaubagaimnapun, perbezaan keadaan ini boleh dikesan

26
daripada kelakunan alat dan mungkin terdapat perubahan warna air yang naik ke atas
apabila sempadan di antara dua stratum ditempuh. Kaedah ini hanya boleh digunakan
untuk mendalamkan lubang jara supaya sampel tiub dapat di ambil dan ujian di situ
daapt dilakukan di bawah dasar lubang.

2.6.7) Pengerudian Putar

Pengerudian putar boleh digunakan untuk pemeriksaan batuan dan tanah.


Prinsipnya adalah sama seperti penjaraan hasil-hakis, di mana air ataupun lumpur
pengerudi dipam melalui rod geronggang mengalir ke dalam lubang-lubang sempit.
Bendalir penggerudian menyebabkan alat penggerudian sejuk dan melincir juga bendalir
ini ia merupakan sokongan kepada tebing lubang sekiranya selongsong tidak digunakan.

Terdapat dua jenis penggerudian putar iaitu penggerudian lubang terbuka dan
penggerudian teras. Penggerudian lubang terbuka hanya boleh digunakan untuk
mendalamkan lubang dimana rod penggerudian boleh dibuang untuk mengambil sampel
tiub atau untuk menjalankan ujian di situ. Penggerudian lubang terbuka digunakan untuk
tanah dan batuan yang lemah, dan memecahkan semua bahan yang berada di dalam
lingkungan garis puasat lubang dengan menggunakan bit pemotong. Manakala
penggerudian

teras pula dugunakan untuk batuan dan tanah liat keras, dan bit

memotong lubang anulus di dalam bahan yang mempunyai kandungan air semula jadi
yang bertamabah akibat sentuhan bendalir penggerudian dan teras yang bergaris pusat
41mm, 54mm, 76mm dan meningkat sehingga 165mm.

27
Berbanding dengan kaedah penyiasatan yang lain, penggerudian putar
menyebabkan progresnya lebih cepat dan meminimumkan gangguan terhadap tanah di
bawah lubang jara. Walau bagaimanapun, kaeadh ini tidak sesuaikan digunakan untuk
tanah yang mengandungi zarah kelikir atau lebih besar

.
2.6.8) Penyiasatan Air Bumi

Penentuan aras air bumi dan sebarang tekanan artes di dalam sesuatu stratum di
kenali sebagai penyiasatan air bumi. Perubahan aras atau tekanan di dalam sesuatu
tempoh tertentu perlu juga ditentukan. Cerapan air bumi lebih lagi diperlukan sekiranya
pengorekkan dalam ingin dilakukan.

Kedalaman permukaan air diukur bagi mendapatkan aras air bumi dalam lubang
jara. Masa sambutan adalah masa yang agak lama untuk aras air bumi dalam lubang jara
menjadi stabil, dimana ia bergantung kepada kebolehtelapan tanah. Oleh itu, pengukuran
harus diambil pada sela yang teratur sehingga aras air menjadi telap. Sekiranya lubang
jara ini di dalamkan lagi, berkemungkinan stratum yang di bawah tekanan artes akan
ditembusi, ini menghasilkan aras air dalam lubang lebih tinggi daripada aras air bumi.
Stratum yang mempunyai kebolehtelapan yang rendah dibawah aras air tenggek
hendaklah tidak menembusi sebelum aras air ditentukan. Lubang jara harus
diselongsong sekiranya air tenggek wujud untuk menentukan aras air bumi dengan
betul.

Maka, piezometer digunakan untuk memperolehi tekanan air di dalam sesuatu


stratum. Terdapat dua jenis pizeometer iaitu piezometer Casagrande dan piezometer

28
hidraulik. Bagi tanah kebolehtelapan yang rendah, piezometer Casagrande mempunyai
masa sambutan yang panjang manakala piezometer hidraulik mempunyai masa
sambutan yang singkat. Maka jelaslah bahawa dalam kes ini, piezometer hidraulik
adalah lebih sesuai digunakan.

Sampel air bumi harus membuat analisis kimia bagi memastikan sampel tidak
dicemar ataupun dicairkan oleh bahan kimia yang dimana ia boleh menyerang konkrit
simen Portland. Adalah lebih baik sekiranya sampl diambil terus apabila menempuh
sratum yang mengandungi air.

2.2.5.9) Ujian Penusukan Piawai

Ujian penusukan piawai merupakan ujian yang paling kerap dilakukan dalam
projek pembinaan. Ujian ini selalunya digunakan untuk menentukan keupayaan galas
pasir atau batu kelikir. Ujian ini dijalankan dengan pensampel pisah yang bergaris pusat
luar 50mm dan bergaris pusat dalam 30mm serta panjang 650mm yang bersambung
pada hujng rod penggerudi. Pensampel dipacu ke dalam pasir di dasar lubang jara yang
berselongsong menggunakan 65kg tukul yang jatuh bebas melalui ketinggian 760mm ke
atas rod penggerudi.

Rintangan penusukan piawai (N), adalah merujuk kepada bilangan hentaman


yang diperlukan untuk memacu pensampel 300mm ke dalam tanah. Bilangan hentaman
yang diperlukan untuk setiap penusukan 75mm termasuk juga pacuan awal harus
direkodkan secara berasingan. Apabila 50 hentaman (N=50) dicapai sebelum penusukan
300mm, ujian ini diberhentikan dan penusukan sebenar direkod.

29
Ujian selalunya dilakukan pada jeda di antara 0.75m dan 1.5m hingga kepada
kedalaman yang sekurang-kurangnya sama dengan lebar (B) asas. Sekiranya ujian ini
dilakukan di tanah berkelikir, kasut pemacu perlu ditukar kepada kon padat 60 demi
keputusan yang lebih tepat dan baik. Pengelasan tanah dapat dibuat mengikut niali N
yang diperolehi.

KAJIAN LITERATUR

2.3)

Asas Cerucuk

Cerucuk berasal daripada perkataan Pil yang bermaksud anak panah atau tiang
yang tajam daripada bahasa Anglo-Saxon dan ada juga yang menamakan sebagai
pancang. Cerucuk memainkan peranan yang penting sebagai komponen yang utama
dalam memindahkan beban asas melalui strata tanah yang mempunyai keupayaan galas
yang rendah kepada strata tanah atau batu-batuan yang mempunyai keupayaan galas
yang tinggi.

Dalam keadaan tanah yang normal, asas cerucuk digunakan untuk menahan daya
angkat naik seperti struktur pelantar luar pantai, asas di bawah paras air bumi atau
menara penghantaran.asas. Asas cerucuk juga digunakan di dalam tanah lembut untuk
menahan beban ufuk seperti daya angin dan daya gempa bumi secara lenturan. Tanah
yang senang mengembang dan mengecut iaitu tanah yang sensetif kepada perubahan
peratus kelembapan tanah juga memerlukan asas cerucuk. Selain itu, bagi kerja
pembinaan di atas air seperti jeti dan tambangan jambatan juga memerlukan asas
cerucuk.

31
Terdapat pelbagai jenis, bentuk, saiz dan bahan yang digunakan untuk asas
cerucuk dan pemilihan adalah bergantung kepada situasi yang spesifik. Rajah 2.1
menunjukkan beberapa contoh penggunaan asas cerucuk.

2.3.1) Faktor-faktor Penggunaan Asas Cerucuk.

Penggunaan cerucuk sebagai salah satu elemen yang penting dalam pembinaan
sesebuah struktur telah lama bermula dalam sejarah kejuruteraan awam di dunia ini.
Cerucuk digunakan sebagai penyokong dan alat untuk memindahkan beban daripada
struktur ke tanah. Penggunaan cerucuk adalah disebabkan oleh:

1. Kewujudan lapisan galas yang sesuai tidak diperolehi. Tanah di bawah struktur tidak
berfungsi dengan baik atau dengan kata lain tidak berupaya menanggung beban yang
disebabkan oleh struktur tersebut apabila asas cetek digunakan.

2. Kebolehmampatan tanah yang menyebabkan enapan yang besar apabila asas cetek
digunakan.

3. Taburan tanah di bawah permukaan tanah yang tidak seragam.

4. Untuk tujuan menghalang tindakan daya tujah dari bawah permukaan seperti
tindakan hidrostatik.

5. Untuk mendapatkan suatu strata yang kuat dalam kerja-kerja pengorekan.

32
2.3.2) Kriteria Rekabentuk Dan Pemilihan Asas Cerucuk.

Asas cerucuk yang digunakan untuk struktur binaan adalah kemungkinan dari
jenis cerucuk yang diperbuat daripada konkrit dan besi. Akn tetapi, kriteria, bahan-bahan
cerucuk sahaja tidak mencukupi untuk membuat andaian awal kerana terdapat beberapa
faktor penting lain perlu dipertimbangkan.

Pemilihan dan rekabentuk jenis sistem cerucuk perlu memenuhi syarat-syarat


berikut (Hodkinson,1986):

1. Mempunyai faktor keselamatan yang bersesuian terhadap kegagalan struktur


cerucuk dan juga tanah yang menyokong sistem cerucuk tersebut.
2. Jumlah enapan dan perbezaan enapan haruslah tidak besar supaya tidak
mempengaruhi keadaan servis struktur.
3. Ketahanan cerucuk di dalam jenis dan keadaan tanah yang tertent.
4. Keselamatan dan kestabilan strutur binaan berhampiran serta keadaan
servisnya harus dijaga.
5. Jumlah kos sistem cerucuk tersebut berbanding dengan kos untuk sistem
cerucuk yang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga faktor utama dalam reka bentuk dan
pemilihan cerucuk yang sesuai iaitu:

Keadaan bawah tanah


Lokasi pembinaan dan jenis struktur
Ketahanan cerucuk

33
2.3.2.1)

Keadaan Tanah Bawah

Topic ini akan membincangkan keadaan-keadaan bawah tanah yang terdapat di


Malaysia serta cerucuk yang sesuai dengan keadaan tanah tersebut. Seperti

yang

diketahi,pemilihan jenis cerucuk untuk sistem asas bergantung kepada keadaan bawah
tanah. Penggunaan cerucuk untuk keadaan bawah tanah terbahagi kepada 4 bahagian
iaitu:

i. Tanah lemah di atas strata


ii. Tanah lemah di atas tanah liat keras atau tanah granular
iii. Tanah liat keras atau tanah liat kebolehmampatan
iv. Tanah lemah di atas batu keras.

2.3.2.2)

Ketahanan Cerucuk

Cerucuk keluli mempunyai jangka hayat ketahanan yang panjang di dalam


kebanyakkan tanah jika cerucuk tersebut berada di dalam kebanyakkan tanah jika
cerucuk tersebut berada di dalam tanah yang tidak diganggu. Bahagian cerucuk keluli
perlu dilindungi daripada terdedah kepada air laut ataupun air masin atau tanah yang
diganggu daripada tindakbalas kimia. Cerucuk kayu pula mudah menjadi reput
terutamanya di atas paras air bumi. Untuk terjara dan tuang di-situ, cerucuk ini tidak
dapat menahan sesuatu benda yang agresif kerana kesukaran untuk meramalkan dan
mengetahui kemampatan konkrit yang dituang adalah cukup termampat ataupun tidak.
Maka, cerucuk ini boleh diberi dengan menempatkan konkrit dalam permanant linings
yang disalut dengan tolok besi ataupun plastik yang ringan.

34
2.3.3) Jenis-Jenis Cerucuk

Terdapat pelbagai jenis cerucuk mengikut keadaan tanah dan situasi yang
berbeza. Antaranya jenis -jenis cerucuk yang digunakan adalah seperti cerucuk anjakan
besar dan kecil, cerucuk tiada anjakan. Carta ringkasan jenis-jenis cerucuk berdasarkan
kepada Seksyen 7, BS 8004: 1986 sebagaimana dalam Rajah 2.2.

Asas cerucuk boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi yang bergantung


kepada beberapa keadaan. Klasifikasi asas cerucuk boleh dibahagikan mengikut:

i. Kaedah pemasangan
ii. Keupayaan galas
iii. Bahan yang digunakan
iv. Fungsi
v. Bentuk

2.3.3.1) Cerucuk Anjakan Besar

Cerucuk jenis ini adalah cerucuk yang padu. Penggunaanya boleh menyebabkan
anjakan pada tanah apabila cerucuk dimasukkan ke dalam tanah. Contoh cerucuk yang
berada di bawah klasifikasi ini adalah seperti cerucuk kayu, konkrit pra-tuang, keluli
atau tiub konkrit yang ditutup pada hujungnya dengan kasut cerucuk.

35
2.3.3.1.1) Cerucuk Terpacu Dan Tuang Disitu

Cerucuk jenis ini amat sesuai digunakan dan panjangnya boleh disesuaikan
mengikut permintaan dan kehendak pengguna dan kesesuain pnggunaanya. Ia juga boleh
dipacu dengan hujung tiub yang tertutup ke dalam tanah dan diisi dengan konkrit
mengikut set yang telah ditentukan dimana tiub boleh dibiarkan atau dikeluarkan. Ia
juga tidak dipengaruhi oleh kesan air.

Keburukan cerucuk jenis akan menghasilkan kenaikan lambung tanah dimana ia


akan memberi kesan serta gangguan kepada struktur bangunan yang bersebelahan
denganya. Sekiranya ruang kepalanya terhad maka ia tidak dapat dipacu.

2.3.3.1.2) Cerucuk Pra-Tuang/Pra Tegasan

Cerucuk jenis ini amat sesuai pada keadaan tanah liat yang lembut, tamah
kelodak, dan tanah gambut dan boleh dipacu mengikut set yang ditentukan. Panjangnya
boleh menjangkau 27 meter dan boleh menahan beban sehingga1000kN. Kelebihan
cerucuk ini adalah boleh menambah ketumpatan bandingan lapisan tanah berbijian. Ia
tidak dipengaruhi oleh air dan penggunaan bahan untuk membina cerucuk ini boleh
ditentukan dan diperiksa.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah, ia mudah rosak dan patah akibat pacuan yang
kuat. Saiznya tidak begitu mudah untuk diubah dan juga menimbulkan masalah-masalah

36
seperti penghasilan bunyi bising, bergetar, dan anjakan serta tidak sesuai untuk kerjakerja pembinaan yang meliabatkan diameter yang besar. Rujuk Rajah 2.8

Rajah 2.8) Cerucuk Pra-Tuang/Pra Tegasan

2.3.3.1.3) Cerucuk Kayu

Cerucuk jenis ini boleh disambungkan pada titik pacuan yang disediakan.
Biasanya panjang cerucuk jenis ini ialah sepanjng 20 meter dan mampu menahan beban
sehingga 600kN. Tanapile, Bakau dan General Lumber adalah jenis kayu yang boleh

37
digunakan sebagai cerucuk. Kelebihan cerucuk ini ialah kosnya murah disamping ringan
dan mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi.

Keburukan jenis cerucuk ini ialah ia mudah mengalami pereputan akibat


serangan organisma perosak dan mestilah bebas daripada segala jenis penyakit yang
biasa terdapat pada semua kayu. Bagi cerucuk bakau, segala cabang-cabang kyu
mestilah dibuang tanpa merosakan kulit kayu tersebut. Juga ia mestilah diawet supaya
tahan terhadap faktor persekitarannya dan sentiasa berada dalam keadaan lembab
apabila berada di tapak bina sebelum ianya ditanam. Sijil bekalan bagi cerucuk jenis
kayu yang menyatakan jenis dan gred yang digunakan dan juga samada ianya telah
melalui proses pengubatan.

2.3.3.2) Cerucuk Anjakan Kecil

Cerucuk jenis ini adalah seperti cerucuk keluli, erucuk skrew atau hujung terbuka
dan berongga yang mana tanah dikeluarkan semasa penusukan dilakukan.cerucuk jenis
biasanya dalam lingkungan 24 meter dan mampu membawa beban kerja sebanyak
2500kN.

2.3.3.2.1) Cerucuk Skrew Dan Cerucuk Keluli

38
Cerucuk skrew biasanya digunakan di kawasan laut kerana ia boleh menerima
beban mampatan dan terikan. Bagi cerucuk keluli pula, semua cerucuk yang dibekalkan
mestilah menurut BS 4 bagi dimensinya dan BS 4360 bagi mutu bahannya. Jika cerucuk
perlu disambung, kedu-dua cerucuk hendaklah disambungkan dengan mengimpal 4
keping besi di sekelilingnya di atas keempat-empat permukaan cerucuk di mana semua
kimplan mestilah berterusan menurut BS 2642 dan Bs 449.

Kekurangan jenis cerucuk ini ialah keadaan cerucuk mestilah baik, tidak
bengkok flangenya . Ianya mestilah tegak mengikut ketentuan di dalam dokumen
kontrak . Penggunaanya lebih terdedah kepada pengaratan. Dalam mengatasi masalah
in, penggunaan perlindungan katod dan perlindungan lapisan selaput bitumen dan
konkrit pada cerucuk digunakan.

2.3.3.3) Cerucuk Tiada Anjakan

Cerucuk jenis ini terhasil daripada penjajaran atau pengorekan tanah. Tanah
dikeluarkan dahulu semasa mengerudi lubang di mana konkrit akan dituang kedalamnya.
Proses ini mengambil masa yang cepat untuk mengelakkan fenomena perlembutan tanah
di sekelilingnya. Cerucuk yang biasa digunakan dapat menampung beban kerja sehingga
10000kN dan panjangnya lebih kurang 45 meter.

2.3.3.3.1) Cerucuk Terjara Tuang Di-Situ

39

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjajaran dan kemudian mengisikan


lubang dengan konkrit kebolehkerjaan tinggi dan tetulang. Saiz cerucuk terjara yang
biasa digunakan adalah berjulat di antara 400 - 1500mm dalam ukuran diameter dengan
keupayaan menampung beban sehingga 60 - 1000 tan. Cerucuk terjara yang bersaiz
melebehi 600 mm dikenali sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar.

Kelebihan cerucuk jenis ialah panjangnya boleh diubah dengan mudah atas
kehendak dan permintaan pelanggan dan kesesuaian penggunaannya. Keadaan dan jenis
tanah dapat diperiksa dengan laporan daripada penyiasatan tapak. Mengurangkan
cerucuk daripada terkeluar daripada penjajaran asal dan tiada risiko daripada tanah
lambung. Ia juga tidak menghasilkan sebarang bunyi dan gegaran serta tidak
mengganggu struktur bangunan yang berhampiran.

Di mana, kekurangan cerucuk terjara adalah operasi pembinaan akan terjejas


oleh keadaan cuaca yang buruk dan menjara mungkin melonggarkan tanah-tanah
berpasir atau kelikir. Selain itu, kesukaran dalam meletakkan tetulang pada pusat
cerucuk dan ini adalah penting untuk menggelakkan tetulang daripada pengaratan.
Pengawasan dan penyelian yang ketat diperlukan semasa aktivit pengkonkritan. Aliran
masuk air boleh merosakan konkrit dan menimbulkan gangguan terhadap tanah
sekelilingnya serta merendahkan keupayaan cerucuk. Rujuk Rajah 2.9

40

Rajah 2.9) Cerucuk Terjara Tuang Di-Situ

2.3.3 3.2) Cerucuk Komposit

Cerucuk komposit terbentuk daripada penggabungan lebih daripada satu jenis


cerucuk yang digunakan bagi pembinaan sesebuah projek dimana gabungan yang
dihasilkan tidak semestinya terdiri daripada kumpulan yang sama. Sekiranya dalam
keadaan tanah dimana cerucuk-cerucuk lain tidak lagi sesuai dan ekonmi,maka cerucuk
komposit akan digunakan bagi menggantikan cerucuk-cerucuk tersebut.

41

2.3.3.3.3) Cerucuk Mikro

Cerucuk mikro merupakan jenis cerucuk yang berbentuk bulat dan mempunyai
diameter kurang daripada 300mm iaitu sekitar 100-250mm. Panjang maksimum cerucuk
ini adalah sehingga 60meter dan ia berkeupayaan untuk menanggung beban kerja dalam
julat 200-2000kN. Di mana, panjangnya berpandukan keadaan sub-permukaan tanah,
kekerasan batu dan kapasiti beban yang akan ditanggung oleh cerucuk.

Kelebihan cerucuk ini ialah ia boleh direkabentuk untuk menanggung daya


mampatan atau tegangan sebagai asas bangunan.selain itu, ia juga boleh digunakan
untuk kerja-kerja tupang bawahan dan kecil memandangkan saiznya yang kecil.

2.3.4) Keupayaan Galas

Sekiranya tanah yang berhampiran dengan permukaan tidak berkeupayaan


secukupnya untuk menyokong struktur, cerucuk digunakan untuk memindahkan beban
kepada tanah yang lebih sesuai pada kedalaman yang lebih besar. Dalam kata lain,
keupayaan galas boleh didefinasikan sebagai tekanan yang dikenakan oleh asas ceucuk
ke atas tanah.

42
2.3.4.1) Cerucuk Hujung Galas

Cerucuk yang dikelaskan dalam kumpulan ini hampir semua menanggung


rintangan penusukan tanah di tapak cerucuk. Ia digunakan untuk memindahkan beban
yang sangat berat melalui permukaan tanahyang tidak stabil ke tanah yang stabil yang
terletak di bawah permukaan tanah pada sesuatu jarak. Ia memindahkan beban pada arah
menegak ke bawah kepada bahan yang mempunyai keupayaan galas tinggi yang
biasanya merupakan batuan keras. Cerucuk akan dipacu sehingga mencapai set di
lapisan set tersebut. Suatu cerucuk tidak akan gagal melalui lengkokan walaupun ia
berada dalam keadaan tanah yang lemah tetapi kesan ini kan dipertimbangkan apabila
sebahagian daripada cerucuk berada dalam air.

2.3.4.2) Cerucuk Geseran Kulit

Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya pada geseran yang berlaku di antara


permukaan cerucuk dengan tanah sekitarnya. Kedua-duanya perlu mempunyai
permukaan yang menghasilkan geseran. Keupayaan tanggungannya kebanyakkannya
terhasil daripada rekatan atau geseran tanah dengan cerucuk. Pemacuan cerucuk yang
secukupnya ke dalam tanah adalah untuk menghasilkan rintangan geseran yang
berpadanan. Ia merupakan lanjutan daripada cerucuk galas hujung apabila strata
penanggung yang tidak keras. Contohnya, cerucuk ini sesuai digunakan pada tanah liat
yang keras. Ini kerana permukaan konkrit dapat menghasilkan geseran apabila bertemu
dengan tanah liat yang keras. Sebaliknya, tanah liat yang lembut atau tanah pasir yang
longgar tidak dapat mewujudkan geseran yang dikehendaki.

43

Rajah 2.10: Cerucuk Hujung Galas dan Geseran Kulit

2.3.5) Cerucuk Terjara.

Dalam kajian ini, penulis akan membincangkan cerucuk terjara dengan lebih
terperinci. Cerucuk terjara dibentuk daripada penjaraan dan kemudian mengisikan
lubang dengan konkrit kebolehkerjaan tinggi dan tetulang. Saiz cerucuk terjara yang
biasa digunakan ialah berdiameter 400-1500mm dengan keupayaan menanggung beban
adalah sehingga 60-1000tan. Di mana cerucuk terjara yang berdiameter lebih daripada
600mm dikenali sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar. Terdapat dua jenis cerucuk
terjara berdasarkan kepada kaedah ataupun teknik pengorekkan tanah dalam penempatan
konkrit bertetulang iaitu samaada pengorekkan lubang terjara dengan menggunakan
tangan atau alat mekanik.

44

Cerucuk terjara sesuai digunakan di kawasan yang bertanah keras apabila beban
yang tinggi dikenakan ke atasnya. Ia juga tidak menghasilkan sebarang bunyi dan
gegaran serta tidak mengganggu struktur bangunan yang berhampiran. Contohnya,
apabila tapak binaan berhampiran dengan hospital. Walaupun cerucuk ini menjimatkan
kos tetapi, kos mobilisasi adalah tinggi untuk penghantaran mesin-mesin pembinaan
yang besar dan mahal.

Untuk tanah yang berpasir dan berstrata terlalu lembut, sokongan bentonite
bolehlah digunakan untuk menstabilkan lubang terjara. Kapasiti cerucuk memerlukan
nilai fcu yang tinggi, tetapi untuk lubang jara yang lebih panjang atau dalam yang
mengandungi pasir berair, nilai fcu yang rendah boleh digunakan dalam menganggar
kapasiti cerucuk.

Bagi lubang kering kadar kandungan simen adalah sebanyak 300 kg/m3
manakala 400kg/m3 untuk lubang basah. Kebolehkerjaan yang tinggi diperlukan bagi
memastikan konkrit boleh mengalir melalui dinding lubang jara tanpa perlu dipadatkan
dan mengelakkan pengasingan, honeycombing, penjujuhan dan lain-lain. Konkrit juga
tidak boleh dituang melebihi 2m dan walaupun lubang terjara adalah dalam keadaan
kering, paip tremie hendaklah digunakan.

Kerj-kerja konkrit hendaklah dilakukan dalam masa 1 jam dan sekiranya kerjakerja penjaraan dilakukan melebehi jangkamasa yang lama iaitu melebihi 3jam,maka
kelonggaran tanah yang dikorek akan jatuh. Kerja-kerja konkrit hendaklah mestilah
mematuhi spesifikasi dan pembaziran dan pengleheran haruslah dielakkan. Kelebihan
dan kelemahan cerucuk terjara telah dibincangkan dalam bahagian 2.4.1.3.1

45
2.3.5.1) Kaedah Pembinaan Cerucuk Terjara

Kaedah pembinaan cerucuk adalah seperti berikut:

Jurutera perunding hendaklah menentukan lokasi cerucuk ujian.


Juruukur tanah mengenalpastikan kedudukan posisinya pada tapak
pembinaan.
Bagi ia mudah dicari dan dikenalpasti satu bar besi dicucuk ke dalam tanah.
Kerja menjara dilakukan dengan menggunakan mesin penggerek.
Satu selongong besi ditanam ke bawah apabila kedalaman lubang cerucuk
mencapai lebih kurang 1.0 meter.
Selongsong besi digetarkan sehingga berhenti pada lapisan bawah tanah yang
keras dan ia hendaklah diperiksa ketegakkannya.
Kerja menjara diteruskan dengan mesin gerimit,dimana gerimit yang
berbentuk timba digunakan bagi korekan pada lapisan tanah yang berada di
bawah air bumi.
Kedalaman lubang cerucuk akan sentiasa dukur supaya kedalaman
muktamad diperolehi.
Kemudian, dasar cerucuk dibersihkan dan tetulang yang sudah siap diikat
diturunkan ke dalam lubang jara dengan menggunakan kren.
Selepas penurunan besi tetulang, paip tremie digunakan untuk penuangan
konkrit yang sempurna dan baik. Juga ujian runtuhan dilakukan dari setiap
lori konkrit.
Satu corong tuang dipasang dengan jaring besi pada atas paip tremie untuk
menghalang ketulan batu baur yang besar memasuki lubang jara.
Untuk mengetahui samaada cerucuk mengalami pengleheran atau lengkokan,
kenaikan konkrit pada lubang terjara hendaklah diukur dan dicatat setiap kali
lori konkrit habis menurunkan konkrit.

46
Dengan menggunakan tukul getar, selongsong besi dicabut keluar sehingga
tinggal 1.0 meter di bawah tanah dan 0.5 meter di atas tanah untuk tujuan
ujian cerucuk.
Dengan itu siaplah pembinan cerucuk terjara.

47

Rajah 2.10) Kaedah Pembinaan Cerucuk Terjara

48
2.3.6) Ujian Cerucuk

Keupayaan cerucuk yang ditanam selalunya disahkan dengan mebuat ujian


cerucuk. Ujian dilakukan dengan memilih beberapa cerucuk yang akan memberi
keputusan yang paling dikhuatiri sekali, contohnya, dari segi penembusan sendengan
dan lain-lain.

Kedudukan cerucuk tersebut mestilah berhampiran dengan borelog di mana


keadaan tanah dapat diketahui dan cerucuk ini akhirnya akan menjadi sebahagian dari
asas utama. Bagi cerucuk bakau dan cerucuk di kawasan batu kapur, ujian beban secara
tunggal atau berkumpulan boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, ujian beban
berkumpulan adalah lebih digemari.

2.3.6.1) Fungsi-fungsi Ujian Cerucuk

Untuk menentukan keupayaan tanggungan maksimum yang akan diperolehi


Untuk memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari sudut struktur
Untuk menentukan kaitan antara pemendapan cerucuk dengan beban yang
dibawa

Ujian yang selalunya dibuat oleh JKR untuk cerucuk konkrit dan cerucuk keluli H
adalah beban dipertahankan (maintainned load test)

49
2.3.6..2) Usia Cerucuk Sebelum Diuji

Masa yang cukup hendaklah diberi kepada cerucuk yang sudah ditanam sebelum
diuji bagi membenarkan tekanan air liang (pore water pressure) yang terjadi itu hilang.
Dalam masa 3-4 minggu selepas cerucuk ditanam, geseran dalam tanah liat lembut
mendapat lebih kurang 75% dari kekuatannya. Bagi cerucuk kayu di dalam tanah liat
ujian dilakukan selepas 3 minggu ditanam, manakala bagi cerucuk konkrit dan keluli di
dalam tanah granular selang beberapa hari sahaja adalah mencukupi.

2.3.6.3) Ujian Beban Cerucuk

Tujuan ujian ini diadakan ialah untuk memastikan enapan cerucuk pada beban
kerja tidak melebihi had dan mempunyai nilai keupayaan galas yang memuaskan juga
bagi memastikan bahawa rekabentuk dan perlaksanaan cerucuk yang dipilih adalah
mencukupi. Ujian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali bagi sesuatu projek.

Cerucuk ujian selalunya diberikan tambahan beban sekurang-kurangnya 50%


daripada beban yang sebenar. Ujian dijalankan ke atas cerucuk sehingga cerucuk
tersebut mengalami kegagalan dan sekiranya sebarang beban yang tidak mencapai untuk
menggagalkan cerucuk tersebut maka perlu dibiarkan sekurang-kurangnya 24 jam.

Secara amnya, ujian ini dijalankan untuk mengesah dan membuktikan cerucuk
tersebut tidat mengalami kegagalan ketika menanggung beban kerja. Selain itu, ia juga
boleh digunakan untuk menyemak pengiraan dalam rekabentuk cerucuk dan menentukan

50
keupayaan galas muktamad tanah. Juga, ujian beban dijalankan bagi mendapatkan
hubungan diantara beban dengan enapan serta menentukan dan menyemakan mutu kerja.

Jenis ujian yang dijalankan dalam ujian beban statik ialah ujian beban
dipertahankan (Maitained Load Test) dan ujian penusukan kadar tetap (Constant Rate of
Penetration).

2.3.6.3.1) Ujian Beban Dipertahankan

Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan hubungan diantara beban yang


dikenakan dengan enapan yang berlaku. Di dalam ujian ini beban akan ditambah dalam
8 peringkat sehingga 2 kali ganda beban kerja (working load) dan kemudian dikekalkan
selama 24 jam. Kemudian beban itu akan dikurangkan kepada 4 peringkat dan bacaan
pemendapan dan beban diambil setiap 15 minit sepanjang ujian. Pada setiap 2jam beban
dinaikkan secara berperingkat dan diturunkan berperingkat-peringkat pada setiap 1jam.

Bacaan bagi setiap ujian hendaklah diisi dalam borang rekodnya

untuk

myediakan 2 graf yang penting iaitu graf beban lawan pemendapan dan graf masa lawan
pemendapan. Graf-graf ini digunakan dalam penafsiran status ujian. Manakala ujian
dikira gagal sekiranya salah satu daripada syarat di bawah didapati :

Pemendapan baki (residual settlement) selepas beban diangkat melebihi


0.25 (6.50mm)

51
Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah beban sepenuhnya melebihi
0.50 (12.50mm)
Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah 2 kali ganda beban kerja
melebehi 1.5 (38mm) ataupun melebihi 10 lebar cerucuk mana-mana
yang paling rendah

Bahan yang sediaada yang boleh digunakan sebagai kentledge yang mana ia
adalah blok-blok konkrit atau cerucuk yang pendek. Jumlah beratnya mestilah melebihi
2 kali ganda beban kerja cerucuk. Cara pemasangannya ialah pusat graviti kentledge
mestilah berada pada paksi cerucuk ujian dn untuk mencapai ini satu sistem sokongan
yang terdiri daripada rasuk rujukan, rangka tindak balas dan lain-lain haruslah dipasang
dengan stabil dan selamat.
Rujuk Rajah 2.11 dan Rajah 2.12

Selain itu, di daalm ujian beban mengagihkan cerucuk dengan menggunakan jek
hidraulik yang boleh mengawal beban di dalam pecahan-pecahan kecil. Tekanan iu
diukur dengan menggunakan tolok tekanan (pressure gauge) yang sesuai.

Kemungkinan akan berlaku kesilapan semasa menjalankan ujian. Antara puncapunca yang menyebabkan kesilapan didalam ujian adalah:

Semasa cerucuk dibebankan penahan untuk rasuk rujukan akan tenggelam


sedikit. Oleh itu kawalan diperlukan dengan menggunakan precise
levelling.
Kepala cerucuk tidak dsediakan denagn baikdan ini menyebabkan terdapat
sentuhan yang tidak sama rata antara cerucuk dengan beban.
Tolok dial yang digunakan tidak tepat dan jammed

52
Beban yang tidak diagihkan dengan baik menyebabakan cerucuk mendap
dengan menyendeng.

Rajah 2.11) Ujian Beban Dipertahankan

Rajah 2.12) Graf Beban lawan Pemendapan

53
2.3.6.3.2) Ujian Kadar Penusukan Malar

Ujian kadar penusukan malar dilakuakn dalam tempuh yang singkat. Tujuan
ujian ini adalah untuk menghilangkan pengaruh masa ke atas anjakan dan enapan
cerucuk. Pada kadar yang malar cerucuk menusuk ke dalam tanah dan daya yang
menusuk itu diukur. Kadar penusukan yang biasa dilakukan ialah dalam lingkungan
0.5mm hingga 2mm/minit. Dimana bagi tanah liat pula kadar yang lebih rendah
digunakan.

Bagi cerucuk geseran, kadar penusukkan yang biasa digunakan ialah


0.75mm/minit. Manakala kadar penusukan yang digunakan bagi cerucuk galas ialah
1.5mm/minit. Daya yang dikenakan oleh bicu hidraulik ke atas cerucuk adalah sekurangkurangnya 20% daripada garis pusat cerucuk dan ditambah 75mm lagi untuk
pergerakkan kentlej.

Daya akan ditambahkan ke atas cerucuk semasa ditusuk memasuki tanah


sehingga mencapai daya maksimum iaitu keupayaan galas muktamad cerucuk. Bagi
cerucuk galas hujung, 10% daripada garis pusat cerucuk diambil sebagai daya pada
penusukan disebabkan daya mksimum tidak mudah tercapai. Ujian yang paling sesuai
untuk menentukan keupayaan galas muktamad cerucuk adalah ujian kadar penusukan
malar berbanding dengan ujian beban dipertahankan.

2.4)

Kesimpulan

54
Penggunaan cerucuk sebagai asas dalam semakin meluas selaras dengan
perkebangan teknologi pada zaman ini. Perkembangan ini berkemungkinan besar adalah
disebabkan oleh kesesuaian dan keberkesanan cerucuk sebagai asas dalam. Oleh itu,
kesesuaian sebagai asas yang paling bik pada masa kini memang tidak boleh
dipersoalkan.

BAB III

CERUCUK TERJARA

3.1)

Pengenalan

Kajian ini merupakan suatu kajian kes dan metodologi dijalankan bagi mencapai
objektif dan matlamat kajian tersebut. Selain itu, metodologi juga menghuraikan kaedahkaedah yang digunakan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang terdapat dalam
kajian kes ini.
Rujuk Rajah 3.1.

3.2)

Perbincangan dengan pihak yang berkaitan

Setelah mendapat nasihat dan persetujuan daripada Penyelia PSM , langkah


seterusnya adalah berbincang dengan Pengarah kerja mengenai kajian yang dipilih.

59
Selain itu, berjumpa dengan Jurutera, Juruteknik, dan Perunding bagi membincangkan
dan mendapatkan maklumat-maklumat yang penting seperti data penyiasatan tapak,
data ujian cerucuk, lukisan dan lain-lain lagi. Di samping itu, ini juga dapat memupuk
perhubungan yang erat di kalangan mereka dan mewujudkan suasana kerja yang
harmoni dan ceria dalam proses penyiapan PSM ini.

Mengumpul Data yang berkaitan

Menganalisis profil tanah

Merekabentuk cerucuk terjara

Ujian beban cerucuk

Rajah 3.1) Carta alir Kes Kajian

3.3)

Kajian Literatur

Kajian literatur merupakan langkah pengumpulan maklumat yang berkaitan


dengan kajian kes yang dipilih. Ia merangkumi maklumat tentang cerucuk yang terdiri

60
daripada jenis-jenisnya, faktor pemilihan, ujian cerucuk, lebih dibicangkan tentang
cerucuk terjara dan kaedah pemasangannya dan sebagainya. Maklumat mengenai
keadaan tanah dan penyiasatan tapak berserta dengan kaedah-kaedahnya juga telah
dihuraikan dalam topic ini. Pengumpulan data dan bahan rujukan seperti abstrak, jurnal,
buku rujukan, kertas kerja persidangan, laporan, nota-nota kuliah dan sebagainya adalah
contoh kajian leteratur yang dicari.

3.4)

Kajian Kes

Kajian kes yang dipilih berdekatan dan berada di kawasan Simpang Bekoh,
Melaka memudahkan lawatan ke tapak pada bila-bila masa untuk mengambil gambar
dan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kajian kes yang dipilih ini menyebabkan
penulis dapat mempelajari banyak pengetahuan baru seperti merekabentuk samaada
cerucuk mahupun jambatan, menganalisis data penyiasatan tapak, mengambil bacaan
ujian cerucuk dan sebagainya. Di samping itu, pengalaman kerja yang baru dan
berlainan juga dapat dirasai dengan berkerja bersama kakitangan pekerja yang sedia
membantu pada bila-bila masa yang diperlukan.

3.5)

Pengumpulan Data
Data-data mengenai ciri-ciri tanah yang terdapat di kawasan tersebut diperolehi

dengan mendapatkannya dari pihak yang berkaitan. Data-data penyiasatan tapak


diperolehi daripada Jurutera Perunding Zaaba manakala lukisan dan data-data yang lain
didapati daripada Jabatan Kerja Raya Daerah Jasin. Gambar telah diambil semasa kerjakerja pembinaan sedang dijalankan.

61

3.6)

Analisis Profil Tanah.

Analisis profile tanah dijalankan berdasarkan laporan penyiasatan yang telah


dilakukan di kawasan tapak berkenaan. Analisis ini dilakukan untuk mengetahui jenis
tanah di kawasan tersebut bagi membuat keputusan yang lebih tepat dalam peringkat
rekabentuk dan pembinaan cerucuk bagi Jambatan Sungai Nyalas. Merujuk kepada
maklumat laporan penyiasatan tapak, pihak pemaju telah mengadakan ujian untuk 2
lubang jara di kawasan tersebut. Secara amnya, lubang jara tersebut dijara sehingga
kedalaman 15.0m bagi lubang jara pertama dan kedalaman 13.6m bagi lubang jara yang
kedua.

3.7)

Tatacara Rekabentuk

Selepas meneliti dan mengkaji tanah di kawasan tapak cadangan, kontraktor


cerucuk membuat satu rekabentuk cerucuk dengan menggunakan cerucuk terjara.
Prosidur rekabentuk untuk system cerucuk hendaklah mengandungi langkah-langkah
seperti berikut:

(i)

menilai kedaan tanah melalui rekod penyiasatan tapak

(ii)

mengenalpasti keperluan asas termasuk beban rekabentuk dan


pesongan atau pemendapan yang dibenarkan.

(iii)

Menilai cara pembinaan yang sesuai dengan keadaan setempat

62
(iv)

Memilih jenis-jenis cerucuk yang sesuai

(v)

Mengenalpasti keperluan rekabentuk dan pembinaan yang


berdasarkan spesifikasi pembinaan.

3.7.1) Keupayaan Galas Cerucuk

Keupayaan galas boleh didefinasikan sebagai tekanan yang dikenakan


oleh asas ke atas tanah. Sesebuah asas itu mestilah memenuhi dua keperluan utama:

i)

faktor keselamatan terhadap kegagalan ricih dari tanah yang menyokong


iaitu di antara 2.0 dan 3.0.

ii)

enapan asas mestilah tidak terlalu besar iaitu enapan kebezaan mesti tidak
menyabebkan kerosakkan yang teruk dan tidak menggangu fungsi
struktur.

Keupayaan galas muktamad (qu) adalah tekanan minima yang akan


menyebabkan kegagalan ricih tanah. Manakala keupayaan galas diizinkan (Qa)
ditakrifkan sebagai tekanan maksima yang mungkin dikenakan ke atas tanah.

Beban muktamad (Qu) yang dibawa oleh cerucuk bersamaan dengan jumlah
rintangan

dasar

dan

rintangan

aci,

tetapi

di

tolak

dengan

berat

cerucuk

(Tomlinson,1995). Di mana rintangan dasar adalah hasil darab luas dasar denagan
keupayaan galas muktamad pada aras dasar. Rintangan aci muktamad seunit luas yang
amnya dikenali sebagai geseran kulit, di antara cerucuk dengan tanah. Berat tanah
yang teranjak atau tersesar umumnya dianggapkan sama dengan berat cerucuk.

63
qu=qs + qb W

.(3.1)

qu : keupayaan galas muktamad;


qs : rintangan disebabkan oleh geseran kulit pada aci cerucuk;
qb : keupayaan galas hujung atau dasar; dan
W : berat cerucuk

Nilai W dalam persamaan (i) selalunya diababaikan kerana berat cerucuk adalah
kecil berbanding dengan qu.

3.7.1.1)

Rintangan Geseran Kulit

Rintangan yang disebabkan oleh geseran kulit pada aci cerucuk boleh juga dikira
dengan menggunakan kaedah sepertiberikut:
qs = As fs

..(3.2)

dengan, As = ukurlilit x panjang cerucuk


fs = geseran kulit (kN/m2)
Kaedah-kaedah yang digunakan untuk geseran kulit:

(i)

Kaedah 1
fs

= 2N kN/m2

dengan, N= purata kiraan hentaman untuk SPT.

(ii)

Kaedah 2
fs

= 0.005qc kN/m2

dengan, qc= rintangan penusukan kon (kN/m2)


(iii)

Kaedah 3

64
fs

= qcs

kN/m2

(untuk cerucuk dengan anjakan kecil)

fs

= 1.5 qcs hingga 2.0 qcs

(untuk cerucuk dengan anjakan besar)

dengan, qcs
(iv)

= rintangan sisi di dalam meter penusukan kon

Kaedah 4
fs

= c + 0.5 q Ks tan

dengan,

= purata kejelikitan tak tersalir atau stratum Su

= tekanan pugak berkesan

= sudut geseran di antara tanah dan cerucuk

Ks

= pekali geseran

Dr

= ketumpatan pasir

Jenis
Cerucuk

Ks untuk nilai Dr

Ks untuk nilai Dr

longgar

padat

Keluli

20o

0.5

1.0

Konkrit

0.75

1.0

2.0

Kayu

0.67

1.5

4.0

Jadual 3.1)

3.7.1.2)

Nilai Ks dan (Tomlinson)

Rintangan Galas Hujung

Di dalam kajian kes ini, rintangan galas hujung tidaklah diberikan


penekanan kerana mengikut amalan biasa jurutera perunding yang ditemui. Ini
adalah kerana lubang jara yang terhasildari mesin gerimit akan meninggalkan

65
kesan tanah longgar sedalam 1meter yang terakhir akibata dari tanah sisi yang
terjatuh ke dalam lubang jara. Komponen rintangan galas hujung di dalam
persamaan (iii) diperolehi dari persamaan seperti berikut:

1) Untuk tanah menjelikit:


qb

= Nc x Su x Ab (3.4)

dengan,
Nc :Faktor keupayaan galas, 9 jika cerucuk adalah panjang
Su : Kekuatan ricih tak salir di dasar cerucuk
Ab :Luas dasar tapak, Ab = /4 x d2

2) Untuk tanah berbutir


qb

= 40 Ab

< 400 N Ab (kN/m2) .(3.5)

3) Untuk pasir kelodak


qb

= 40 Ab

< 300 N Ab (kN/m2) .(3.6)

D
dengan,
N
D

Ab

= Nilai SPT pada dasar cerucuk (hentaman/m)


= Kedalaman dasar cerucuk yang tertanam
= Lebar atau garispusat cerucuk
= Luas dasar cerucuk

3.7.2) Rekabentuk cerucuk

Dari lawatan ke tapak bina, dapat diketahui gambaran yang jelas tujuan
pemilihan cerucuk terjara. Dalam hal ini, kiraan semula hendaklah dilakukan dengan
mengambil data penyiasatan tapak, rekabentuk asal cerucuk, beban yang akan

66
ditanggung oleh jambatan dan sebagainya yang boleh menyebabkan jambatan
sebelumnya runtuh. Dua pekara perlu dipertimbangkan semasa merekabentuk cerucuk
iaitu:

i)

Kapasiti Cerucuk

Kapasiti struktur ialah kebolehan cerucuk mengambil beban kerja yang


dibenarkan. Kapasiti struktur bolehlah didapati berdasarkan formula seperti
berikut:

Qstruktur = 0.25fcuAs ...(3.1)


dengan,
fcu =Kekuatan mampatan Konkrit
As= Luas keratan cerucuk

ii)

Kapasiti Geoteknik

Sukar untuk mendapatkan maklumat SI yang lengkap kerana polisi syarikat


jurutera perunding yang ditemui. Tambahan pula alasan yang diberikan adalah kerana
kerja-kerja cerucuk telah siap dan segala fail yang berkenaan dengan cerucuk sudahpun
ditutup dan disimpan. Walau bagaimanapun, penulis telah membuat analisis tentang cara
dan pendekatan yang digunakan oleh jurutera perunding.

Biasanya cerucuk terjara direkabentuk untuk memindahkan beban ke lapaisan


bawah tanah (batu pasir) disebabkan tanah tanggungan yang rundu dan lemah. Berikut
adalah rumusan yang digunakan dalam kapasiti geoteknik:

67
Beban Muktamad,
Qu

= Qs + Qb

(3.2)

dengan,
Qs = fs * As

(3.3)

dengan,
fs = factor keselamatan
As = luas keratan cerucuk
dengan,
Qb

N
D

Ab

3.8)

= 40 Ab /D

(3.4)

= Nilai SPT pada dasar cerucuk (hentaman/m)


= Kedalaman dasar cerucuk yang tertanam
= Lebar atau garispusat cerucuk
= Luas dasar cerucuk

Ujian Beban Dipertahankan

Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan hubungan diantara beban yang


dikenakan dengan enapan yang berlaku. Di dalam ujian ini beban akan ditambah dalam
8 peringkat sehingga 2 kali ganda beban kerja (working load) dan kemudian dikekalkan
selama 24 jam. Kemudian beban itu akan dikurangkan kepada 4 peringkat dan bacaan
pemendapan dan beban diambil setiap 15 minit sepanjang ujian. Pada setiap 2jam beban
dinaikkan secara berperingkat dan diturunkan berperingkat-peringkat pada setiap 1jam.

Bacaan bagi setiap ujian hendaklah diisi dalam borang rekodnya

untuk

myediakan 2 graf yang penting iaitu graf beban lawan pemendapan dan graf masa lawan
pemendapan. Graf-graf ini digunakan dalam penafsiran status ujian. Manakala ujian
dikira gagal sekiranya salah satu daripada syarat di bawah didapati :

68

Pemendapan baki (residual settlement) selepas beban diangkat melebihi


0.25 (6.50mm)

Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah beban sepenuhnya melebihi


0.50 (12.50mm)

Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah 2 kali ganda beban kerja


melebehi 1.5 (38mm) ataupun melebihi 10 lebar cerucuk mana-mana
yang paling rendah

3.9)

Penulisan dan Persembahan

Penulisan tesis boleh dilakukan setelah kesemua maklumat yang diperlukan


dapat dikumpul. Untuk tujuan ini perancangan kerja yang teratur adalah penting untuk
menjayakan tesis dan juga menggelakkan kerja dilakukan pada saat yang akhir. Dalam
Projek Sarjana Muda (PSM), persembahan tesis adalah sangat penting dan ini dapat
disembahkan dengan menggunakan gambarajah, gambar, graf, jadual, carta, keratan
akhbar dan sebagainya.

BAB IV

KAJIAN KES

4.1

Pengenalan

Kajian kes ini dijalankan pada Projek Cadangan Membina Jambatan Konkrit
Menyeberangi Sungai Nyalas, Pekan Simpang Bekoh yang terletak lebih kurang 20km
daripada Daerah Jasin dan 6km dari Pekan Tangkak. Jambatan ini adalah merupakan
sebagai perhubungan yang utama di antara Negeri Melaka Dan Johor. Projek ini
dijalankan disebabkan, pada tahun 1995 Jambatan Asal yang menyeberangi Sungai
Nyalas telah runtuh akibat dari hakisan tebing semasa hujan lebat.

Bagi projek pembinaan jambatan konkrit ini, cerucuk terjaar tuang di situ
berdiameter 600mm digunakan. Ianya menggunakan 46 batang cerucuk dimana 23
batang di sebelah kanan dan 23 batang lagi di sebelah kiri tebing sungai. Kos kontrak
bagi projek ini adalah berjumlah RM4, 156,817.50.

70
4.2

Penyiasatan Tapak

Penyiasatan tapak bagi akjian kes ini telah dijalankan oleh Jurutera Perunding
Zaaba. Ujian telah dijalankan ke atas tanah dan keputusannya telah dilampirkan di
Lampiran 3

Objektif menjalankan tapak penyiasatan adalah bagi mendapatkan maklumat


tentang keadaan subpermukaan geoteknik untuk rekabentuk asas dan analisis kestabilan.
Maklumat yang didapati dari penyiasatan tapak juga boleh digunakan untuk anggaran
kos, penyelenggaraan dan juga mengawasi aktiviti-aktiviti pada masa akan datang.

4.3)

Analisis Profile Tanah

Berdasarkan dari maklumat Laporan Tanah, pihak pemaju telah mengadakan


Ujian Penusukan Piawai untuk dua lubang jara yang berjarak 13.6m setiap satu. Secara
amnya lapisan pertama adalah lapisan tanah liat kemuadian diikuti dengan lapisan tanah
pasir dan seterusnya lapisan tanah liat semula. Profil sebegini adalah

biasa bagi

kawasan sungai kerana factor geologinya. Profil tanah bagi tapak kajian kes ini
ditunjukkan di dalam Rajah 4.1 di bawah.

4.4)

Tatacara Rekabentuk

71

Water Level

1.5

0
1.5

Firm - Stiff
3.0
4.0
4.5

3.0
Loose Medium Dense
4.5

6.0

6.0
Firm Very Stiff

7.5

9.0

7.5

9.0
Medium Dense Very Dense

10.5

10.5
10.7

1
2.0

13.5

12.0

Hard

15.0

13.5

15.0

Rajah 4.1:Analisis Profile Tanah

72
Selepas meneliti dan mengkaji tanah di kawasan tapak cadangan, kontraktor
cerucuk membuat satu rekabentuk cerucuk dengan menggunakan cerucuk terjara.

Prosidur rekabentuk untuk system cerucuk hendaklah mengandungi langkahlangkah seperti berikut:

i)

menilai kedaan tanah melalui rekod penyiasatan tapak

ii)

mengenalpasti keperluan asas termasuk beban rekabentuk dan


pesongan atau pemendapan yang dibenarkan.

iii)

Menilai cara pembinaan yang sesuai dengan keadaan setempat

iv)

Memilih jenis-jenis cerucuk yang sesuai

v)

Mengenalpasti keperluan rekabentuk dan pembinaan yang


berdasarkan spesifikasi pembinaan.

4.4.1) Kapasiti Cerucuk

Kapasiti struktur ialah kebolehan cerucuk mengambil beban kerja yang


dibenarkan. Ianya adalh berdasarkan BS 8004

(1986). Kapasiti struktur bolehlah

didapati berdasarkan kiraan seperti berikut:

Q struktur

= 0.25 fcu As
= 0.25 x 30 x x 6002 / 4
= 2120.85 kN

dengan,

fcu

= Kekuatan mampatan konkrit

73
As

= Luas keratan cerucuk

Di dalam kajian kes ini, pihak jurutera perunding menetapkan kapasiti


struktur sebanyak 1500kN berdasarkan kepada keadaan galas tanah pengalaman jurutera
yang terlibat.

4.4.2) Kapasiti Geoteknik

Sukar untuk mendapatkan maklumat SI yang lengkap kerana polisi


syarikat jurutera perunding yang ditemui. Tambahan pula alasan yang diberikn adalah
kerana kerja-kerja cerucuk telah disiapkan dan segala fail yang berkenaan dengan
cerucuk sudah pun ditutup dan disimpan. Walau bagaimanapun,penulis telah membuat
analisis tentang cara dan pendekatan yang digunakn oleh jurutera perunding bagi
mendaaptkan panjang cerucuk yang direkabentuk.

Pemilihan rumusan adalah bergantung kepada perekabentuk yng merujuk


kepada pengalaman-pengalaman lepas. Data-data dan pengiraan mestilah disemak oleh
jurutera-jurutera geoteknik yang lebih berpengalaman untuk memastikan rekabentuk
adalah munasabah. Berikut adalah rumusan dan penyelesaian yang digunakan oleh
kajian kes yang terlibat.

74
Contoh Pengiraan:
Beban muktamad,
Qu

= Qs + Qb

Oleh itu beban geseran kulit,


Qs

= fs x As (guna fs = 2N)

As

= x x panjang cerucuk

Tetapi cerucuk akan dibina pada kedalaman 0m ke 3.0m. anggap N pada kedalaman ini
adalah 0.

Kedalaman 3.0 ke 5.0 : N = 11


Qu

2 x 11 x 3.78 /2

Q s = 120.52 /2 = 60.26 kN

Kedalaman 5.0 ke 6.0 : N = 13.5


Qu

2 x 13.5 x 1.89 /2

Q s =225.88 /2 = 112.94 kN

Kedalaman 6.0 ke 7.5 : N = 13.5


Qu

2 x 13.5 x 2.84/2

Q s =272.00/2 = 136.00 kN

Pada kedalaman seterusnya cara kiraan adalah sama dan pada kedalaman
12.0m, jumlah keupayaan galas muktamad berjumlah 4253.89kN. Untuk mendapatkan
keupayaan galas izin, nilai qu hendaklah dibahagikan kepada factor keselamatan 2.0
bagi rintangan geseran kulit. Jumlah keupayaan galas izin adalah:

Qu= 4253.89

Qa

= 4253.89 /2 =2126.95 kN

2126.95 kN melebihi beban rekabentuk iaitu 1500kN; Qall > 1500kN


lihat Jadual 4.1 bagi contoh kiraan untuk menentukan panjang cerucuk.

75
Kiraan
kiraan panjang cerucuk
Jenis = cerucuk terjara
BH = 2
a) Kapasiti struktur untuk cerucuk (keadaan kebolehkerjaan)
saiz = 0.6m, Bentuk = C ( C = circle, S = square)
i) Luas keratan rentas cerucuk,Ab
= p f 2 /4
= p f 062 /4
= 0.283m2
ii) Ukurlilit,p
=pf
= 3.142 x 0.6
= 1.89 m
Kapasiti struktur di bawah keadaan kebolehkerjaan
= 0.25 fcu Ac
= 0.25 x 30 x 0.283
= 2120.85 kN
b) Kapasiti Geoteknik untuk cerucuk
1) Qult = Qs + Qb
2) i) Qs = fs x As (guna fs = 2N)
dengan,
As = p x panjang cerucuk
ii) Qb = 40 x N x (diameter / Db) x Ab
nota: tetopi cerucuk akan dibina pada kedalaman 0m ke 3.0m. Anggap N pada kedalaman ini adalah 0

Depth (m)
Db
SPT'N'
As
0-0.3
0
0
5.67
3.0-5.0
2
11
3.78
5.0-6.0
1
13.5
1.89
6.0-7.5
1.5
13.5
2.84
7.5-9.0
1.5
25
2.84
9.0-10.5
1.5
39
2.84
10.5-10.7
0.2
50
3.78
10.7-11.9
1.2
50
2.268
11.9-12.0
0.1
50
1.89
Anggaran Panjang Cerucuk = 12.0 m

Qs
0
83.16
51.03
76.68
142
221.52
37.8
226.8
18.9

Qs (acc)
0
83.16
134.19
210.87
352.87
574.39
612.19
838.99
857.89

Ab
0.283
0.283
0.283
0.283
0.283
0.283
0.283
0.283
0.283

Qb
0
37.356
91.692
61.128
113.2
176.59
1698
283
3396

Qult
0
120.52
225.88
272
466.07
750.98
2310.35
1121.99
4253.89

Qall
0
60.26
112.94
136
233.4
375.49
1155.18
561
2126.95

76
4.4.3) Keadaan Batuan

Keadaan batuan yang disoket sering dikawal oleh kualiti batu yang wujud
di tapak. Umumnya, parameter-parameter seperti Rock Quality Designation (RQD),
nisbah pemulihan teras (CRR),kekuatan mampatan tak terkurung (UCS), qu dan ujian
penusukan piawai (SPT) menyumbang terhadap penentuan nilai rekabentuk geseran batu
melalui

hubungkait

yang

tertentu.

Perhubungan

parameter-parameter

tersebut

disenaraikan dibawah dan ia menunjukkan bahawa qu adalah perhubungan yang paling


popular untuk menganggarkan unit geseran kulit, fs. Sebilangan UCS bagi batu kapur
yang diterbitkan dalam Jadual 4.2 dan 4.3

Keadaan Batu Kapur

UCS, N/mm2

RQD, %

Lemah

0.7-5

0-25

Sederhana Lemah

5-10

25-50

Sederhana Kuat

10-50

50-75

Kuat

50-100

75-90

>100

100

Sangat Kuat

Jadual 4.2: Kekuatan mampatan tak terkurung (UCS) bagi batu kapur

Selain itu, Keadaan batuan boleh ditaksirkan secara kasar oleh tekanan
hidraulik dalam aci berputar dan kadar penusukan aci gerudi. Ia ditunjukkan seperti
berikut:

77
Tekanan

Kadar Penusukan

RQD

(psi)

(kN/m2)

(minit/meter)

(%)

<300

<2068.5

<10

<20

300-500

2068.5 3447.5

10-15

20-50

500-750

3447.5 5171.3

10-15

50-70

750-1000

5171.3 6895.0

10-25

70-90

>6895.0

>25

>90

>1000

Jadual 4.3: Hubungkait antara RQD dengan tekanan hidraulik dan kadar
penusukan (Neoh,1996)

4.4.3.1)

Rekabentuk Ikatan Batu

Geseran kulit muktamad, fs = que


que = 37 N/mm2
Bila RQD = 67%

j = 0.35

Bila que = 37

= 0.025

= 0.75 (dari rajah 4.2)


(dari rajah 4.3)

Maka,
f s = 0.025 x 0.75 x 37 N/mm2
= 0.555N/mm2
Panjang ikatan batu,L =

1500 x 1500 x 3.0


3.142 x 600 x 0.555 x 1500

= 4.3m guna 5.0m min

Maka anggaran panjang ikatan batu ialah 5.0m min

78

79

4.5)

Ujian Cerucuk

Setelah ujian dimasukkan ke dalam tanah, beberapa batang cerucuk dipilih untuk
diuji. Walau bagaimanapun penulis telah dibincangkan tentang ujian cerucuk dalam bab
II.I

4.5.1) Laporan Ujian Cerucuk

Laporan ini adalah hasil keputusan ujian beban mampatan yang telah dijalankan
kepada cerucuk cerucuk yang berlokasi di abutment A (V19).

4.5.2) Kapasiti Struktur Cerucuk Ujian

Adalah diingatkan bahawa ujian cerucuk hendaklah sama dengan cerucuk kekal
dari segi saiz dan ukuran. Ini adalah satu-satunya cara untuk menentukan bahawa
cerucuk yang direkabentuk mengalami enapan sebenar yang tidak jauh berbeza daripada
enpan yang dianggarkan.

Cerucuk terjara yang digunakan bagi ujian beban ini mempunyai 24 bilangan
tetulang 25mm dengan berdiameter 600mm dengan kedalaman 21.5m. Ujian beban

80
dijalankan ke atas dua batang cerucuk yang telah ditanam, beban yang dikenakan
sehingga 3000kN dan ujian PDA.

Sebelum penafsiran keputusan dilakukan, data-data yang dikumpul hendaklah


diringkskan dan beberapa andaian juga hendaklah dibuat. Disamping itu geraf-geraf
dilukis, misalnya geraf beban lawan enapan. Ini adalah penting supaya kita dapat
menjangka secara kasar kelakuan cerucuk. Apabila cerucuk tersebut memnuhi
spesifikasi yang telah ditetapkan olah pihak JKR, kerja-kerja seterusnya boleh
dijalankan.

4.5.3) Kelakunan Cerucuk Beban melawan Enapan

Data-data beban dan enapan dapat diplotkan berdasarkan Laporan Ujian Beban
Cerucuk Terjara yang bertarikh 25/08/03 oleh R.C Development. Geraf hubangan beban
melawan enapan boleh dilihat dalam Rajah 4.4

I)

Kitaran pertama

Didapati pada beban sebanyak 3000kN enapan cerucuk maksima adalah sebanyak
5.82mm dan bacaan Dial Gauge adalah 10.82mm. Semasa melepaskan beban ke 0 tan,
cerucuk telah kembali ke paras 1.83mm semula denagn bacaan Dial Gauge adalah
6.83mm.

Bagi projek bangunan JKR, beban ujian maksima adalah 2 kali beban rekabentuk
dan cerucuk akan dikira gagl jika sebab-sebab berikut:

81

Pemendapan baki (residual settlement) selepas beban diangkat melebihi 0.25

(6.50mm)
Dari Rajah 4.4, nilai diperolehi ialah 1.83mm
y

Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah 2 kali ganda beban kerja melebehi

1.5 (38mm) ataupun melebihi 10 lebar cerucuk mana-mana yang paling rendah
Dari Rajah 4.5, nilai diperolehi ialah 5.82mm

Secara kesimpulannya, Cuma satu kitaran ujian beban sahaja dijalankan untuk
ujian cerucuk ini. Beban ujian maksima telah dicapai apabila 2 kali beban rekabentuk
(300 tan) dengan enapan maksimum, 5.82mm yang mana kurang daripada 38mm
ataupun 10% daripada diameter cerucuk. Maka terbukti bahawa cerucuk yang diuji
mampu menanggung beban rekabentuk yang dicadangkan sebelum ini iaitu sebesar
1500kN. Kerja-kerja cerucuk kekal boleh diteruskan selepas mendpat persetujuan dari
jurutera perunding.

82

Rajah 4.5: Graf Beban lawan Pemendapan

83

4.6)

Kesimpulan

Daripada analisa dan rekabentuk cerucuk terjara, didapati:

i)

Panjang Cerucuk

=12m

ii)

Panjang Ikatan Batu =5.0m min

iii)

Beban rekabentuk

=1500kN

iv)

Kapasiti Cerucuk

=2120.85kN >1500kN

v)

Keupayaan galas izin =2126.89kN > 1500kN

Rajah 4.6 menunjukkan Gambarajah Rekabentuk Cerucuk Terjara.

Rajah 4.6: Keratan Rentas Cerucuk Terjara

BAB V

KESIMPULAN

5.0)

Kesimpulan

Setelah membuat laporan, hasil yang diperolehi dapat disimpulkan seperti berikut:

i)

pemilihan jenis cerucuk hendaklah berdasarkan kepada jenis dan keadaan


tanah dan kesan kepada kawasan sekitar sediada.

ii)

Perbezaan nilai kapasiti geoteknik dan kapasiti struktur tidaklah terlalu


jauh bagi mendapatkan rekabentuk yang baik dan praktikal.

Memandangkan banyak andaian yang dibuat semasa menganalisa beban galas


izin, ujian beban tetap sehingga dua kali beban kerja hendaklah dibuat bagi menyemak
keberkesanan cerucuk dalam mengambil beban yang dibenarkan. Ianya hendaklah
disahkan oleh jurutera yang berpengalaman sebelum keputusan menggunakan cerucuk
yang dipilih.

84
5.1)

Cadangan

Dari kajian yang dijalankan, penulis berpendapat bahawa beberapa cadangan


bolehlah digunakan bagi kajian akan datang seperti

i)

menjalankan penyiasatan tapak yang lebih menyeluruh dan lengkap bagi


mendapatkan hasil rekabentuk yang lebih berkesan supaya rekabentuk
tidaklah berdasarkan andaian-andaian yang terlalu konservatif.

ii)

Menggunakan cerucuk mikro kerana

a) kerja pemasangan cerucuk mikro yang cepat

b) loji yang terlibat adalah ringkas akan menyumbang kepada masa


pembinaan yang pendek dan seterusnya mempengaruhi kos
keseluruhan projek pada akhir nanti

c) cerucuk mikro menjadi murah dalam system cerucuk berkapasiti


rendah (<1500kN) dengan batuan yang cetek.

d) Cerucuk mikro boleh dikatakan sebagai satu alternatif yang selamat,


boleh dipercayai secara teknikal dan efektif, khasnya di kawasan batu
kapur.

85

RUJUKAN

Craig R.F (1993) Mekanik Tanah Terjemahan oleh Aminaton Marto, Fatimah
Mohd. Noor dan Fauziah Kasim: Universiti Teknologi Malaysia, pp418.

Allan Hodgkinson, (1986) Foundation Design. London: Architectural Press Ltd.pp


127

Gennaro Joseph J. [et.al], (1968) Theory And Practice of Foundation Engineering,


New York, pp433

Tarek M. Zayed and Daniel W. Halpin. (2001). Simulation Of Bored Pile


Construction,USA,pp1495-1497

Braja M Das (1984), Principles of Foundation Engineering, USA, pp 330-415.

The institution of Engineers Malaysia and JKR Perak, 2 Days Conference on


Geotechnical Engineering: Design & Construction of Pile Foundation.

Anda mungkin juga menyukai