Anda di halaman 1dari 3

Tulis sebuah karangan yang bertajuk aku sepasang kasut

Namaku Bata. Aku merupakan kasut bola buatan Malaysia. Aku


dilahirkan di kilang yang terletak di Klang Selangor. Aku dilahirkan pada 3
September 2011. Aku mempunyai ramai adik-beradik yang pelbagai saiz
dan warna. Aku pula bersaiz lapan dan berwarna hitam putih. Aku hanya
sesuai untuk golongan kanak-kanak sahaja.
Setelah aku dilahirkan, aku dibungkus bersama-sama dengan rakan
untuk dipasarkan. Aku terpaksa berpisah dengan adik-beradikku yang lain.
Masing-masing akan dihantar ke kedai-kedai kasut .Perasaan sedih dan pilu
menyelubungi hatiku. Ada juga yang terpaksa meninggalkan kami terus
kerana akan dihantar ke luar negara dan tidak berjumpa lagi. Aku bernasib
baik kerana masih lagi tinggal di Malaysia dan masih lagi berhubung dengan
adik -beradikku serta rakan-rakanku yang tinggal sebumbung denganku.
Setelah dimasukkan ke dalam kotak, aku rasa lemas dan duniaku
gelap. Aku dibawa menaiki lori . Makin jauh aku dibawa, makin pilu hatiku
bagaikan tertusuk duri sembilu. Dalam perjalanan, hatiku tertanya-tanya
tentang kehidupanku selepas ini. Pelbagai persoalan timbul di benakku. Tibatiba , aku terdengar pemandu lori berbual dengan kelindannya tentang arah
ke Melaka. Kini terjawablah persoalanku yang selama ini kupendam.
Beberapa jam kemudian, aku diturunkan dari lori. Aku diangkat keluar
oleh kelindan lori . Tiba-tiba jantungku berdegup kencang . Setelah aku
diturunkan dari lori, terdengar suara-suara manusia
memenuhi ruang
gegendang telingaku. Aku dibawa menemui pemilik kedai untuk urusan
perniagaan mereka. Setelah urusan perniagaan mereka selesai, aku dan
rakan-rakanku ditinggalkan oleh kelindan tersebut. Kini, aku berpindah milik
dari kilang ke kedai.
Pandangan yang gelap bertukar cerah setelah aku dikeluarkan dari
kotak. Aku diletakkan di rak kasut yang setanding dengan jenama dan
hargaku iaitu RM50. Hargaku tidaklah mahal dan mampu dimiliIkI oleh
sesiapa pun. Tidak sempat aku melepaskan penatku, aku didatangi oleh
seorang perempuan yang cantik. Dia memegangku. Terasa geli seluruh
badanku. Dia tertarik denganku lalu membelinya. Sekali lagi aku bertukar
tuan.
Setelah selesai urusan jual beli, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku
diperkenalkan kepada anak lelakinya yang berumur 12 tahun lalu aku
dipindah milik kepada anaknya itu sekaligus menjadi tuan aku. Terpancar

kegembiraan di wajah tuanku setelah memilikiku. Beliau menyatakan


kepadaku bahawa aku akan digunakan untuk perlawanan bola sepak di
sekolahnya dan berharap aku akan membawa kemenangan.
Hari yang ditunggu-tunggukan telah tiba. Tuanku menyarungkan
kakinya ke dalam perutku dan diikat dengan kemas.Aku di bawa ke padang
sekolahnya. Aduh, sakitnya badanku ! apabila aku menyepak bola yang
keras.Kadang kala aku dilaga-lagakan dengan kasut-kasut musuh tuanku.
Aku menjerit kesakitan tetapi tiada yang mendengarnya. Demi tuanku, aku
terpaksa mengharungi kesakitan dan keperitan yang akan membawa
kemenangan kepada tuanku dan pasukan sekolahnya. Dengan ketabahan
jiwaku , aku mampu memberI kejayaan dan kemenangan kepada tuanku.
Kini,
sudah hampir lima tahun aku berkhidmat dengan tuanku.
Kemenangan demi kemenangan telah aku berikan kepada tuanku. Usiaku
makin hari makin meningkat. Badanku pula rasa sakit-sakit. Adakah aku
mampu memberi kemenangan kepada tuanku lagi ? Aku bersedia untuk
menerima apa jua keadaan yang mungkin menyakitkan . Beginilah nasib aku
sebagai alas kaki kepada manusia.

Andaikan kamu seorang wartawan. Tulis berita tentang kemalangan


jalan raya.
JASIN, 23 Mac Sebuah van yang membawa seramai 10 orang murid
Sekolah Kebangsaan Permata telah berlanggar dengan sebuah motosikal
yang ditunggang laju di Persimpangan Taman Bahagia .
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 1.45 petang apabila
yang yang dipandu oleh Encik Said telah merempuh sebuah motosikal
Yamaha yang dipandu laju oleh seorang lelaki Melayu yang dikenali sabagai
Rahmat berumur 25 tahun.
Dalam kejadian tersebut, dipercayai, penunggang motosikal itu telah
melanggar lampu isyarat di persimpangan Taman Bahagia lalu van yang
dipandu
oleh
Encik
Said
telah
bertembung
dengan
motosikal
tersebut.Penunggang motosikal tersebut telah terhumban ke dalam longkang
besar.
Rahmat telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Encik Said
dan beberapa orang murid telah cedera ringan di kepala akibat terhantuk

pada stereng dan tempat duduk penumpang.Mereka masing-masing telah


dibawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan pesakit luar.
Kematian mangsa tersebut disebabkan oleh hantukan yang kuat di
kepalanya akibat terkena besi pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam
longkang. Mangsa merupakan salah seorang pekerja di pusat beli belah di
Bandar Jasin.
Menurut Encik Said, saya terkejut apabila melihat motosikal itu terus
memecut laju keluar dari simpang . Saya tidak sempat menekan brek lalu
melanggar motosikal tersebut.

Anda mungkin juga menyukai